Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Monday, June 29, 2009

Amalan Demokrasi

Demokrasi seperti diketahui umum, merujuk kepada kuasa rakyat dalam pemerintahan sesebuah negara. Apabila sesebuah negara mengamalkan demokrasi maka negara itu sepatutnya bersedia untuk mendengar suara rakyat yang juga sebenarnya adalah suara keramat dalam penentuan dasar negara.

Rakyat memilih pemimpin yang mereka suka. Terlebih dahulu dari itu, rakyat juga bebas untuk dipilih sebagai pemimpin. Rakyat sepatutnya diberikan ruang untuk memberikan pandangan dan kritikan terhadap dasar-dasar pemimpin, sedangkan pemimpin itu juga dipilih oleh rakyat, apalagi dasar yang mereka perjuangkan.

Di sini, kebebasan bersuara bukan sahaja digunakan oleh rakyat untuk memilih, bahkan untuk dipilih. Tiada siapa yang boleh menyekat atau mendominasi saluran maklumat yang akan disampaikan kepada rakyat. Rakyat perlu diberikan ruang untuk menerima pelbagai jenis maklumat, dan diberi ruang yang adil untuk menilai kebenaran dan kedudukan sesuatu maklumat.

Situasi ini, sewajarnya terpakai di semua peringkat di dalam Negara Malaysia. Selagi, kita bernaung dengan Kerajaan Malaysia, maka kita berhak mendapatkan tempat kita dalam amalan demokrasi, bertepatan dengan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak ini.

Malangnya, di Universiti ini, keadaan tersebut tidak berlaku. Sebolehnya pihak berkuasa di Universiti akan menyekat suara-suara yang mereka rasakan tidak sesuai diperdengarkan di kampus. Bukan sahaja hak untuk bersuara, malah hak untuk mendapatkan kebajikan yang seadilnya juga dinafikan.

Buktinya, tindakan buang kolej, label "persatuan haram", label pembangkang, sekatan program dan aktiviti, sekatan dana, sekatan publisiti dan pelbagai sekatan lain yang diwujudkan sesuka hati mereka. Bahkan istilah "dianak-tirikan" juga terlalu suci untuk mereka yang mempunyai aliran pemikiran yang berbeza ini.

Dalam konteks pemilihan pimpinan Mahasiswa, pihak berkuasa inilah yang terlebih sibuk berbanding Mahasiswa itu sendiri. Mereka sibuk mengenakan bermacam-macam syarat yang hanya dapat difikirkan oleh mereka yang cetek akal fikirannya.

Sebagai contoh, Saya dicalonkan oleh rakan saya yang tidak sealiran dengan kerajaan. Hanya dengan melihat pada borang sahaja, mereka sudah tahu, macam mana saya akan diperlakukan. Saya tidak boleh berjumpa dengan pengundi saya di kolej. Tidak boleh "kreatif" untuk memperkenalkan diri saya, bahkan hanya dibenarkan "berbisik" kepada pengundi untuk memberitahu wawasan perjuangan saya.

Jelasnya Di sini, tiada kebebasan untuk dipilih, apalagi kebebasan untuk memilih?

Universiti cenderung meniru gaya Parti Pemerintah yang menggunakan segala instrumen Kerajaan untuk kepentingan parti sendiri. Instrumen yang sepatutnya menjaga hak dan kebajikan rakyat, sebaliknya digunakan untuk menindas dan merampas kebajikan rakyat.

1 Ogos merupakan tarikh yang baik untuk mengembalikan demokrasi di negara ini. ISA perlu dimansuhkan sebagai tanda aras kepada kelangsungan keadilan di Malaysia.

Mansuhkan ISA, Pulihkan Demokrasi!

Rentetan Peristiwa Memali - Satu bukti Kebangangan UMNO.

Dipetik dari blog Bila Bunga Melayang

AL-FATIHAH

MOGA ROH AS-SYAHID IBRAHIM MAHMOOD
DICUCURI RAHMAT



Mengimbau kembali peristiwa memali. sebut memali mesti ingat..ust.Ibrahim libya..atau ust. Ibrahim Mahmood. kisahnya menarik untuk di ikuti sebagai pengajaran kepada kite tentang kerakusan manusia yg sentiasa mengejar dunia sehingga membelakangkan agama dan bangsa..

Dikatakn ustz Ibrahim mengajar ilmu sesat (tuduhan biasa kpd sesiapa yg tggi ilmu agama yg tak sehaluan ngn kerajaan) mengajar yg bukan2. pdahal kalu di ikutkan,sbaik sahaja bliau mnamatkn pgajian di Libya dalam degree..bliau bekerja dgn kerajaan..AKAN TETAPI,bliau tak lama di tmpt itu..kerana kesukaran bliau ingin mnegakkn HAQ..kerana yg BATIL teramat byk..

dikatakn juga..dalang peristiwa ini. MUSA HITAM ktika itu adalah TPM malaysia. die mgarahkn operasi itu di jalankn. dikenali dgn OPS HAPUS. dikatakn musa ini FREEMASON. Waallahua’lam. seramai 18 syahid,dan bpuluh cedera parah..hasil rmpasn ‘perang’ yg di siarkn dalam RTM hanya la konspirasi semata2..moga ALLAH mblas ‘jasa’ di kau wahai stesen kaki ampu..

18 syahid ditmpat kn si satu kubur besar kcuali sorg yg diminta ibu mereka utk dikebumi di alor setar. dikatakn bahawa sksi2 yg myaksikn mayat2 syahidun itu, walaupun dah 3 hari dalam blik mayat, mayat tak berbau malah peluh dan darah masih lagi ‘hidup’..maha suci ALLAH..DIA berkuasa atas sgalanya. muke Ust. Ibrahim masih segar, mlah tersenyum mnunjukkn die di kalangan org briman..dan as-syahid. nk di tambah di sini. Sultan Kedah datng mcemar duli di memali dan mginstyharkn Ust Ibrahim dan pgikutnya syahid. Musa hitam slepas prstiwa itu terbg ke penang ngn Nuri,mgadu kpda mufti di sana die takleh tido gelisah rimas. mufti itu mnasihatkn die mmbuat 2 kifarat, akn tp hnya satu sahaja di buat..btaubat di mekah ktika dia mnunai umrah. moga di ampun dosa bliau. ada pihak mgaitkn pristiwa kjatuhan bliau slepas tpat 100 hari pristiwa bersejarah itu (sblum itu ust. Ibrahim telah muncul dlm mmpi mgatakn tgu 100 hari). dan jatuhnya highland tower (anknye mnggal) dikatakn pmbalasan kpada dosa2 bliau mbunuh nyawa tak bersalah. satu lg pristiwa pasca peristiwa memali (pasca=slepas,sbaik shaja), musa tak pcaya 18 org itu as-syahidun. die nk korek tgk mayat..ntahla ape punye manusia die ni .die hya btalkn niat bila Sultan Kedah btitah..~ckupla..dah lepas..bia la lepas..~..

okla..pnjg sinopsis..korg bc yg bwah kalu nk tahu lg dtail..bgus cite ni nk di buat pgajaran..truskn niat anda..igt..blog ini u sesapa yg mahu mcri kbenaran..bukn mcari kesalahan.

001: Pada jam 1935 Hrs. (18/11/85) berpusat di Kem Pasukan Polis Hutan Sungai Petani, Kedah; 3600 anggota polis daripada pelbagai bahagian termasuk FRU (Penang), Pasukan Senoi Prak, Anggota Polis beruniform, Commando 69, sudah bersiap siaga untuk menerima arahan. Kunpulan ini diletakkan di bawah arahan seorang pegawai tinggi Ibu pejabat di Bukit Aman dan dibantu oleh beberapa pegawai daripada Bukit Aman Kedah, Perlis, dan Penang.

002: Tepat Jam 1945 (18/11/85) pegawai tinggi yang memerintah daripada Bukit Aman telah mengeluarkan arahan bahawa kumpulan yang bersiap-siaga itu akan menyerang hendap satu kem komunis dalam daerah Baling yang berdekatan dengan sempadan Thailand.

003: Pada Jam 2005 (18/11/85) berlaku satu keributan di bilik operasi Sungai Petani di antara Pegawai Berkuasa pasukan Polis Hutan Sungai Petani dengan Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Kekalutan ini berasaskan arahan palsu yang telah dikeluarkan. Arahan menyerang dan membunuh penghuni ‘kem komunis’ itu seberanya disasarkan ke arah Ibrahim Mahmood, pengikutnya dan sesiapa juga yang hadir di Madrasah yang dibina oleh orang kampung di situ. Pegawai yang mengetuai pasukan Polis Hutan itu telah memberi penerangan kepada Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman betapa Ibrahim Mahmud dianggap oleh para pegawai pasukannya sebagai seorang ulama yang berwibawa. Malahan ramai di kalangan mereka adalah penuntutnya. Dilema yang tercetus ini mencetuskan satu suasana yang hening dan sunyi-sepi.

00418/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman telah mencuba menghubungi Penolong Pesuruhjaya Polis di Bukit Aman, tetapi gagal. Kemudian dia berjaya menghubungi Musa Hitam yang ketika itu menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri. Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Hutan Sungai Petani telah diberikan laluan untuk bercakap dengan Musa Hitam. Beliau telah merayu kepada Musa Hitam dan membuat penjelasan betapa Ibrahim Mahmud adalah seorang ulamak yang disegani dan telah banyak berjasa dalam usaha menaikan taraf hidup masyarakat Memali. Malahan, Ibrahim Memali sudah terkenal dan dihormati oleh para sahabat dan lawan. Tetapi, akhirnya diketahui juga Musa Hitam telah memberikan arahan agar serangan itu diteruskan.

Nota Khas: Kebanyakan anggota polis yang terbabit dalam operasi ini adalah mereka yang bukan beragama Islam. Operasi Khas ini telah diberi-nama "Operasi Hapus" oleh Musa Hitam.

005: Jam 2045 (18/11/85) sebuah majlis keraian telah diadakan di sebuah padang terbuka di Kem Polis Hutan di Sungai Petani. Di sana minuman bir dan minunam keras (arak) telah disediakan kepada semua unit. Namun, ada juga segelintir anggota Pasukan Polis Hutan itu yang tidak minum.

006: Jam 2147 (18/11/85) pegawai pemerintah operasi telah menerima mesej melalui wireless. Mesej yang dierima mengatakan betapa 10 orang komando polis hutan telah berjaya masuk kawasan Memali dan telah pulang dengan laporan penuh. Laporan itu adalah mengenai pergerakan masyarakat yang menghuni Madrasah tajaan Ibrahim Mahmud, yang sudah pun disahkan sebagai sasaran serangan polis itu.

007: Jam 21.47(18/11/85) semua unit telah bergerak di bawah pimpinan lapan pegawai muda. Mereka bergerak memasuki Baling dengan menggunakan dua kereta perisai. Pegawai pemerintah Unit Sungai Petani tidak menunjukkan minatnya ketika itu. Di waktu yang sama, Ibrahim Mahmud sedang memberikan kuliah kepada 50 orang penuntut yang hadir. Kuliah itu berlanjutan sehingga jam 23.45. Setelah selesai ada juga penuntutnya yang pulang ke rumah mereka sedangkan yang lainnya tidur bermalam di Madrasah itu.

008: Pada Jam 24.00 (18/11/85) Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman telah menerima arahan terakhir mengenai ‘Operasi Hapus’ itu. Ketika itu berlaku sedikit kekesalan di kalangan pasukan daripada Sungai Petani. Mereka mahukan operasi itu dilakukan dengan mengadakan sekatan dan kepungan untuk mendesak Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ketika itu ditaksirkan, tindakan mengepung itu mungkin membawa kesan hanya selepas tiga bulan. Cadangan unit Sungai Petani itu telah disanggah oleh Pegawai pemerintah daripada Bukit Aman. Beliau telah disokong oleh pegawai lain yang datang daripada Bukit Aman, dan juga OCPD Baling. Mereka berpendapat bahawa strategi yang melecehkan itu mungkin membabitkan pergeseran di antara pihak polis dengan anggota tentera yang berkhemah di sempadan Malaysia/Thai di Sik dan Baling.

