desas-desus mengenai krisis ekonomi yang akan melanda dunia semakin dirasai kesannya pada ekonomi global. Rata-rata mengiyakan bahawa krisis ekonomi yang melanda dunia pada ketika ini menjejaskan negara masing-masing. Namun terdapat sebuah negara kerdil yang berlagak sombong, mengkhabarkan dengan bangganya bahawa mereka kebal daripada krisis ekonomi. Walaupun tsunami politik melanda, keruntuhan moral dan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran negara terbabit jelas terpancarn masih lagi Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan Pertama menafikan bahawa MALAYSIA akan terjejas dengan krisis ekonomi.
Sedangkan negara-negara maju yang lain turut mengakui bahawa mereka terjejas dengan krisis ekonomi, seperti China, Korea, Jepun, malah US yang terlebih dahulu merasai kesan daripada kebejatan ekonomi tersbut turut melahirkan rasa tidak senang mereka.
Baru-baru ni, Najib baru sahaja meluluskan peruntukan 5Bilion duit rakyat kepada valuecap sdn bhd. Tindakan ini jelas menimbulkan rasa tidak senang rakyat Malaysia. Hal ini bukan sahaja disebabkan oleh nilai 5Bilion dan ke mana ianya akan digunakan, berbaloi, perlu atau sebagainya....
Malah rasa bimbang dilahirkan kerana tindakan ini mencerminkan sikap dan tanggungjawab bakal perdana menteri Malaysia. Jika awal-awak kagi tindakan beliau tidak mengendahkan nasib rakyat, apakah nasib yang akan menimpa rakyat Malaysia untuk tahun-tahun mendatang.
Disebut dalam suatu surah dalam Al-Quran, Surah Yusuf, tatkala raja pada ketika itu bermimpi, dipendekkan cerita, Nabi Yusuf pada ketika itu mentafsirkan bahawa mimpi tersebut menandakan akan berlakunya krisis ekonomi dan bekalan makanan. Maka Nabi Yusuf mencadangkan agar tumpuan kegiatan ekonomi negara pada ketika itu bertumpu kepada bekalan makanan dan "survival" masyarakat. Maka selepas tujuh tahun, berlakulah krisis ekonomi yang dijangkakan, dan rakyat pada ketika itu serta seluruh unit dalam masyarakat termasuk pembesar dan hamba terselamat daripada bahaya krisis ekonomi tersebut.
Dewasa ini, kemajuan teknologi telah dapat membantu manusia meramal masa depan. Ramalan mengenai krisis ekonomi yang dijangka melanda dunia telah mula menampakkan kesannya. Justeru sebagai pengiktibaran daripada kisah Nabi Yusuf, kerajaan seharusnya menumpukan kepada kegiatan "survival" rakyat dan kelangsungan negara dalam menghadapi krisis. Soal pelaburan dan pembangunan sudah menjadi perkara kedua kerana keperluan pembangunan tidak menjamin "survival" rakyat.
Jika wang rakyat digunakan dengan sewenangnya, kenaikan harga barang tidak dikawal, kroni dijaga dengan baik, pembaziran tenaga dan sebagainya terus berlaku, maka mungkin Malaysialah negara pertama yang akan hancur dek krisis ekonomi yang akan melanda.
Pujian buat Pak LAh kerana menangguhkan usaha menggantikan Nuri dengan Eurocopter. Cukuplah dengan dosa dan kezaliman yang telah kalian(UMNO-BN) lakukan. Buat rakyat MAlaysia, lakukan perubahan, tuntut keadilan, laksana tanggungjawab menukar kerajaan.
Membangun bersama Islam adalah slogan penting dan penuh makna yang perlu dihayati bukan sahaja bagi mereka yang beragama Islam , malah tidak mengira kaum, bangsa mahupun agama.
Hal ini jelas disebut di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah, bahawa Al-Quran itu diturunkan pada bulan Ramadhan menjadi petunjuk bagi semua manusia dan sebagai bukti kepada petunjuk dan pembeda. Tanpa mengira sama ada mereka percaya kepada kewujudan Allah, atau sama sekali tidak percaya kepada konsep Tuhan sekalipun termasuk dalam golongan manusia yang disebutkan di atas.