Kecurigaan mereka ini muncul kerana 90% anggota tentera yang disebutkan itu memang menyokong pergerakan Islam dan juga Ibrahim Mahmud. Keadaan kelam kabut muncul lagi. Sekali lagi Musa Hitam di hubungi. Pada kali itu, pegawai yang berkuasa diberitahu bahawa Musa Hitam tidak dapat di hubungi kerana beliau telah pergi ke sebuah hotel di Kuala Lumpur. Di waktu yang sama Timbalan Menteri hal Ehwal Dalam Negeri, Radzi Ahmad sedang mengikuti perkembangan dengan berada di Ibupejabat Polis Penang. Beliau sedang mengikuti perkembangan ‘Operasi Hapus’ itu. Tidak berapa lama kemudiannya Musa hitam telah menghubungi pihak polis dengan suara yagn seolah marah dan rasa terganggu. Musa tidak banyak bercakap cuma mengeluarkan perintah untuk melakukan operasi penghapusan walaupun ia bermakna secara menyeluruhi Negeri Kedah.


009: Jam 0100 (19/11/85) 3,600 (Tiga Ribu Enam Ratus) anggota polis bersama pegawainya telah tiba di Kampung Memali. Mereka lengkap bersenjata automatik dan tiba dengan kereta perisai. Mereka mula mengepung kampung itu. Ketika itu Musa Hitam tentu sekali masih lagi
berada di hotel kerana dia tidak dapat dihubungi. Semua urusan komunikasi dilakukan pula dengan timbalannya yang bertahan di Ibupejabat Polis di Penang. Kebanyakan anggota polis yang tiba di Kampung Memali itu masih lagi beranggapan merka akan menyerang sebuah
kem komunis. Itulah maklumat yang diberitahu kepada mereka oleh Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman. Di waktu yang sama kumpulan daripada Sungai petani hanya kecil sahaja dan masih samar akan tugas mereka.

010: Jam 0300 (19/11/85) Kampong Memali telah dikepung seluruhnya oleh pihak polis. Polis yang beruniform ditugaskan membuat sekatan jalan raya. Pasukan Polis Hutan telah diarahkan ke bahagian Selatan. Pasukan FRU (Polis Gerak Khas: kaki-pukul) diarahkan ke
bahagian utara. Pasukan Komando 69 (Polis Hutan) telah dikerahkan di bahagian belakang rumah Ibrahim Mahmud yang juga merupakan sekolah agamanya.

011: Jam 0336 (19/11/85) Pegawai Tinggi daripada Bukit Aman yang memerintah Operasi Hapus itu telah bercakap menggunakan pembesar suara. Dia mahukan Ibrahim Mahmud menyerah diri. Ibrahim Mahmud berbincang dengan penghuni rumahnya itu. Mereka membuat pendirian untuk tidak menyerah diri walaupun pasukan yang datang itu berpakaian seragam melambangkan wakil negara. Mereka bertakbir dan laungan Allahuakbar mula berkumandang semula.

012: Jam 0400 pagi (19/11/85) satu kumpulan manusia yang berjumlah 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak tiba-tiba muncul daripada bahagian utara . Mereka berlari di tengah-tengah benteng pasukan Polis Hutan dan juga Komando 69 dan membawa senjata tajam yang
sering mereka gunakan ketiak bertanam padi. Mereka cuba memasuki rumah Ibrahim Mahmud untuk memberikan sokongan. Anggota pasukan Komando 69, yang masih lagi mabuk dan kurang berdisiplin itu telah menembak ke arah penduduk kampung yang sedang berlari itu. Tetapi, mereka tersalahsasar, maklumlah kerana masih mabuk lagi. Namun tindakan mereka itu
membuatkan orang kampung berpatah balik kerana ketakutan. Tindakan melulu Pasukan komando itu telah mengena seorang pegawai kanan Pasukan Polis Hutan. Seorang pegawai rendah dan juga seorang konstabel pun turut terkorban. Tembakan ke arah orang kampung yang tidak berdosa oleh satu pasukan yang khayal telah tersesat kepada badan pasukan kawan sendiri. Satu perundingan telah diatur untuk menenangkan keadaan. Operasi mengepung masih lagi berkuatkuasa. Tetapi, beberapa pegawai daripada Alor Star telah meminta agar pengepungan itu dibatalkan sahaja. Mereka telah mengambil iktibar daripada kematian tiga orang sendiri disebabkan tindakan yang songsang. Permintaan mereka telah
ditolak oleh pegawai pemerintah.

BABAK DUA

013: Jam 0521 (19/11/85) Azan subuh berkumandang di rumah Ibrahim Mahmud. Suara yang sungguh sayu itu menjentik sentimen anggota polis daripada Alor Star. Mereka semakin mencurigai matlamat operasi polis itu. Ibrahim Mahmud mengimamkan solat pagi itu dan suaranya semakin jelas ketika itu. Di waktu itu Pegawai pemerintah Operasi telah mengeluarkan arahan agar pasukannya mula menyerang. Beliau telahditentang oleh pegawai yang beragama Islam.

014; Jam 0559 (19/11/85) Solat Subuh pun selesai dan pengepungan diketatkan lagi. Tiba tiba, satu kumpulan orang kampung muncul untuk memasuki perkarangan rumah Ibrahim Mahmud. Mereka terpaksa menentang pasukan Polis Hutan. Mereka menyerbu ke rumah Ibrahim bersenjatakan senjata kampung dan sambil menggenggam tangan merka melaungkan Allahuakbar. Melihatkan perbuatan orang kampung itu pegawai pasukan Polis Hutan mengarahkan pasukannya untuk berundur dan tidak menentang mereka. Mereka hanya diarahkan bertahan sambil bersiap sedia sahaja. Masa terus berlalu, operasi untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud itu semakin menyerlahkan kejijikannya. Keadaan hari yang semakin siang telah menyerlahkan betapa operasi itu bertujuan melindungi rahsia
kejijikan perancangannya. Kini, unsur kerahsiaan itu telah terdedah sama sekali. Nota Khas: Sebelum operasi itu dilancarkan ramai pemimpin beragama Islam telah ditangkap. Kita boleh menyoal diri kita apakah keheningan malam telah mampu menggelapkan kejijikan operasi
semacam itu ?

015: Jam 08.15 (19/11/85) setelah mendapat kelulusan timbalan menteri hal ehwal dalam negeri pegawai pemerintah operasi telah memberi arahan agar dua kereta perisai mula
menyerang rumah Ibrahim Mahmud. Mereka telah dihalang oleh bajingan bom molotov. Ini membuatkan pasukan polis itu berundur sambil terus memuntahkan peluru senjata automatik ke arah rumah yang dikepung itu. Di waktu yang sama empat orang wanita dan tiga orang kanak-kanak berlari keluar rumah itu. Mereke diarahkan oleh Ibrahim agar melarikan
diri. Mereka telah dikepung dan ditangkap oleh pihak polis dan dihumbankan ke dalam trak polis yang diawasi oleh anjing penjaga. Ketika itu juga serangan diteruskan. Tembakan pihak polis disambut dengan laungan Allahuakbar sahaja secara berterusan.

016: Jam 11.05 (19/11/86) Komando 69 diarahkan menyerang rumah Ibrahim.

017: Jam 1136 (19/11/85)pasukan Komando 69 telah menyerbu masuk dengan senjata yang dipetik. Berlaku beberapa pergelutan di mana Ibrahim dan orang-orang yang masih bertenaga terus melawan. Ada juga ahli rumah yang keluar untuk berlawan dengan anggota polis di kawasan halaman. Polis terus menembak mereka walaupun mereka sudah tidak bersenjata lagi. Hanya Allahuakbar yakin mampu mereka ucapkan sehinggalah nyawa hilang dalam perjuangan itu. Ramai yang mati sedangkan ada juga bilangannya yang cedera teruk
sahaja. Beberapa orang anggota komando telah menyerang Ibrahim Beliau telah melawan mereka dan mampu membunuh salah seorang yang menyerangnya. Tetapi beliau terkorban akhirnya setelah dada sebelah kanannya dituju berpuluh kali. Ibrahim gugur dengan genggaman tangannya berkepal ke atas sedangkan mulutnya masih lagi melaungkan
Allahuakbar. Seorang pegawai polis berlari meluru ke arahnya untuk mengepung kepala Ibrahim ke ribanya. Ibrahim kedengaran bersuara: "Alhamdullilah, kerana mengorbankan kami ke jalan mati syahid."

018: Jam 1213. Serangan pihak polis ditamatkan. Mereka yang telah ditangkap telah disungkup dengan karung guni. Beberapa anggota Komando 69 telah dilihat menendang badan yang terbujur itu untuk menentukan mereka sudah mati. Ada pula yang terus menembak mereka lagi
sambil berkata; "Pergi jahanam dengan Islam".

019: Jam 1305 (19/11/85) Pegawai pemerintah operasi telah membuat laporan kepada Ibupejabat Polis Penang dan juga kepada Musa Hitam di Kuala Lumpur. Musa Hitammengarahkan agar semua orang kampung ditangkap untuk menahan agar rahsia operasi itu tidak terdedah.

020: Jam 1500 (19/11/85) kerja-kerja menangkap saki baki orang kampung dilakukan. Mereka diterbangkan dengan dua helikopter polis. Mereka yang cedera dan mati dihantar ke hospital
di Sungai Petani dan Alor Star. 4 mati syahid di Sungai Petani dan 10 yang sudah mati dibawa ke Alor Star, termasuklah Ibrahim Mahmud.

021: Jam 1510 (19/11/85) Sektiar 30 anggota tentera lengkap dengan senjata automatik tiba di hadapan rumah Al syahid Ibrahim. Berlakulah pertelagahan di antara pegawai petugas di kalangan pasukan polis yang mengwasi tempat itu dengan ketua anggota tentera yang tiba
di situ. Anggota polis yang ramai itu diberikan arahan untuk bersiap sedia dengan senjata mereka. Menyedari betapa bilangan mereka kecil dibandingkan dengan anggota polis yang bertugas di situ pihak tentera pun meredakan keadaan. Ketuanya pernah berkata: Hari ini hari kau…..Kau boleh lakukan apa yang kalian mahu. Tetapi ingat, akan timbul satu hari nanti, kami akan menentang kamu dengan kekuatan yang setara. "

BABAK KETIGA

Setiap insan yang waras di kalangan manusia di negara ini tentu dapat membuat penilaian akan laporan mengenai Al syahid Ibrahim Mahmud. Beliau bukannya seorang penjenayah seperti yang digambarkan oleh Musa Hitam. Namun, akhbar New Straits Times bertarikh 21/11/85 menerbitkan satu tajuk yang bertulis: Empat anggota polis dan 14 penjenayah mati
dalam pertempuran. Di akhbar yang sama Musa Hitam telah menuduh Ibrahim Mahmud bersama 13 rakannya sebagai penjenayah dan penganut ajaran sesat. Beliau telah menyanggah kenyataan yang dikeluarkan oleh majlis Agama Islam Kedah yang berkata: "Ustaz Ibrahim hanya memberikan ceramah agama. Lagipun dalam satu pertemuannya dengan pihak akhbar Musa Hitam telah mengulangkan cerita bagaimana dia telah diseranah dua kali oleh
persidangan UMNO kerana tidak bertindak tegas terhadap aktiviti keagamaan seperti yang dilakukan oleh Ibrahim Mahmud itu. Kalau kita pertimbangkan segala fakta yang terserlah, termasuk keputusan pemilu di mana BN hanya mampu menang tipis, kita boleh membuat kesimpulan betapa ‘Operasi Hapus’ adalah satu tipu muslihat untuk menghapuskan Ibrahim Mahmud bagi kepentingan politik UMNO. Mereka mahu menentukan terhapusnya rintangan dalam menentukan kemenangan kerusi Bayu/Baling dalam pemilu yang mendatang

Rasa, Terasa, Perasaan, Perasan, Merasakan...

Tajuk di atas adalah tidak dirujuk sama sekali. Topik kali ini, masa depan.

Hari ini, baki pengajian di UKM tinggal lagi setahun, keputusan yang agak sukar untuk dibuat walaupun semenjak tahun 3 keputusan untuk diadakan tahun ke-5 di UKM ini telah dibuat.

Ini respon mereka,

1- "standardlah Engineering,"
2- "Ni mesti pasal blaja main2,"
3- "samalah kita,"
4- "Aik, dah tu bila nak kerja? lambat kerja lambat kahwin,"

Ini respon saya,

"I don't Give a damn! I run my own life-program,"

Jadi, Apa yang akan terjadi selepas ini? sekarang?

Saya akan terus belajar, sambil membina karier(sebenarnya sudahpun bekerja), di samping "mencari" masa depan yang bahagia.

Belum jumpa, juga belum pasti apa yang akan terjadi.

Tapi, langkah kaki ini tidak perlu berhenti, bahkan perlu terus berlari...

Ingat, What U give, U get Back!!!

Non U Give, Non u Get...

farid, tiada siapa yang akan lebih rasa, terasa, perasaan, perasan, dan merasakan jalan kehidupan yang engkau pilih... Walaupun kacak, tidak ke mana kalau tak bijak. (tp, kacak ke??)

Engkau buat, dan rasa sendiri apa yang engkau dapat.

Terbaik yang engkau Buat, terbaik (InsyaAllah) yang kau dapat...

Bertahan dan bersiap siagalah....

Tuesday, June 23, 2009

Pelajar Wanita Ditemui Mati Di UKM

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Seorang pelajar wanita ditemui mati berhampiran tempat meletak kereta di Kolej Kediaman Za'aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata mangsa, Siti Farihan Mohd Hassan, 23, ditemui tertiarap oleh seorang tukang sapu kira-kira 7 pagi.

"Seorang tukang sapu yang kebetulan sedang membersihkan kawasan itu ternampak mayat Siti Farihan sebelum menghubungi polis.

"Siasatan awal polis mendapati terdapat kesan lebam pada muka Siti Farihan dipercayai akibat hentakan yang kuat. Dia dipercayai terjatuh dari beranda biliknya yang terletak di tingkat empat bangunan lima tingkat itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata polis tidak menemui sebarang kesan geledah di bilik mangsa dan polis juga telah mengambil keterangan dari rakan sebilik Siti Farihan.

Mangsa yang berasal dari Kelantan ialah pelajar peringkat Sarjana jurusan Sains Kimia.

"Kita telah soal-siasat rakan sebilik mangsa, bagaimanapun rakan sebiliknya tidak mengetahui kejadian itu kerana waktu itu rakannya sedang tidur dan polis tidak menolak kemungkinan ia berlaku seawal pukul 3 pagi," katanya.

Shakarudin berkata kejadian itu telah dimaklumkan kepada keluarga mangsa dan punca sebenar kejadian masih disiasat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras untuk dibedah siasat, katanya.

-- BERNAMA

Monday, June 22, 2009

UMNO dan Aspirasi perlu dinafikan pandangan bukan hak kewujudan


Umum mengetahui bahawa UMNO merupakan parti utama yang memerintah kerajaan Malaysia. Masyarakat kampus di seluruh negara juga mengetahui bahawa Aspirasi adalah kumpulan pelajar(tak layak diberi gelaran Mahasiswa) IPT cetakan UMNO.

Mereka memperjuangkan bangsa melayu sejak sekian lama di muka bumi Malaysia. Api perkauman disemarakkan melalui lidah rasmi juga lidah tidak rasmi mereka di segenap pelusuk tanah air. Mereka sanggup mengisytiharkan "cuti" sehari di UITM bagi menghalalkan Demonstrasi yang sebelum ini mereka haramkan.
Terbaru, mereka tersorong-sorong merayu untuk bersama dengan PAS untuk Kerajaan Perpaduan, dengan alasan, perpaduan dengan PAS akan menyelamatkan orang Melayu. Ini kata saya untuk UMNO-Aspirasi dalam isu Kerajaan Perpaduan, "Tak Kebuloq!!!"

Umno tidak sedar bahawa bumi ini Allah berikan kepada semua manusia. Semua nikmat yang ada di atas muka bumi ini perlu dikongsi dan dinikmati oleh semua orang. Sedangkan yang jahat juga diberikan tempat, apalagi orang-orang yang melakukan kebaikan. Islam tidak pernah mengajar umatnya memilih bulu, mahupun ideologi. Kesempitan pemikiran hanya akan membawa kepada permusuhan yang berpanjangan.


Begitu juga dengan saya, selaku orang Islam, saya juga perlu menerima kehadiran orang Umno di atas muka bumi saya. Walaupun sejijjik mana sekalipun perangai dan pemikiran orang Umno-Aspirasi, juga kejahatan yang mereka lakukan terhadap saya, saya masih perlu mengakui dan memberikan hak-hak sebagai manusia kepada mereka.

Sebab itu, Islam ini adalah cara hidup yang sempurna. Islam tidak pernah mengajar umatnya berfikiran kolot dan sempit. Allah Ta'ala memerintahkan supaya segala isi bumi ini digunakan dengan sebaiknya oleh semua manusia sebarang sikap berpuak-puak. Malah Allah Ta'ala memerintahkan supaya semua manusia yang diciptaNya itu berkenal-kenalan sesama mereka, sedangkan yang membezakan antara manusia itu hanyalah Ilmu, iman dan Taqwa yang ditentukan oleh Allah darjatnya. Arahan-arahan yang terkandung di dalam Al-Quran sebenarnya bukan untuk orang Islam semata-mata malah perlu dikongsi pengahayatan amalan dan nilainya oleh semua umat manusia.

Friday, June 12, 2009

Propaganda Kerajaan Perpaduan, persaingan merebut keuntungan, milik siapa?

Isu Kerajaan Perpaduan gagasan Dato' Seri Tuan Guru Presiden PAS bermula semenjak sebelum muktamar ke-55 parti itu lagi. Kesannya, ramai pihak yang mengeluarkan kenyataan negatif berhubung usul tesebut sama ada dari dalam PAS mahupun daripada rakan Pakatan Rakyat sendiri.

Usul ini turut dijadikan baan oleh Umno melalui kuasa media perdana yang ada pada mereka. Menurut sesetengah pihak, isu ini hanya bertujuan untuk menimbulkan perpecahan dalaman PAS serta keretakan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui, PAS sudaht tidak lagi boleh menerima UMNO sebagai sekutunya. Serik dengan penipuan dan pengkhianatan secara langsung ataupun tidak langsung yang dilakukan oleh UMNO terhadap PAS, menyebabkan ramai yang putus asa untuk membaiki apalagi untuk berbaik dengan UMNO.

Mungkin kerana risaukan PAS ditipu sekali lagi oleh UMNO, rakan-rakan dari Pakatan Rakyat agak bertegas menasihati PAS supaya tidak meneruskan kerjasama dengan UMNO.

Bagi saya, semua pandangan ini benar. Tapi kebenaran yang sebenar, masih belum diketahui.

Apa sebenarnya motif Tuan Guru Presiden mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah memakan diri sendiri? Bukankah isu ini hanya akan membangkitkan kemarahan ahli malah rakan Pakatan Rakyat sekali? Kenapa masih belum memulakan pembentangan kertas kerja keseluruhan supaya ahli, pakatan, serta rakyat dapat menilai wawasan kerajaan perpaduan?

Ni pandangan saya, kerajaan perpaduan merupakan titik perubahan kepada lanskap politik negara. Jika UMNO tersalah langkah, parti tersebut akan berjumpa dengan pintu keluar dari Dewan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Bahkan mungkin lebih awal dari itu.

Namun begitu, waktu sekarang adalah masa yang paling sesuai bagi Najib untuk membubarkan Dewan Rakyat. Pecahan Undi dalam Pakatan Rakyat seolah memihak kepada UMNO dan BN.

Pasti menarik jika diteliti isi kupasan pemimpin yang lantang berbicara mengenai isu ini, serta hubung kait pemimpin-pemimpin tersebut. Yang terlebih menarik daripada itu, keputusan perbahasan tersebut.

Loan Sharks - the root cause

By: Teo Lee Ken

The common question being asked these days must surely be ‘Why do people turn to loan sharks for financial help?'

And the most apparent answer would be the lack of finance.

Focusing on the lack of financing in the first place, proposals for viable solutions to reduce the re-occurrence and impact of this phenomenon requires an examination of the big picture encompassing the economy, the legal and social perspectives.

As there is a lack of financial income in the first place, an important approach is to reform and refine the economy by providing people with the opportunity to earn a higher and better income that will improve their standard of living.

While it is almost impossible to tell people how to use their money and for what they should use their money for, we can at least ensure that for whatever reasons the money is to be used, they should be able to accumulate more and earn more if they choose to or are deserving to do so.

There is also a lack of available and accessible loans and credit.

Banks and financial institutions are the core lenders and are the normal avenues where people turn to obtain loans. However, these entities, before issuing such loans, have certain conditions that have to be satisfied and require strict fulfilment and compliance by the borrower.

This aside, there are also those who are unable to find jobs or are unemployed but unfortunately require financial assistance in the form of loans.

The federal government could provide loans and financial assistance in the form of a micro-credit scheme. To ensure the effective implementation of this micro-credit scheme, it would need to be based on two basic fundamentals, which are non-bureaucratic and non-profitable.

Hence there has to be a decentralization of decision making and granting of approval. In this sense, the federal government would bear the responsibility of providing the funds whereas the control, decision making and approval of disbursement should be delegated to the relevant government agencies.

Nowhere to go

Again the method of issuance and repayment and guarantee to facilitate such a loan would require vigilant consideration and views from competent and interested parties. There also has to be a target group that would be the focus of attention of this particular policy.

For example petty traders, hawkers and those who are in grave financial distress.

Financial institutions can also provide these micro-credit schemes to assist petty traders and hawkers as part of their corporate social responsibility.

Any effort to notify the people of this phenomenon in its complete nature must first and foremost involve participation from the grassroots, or consist of public involvement.

Awareness campaigns merely carried out by organising official ceremonies and advertisements in the media are inadequate and ineffective.

More programmes or initiatives that are community based and which sprout from public participation are more incisive.

Such programmes or initiatives might be able to cover a variety of themes related to education, businesses, family, lifestyle and spiritual encouragement. These themes may include reading, financial planning, health routines and moral values.

At present, there are certain laws that can be invoked to penalise those involved in the business of illegal money lending. They consist of the Money Lenders Act 1951, and the Anti-Money Laundering Act 2001.

This allows for the regulation of legal and registered money lending entities as the relevant authorities are able to track down and issue them warnings that may result in closure should there be any non-compliance with the governing rules and laws.

They would be inclined to conform rather than risk tarnishing the reputation of their company.

For those who trade in illegal money lending, if the money lent is sourced from unlawful activities and compounded with the element of violence in their treatment of borrowers who default, other existing laws would then apply, for instance the Dangerous Drugs Act 1952, the Common Gaming Houses Act 1953 and the Penal Code.

While it is most common for people to cry out for laws that impose severe punishment, the legal avenue is not necessarily the primary solution to purge unlawful money lenders. In this context, the object of law to regulate and impose severe punishments is only for the purpose of punishing a person for a crime or crimes that has been committed.

Crime and punishment

In other words, it is only for the point of punishment and retribution. It is not for the purpose of deterrence and here the use of the law as a deterrent is mediocre at best and useless at the very least.

Severe punishment does not deter lenders from getting involved in this trade. It merely acts to deter them from wanting to get caught.

In this regard, the law is the last recourse and can be depended upon only when all
else fails.

To effectively address this phenomenon, other unlawful activities such as gambling, drug trafficking, prostitution, and smuggling must be drastically controlled and regulated,if not eradicated.
And it seems that the main source of income for the money lenders is these other illegal activities which is used to loan out to the suspecting victims.

The running of enforcement agencies also deserves mention.

If the very entity that is tasked with the responsibility of solving crime are the ones providing refuge to those responsible, then the whole exercise is nothing but an academic exercise in futility.

Lastly, it should be known that this phenomenon is a manifestation and consequence arising out of institutional and systemic flaws inherent the policies and the decisions we make.

--------------------------------------------------------------------------------

KHAW VEON SZU and TEO LEE KEN are executive director and intern respectively at the think-tank Sedar Institute.

Read form the original blog site here.

En Otak: Masih gagal berfungsi dengan Baik...


Bangi, 11 Jun - Jam menunjukkan 11.15 malam, sambil menunggang kuda yang terpancit tayarnya di bangi, En Otak geligat memproses data yang diserap oleh kawan-kawan derianya yang lain. En Mata yang paling kuat bekerja kerana terpaksa mengecutkan iris supaya lebih banyak cahaya dapat dikesan oleh retina.

Walaupun keadaan fizikal yang mempunyai tarikan graviti yang agak tinggi, sehingga melambatkan pergerakan, namun emosi berjaya memaksa En Otak supaya teruskan bergerak. Jantung sudah semakin tercungap. Pernafasan Anaerob terpaksa dilancarkan. Keadaan semakin kritikal apabila En Otak tiba-tiba memproses bacaan jarak dari kedudukan semasa ke destinasi dituju.

En Otak telah memberikan gambaran bahawa, perjalanan malam ini terpaksa dihentikan kerana bacaan-kebarangkalian-untuk-gagal menunjukkan angka bulat. Emosi pada kali ini telah mengambil kesempatan yang ada untuk melancarkan propaganda dan provokasi supaya membuat pertimbangan semula.

Pergelutan berlaku agak lama, barangkali hampir 100 pusingan kaki kuda itu berputar, akhirnya membuat keputusan untuk berhenti dan kembali ke tempat berteduh terdekat.