Definisi petunjuk boleh ditakrifkan sebagai penunjuk jalan, pembimbing, panduan dan sebagainya. Dalam konteks kehidupan, Islam sebagai petunjuk, saya tafsirkan sebagai Islam sebagai sumber penyelesaian masalah, juga bertindak sebagai manual panduan cara hidup manusia. Justeru kedudukan Islam dalam masyarakat bukan sahaja menjadi tempat rujukan ketika ditimpa musibah, sebagai contoh, apabila hendak menduduki peperiksaan maka berbondong-bondonglah manusia yang berhimpit ke surau dan masjid untuk membaca yasin, solat hajat dan sebagainya. Sebaliknya Islam menjadi sumber rujukan dari saat bukanya mata hinggalah terlelap dan terjaga kembali. Islam dirujuk bermula daripada aspek pengurusan individu, rumah tangga, masyarakat dan sosial, pentadbiran negara, sehinggalah pentadbiran antarabangsa.
Inilah sebenarnya takrif Islam Memimpin yang ingin saya keutarakan. Maka dalam soal pentadbiran kampus sekalipun perlulah diletakkan Islam sebagai manual utama dalam membuat keputusan. Soalnya, adakah disebut dalam Al-Quran, As-Sunnah, mahupun ijma' dam Qias tentang soal pentadbiran Institut pengajian tinggi, pilihanraya kampus, dan sebagainya??
Sememangnya tiada disebut mengenai pengajian tinggi di dalam Al-Quran ,ahupun mana-mana sumber hukum utama di dalam Islam, namun di sana terdapat beberapa garis dasar dalam soal perancangan kehidupan manusia, dari aspek ekonomi, sosial, spiritual, kebudayaan, kehakiman dan macam-macam lagi. Saya ambil contoh dalam soal kehakiman, ada disebut mengenai keadilan dan bagaimana manifestasi keadilan dalam Islam. Disebut juga mengenai Amar Makruf Nahi Mungkar(Seru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran). Maka beberapa garis dasar ini perlu dipatuhi supaya suasana hidup yang kondusif akan diperolehi. BIla mana keadilan tertegak, kebajikan dan kebaikan dipelihara, serta perbuatan jahat ditegah, sudah pasti akan lahir masyarakat yang rukun dan damai.
Kajian telah dibuat, malah kita sendiri mampu mengesahkan bahawa antara keperluan fizikal dan mental(zahir dan batin), keperluan mental itu jauh lebih penting dan mempunyai impak berbanding keperluan fizikal. Walaupun kita punya harta yang banyak, tetapi tiada teman untuk kita kongsi bersama, tiada kegembiraan dan lapangnya dada, sudah pasti kekayaan itu tidak memberi apa-apa makna. Begitu jugalah pembangunan material yang dilakukan, tanpa didikan jiwa yang berkesan, pembangunan material tadi hanya akan diisi dengan kehampaan dan tidak mampu memberi sebarang kebaikan.
Islam adalah agama yang selamat dan menyelamatkan. Islam adalah Penyelamat Ummah dan pelerai segala simpulan, jawapan kepada segala soalan. Maka jadikanlah Islam sebagai pemimpin kita, Allah Sebagai Matlamat Kita, Rasul sebagai teladan kita dan Al-Quran sebagai panduan kita. Membangun Bersama Islam.
Sumber: Tafsir Ar-Rahman. Fiqh Sirah, Ramadhan Al-Buti; Fiqh Harakah, Abdul Hadi Awang; Usul 20, Imam Hassan Al-Banna; Islam Penyelamat Ummah, Dr Yusuf Al-Qardhawi.
“Telah Berjaya orang-orang yang Beriman, iaitu mereka yang khusyu’ mengerjakan solat, dan mereka yang meninggalkan perkara-perkara lagha(sia-sia)” (Al-Mu’minun, 23:1-3)
“Diampunkan bagi kamu dosa-dosa, dan dimasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Demikian itulah Kejayaan yang agung” (As-Saf, 61:12)
Sabda Nabi Muhammad SAW,
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akannya kebaikan, Allah akan memberikan orang itu kefaqihan dalam Ad-Deen”
Sedar atau tidak, hakikat kehidupan manusia ialah sentiasa akan ada kerja ataupun perbuatan yang dilakukan sepanjang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, setiap saat, detik dan waktu. Sama ada pada ketika itu seseorang itu tidur, bercakap, makan, minum, berjalan, termenung, menyanyi dan apa jua kelakuan akan dikira sebagai amalan. Bagi setiap amalan itu pula, akan dicatit oleh Malaikat Raqib dan ‘Atid.