Setelah kembali stabil di tempat berteduh yang terdekat, EN Otak kembali membuat imbasan mengenai keputusan yang dicapai, akhirnya dia sedar bahawa walaupun walaupun En Otak pada hakikatnya masih belum memerah segala keringat yang ada, namun masih gagal memimpin pergerakan disebabkan pengaruh Tuan Hati, yang di situlah terletaknya emosi.

Akhirnya bermalamlah kacapermata di suatu tempat teduh di bangi. Dek kerana keletihan menunggang, ternyenyaklah dia sampai ke pagi.

Thursday, June 11, 2009

Pelancaran 1 Malaysia Besar-besaran.. Tahniahlah Najib!!!

"PUTRAJAYA 10 Jun - Gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 27 Jun ini." Utusan Malaysia 11/6

Pening kepala bila memikirkan nasib Rakyat Malaysia yang ingin di"satu"kan oleh Najib. Bertambah pening apabila mengenangkan pendahuluan rakyat yang akan dibuat oleh Najib. Semakin pening apabila memperlihatkan keutamaan pencapaian yang sedang diamalkan oleh Najib da konco-konconya.

Desakan rakyat dilihat berkadar songsang dengan pencapaian kerajaan. Semakin diminta, semakin ditarik. Satu demi satu keuntungan dan keselesaan rakyat dirampas oleh pemerintah. Mungkin ramai yang tidak begitu mengendahkan apabila nikmat keadilan dan demokrasi dirampas oleh kerajaan, akan tetapi kebanyakan rakyat akan terasa apabila periuk nasi mereka terjejas. Bak kata pepatah, bila dah kena atas batang hidung sendiri, barulah mula nak menyesal.

Terbaru, kenaikan kos pengangkutan iaitu tambang bas. Isu ini sebenarnya isu yang remeh, disebut oleh Nazri Aziz bahawa jika tambang dari KL ke N.9, selepas dikenakan surcaj bahan api adalah sebanyak RM6, maka hanya akan bertambah sebanyak RM0.20 @ RM0.10 sahaja (Naik tetap naik pak cik Oiii!!). Jika menurut Islam, hukumnya dosa kecil. (Mungkin) Memang perlu dinaikkan harga tambang bas disebabkan kesempitan ekonomi. Walaupun natijahnya seksaan terhadap rakyat dianggap kecil. Namun, jika dosa kecil ini dilakukan berulang-kali, maka akan jatuhlah taraf Fasiq iaitu melakukan dosa besar.

Kerajaan sudah banyak melakukan dosa kecil terhadap rakyat, jika dihitung dosa-dosa kecil mereka itu, mungkin secocok dengan peribahasa "lama kelamaan menjadi bukit" (mungkin sudah sebesar banjaran himalaya). Belum dicampur dosa-dosa besar seperti membunuh nyawa menggunakan bom, menghalalkan judi, membeli hakim, merampas negeri dan mewujudkan kerajaan negeri yang syubhah(ada yang kata haram), dan macam-macam lagi kerosakan.

Akibat daripada dosa besar yang mereka lakukan, pernah suatu ketika dilanda banjir besar, berlaku runtuhan tanah, dilanda tsunami, robohan bangunan, terkini keruntuhan Stadium Agong yang mengalami kerugian jutaan ringgit Malaysia, serentak dengan itu dimalukan pula dek keberadaan jurutera asing dari Korea yang menyaksikan kejadian tersebut di depan mata kepala mereka sendiri.

Pengajaran-pengajaran yang Allah berikan ini, sememangnya bukan bertujuan untuk mengeruhkan lagi keadaan. Bukan masanya kita memburukkan(walau hakikatnya terlalu buruk untuk digambarkan), sebaliknya perlu kepada langkah penyelesaian sama ada daripada kerajaan ataupun perubahan tuntas dari rakyat.

Sepanjang pengajian saya, barangsiapa yang bersubahat dan bersekongkol dengan dosa, maka hukumnya sama dengan si pelaku. Si Pelaku yang memulakan dosa, jika ada orang lain yang menirunya, akan menerima dosa seperti mana Si Peniru Dosa, walau seramai mana Peniru, dan selama mana ianya ditiru.

Alangkah baiknya jika kita mulakan perkara yang baik, maka jika ada kebaikannya kepada orang lain, saham kebaikan itu turut kita kongsi bersama berserta saham peniru-peniru amalan kebaikan kita dengan tidak terkurang saham kita dan saham peniru.


Monday, June 8, 2009

Teks Penuh Ucapan Presiden Parti Islam SeMalaysia, PAS

Harakahdaily
Sun | Jun 07, 09 | 11:37:13 am MYT

Ucapan Dasar Presiden PAS: Islam Memimpin Perubahan

Bagi pihak seluruh ahli dan kepimpinan PAS Pusat, saya ucapkan selamat bermuktamar kepada seluruh perwakilan, dan mengalu-alukan kedatangan semua tetamu yang menyeri dan memeriahkan muktamar ini, dengan iringan doa kepada Allah SWT, agar dimasukkan kehadiran ini dalam timbangan amal soleh, yang menjadi bekalan kita di hari akhirat, kerana keyakinan kita kepada dasar dan sifat Islamnya parti yang kita dukung ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah kita menyatakan kesyukuran kepada Allah, dengan limpah kurnia-Nya, kita semua terus beristiqamah dengan perjuangan yang kita imani kesuciannya, dalam wadah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

PAS terus mara berjuang sejak beberapa dekad dan kelangsungannya telah bertali arus sepanjang beberapa generasi hinggalah ke hari ini. Kita terus beriman dan beristiqamah dengan aqidah dan ciri-ciri parti Islam yang ditetapkan oleh Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.. Di atas asas inilah PAS ditubuhkan oleh para alim ulama dan cendekiawan Islam lebih setengah abad yang lalu.

Inilah syarat yang menjadi ketetapan Allah kepada Parti Islam yang bercirikan kesinambungan risalah Islam sebenar, dan inilah sebabnya kita menerima ketetapan Allah yang mewajibkan kumpulan Islam sebenar menjadi penerus risalah agama ini, berhadapan dengan pelbagai mehnah dan fitnah.

Firman Allah yang bermaksud: "Alif Laam Mim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta. [29:1-3]

PAS bergerak di atas landasan kesempurnaan ajaran Islam, dengan bercirikan kepimpinan ulama dan kepimpinan berbagai keilmuan, pengalaman, didokong oleh seluruh aktivis PAS di pelbagai peringkat untuk memenuhi segala perintah Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam semuanya (dengan mematuhi segala ajarannya) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. [2:208]

IMBASAN SETAHUN

Pelbagai peristiwa telah berlaku sepanjang tempoh setahun kita mengadakan Muktamar yang lalu di negeri Perak Darul Ridzuan. Menerusi muktamar itu, antara keputusan terpenting yang kita sama-sama bahas dan susun jalinan kerjanya adalah untuk memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, dan dalam masa yang sama PAS mempunyai sikap keterbukaannya untuk bertemu serta berbincang dengan sesiapa sahaja bagi kepentingan Islam dan seterusnya rakyat di dalam negara kita ini.

Sepanjang tempoh setahun ini, kita sama-sama melihat pelbagai imej politik dilakarkan dan pelbagai pergolakan politik berlangsung di tanah air kita, sekaligus menjana perubahan lanskap politik negara. Suasana ekonomi yang semakin menekan, punahnya sistem ekonomi liberal-kapitalis, keresahan rakyat jelata dalam mengharungi pentas hidup yang tidak menentu, amalan rasuah yang semakin meningkat, bantahan berterusan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran mata pelajaran sains dan matematik, perubahan kepimpinan negara dan sebagainya.

Kita juga berhadapan dengan beberapa pilihan raya kecil bermula dengan Parlimen Permatang Pauh yang kita hadapi semasa berlangsungnya muktamar yang lalu, seterusnya pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Parlimen Bukit Gantang, Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, Batang Ai dan Penanti dan akan bertemu lagi di Manek Urai.

Kesemua pilihan raya ini kita sama-sama hadapi dengan semangat kerja kuat dan keserasian setiakawan Pakatan Rakyat yang tidak pernah luntur. Walaupun kita berhadapan dengan BN yang berselindung di sebalik jentera kerajaan dan pelbagai agensi, tetapi kita berjaya membuktikan bahawa rakyat terbanyak masih kukuh bersama kita dengan kita memenangi lima dari enam kerusi yang dipertandingkan, dan Insya Allah kita akan dapat mempertahankan Manek Urai.

Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada rakyat yang telah celik, kerana hasil daripada maklumat yang dimerdekakan ke atas mereka oleh sumber media baru, sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil itu. Kejayaan ini tidak akan mampu kita capai tanpa usaha keras yang ditunjukkan oleh jentera kita dan semua pihak yang sama-sama membantu tanpa habuan wang ringgit.

Rupanya kerjasama kita yang sebegini erat, sangat membuatkan pihak tertentu merasa irihati dan merasa bahang kepanasannya. Kemuncak dari keangkuhan mereka ini adalah tindakan tanpa susila merampas kerajaan yang dipilih oleh suara majoriti rakyat yang telah sama-sama kita bina di negeri Perak Darul Ridzuan. Suara rakyat diketepikan dan semangat Perlembagaan dan undang-undang tidak dilaksanakan, manakala keadilan dicerobohi apabila tiadanya pemisahan kuasa dalam Badan Kehakiman.

Kerajaan yang sedang berbakti kepada rakyat telah direntap dengan senjata peras ugut dan rasuah politik. Apa yang lebih parah lagi, bukan sahaja segala jenis peraturan dan standing order Dewan dilanggari bahkan kedudukan Dewan tempat bersidangnya Dewan Undangan Negeri Perak telah dicemari dengan peristiwa rampasan kuasa yang kini telah menjadi bahan momokan masyarakat antarabangsa dengan perbuatan tidak bertamadun dan bermoral. Tragedi ini merupakan satu episod hitam dalam sejarah politik di Malaysia, hasil daripada tindakan Umno dan BN yang gelabah, kerana semakin pudar pengaruhnya di hati rakyat Malaysia.

ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Bersandarkan kepada latar belakang politik negara yang kelam kabut dan iklim dunia yang semakin parah suasana geopolitiknya pada waktu ini, maka marilah kita sama-sama mengorak langkah untuk terus mara dengan memimpin rakyat dan negara ke arah perubahan yang hakiki menerusi tema Muktamar kali ini iaitu - "Islam Memimpin Perubahan".

Kita memimpin untuk merubah masyarakat yang menyanjung tinggi materialistik dan semakin rosak ini kepada maaruf. Kita bukan sahaja mencegah kemungkaran, tetapi juga menyokong perubahan ke arah kesejahteraan rakyat dan kekuatan Islam. PAS ingin memimpin perubahan dengan membawa satu gagasan politik Islam yang akan menyatukan kaum di Malaysia ini dengan keadilan sejagat.

Firman Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [4:58]

Perubahan ini adalah perlu kerana berlakunya kegagalan sistem politik dan ekonomi dalam dunia hari ini. Hasil dari ketidakadilan dan kegagalan pelbagai sistem, kita menyaksikan semakin bertambahnya politik peras ugut dan perkauman di Malaysia.

Keruntuhan sistem komunis dan seterusnya kegagalan sistem ekonomi kapitalis yang sedang berlaku pada hari ini adalah menandakan satu bentuk kehancuran ideologi ciptaan manusia. Kita perlu menyedari bahawa perubahan adalah sesuatu yang lumrah dalam kehidupan manusia atas sifatnya sebagai makhluk ciptaan Allah.

Dalam kita menerokai sebuah perubahan itu maka kita pun mula bertanya: "Bagaimanakah bentuk perubahan yang kita idam-idamkan itu?"

Pada masa yang sama, kita juga mendengar pelbagai slogan daripada kerajaan pimpinan Umno dan BN yang kononnya juga mahukan perubahan.

Sepanjang perjalanan sejarah negara, kita bertemu dengan slogan, Bersih Cekap Amanah, Kepimpinan Melalui Teladan, Cemerlang, Gemilang dan Terbilang, terkini meniupkan slogan Satu Malaysia. Semuanya adalah retorik, bersifat kosmetik dan akhirnya tidak membuahkan apa-apa yang boleh menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan pembangunan roh dan jasad bagi negara kita.

Kerajaan yang ada sekarang ini boleh saja melaungkan ratusan slogan, tetapi ianya akan terus hanyut kerana sistem pemerintahan yang ada masih sama, kerana Umno dan BN terperangkap dalam sistem dan amalan politik kuno yang bertunjangkan perkauman, bermatlamatkan kebendaan dan penerusan kuasa dalam apa jua keadaan.

Kita juga percaya bahawa slogan Satu Malaysia juga tidak berupaya mewujudkan suasana negara yang lebih baik kerana dalaman Umno dan BN sendiri bercelaru dan tidak bersatu. Hal ini diburukkan lagi dengan tidak adanya konsep pemisahan kuasa antara eksekutif-legislatif-kehakiman dalam negara kita. Sistem politik pula menjadi celaru oleh keegoan politik, pencerobohan dan kerakusan kuasa mencampuri urusan kehakiman dan pentadbiran. Perpaduan masyarakat pula tidak akan mampu dicapai dengan pemberian hak ekonomi dan politik semata-mata.

Perjalanan menuju kepada sebuah negara maju bagi Malaysia pula tidak akan ke mana-mana sekiranya demokrasi kita tidak matang, hasil dari peranan Umno dan BN yang telah memundurkan demokrasi dan rakyat terus menerus dijadikan bahan peras ugut oleh mereka. Istilah demokrasi hanya digunakan untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

Kehebatan dunia pendidikan Islam pula telah dilemahkan oleh dasar pendidikan tajaan Umno, maka lahirlah pemimpin yang tidak bermoral, yang berkuasa melalui rasuah dan penipuan, rakyatnya pula dibanjiri gejala sosial, keruntuhan akhlak dan jenayah yang makin merebak, miskin jiwa dan harta, dan akhirnya menjadi pengundi yang boleh ditipu dan dibeli dengan harga yang murah. Inilah cara Umno mengekalkan kuasanya secara tidak beramanah.

PAS percaya bahawa keadilan sejagat Islam yang sememangnya bersesuaian dengan fitrah manusia boleh menjadi tiang seri yang mampu untuk menyatukan hati manusia. Kita mesti menyedari bahawa di sana ada perkara yang sama dan berbeza dalam kalangan manusia yang perlu diraikan. Islam mengiktiraf kewujudan pelbagai kaum, dan perpaduan itu mestilah berteraskan rasa saling hormat menghormati dan taaruf di atas sifat kemanusiaan serta dilayan dengan adil, walaupun berbeza agama dan kaum.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." [4:1]

Dan Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." [49:13]

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setelah zaman berkembang, maka perubahan adalah sesuatu yang pasti berlaku. Maka setiap perubahan perlu ditangani dengan sebaik mungkin agar perubahan yang berlaku akan hanya menjurus kepada kebaikan dan bukan sebaliknya.

Perubahan yang kita rencanakan ini adalah bukan akibat daripada tekanan rakyat, atau tekanan golongan bangsawan atau tekanan masyarakat dunia, dan bukannya akibat desakan sesiapa, tetapi perubahan yang hakiki untuk kesejahteraan hidup manusia di atas muka bumi ini.

Perubahan yang hakiki inilah yang seharusnya kita laksanakan dalam negeri yang diperintah secara bersama oleh PAS dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

Cukuplah kesilapan-kesilapan asas pemerintahan yang telah dilakukan oleh Umno dan BN. Bertitik tolak dari perubahan hakiki inilah, maka rakyat akan melihat keupayaan dan keadilan hakiki yang kita perjuangkan ini. Matlamat kita mestilah jelas, iaitu kita merencana ke arah kebaikan kerana ianya adalah suatu tuntutan fitrah dan serasi dengan fitrah manusia dan tanggung jawab bersama, dan bukannya kerana desakan sesiapa.

Dalam kita memahami perubahan yang dipimpin oleh Islam ini, maka kita perlu menyedari bahawa Islam adalah sebuah ad-din yang lengkap dan syumul. Ianya tidak sama sekali bersifat kaku, jumud dan eksklusif sebagaimana yang dikritik oleh para orientalis Barat yang buruk sangka terhadap Islam.

Dalam mempastikan perubahan yang berlaku dalam masyarakat hanya bergerak ke arah jalan yang baik, ke arah yang diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya, maka ianya mesti dipimpin oleh mereka yang beriman dan budiman, menjadikan Al Quran dan As- Sunnah sebagai rujukan asas. Hasilnya kita akan lebih mampu untuk melaksanakan keadilan dalam masyarakat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." [5:8]

Atas dasar inilah PAS sebagai sebuah parti siasah Islam, gerakan dakwah dan tarbiah terus menerus mendokong nilai-nilai Islam yang kekal dan dinamis serta nilai-nilai yang tidak bersifat perkauman. Politik yang kita majukan adalah berteraskan politik li ta'arafu politik saling menghormati, khususnya bagi negara-bangsa ini yang bersifat majmuk, maka bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan kepelbagaian.

PAS ingin menampilkan model penyelesaian dan akan terus menyumbang dalam membangunkan masyarakat dan negara dalam abad 15 Hijrah dan 21 Masehi ini.

PAS terus menerus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku berdasarkan kerangka rujukan Islam yang bersifat universal. Maka PAS bersedia menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan negara dalam sebuah masyarakat majmuk seperti yang terdapat di Malaysia selepas berlangsungnya pilihan raya umum yang ke-13 nanti, insya Allah.

DALAMAN NEGARA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kewujudan PAS adalah sebagai penerus kesinambungan perjuangan Islam terdahulu di saat tanah air kita masih dijajah. Persidangan untuk menubuhkan PAS pada 24 November 1951 juga telah memutuskan supaya PAS menjadi sebuah pertubuhan politik Islam yang memperjuangkan kemerdekaan melalui landasan demokrasi ke arah membentuk sebuah negara yang diredhai Allah. PAS pernah menyumbangkan pemimpin dan pengikut yang ditarbiah dengan dizalimi dan ditindas dengan pelbagai cara oleh penjajah, kerana kitalah pejuang kemerdekaan yang sebenar, bukan seperti mereka yang pernah mengejar nikmat dunia semata-mata dengan menjadi khadam kepada penjajah, kemudian berkhidmat lagi selepas merdeka untuk meneruskan perancangan penjajah itu.

PAS telah berjaya mendesak bersama NGO Islam di ambang kemerdekaan melalui memorandum kepada Suruhanjaya Reid, mendesak supaya meletakkan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan, walau pun Suruhanjaya itu menafsirkan perkataan 'Islam' mengikut fahaman sekular yang dianut oleh ahlinya.

Setelah kita merdeka, maka tibalah masanya perkataan besar seperti agama dan Islam itu ditafsirkan mengikut ad-Din yang sempurna, namun Umno meneruskan tafsiran penjajah itu dengan mereka menjadikan Islam agama yang diperintah mengikut keadaan yang mereka wujudkan. Hasilnya, kita menyaksikan negara tercinta diperintah oleh Umno dengan sistem warisan penjajah, dalam keadaan Islam tetap menjadi agama yang tidak berkuasa dan mereka mencorakkan bangsa yang tidak membangun dengan Islam.

Sifat Islam yang adil untuk semua tidak dapat dibuktikan, manakala amalan amar maaruf dan nahi mungkar dibelenggu oleh sistem yang menghalangnya. Akhirnya sistem ini tidak membangunkan insan bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah SWT.

Mereka tidak menjadikan Islam sebagai agama yang memerintah dengan keadilan dan hikmahnya untuk seluruh manusia tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. Akibatnya Umno menunjukkan model Islam yang salah kepada rakyat berbagai kaum dan agama, serta menghilangkan kewibawaan umat Islam dan merendahkan martabat raja-raja yang dilantik menjadi ketua agama Islam di negeri masing-masing. Tindakan Umno meminda Perlembagaan merampas kuasa raja-raja bukannya memperkasakan raja-raja dengan kedaulatan Islam, supaya institusi beraja itu berpijak di atas keadilan yang syumul.

Sejak memikul amanah memimpin negara, UMNO telah meminda perlembagaan negara beberapa kali, pindaan yang lebih bersifat tikus membaiki labu, kerana lebih bertujuan untuk mengekalkan kuasa politik mereka, bukannya bertujuan islah untuk memerdekakan negara sepenuhnya daripada kongkongan jahiliah yang masih membelenggu dan menghina Islam.

Umno juga meneruskan sistem yang melemahkan Bahasa Melayu dan peranannya dalam ilmu sejak beberapa dekad, setelah Bahasa Melayu bertulisan jawi menjadi bahasa ilmu di rantau Asia Tenggara. Inilah peranan pemimpin Umno yang menggubal Akta Bahasa Kebangsaan 1967 dengan menukar tulisan bagi Bahasa Melayu dari tulisan jawi ke tulisan rumi.

Apabila ianya diaktakan, maka peranan tulisan jawi sedikit demi sedikit menuju ke penghujung penggunaannya. Tulisan jawi dilemahkan oleh Umno selepas zaman penjajah asing gagal melemahkannya, dan ini sangat memalukan bangsa Melayu kerana rakan-rakan kita kaum Cina dan India dapat mempertahankan tulisan dan bahasa masing-masing, tetapi tulisan jawi Bahasa Melayu dipinggirkan oleh dasar yang digubal oleh Umno sendiri.

PPSMI

Hari ini, UMNO telah sekali lagi mencatatkan satu sejarah baru dengan meneruskan agenda pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dengan alasan untuk memajukan bangsa, sedangkan pelbagai kajian di peringkat nasional dan antarabangsa yang ada pada masa ini menunjukkan bahawa pembelajaran sains dan matematik di peringkat asas ini mestilah dilaksanakan menerusi bahasa ibunda masing-masing. Penafian fakta ini adalah satu bentuk penipuan terhadap daya intelek rakyat sendiri.

Ingin saya tegaskan sekali lagi di sini, bahawa PAS tidak anti kepada bahasa Inggeris, atau mana-mana bahasa yang ada di dunia ini. Pandangan PAS adalah sama dengan pandangan para pengkaji dan sarjana bahasa, bahawa pengukuhan terhadap bahasa Inggeris mestilah berasaskan kepada memperkukuhkan pembelajaran bahasa itu sendiri.

MARUAH PEMIMPIN NEGARA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Perubahan kepimpinan dalam negara kita yang baru sahaja berlaku itu bukannya hal dalaman Umno dan BN semata-mata, tetapi ianya juga turut memberi kesan kepada seluruh rakyat yang bernaung dalam negara Malaysia tercinta ini. PAS berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya. Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, yang mana maruah negara adalah menjadi taruhannya.

Oleh yang demikian, PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah. Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.

Sekiranya tindakan pembetulan ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia.

Kita juga diuji dengan belenggu undang-undang zalim ISA sejak zaman penjajah, namun setelah penjajah meninggalkan negara kita, ianya disambung semula oleh Umno serta ditambah lagi dengan akta yang dicipta sepertinya selepas merdeka, seperti OSA, AUKU, Akta Polis, Akta Penerbitan, Akta Mesin Cetak dan sebagainya.

Ianya telah berjaya digunakan sebagai senjata untuk mengekalkan kuasa pemerintahan Umno dan BN, melindungi kezaliman dan penyelewengan secara undang-undang, dan juga menghakiskan amalan demokrasi, bukannya menjaga keamanan dan keselamatan negara.

Kita berpendapat bahawa untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara hendaklah melalui undang-undang dan sistem kehakiman yang adil bukan dengan undang-undang seperti itu. Pra-syarat utama untuk melahirkan sebuah negara yang subur asas demokrasinya pula mestilah dengan mempunyai sistem penjalanan pilihan raya yang bebas; jelas konsep pemisahan kuasa antara eksekutif - legislatif - kehakiman dalam negara; mematangkan konsep raja berperlembagaan yang dilihat dari perspektif Islam; kebebasan bersuara dan hak asasi manusia yang bertepatan dengan fitrah naluri kemanusiaan, pembaharuan sistem ekonomi dan politik; hubungan antarabangsa dan lain-lain lagi.

PAS menyertai pilihan raya sejak kali pertama diadakan di zaman penjajah, walau pun dengan kejayaan hanya satu kerusi dalam serba kekurangan, tetapi kita berterusan menyertai selepasnya. Di awal kemerdekaan lagi, kita mula belajar menyertai pilihan raya dan PAS telah berjaya mengambil dua buah negeri, iaitu Terengganu dan Kelantan.

Pemerintahan kita pada ketika itu berhadapan dengan berbagai-bagai tekanan diskriminasi oleh Kerajaan Pusat, diserang dengan pelbagai cara, termasuklah juga rasuah politik dengan membeli wakil-wakil rakyat. Kita tumbang di Terengganu dan terus bertahan di Kelantan sehingga tahun 1978, di mana akhirnya kita dijatuhkan dengan perisytiharan darurat secara lakonan, apabila mereka gagal memperolehi wakil rakyat yang cukup untuk dibeli.