Setiap kelakuan tersebut akan dicatit sama ada sebagai kebaikan yang akan membawa kepada ganjaran pahala, mahupun keburukan yang akan dibalas dengan azab dan seksa. Segala tindak-tanduk manusia akan dicatat dan tidak akan terlepas walau pun sesaat dari tempoh kehidupan setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini.
Maka, Apakah yang akan membezakan sesuatu tindakan itu baik atau buruk? Bagaimana pula caranya memastikan kita sentiasa berada di dalam kebaikan?
Persoalan mengenai pekerjaan yang baik bergantung kepada 2 kata kunci utama, niat dan syari’at.
1. Soal Niat = Disebut dalam hadith pertama dalam Kitab Hadith 40: Imam Nawawi, bahawa setiap amalan itu bergantung kepada niat, keikhlasan kita melakukan sesuatu perkara. Orang yang ikhlas, betul niatnya, ialah orang yang melakukan sesuatu perkara itu hanya kerana Allah dan Rasul. Manakala orang yang salah niatnya ialah mereka yang melakukan sesuatu perkara selain daripada kerana Allah dan Rasul. Boleh jadi kerana harta, manusia, mahupun sebab-sebab yang lain. 2. Soal syariat = sekalipun niat seseorang itu ikhlas kerana Allah, tak bermakna dia boleh melakukan sesuatu sesuka hati. Definisi Islam sebagai Ad-Deen(cara hidup) menunjukkan bahawa ada peraturan dan sempadan yang telah diturnkan untuk memandu manusia dalam setiap gerakgeri kehidupan. Digariskan lima jenis perbuatan iaitu wajib, sunat, harus, makruh, haram yang perlu diketahui oleh setiap manusia.
Telah diperjelaskan di atas bahawa kita berada dalam kondisi “beramal” pada setiap saat dan ketika. Maka pada setiap saat dan ketika itulah kita perlu sentiasa betulkan amalan kita supaya ikhlas dan menepati syariat. Sebab itulah RasuluLlah SAW berpesan bahawa jika kita dipilih oleh Allah untuk mendapat kebaikan, Allah akan memberikan kita kefahaman dalam Islam(cara hidup).
Saya sejujurnya tidak setuju dengan penggunaan “agama” untuk Islam kerana ia akan menyempitkan pemikiran. Islam sebagai Ad-Deen ataupun cara hidup adalah definisi terbaik supaya kita jelas dengan tuntutan untuk membetulkan dan memperbaiki amalan kita. Kita perlu sentiasa memilih dan meneliti perbuatan kita supaya tergolong di kalangan orang-orang yang Berjaya.
Oleh itu, bagi memastikan kita sentiasa berada di dalam kebaikan, beberapa asas penting perlu difahami, iaitu
1. Sifat iman manusia yang bertambah dan berkurang. 2. Fitrah kejadian manusia yang dikurniakan naluri(baik) dan nafsu(jahat). 3. Sumber rujukan menentukan hokum, Al-Quran dan As-Sunnah. 4. Ilmu dan teladan sebagai pembimbing dan panduan.
Kita akan sentiasa terdedah kepada “kilauan kaca yang menipu”, bahkan acapkali kita sengaja memilih kaca walaupun kita tahu permata itulah yang berharga. Di tambah dengan kedangkalan ilmu mengenai Islam, menyebabkan kita tersalah dan terpedaya secara sedar ataupun sebaliknya.
Maka kita perlu sentiasa menyibukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam dan merapatkan hubungan kita dengan sebarang perkara yang berkaitan dengan Islam. Termasuklah bergaul dengan orang Islam, menyertai persatuan Islam, membaca buku-buku Islam, mendengar ceramah Islam, berbual mengenai Islam, menulis mengenai Islam, malah berfikir dan berangan-angan mengenai Islam.
Saya berpandangan inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan MenSIBUKkan diri kita dengan Islam. Saya juga berpandangan sekiranya kita tidak menSIBUKkan diri kita dengan perkara yang baik, maka sudah pasti perkara yang tidak baik akan menSIBUKkan kita. Maka saya berpesan kepada Farid, dan semuanya Marilah Beramal! Beramal Kerana Allah.
“Dalam kilauan permata, pasti ada kilauan kaca yang menipu.”
AlhamduliLlah.. hari nie, 21/10/1429, 21/10/2008, En. Matahari masih memilih timur sebagai tempat dia memulakan tugas menerangi bumi yang didiami bilion2 makhluk Allah Ta'ala. Manusia yang menjadi "wakil"Nya ke atas muka bumi ini sering kali terlupa dan tersilap, bahawa misi penting yang digalas oleh kita adalah memastikan kelestarian pembangunan dan pemakmuran bumi ini berjalan seiring dengan sunnah dan syariah yang ditetapkan.
umum mengetahui bahawa landasan cara hidup yang terindah dan terbaik yang disediakan oleh Tuhan yang Maha Pencipta adalah Islam. walaupun akal mengiyakan, namun nafsu tetap menjadi pembuat keputusan dalam segala macam hal. maka terheretlah manusia ke landasan yang menyimpang dari arah yang sebenarnya. Setiap kali pancaran matahari menerangi alam, setiap kali itulah juga, paling tidak, petunjuk dari Yang Maha Esa, mengingatkan akan asal usul kejadian kita yang amat dhaif dan hina. Moga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.Moga terlintas di hati untuk sentiasa merenung dan berfikir demi kebaikan diri dan semuanya...
Kadar pertumbuhan bilangan penganut agama Kristian dan orang Islam di Dunia.
“Dialah yang mengutus para RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya.” (Al-Quran, Surah As-Saff, 61:59)
Maha Benar firman Allah SWT dalam kitab suci Al-Quran yang menyatakan janjiNya terhadap kemenangan dan keizzahan Islam di atas muka bumi ini sekalipun pelbagai strategi dan aktiviti yang dilakukan oleh orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam untuk menyesatkan umat manusia daripada cara hidup yang sebenarnya.
Kita sering mendengar pergerakan dakyah kristianisasi yang cuba menyebarkan fahaman kristianisasi kepada semua manusia khususnya umat Islam, malah pelbagai statistic dikeluarkan seolah menceritakan kejayaan para pendakyah kristian akan usaha mereka menyesatkan umat Islam. Statistik yang pernah dikeluarkan oleh Mufti Perak, SS Dato’ Harussani Zakaria iaitu seramai lebih 100,000 orang Islam di Malaysia yang murtad sememangnya membimbangkan kita. Namun begitu janji Allah SWT bahawa Dia akan tetap menyempurnakan cahaya petunjuk kepada para hambaNya adalah Maha Benar dan tidak akan mampu disangkal apatah lagi cuba untuk dibendung oleh musuh-musus Islam.
Pertubuhan seperti Interfaith Commission (IFC), Sister in Islam (SIS), Jaringan Islam Liberal (JIL) yang ditubuhkan semata-mata untuk menyesatkan dan memesongkan akidah umat Islam tidak akan mampu melawan kuasa dan kebenaran dari Allah Ta’ala yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.
Begitu juga kecaman dan tuduhan yang dilemparkan oleh dunia barat dengan label-label seperti pengganas, konservatif, anti-establishment, agama penindas, dan pelbagai lagi nama-nama yang diberikan kepada Islam tidak mampu menahan dan menutup cahaya petunjuk yang Allah Ta’ala kurniakan kepada hambaNya. Umum mengetahui bahawa betapa teruknya tekanan yang dikenakan ke atas umat Islam bermula daripada peristiwa 11 September yang menyaksikan Islam dituduh menjadi punca kepada runtuhnya bangunan gergasi WTC. Tanda nama “pengganas” mula diperkenalkan kepada orang Islam dan masih lagi kekal sekalipun pelbagai laporan telah dikeluarkan menafikan dakwaan tersebut.
Osama Bin Laden masih tetap diburu atas kejadian “911” tersebut, ulama’ yang menyampaikan risalah tauhid turut menjadi mangsa konspirasi khianat Amerika-Barat. Kita masih tidak dapat melupakan bagimana ratusan ribu umat Islam di Afghanistan (2002), Iraq(2003) menjadi mangsa korban kezaliman Amerika dan sekutunya yang dengki kepada keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam. Contoh yang paling dekat dengan kita di Malaysia ialah peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Selatan Thai baru-baru ini. Peristiwa tersebut benar-benar menghiris hati umat Islam dan dilihat sebagai salah satu usaha mencegah ajaran Islam daripada terus tersebar. Hakikatnya tekanan yang diberikan oleh pihak tertentu kepada Ulama’ dan golongan yang berpendidikan agama di Malaysia juga menyumbang kepada proses DeIslamisasi (anti-Islam) ini sendiri.