POLITIK WANG

Alhamdulillah, hari ini PAS menjadi parti yang selamat daripada banjir politik wang, yang dicipta oleh Umno untuk terus berkuasa, walaupun berhadapan dengan gelombang penolakan oleh rakyat. Umno dan BN tetap mahu berkuasa selama-lamanya walau pun melakukan banyak perlanggaran yang merosakkan negara dan rakyat. Mereka sanggup mencabul Perlembagaan, mengancam perpaduan dan seterusnya mewujudkan politik yang tidak stabil. Sekarang ini penyakit itu memakan diri Umno sendiri dan rakan-rakannya dalam BN, dan sedang menjadi barah dalam dirinya, tanpa segan dan malu.

Bagi PAS hanya Islam yang menjadi rahsia ketahanan kita, dengan pengisian tarbiah, dan baiah kepada setiap pemimpin dan calon pilihan raya yang dipilih, kita diajar dosa pahala dalam amalan politik. Kita diajar bahawa dosa pahala bukannya terhad dalam perkara ibadat, makan-minum dan pakaian sahaja.

Sekarang PAS bangkit menjadi parti yang kukuh dan istiqamah, yang mana kita bertahan lima penggal di Kelantan dengan kelebihan hanya satu kerusi di penggal yang lalu walaupun diusahakan oleh pihak tertentu untuk menumbangnya dengan tekanan dan habuan politik wang-ringgit. Hari ini kita berjaya lagi, walaupun pemerintahan bersama kita di Perak dirampas, tetapi wakil rakyat kita tidak tenggelam dengan politik wang dan ugutan. Rahsia ketahanan kita ialah Islam yang kita imani secara sempurna dalam semua urusan.

PAS juga merasa bangga kerana hingga kini ahli-ahli Parlimen kita juga telah bertindak menyuarakan pandangan-pandangan parti dengan penuh keberanian dan hikmah, memberikan gagasan-gagasan baru dalam parlimen sehingga mereka disegani oleh kawan dan lawan. Laksanakan amanah itu dengan sebaik mungkin dengan landasan Islam, supaya mesej yang kita bawa dapat diikuti dan difahami oleh rakyat yang sangat dahagakan perubahan ini.

Di masa ini, kita telah berjaya mengadakan hubungan 'tahalluf siyasi' dengan parti-parti dan NGO, yang mempunyai titik persamaan dalam menangani isu tertentu, tanpa kita berganjak dari dasar dan matlamat PAS. Seruan kita adalah dengan mengajak kepada Islam, dan seterusnya menolak pemimpin diktator yang berlagak seperti Tuhan seolah-olah boleh melakukan apa sahaja mengikut hawa nafsunya. Kita tidak memaksa mereka menganut Islam dalam aspek ibadah, tetapi kita boleh bersatu dengan mereka yang menentang kezaliman dan tidak boleh bersama dengan orang-orang yang zalim.

Pendekatan kita dalam amalan politik yang tidak berpisah dengan agama Islam adalah berpandukan firman Allah yang ditulis dalam perutusan Rasulullah s.a.w. kepada kerajaan di zamannya yang bermaksud:

"Marilah kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengannya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: 'Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam. [3:64]

IKLIM EKONOMI

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dunia pada hari ini berdepan dengan krisis kewangan, sekaligus kegawatan ekonomi akibat keruntuhan sistem kewangan Barat berteraskan riba, ihtikar dan gharar.

Adalah mengandungi hikmah mengapa Allah SWT dan Rasul-Nya s.a.w. menyenaraikan riba di kalangan dosa besar, walaupun tidak dimasukkan ke dalam jenayah Qisas dan Hudud, namun ianya diberi amaran yang keras.

Akibat muamalat kewangan ini, maka terbitlah pelbagai produk dengan beraneka nama canggih yang diniagakan oleh negara Barat yang bermegah dengan kemajuannya. Bank Dunia mengakui bahawa krisis kali ini melibatkan kerugian bukan berbillion bahkan beberapa trillion dollar Amerika. Setelah dunia melihat pertembungan ekonomi kapitalis dan komunis, kini berlaku pula pertembungan antara negara-negara kapitalis yang merugikan dunia.

Kerajaan BN pula berpeluang meletakkan punca krisis ekonomi negara kepada faktor luar yang bersifat global dan kononnya tidak dapat dielakkan. Tindakan kerajaan ini adalah tidak bertanggungjawab, bahkan mengekalkan sindrom penafian yang menjadi amalan kerajaan BN selama ini.

Lebih parah lagi kerajaan BN terus menerus mentadbir ekonomi negara dengan rakus dan boros, serta sarat dengan amalan penyelewengan kuasa, rasuah, kronisme dan nepotisme yang menyaksikan pengulangan tabiat buruk pengurusan orde lama. Rakyat terus menanggung kerugian besar, sementara segelintir pihak kroni terus mengecapi keuntungan semasa ekonomi mewah sedikit waktu dulu dan mereka diselamatkan oleh bailout kerajaan BN.

Tegasnya, isu utama yang dipertikaikan hingga kini adalah ketelusan dan bertanggungjawaban. Peristiwa Bank Bumiputra yang hidup berkembar dengan pejabat Umno hanya tinggal dalam lipatan sejarah hitam ekonomi negara.

PAS juga menggesa semua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, yang menguruskan pelaburan rakyat seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), diuruskan dengan penuh berhemat. PNB yang menguruskan dana berjumlah hampir RM120 billion, semestinya mampu memberi pulangan yang mapan untuk faedah rakyat. Perlu juga diingatkan keperluan untuk mematuhi kehendak syariah dalam setiap pelaburan tersebut.

Lembaga Tabung Haji juga mestilah mampu memenuhi tanggungjawab menjaga kepentingan ekonomi umat Islam dan memastikan setiap pelaburan adalah tidak berasaskan spekulatif dan mengambil kira semua risiko yang terlibat.

Kini rakyat dan pekerja akan terdedah kepada kesan kemelesetan ekonomi. Beban hutang isi-rumah, kad-kredit dan pinjaman swasta, yang menyaksikan hutang tak-berbayar (NPL) akan terus meningkat. Permintaan dunia telah pun berkurangan dan menyebabkan ekspot kita jatuh. Hal ini jelas dengan pengurangan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) sebanyak 15.8% pada hujung tahun lalu, hasil pengurangan permintaan khususnya di sektor pengeluaran/pembuatan dalam sektor elektrikal dan elektronik, semi konduktor, produk-produk kimia dan juga sektor komoditi.

Dengan permintaan yang menurun secara mendadak, pengilang tidak ada cara lain kecuali membuang pekerja bagi mengurangkan kos dan mengekalkan keuntungan serta mengelak kerugian besar. Pada hujung tahun 2009 ini, 200,000 pekerja dijangka dibuang dan menjadi penganggur. PAS kerap kali membangkitkan perkara ini supaya segera ditangani.

PAS suka mengingatkan semua pihak bahawa urus tadbir yang baik terhadap segala khazanah kekayaan dan sumber alam yang dianugerahkan di muka bumi ini adalah satu juzuk tuntutan amanah Allah SWT yang diletakkan ke atas manusia selaku khalifah Allah di atas muka bumi ini. Mentadbir kewangan dan menjadikan pengurusan ekonomi serta membangunkan harta atau Hifzul Mal, adalah termasuk dalam perkara-perkara penting, yang disebutkan sebagai lima keperluan hidup manusia atau 'ad-Dharuriyat al-Khamsah' yang mesti dipelihara dan dimajukan oleh sebuah kerajaan yang dibimbing dan ditadbir oleh syariat Islam.

PAS menekankan kepentingan menentukan keutamaan (awlawiyat) dalam kerangka menentukan perbelanjaan, sama ada Perbelanjaan Mengurus dan Membangun serta persoalan sektor utama dan kritikal yang hendak dibangunkan. Acapkali negara diaibkan dengan ketidakcukupan pemakanan seperti beras, sementara negara kita ini dilimpahi dengan tanah pertanian. Tidak salah ingin menjadi negara industri maju, tetapi semua negara maju mempunyai Kedaulatan dan Keselamatan Pemakan seperti UK, Jepun, Amerika dan Eropah.

Songsang dan bersimpang siur pemikiran pemimpin negara dalam hal pacuan pembangunan negara, sehingga negara hilang daya saing dalam segala hal dan juga tidak punya daya tahan mendepani pelbagai krisis termasuk pemakanan. Laksana "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".

PAS juga amat insaf dengan kepentingan asas moral dan nilai agama yang kukuh bagi memastikan kepimpinan politik negara selamat daripada bencana rasuah, penyalahgunaan kuasa serta tamak, rakus dan boros. PAS kembali mengingatkan dirinya bahawa penyelesaian masalah ekonomi manusia bermula dengan memperbetulkan akidah, fikrah dan akhlak, serta iltizam pemimpin kepada tuntutan amanah Allah SWT bagi mentadbir dan memakmurkan bumi dalam rangka tuntutan khilafah dan amanah.

PAS mahukan gagasan Sistem Liberal-Kapitalis lapuk yang telah memansuhkan emas sebagai sandaran utama mata wang ditinggalkan. PAS ingin mengesyorkan supaya pemimpin dunia kembali kepada Dinar Emas, bagi meletakkan struktur kewangan global berpaksikan emas dan perak untuk menangani ketidaktentuan nilai mata wang dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan mencetak wang kertas.

PAS juga mahukan konsep Pertumbuhan Hijau terus diperkasakan. Falsafah Petumbuhan Hijau amat selari dan sejajar dengan tuntutan tasawwur Islam yang menekankan pembangunan dan pertumbuhan mestilah mengambil kira impak kemusnahan kepada alam sekitar dan sumber-sumber serta aset negara yang tidak mampu diganti. Hijau yang tidak membawa kemusnahan kepada kelangsungan kualiti hidup dan daya saing generasi mendatang, wajar ditekankan dalam paradigma pembangunan lestari. Itulah tasawwur pembangunan memakmurkan bumi yang dianjurkan Islam sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 61.

Maksudnya: "Dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka Salleh. Salleh berkata: 'Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu daripada tanah dan menjadikan kamu pemakmurnya karena itu mohonlah keampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)." [11:61]

Di samping itu PAS menekankan bahawa pembangunan perlu seiring dengan semangat "perkongsian" yang sebenar di antara entiti-entiti bisnes dan perniagaan, atas dasar berkongsi dalam keuntungan dan juga kerugian - "musyarakah bil gharam wal ghanam". Penswastaan perkhidmatan dan keperluan asas seperti perkhidmatan air, elektrik, kesihatan dan pendidikan adalah amat tidak digalakkan kerana membebankan rakyat akhirnya.

Sementara Islam adalah mesra perniagaan, tetapi ia tidak mengorbankan kepentingan awam. Golongan berpendapatan rendah, fakir dan miskin, tambah-tambah lagi mesti dilindungi dengan pelbagai kaedah agihan kekayaan dalam pendekatan zakat dan sadaqah bagi membela kehidupan mereka. Di samping itu jaringan keselamatan sosial dan penjagaan kesihatan bagi semua rakyat, agama, kaum dan budaya mestilah juga ditekankan dalam dasar kerajaan. Segala pendekatan positif mesti dilakukan di atas dasar dan prinsip keperluan dan kelayakan secara adil. Inilah prinsip keadilan Islam yang terus dijunjung tinggi oleh PAS dalam semua keadaan.

PEMERKASAAN ORGANISASI

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Hasrat untuk melihat PAS berkembang menjadi sebuah organisasi yang kuat tidak akan dapat dicapai tanpa mempunyai sistem pengurusan parti yang kukuh.

Sistem pejabat, pengurusan organisasi dan petugas parti mestilah senantiasa diberikan pelbagai ruang untuk berkembang dalam menghadapi cabaran yang semakin menekan di masa kini dan akan datang. Kursus-kursus peningkatan kemahiran untuk petugas ini perlulah dirancang untuk melahirkan petugas yang hebat dan mempunyai fikrah perjuangan Islam yang jelas.

Usaha untuk meningkatkan jumlah ahli haruslah dipertingkatkan. Selain dari itu, kualiti ahli sedia ada dan baru juga perlu dijaga supaya mereka akan tahan ujian dan menjadi individu yang menyumbang kepada penerusan perjuangan Islam ini.

Pada masa yang sama, kita menyedari bahawa PAS dianggotai oleh individu yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan, pekerjaan dan lain-lainnya. Sesetengahnya pula menerima didikan awal dari pelbagai organisasi dakwah, dan ada yang tidak mempunyai latar belakang tarbiah Islam langsung. Itulah hakikat kerencaman ahli dalam parti kita ini.