Namun begitu, semakin kuat tekanan yang diberikan oleh musuh Islam terhadap Islam sedikitpun tidak mampu menggugat kepercayaan dan pegangan umat Islam terhadap cara hidup Islam yang begitu indah dan sempurna. Keyakinan umat Islam untuk terus berpandu kepada kitab Al-Quran dan As-Sunnah terus subur dan tidak goyah walau sedikit.
Kekecohan yang digembar-gemburkan mengenai lunturnya keyakinan umat terhadap Islam sebenarnya tidak leboh dari sekadar ibarat “telur sebiji, riuh sekampung”. Apalah sangat ingin dibanggakan dengan kejayaan mengkafirkan Azlina Jailani jika dibandingkan dengan mengIslamkan paderi-paderi dan pendita-pendita agama selain Islam? Apakah mereka (musuh Islam)ingin berbangga dengan ribuan umatIslam yang hanya Islam pada nama, berbanding penghijrahan para paderi dan pendeta yang merupakan sandaran orang bukan Islam terhadap agama masing-masing?
Kita dapat menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yang begitu menarik apabila telah ramai artis wanitayang mula mengenakan tudung, peningkatan kesedaran terhadap halal dan haram, bahkan pertambahan badan-badan yang membela Islam juga jauh lebih banyak daripada badan-badan Anti-Islam. Sokongan masyarakat bukan Islam terhadap politik Islam juga jauh lebih baik daripada sangkaan kita.
Turut dilampirkan statistic kadar pertambahan bilangan penganut agama kristian dan perbandingannya dengan pertambahan bilangan orang Islam di dunia.
Some estimates of numbers and growth rate of Christians:
Source
Year
Number or Percentage of world's population
Growth Rate/year
Readers Digest 1
1985
1.0 billion
-
Al-Islam 2
1994 to 1995
-
1.46%
U.S. Center for World Mission 3
From 1970 to 1996
From 33.7% to 33.9%
2.3%
John Gary 4
2025
3 billion
-
UK Christian Handbook 9
From 2000 to 2010
From 27.7% to 27.1%
-
Barrett & Johnson 5
From 2000 to 2025
From 2.015 to 2.711 billion
-
Todd Johnson 6
From 2000 to 2025
From 2.090 to 3.023 billion; 33.4% to 35.5%
-
Todd Johnson 6
2200!
4.40 billion
-
World Christian Encyclopedia
2000
2.0 billion; 37.9%
-
Samuel Huntington
2025
25%
-
Some estimates of numbers and growth rate of Muslims:
1.pertambahan jumlah penduduk dunia setiap tahun adalah sebanyak 2.6%, bilangan orang Kristian ialah 2.3%, sedangkan jumlah pertambahan orang Islam ialah yang tertinggi iaitu sebanyak 2.9%, 0.3% lebih tinggi daripada jumlah pertambahan penduduk dunia.
Bilangan orang Islam akan mengatasi bilangan penduduk kristian menjelang tahun 2025 dan akan menjadi agama yang paling dominant.
Namun begitu, kelemahan kualiti umat Islam dilihat sebagai satu-satunya proklamasi yang dapat menyangkal kehebatan umat Islam ketika ini. Sekalipun memegang sebahagian besar hasil bumi dunia, umat Islam masih belum mampu menunjukkan potensi dan kekuatan yang ada pada umat Islam. Umat Islam masih belum mampu membela nasib saudara-saudara seagama, bahkan belum mampu membela nasib sendiri.
Walau bagaimanapun, kekuatan umat Islam pastinya sentiasa digeruni oleh musuh-musus Islam dan mereka pastinya sentiasa mencuba untuk menghancurkan Islah dan penganutnya. Betapa pun mereka cuba menindas dan menzalimi namun pembelaan dan bantuan Allah Ta’ala pasti akan datang kerana janjiNya bahawa Deen yang sebenar dan diiktiraf di sisi Allah Ta’ala hanyalah Islam.