Walaupun PAS sungguh terbuka untuk menerima idea-idea baru, semua yang menjadi ahli PAS ini perlulah ditarbiah dengan kefahaman fiqh siyasi yang diperjuangkan oleh PAS, serta memahami budaya dan kaedah PAS. Institusi usrah dipelbagai peringkat pula perlulah diperkukuhkan, untuk melahirkan ahli yang faham serta istiqamah dengan perjuangan Islam yang kita bawa ini.

MASYARAKAT BUKAN ISLAM

Sepanjang tempoh puluhan tahun kewujudan PAS ini, kita telah berjaya untuk memecahkan tembok masyarakat bukan Islam yang dahulunya merasa janggal dengan PAS. Pertambahan undi yang diterima oleh PAS dalam beberapa pilihan raya pada masa kini juga menunjukkan sokongan yang semakin hari semakin bertambah.

Alhamdulillah, semuanya mampu kita capai dengan usaha yang bersungguh-sungguh yang telah dirintis oleh para pimpinan PAS yang terdahulu, dimulai dengan penubuhan Majlis Perundingan Cina (CCC) yang sama-sama kita ketahui itu sehinggalah kepada kewujudan Kelab Penyokong PAS pada masa sekarang.

Hasilnya PAS mampu untuk lebih memahami keperluan dan suasana yang dihadapi oleh masyarakat pelbagai kaum dan agama yang wujud di Malaysia ini. Kita memahami keperluan beragama, politik, ekonomi dan pendidikan untuk masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini. Berasaskan kepada hakikat ini, kita juga telah menunjukkan sikap adil kepada mereka di negeri-negeri yang pernah diperintah oleh PAS di waktu lalu, dan pemerintahan bersama Pakatan Rakyat pada masa kini.

PAS amat menghargai sokongan ini. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan perkembangan yang berlaku dan tahap kefahaman ahli PAS yang semakin bertambah, dan sebagai satu proses memperkasakan Kelab Penyokong PAS, maka program orientasi khusus dan umum kepada ahli kelab mestilah dilaksanakan untuk memberi kefahaman yang jelas mengenai perjuangan PAS. Juga dicadangkan kepada penggubal undang-undang PAS, supaya kewujudan kelab ini diinstitusikan menerusi pindaan perlembagaan PAS yang bakal dilaksanakan untuk memasukkan peruntukan kewujudan kelab dan statusnya dalam organisasi parti, keahlian dan peranannya dalam PAS.

Sesungguhnya, ini adalah merupakan satu langkah bersejarah dalam parti kita sebagai paradigma baru PAS untuk memimpin masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Kita juga mengiktiraf ahli kelab untuk menjadi sayap kita yang melibatkan diri secara langsung dalam pilihan raya di bawah payung PAS.

Inilah kefahaman kita, berasaskan kepada politik Islam yang pernah memerintah berbagai-bagai bangsa dan agama dengan adil, dan dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w. dengan perintah Allah SWT yang bermaksud:

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana Agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil." [60:8]

Selain dari suasana politik baru yang ada pada waktu ini, PAS juga mestilah terus menerus berusaha untuk mencari kaedah-kaedah yang bersesuaian, agresif dan berstrategik untuk memenangi kelompok undi teras yang terdiri daripada pengundi luar bandar dan desa.

SABAH DAN SARAWAK

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Kita juga menyedari kepentingan negeri Sabah dan Sarawak dalam pembangunan negara Malaysia ini. Kita juga menyaksikan bahawa setelah puluhan tahun di bawah pemerintahan kerajaan BN, status ekonomi, pendidikan dan pembangunan di Sabah dan Sarawak ini tidak banyak berubah, malah ketinggalan dari negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Ketidakadilan dan kepincangan ini sering pula diluahkan oleh ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dalam setiap sesi persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Walaupun begitu, suara-suara ini tenggelam dalam keangkuhan kerajaan pimpinan Umno dan BN.

Oleh yang demikian, PAS perlu mengambil langkah yang agresif dan tersusun, untuk terus melebarkan sayap ke Sabah dan Sarawak, setelah benihnya ditanam oleh generasi terdahulu yang telah dan sedang berada di sana. Kepimpinan PAS pula akan lebih kerap berkunjung ke sana untuk bertemu masyarakat pelbagai etnik dan seterusnya menjelaskan peranan PAS untuk membantu mereka.

Para pendokong PAS di sana juga perlulah memperkemaskan organisasi, dan seterusnya mempergiatkan langkah-langkah pengilmuan orang Islam yang berada di sana, menerusi majlis ilmu untuk memberi kefahaman serta tasawwur Islam yang sebenar kepada rakyat. PAS juga akan memperkenalkan Islam kepada penduduk peribumi sehingga mereka memahami dan menyokong perjuangan PAS.

PERANAN DEWAN-DEWAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

DEWAN ULAMA

Sebagaimana yang seringkali diperkatakan, bahawa kewujudan PAS adalah hasil dari silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal, tetapi teras kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air adalah hasil daripada persidangan para ulama pada 23 Ogos 1951 yang membentuk Persatuan Ulama Se-Malaya, dan akhirnya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951 dalam satu persidangan ulama Malaya di Bagan Tuan Kecil, Seberang Prai.

Kini kepentingan Dewan Ulama dapat dihayati sekiranya kita meneliti akan tugas-tugas am ahli jawatankuasa kerja Dewan Ulama dalam PAS, seperti yang dinukilkan dalam Perlembagaan PAS. Antaranya dalam Fasal 40 (6)(a) iaitu tugas untuk "menyatu tenaga dan pemikiran ulama Islam bagi memperkuat dan mempertingkatkan perjuangan Islam di negeri ini dan berusaha mengembang dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran Islam ke segenap lapisan masyarakat menerusi gerakan dakwah dan penggembelingan tenaga ummah yang berterusan"; serta Fasal 40(6)(b) iaitu "menyusun, mengatur dan menjalankan kegiatan tarbiah dan pendidikan di kalangan ahli-ahli dan mengatur program-program latihan kepimpinan bagi membentuk petugas-petugas parti yang berilmu, bertakwa, berpengalaman dan memahami perkembangan semasa".

Kepentingan ini tidak memberi makna sekiranya kewujudan dan peranan sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan PAS ini tidak diperkasakan. Oleh itu, sebagai benteng yang sangat penting dalam parti, Dewan Ulama perlulah terus menerus memberikan kefahaman kepada ahli PAS terhadap perjuangan Islam dengan memberi penekanan kepada pembinaan fikrah perjuangan yang jelas, merealisasikan konsep kepimpinan ulama, pemahaman kepada asas sebuah gerakan Islam menerusi konsep wala dan taat, istiqamah, wehdatul fikrah, dan sebagainya.

Program untuk menarik golongan ulamak muda yang akan mewarisi perjuangan juga perlulah diperhebatkan, kerana merekalah pelapis ulung yang akan meneruskan kelangsungan perjuangan Islam secara istiqamah.

Selain dari itu juga, penglibatan veteran PAS yang tidak lagi memegang jawatan dalam parti perlu dirangka dan diinstitusikan, supaya mereka yang mempunyai pengalaman yang banyak ini dapat terus-menerus menyumbang kepada perjuangan yang dibawa oleh PAS. Program seminar dan muqayyam khusus kepada mereka juga boleh dijalankan.

Penegasan bahawa PAS adalah sebuah organisasi Islam yang sempurna juga perlu senantiasa ditanamkan kepada ahli dipelbagai peringkat. Asas ini sebenarnya membawa kepada pemahaman, bahawa untuk menyumbang tenaga dan masa kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS tidak semestinya seseorang itu perlu untuk menyandang jawatan politik seperti menjadi Ahli Dewan Undangan atau seorang Ahli Parlimen, tetapi ahli-ahli dan pimpinan juga boleh menyumbang tenaga mereka dalam aspek dakwah, tarbiah dan amal serta khidmat kebajikan yang sangat luas dan amat penting kepada kelangsungan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Oleh itu, segala ruang mestilah terus diterokai dan diinstitusikan supaya ahli-ahli PAS dapat sama-sama memainkan peranan mereka.

DEWAN PEMUDA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Marilah kita menyedari bahawa asas perjuangan yang diletakkan oleh generasi yang terdahulu memerlukan golongan syabab sebagai penerusnya. Sehubungan dengan itu, PAS ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dewan Pemuda PAS di semua peringkat kerana terus menarik sokongan pengundi muda kepada PAS termasuk dalam pilihan raya-pilihan raya kecil yang telah berlangsung. Golongan pengundi muda ini adalah sangat penting kepada perjuangan PAS, kerana merekalah generasi yang akan mendominasi geopolitik negara di masa yang akan datang.

Berteraskan fenomena inilah, maka Pemuda PAS perlu merangka pelan untuk mengekalkan sokongan orang-orang muda daripada pelbagai latar belakang, kaum, budaya, taraf pendidikan dengan program-program yang bersesuaian, termasuk mengakhlakkan aktiviti-aktiviti hiburan, sosial dan sukan yang selama ini dilihat di luar ruang lingkup aktiviti PAS. Usaha ini perlu bukan sekadar untuk tujuan politik, tetapi lebih utama untuk melaksanakan tugas 'penyelamat' bagi mengeluarkan mereka daripada keruntuhan akhlak serta hanyut dalam hiburan di luar batasan agama.

Dewan Pemuda perlu menggiatkan program tarbiyah kepada anak-anak muda untuk mencapai sekurang-kurangnya dua tujuan; pertamanya melahirkan generasi pemimpin yang akan meneruskan perjuangan yang panjang ini dan kedua; melahirkan penyokong dan penggerak yang menghayati perjuangan parti untuk menegakkan Islam.

Ini adalah kerana realiti sekarang menuntut pemimpin yang bukan sahaja mempunyai ilmu, berintegriti, bahkan berkemampuan untuk mentadbir negara dan berperanan di peringkat antarabangsa. Semoga Pusat Latihan Akademi Kepimpinan Pemuda yang baru dirasmikan di Kok Lanas pada bulan Februari lalu akan melonjakkan kegiatan-kegiatan tarbiah untuk melahirkan kepimpinan yang lebih baik bagi memimpin ummah.

Petugas daripada kalangan pemuda khususnya telah memberi sumbangan besar dalam pilihan raya dan kegiatan PAS termasuk menggerakkan massa dalam Himpunan Membantah PPSMI baru-baru ini. Unit Amal di bawah kelolaannya perlu meningkatkan lagi prestasi, sungguh pun telah banyak menerima pujian dan kepercayaan hasil dari tahap disiplin yang tinggi dan perkhidmatan yang diberikan.

Perkhidmatan kepada rakyat secara bermusim seperti menjelang hari perayaan dan tidak bermusim seperti bencana alam perlulah diteruskan dengan penuh iltizam tanpa batasan negeri, bangsa dan budaya. Pemuda juga perlu terus pro aktif dalam menghadapi isu-isu dalam negara dengan memimpin ummah di medan dan secara bijaksana berhadapan dengan entiti yang berkenaan.

Dalam konteks parti dan kerajaan serta percaturan politik yang serba mungkin dewasa ini, PAS terus menggalakkan Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat.

DEWAN MUSLIMAT

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Golongan muslimat adalah sangat penting dalam perjuangan PAS. Mereka juga perlu memainkan peranan yang besar sesuai dengan posisi sebagai peneraju kepimpinan wanita Malaysia. Komposisi wanita yang melebihi 50 peratus dari penduduk Malaysia, memerlukan muslimat turut bersama di dalam masyarakat dalam usaha membina masyarakat yang bertamadun dengan pendekatan "Daie menuju madu".

Isu-isu wanita dan kewanitaan perlu menjadi agenda fokus dan ditangani oleh Dewan Muslimat menerusi penglibatan dan bersua muka dengan pihak-pihak berwajib.

Kepimpinan muslimat mesti menyemarakkan citarasa rakyat agar sokongan yang besar memihak kepada kita. Kehadiran muslimat di tengah masyarakat kota, pinggir bandar dan desa akan menjadi penyuntik dan pembakar semangat ke arah perubahan minda bahawa Islam mampu menerajui perubahan.

Penyatuan dan kemantapan jentera muslimat mesti diisi dengan sistem tarbiah yang tersusun dan berterusan. Tarbiah mestilah sentiasa diberi perhatian di semua peringkat kepimpinan bagi memantapkan jentera dan organisasi. Tarbiah mesti diperkasa agar mampu membentuk kepimpinan muslimat yang berilmu, bertaqwa dan jelas dengan fikrah amal jamaie.

Penerapan elemen-elemen keilmuan, akhlak dan kemahiran dalam setiap program dan agenda perlu sentiasa ditekankan untuk melahirkan qiadah dan jundiah, serta 'amilin Muslimat yang sentiasa 'mesra amal dan jihad'.

Muslimat juga mesti memainkan peranan mendekati generasi muda dengan membina jambatan-jambatan persahabatan, melalui acara-acara kebersamaan dengan mereka. Persepsi awal dan memahami jiwa segar mereka harus digunakan untuk membantu menyemarakkan lagi sokongan dalam kalangan generasi muda.

Pendekatan pengisisan berbentuk ilmiah dan hiburan tidak boleh dikesampingkan dari naluri generasi muda. Kecenderungan sesetengah generasi muda kepada program-program yang berbentuk hiburan harus terarah dan dipimpin. Hiburan yang mendidik dan membina kekentalan jiwa taat kepada Allah SWT harus dipupuk.

Dengan ini ianya diharap mampu menghasilkan generasi yang faham dan memihak kepada Islam dan menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Muslimat harus menjadi ikon kebanggaan masyarakat dengan menjalin hubungan dengan kelompok yang kurang bernasib baik dan kurang kemampuan. Muslimat mesti meletakkan diri sebagai pelaksana perkhidmatan dalam hal kebajikan. Ianya termasuklah menjalankan program-program kemasyarakatan yang berbentuk memberi khidmat kaunseling, khidmat kesihatan, klinik guaman dan sebagainya.

Program-program khidmat kebajikan tidak seharusnya dijadikan program tempelan, tetapi hendaklah ia menjadi kerja asas yang dilaksanakan di setiap masa.

Mewujudkan pasukan-pasukan sukarelawan yang bertugas di satu-satu lokasi yang dikenal-pasti untuk dicurahkan khidmat-bakti pada setiap hujung minggu adalah satu permulaan yang baik. Bahkan muslimat mesti mewujudkan tenaga yang perlu turun ke akar umbi untuk memastikan wanita-wanita mendapat maklumat yang penuh dan jelas tentang Islam dan dasar-dasar parti. Kerja-kerja ini memerlukan kerjasama semua pihak di dalam parti dan kesefahaman semua pihak agar yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.

Akhir sekali, gabungan tenaga saf kepimpinan muslimat yang bijak dan berpegang kepada wehdatul fikr dan wehdatul amal, beserta ahli dan penyokong yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan. Pemimpin dan ahli yang iltizam dengan PAS dan istiqamah dalam amal islami dan amal jamaiie, akan melahirkan 'amilin yang dinantikan serta mampu memenuhi pelaksanaan Islam Memimpin Perubahan.

PERSADA ANTARABANGSA

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dunia pada hari ini dibayangi pelbagai krisis politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Kesemuanya lahir daripada kelemahan dasar dan konsep yang terpesong daripada petunjuk Allah yang bernama Islam, akhirnya manusia yang menjadi mangsanya, termasuklah dalam hubungan antarabangsa. Secara tabiinya, peperangan dan krisis di kalangan bangsa dan negara mustahil dihapuskan, selagi ada golongan yang melampaui batas kemanusiaan dan bertindak zalim. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Telah zahir keburukan di darat dan laut hasil kerja tangan-tangan manusia sendiri, supaya dirasakan kepada mereka sebahagian daripada perbuatan mereka, agar mereka kembali kepada (petunjuk Allah)." [30:41]

Pada ketika ini juga umat Islam sedang memasuki alaf baru dengan penuh ujian dan cabaran. Kedudukan umat Islam terus dihimpit dengan pelbagai tekanan dan ujian yang sangat mencabar. Di mata dunia antarabangsa, maruah serta nyawa umat Islam bagaikan tiada apa-apa harga dan nilai. Lihat sahajalah apa yang terus berlaku di Palestin, Afghanistan, Chechnya, Iraq dan terkini di Pakistan, seolah-olah harga nyawa umat Islam lebih murah dari haiwan yang hina.

PAS amat tersentuh dengan peristiwa yang berlaku di bumi Gaza. Serangan serta pencerobohan tentera Zionis ke atas bumi suci ini, khususnya Masjid Aqsa, terakhir ialah berlaku di Gaza dengan menggunakan segala kelengkapan kereta kebal, helikopter Apache buatan Amerika serta penggunaan bom fosforus telah mencabul segala batasan undang-undang antarabangsa, melanggar hak asasi kemanusiaan serta merupakan satu jenayah perang yang besar.

Hasilnya adalah bantahan secara terbuka di hadapan masyarakat antarabangsa, namun pihak kuasa besar memejamkan mata dan memekakkan telinga. Mereka mengenepikan dasar dan konsep kemanusiaan sejagat dengan terus memberi perlindungan kepada negara haram itu melakukan apa sahaja. Selain dari itu, ada di kalangan negara kuasa besar ini yang menjadi pembekal senjata dan teknologi moden tanpa sekatan. Mereka juga tanpa segan silu bersikap double standard dengan mengharamkan rakyat Palestin memiliki senjata dan negara jiran pula dipaksa menjaga keselamatan Zionis Israel yang ganas itu.

Apa yang lebih memalukan kita adalah perilaku sebahagian besar dari pemimpin dunia Islam yang masih dikongkong dengan tekanan hegemoni Zionis di negara umat Islam sendiri. Hasilnya, pimpinan negara umat Islam sendiri yang menambah kesengsaraan umat Islam yang berada di medan ganas ciptaan Zionis ini. Keadaan ini semakin menekan dengan tindakan badan-badan antarabangsa seperti Kesatuan Eropah (EU), dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang kesemuanya membisu seribu bahasa, dan tidak malu menggunakan kuasa veto untuk melindungi jenayah perang yang dilakukan oleh tentera Zionis ini.

Islam mengharamkan penganutnya tunduk kepada tindakan yang tidak bermaruah ini. Sehubungan dengan itu, kita mengalu-ngalukan tindakan protes yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Turki Rejab Tayyeb Erdogan di Persidangan Davos dan Presiden Iran Mahmood Ahmadinejad di Geneva. Kita juga amat mengharapkan adanya sikap susulan daripada negara umat Islam sendiri yang sepatutnya merasa malu dengan contoh yang ditunjukkan oleh negara-negara kecil di Amerika Latin yang menunjukkan simpati kepada rakyat Palestin.

Lebih angkuh lagi sehingga kini mereka terus mengepung bumi yang mengandungi penduduk berjumlah 1.5 juta orang itu tanpa sebarang perikemanusiaan.

Mereka bertindak memutuskan bekalan letrik dan air serta menyekat sebarang bentuk bantuan makanan dan perubatan daripada sampai kepada penduduk yang tidak berdosa. Rakyat Palestin menjadi mangsa sejak setengah abad, tanah air dirompak, dihalau daripada rumah, diroboh pula tempat kediaman, dimusnahkan kebun dan tempat yang menjadi sumber kehidupan dan dibunuh tanpa batas. Di atas tanah rampasan ini pula dibina tempat kediaman pendatang Yahudi, di mana rakyat Palestin pula dipaksa terus menjadi pelarian.

Semua kekejaman ini berlaku kerana masyarakat antarabangsa mengizinkan penubuhan negara Zionis Yahudi bernama Israel, dengan alasan sejarah yang bohong dan lapuk. Penubuhan negara haram ini dengan dokongan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikuasai oleh Negara-negara Kuasa Besar Dunia yang menjadi anggota tetap berkuasa veto. Negara haram ini seolah-olah mendapat lesen memiliki senjata yang diharamkan oleh undang-undang antarabangsa dan boleh melakukan jenayah dengan hak kekebalan tanpa hukuman.

PAS bersama rakan dalam Pakatan Rakyat telah berjaya mendesak sidang khas Parlimen bagi membela Palestin ketika berlakunya kekejaman di Gaza, seterusnya mendapat keputusan sebulat suara tanpa mengira agama dan fahaman politik, supaya Zionis Israel diheret ke mahkamah antarabangsa kerana kesalahan jenayah kemanusiaan ini. PAS juga telah berjaya memungut sumbangan orang ramai bagi membantu rakyat Palestin dan menyerahnya secara langsung kepada mangsa kezaliman Israel itu.

Sekali lagi saya ingin merakamkan sokongan padu PAS terhadap intifadhah yang diterajui oleh Harakah Muqawwamah (Hamas) di bumi suci Palestin. PAS mengutuk sikap 'double standard' kuasa barat yang mempertahankan segala tindakan zalim dan dan tidak bertamadun ini kononnya atas dasar 'memerangi keganasan'. Bagi PAS, isu bumi Palestin serta pembebasan Masjid Al-Aqsa kekal menjadi agenda terpenting di peringkat antarabangsa.

RANTAU ASEAN

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

PAS juga amat prihatin terhadap nasib umat Islam di rantau ini iaitu di Selatan Filipina dan Selatan Thai. Umat Islam di kedua-dua wilayah yang bergolak ini terus dibebani dengan konflik yang tidak nampak jalan penyelesaiannya.

Pertumpahan darah serta kekejaman terus dibiarkan oleh masyarakat dunia, semata-mata kerana kononnya yang menjadi mangsa itu terdiri daripada kumpulan militan ataupun 'pengganas Islam' yang mesti dihapuskan.

Di Selatan Thai, pertumpahan darah masih berterusan sehingga kini. Begitu juga di Selatan Filipina, hampir 500,000 nyawa telah terkorban secara kejam serta menjadi mangsa pelarian. Namun dunia antarabangsa terus berdiam diri kerana mangsa di bunuh dan dihalau di atas nama memerangi 'pengganas Islam'.

PAS ingin membuat seruan terbuka kepada kedua-dua negara jiran kita agar konflik ini dihentikan segera. Tiada penyelesaian kecuali kembali ke meja rundingan dan mencari jalan damai. Keegoan untuk tidak sanggup duduk berunding tidak akan mendatangkan apa-apa faedah, bahkan akan terus menerus merumitkan keadaan.

Saya ingin menegaskan bahawa PAS sentiasa bersedia untuk menjadi jambatan bagi mencari jalan penyelesaian kepada konflik yang tidak berkesudahan ini seperti mana sumbangan dan penglibatan PAS dalam membantu menyelesaikan konflik antara Gerakan Acheh Merdeka (GAM) dengan pemerintah Indonesia.

PAS juga amat prihatin dengan perubahan pucuk pimpinan di Amerika Syarikat. Pemilihan Presiden Obama pula diharapkan akan membuka lampu hijau ke arah hak-hak kebebasan bersuara dan pendemokrasian di dunia Islam.

Namun saya ingin menegaskan agar kepimpinan Obama harus menerima hakikat bahawa mereka mesti mengikis segala sifat prejudis dan chauvanis, serta memandang remeh terhadap Islam serta penganutnya. Saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa pertubuhan-pertubuhan Islam di serata dunia sedia berdialog dan 'bertukar-tukar fikiran' dengan mana-mana pihak termasuk penggubal polisi Rumah Putih di Washington.

Sebagai permulaan, Washington mesti melihat gerakan serta pertubuhan Islam sebagai sebahagian dari unsur-unsur positif dan pengukuhan ke arah pendemokrasian di negara-negara Islam seluruhnya.

KESIMPULAN

Sebagai intipati tindakan bagi para pendokong dan pimpinan PAS, maka izinkan untuk saya simpulkannya dan membuat seruan seperti berikut:

i) Saya menyeru kepada semua peringkat ahli parti untuk memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jamaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar-umbi supaya benar-benar menjadi seperti yang dituntut Allah SWT dalam Surah As-Sofff ayat 4, terutamanya Majlis Syura Ulama, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan-dewan, Badan Perhubungan PAS Negeri-negeri, Kawasan-kawasan dan Cawangan-cawangan. Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan.

ii) Marilah kita mengurus kemenangan dan kelemahan kita dengan Islam, supaya Islam yang kita perjuangkan itu mampu dilihat sebagai pemandu dalam segala bentuk amalan kita. Kita ingin memimpin perubahan dalam negara kita dengan Islam. Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh.

iii) Marilah kita melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan kita sedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.

iv) Marilah kita terus menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS, bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global. Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.

v) Marilah kita menampilkan satu imej dan citra PAS sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang dengan menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat 'Usuliy' dari segi prinsip-prinsip perjuangan, 'Muasirah' dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, 'Istiqbaliy' dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan.

vi) Marilah kita mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat, sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam PRU ke-13.

PENUTUP

Akhirnya, dikesempatan ini bagi pihak Muktamar, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Selangor, Panitia Induk Muktamar, Badan Perhubungan PAS Selangor dan semua petugas yang terlibat, serta semua pihak yang menjayakan Muktamar ke-55 ini.

Mudah-mudahan segala amal ini mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT. Marilah kita menghayati akan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. Dan barang siapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik." [24:55] - tajdid

Antara Yang Menarik