Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Friday, January 30, 2009

Cabaran kesempitan ruang otak untuk berfikir..-episod 3

Pagi tadi Ali bermesej,

"slm, yid, aku tlupa nk tnya jwpn ko pasal pesakit aids yg perlu diasingkan. ada jwpn?" sender: ali(bukan nama sebenar) +601........ Received: 06:15:00.31 01 2009.

"Pagi-pagi buta dah mesej, nasib baik dia mesej, kalau tidak, bergajahlah subuh aku," keluh aku agak kecewa dengan prestasi subuh di rumah.

Aku bingkas bangun dan bertemu dengan Tuan punya segala kehidupan dan kematian. Sejurus selepas solat, tangan aku pantas mencapai handset Nokia3500classic(AstaghfiruLlah, barang boikot) dan melihat semula mesej yang Ali kirim awal pagi tadi.

Lantas mengingatkan aku mengenai jawapan balas seorang ulama' yang juga merupakan seorang mufti di Perak, beliau pernah menyamakan kes menangani pesakit aids seperti menangani pesakit kusta dengan cara meletakkan mereka di sebuah pulau terpencil untuk tujuan Isolation.(betul ke istilah ni)

Begitu juga penyakit AIDS yang mudah dijangkiti akan tetapi tidak akan berjangkit kecuali melalui 4 cara(boleh ke pusat kesihatan kalau nak tahu lanjut). Kaedah ini sebenarnya adalah lebih baik, namun dengan teknologi yang ada pada ketika ini, kita sudah tidak lagi memerlukan sebuah pulau, cukup dengan sebuah bangunan atau pusat yang dapat mengasingkan pesakit-pesakit AIDS.

Lalu saya pun membalas, "AIDS penyakit bjngkit, tp xkn bjngkit kalu xda org utk djangkiti. asingkn bkan utk pmulauan tp utk tujuan kesihatan, aku rs psakit AIDS yg teraniaya pn xnk menganiaya..betulkn kalu salah"

Bagi saya, keengganan dan keingkaran kita melihat isi kandungan ajaran Islam adalah punca sebenar dan kekangan utama terhadap potensi pemikiran dan kemajuan hidup manusia. Orang Islam sejati tak pernah rasa putus asa, tak pernah ada sifat rendah diri yang melampau, dan tiada yang akan dapat menghalangnya daripada membuat sesuatu selagi mendapat izin Allah.

Orang Islam sejati juga akan sentiasa cuba memperbaiki diri, mengubah kebobrokan masyarakat dan sentiasa pula memartabatkan Ilmu.

Kekuatan muslim tidak terbatas, kerana dia berlindung dengan Raja Yang tidak terbatas Kuasa dan Pengetahuannya, dan juga Raja kepada segala Kerajaan.

Ayuh, berfikir dalam ruang otak yang luas yang disediakan oleh Tuhan untuk Islam!!!

Thursday, January 29, 2009

Cabaran kesempitan ruang otak untuk berfikir..-episod 2

"Bagi aku, kekangan pemikiran ini jugalah yang menyebabkan kegagalan umat Islam untuk respon kepada isu-isu semasa. Sudahlah gagal menjawab isu, gagal pulak mempertahankan saudara-saudara seagama yang tertindas," tambah Ali yang semakin kuat dia mengenengahkan pandangan dia.

"betul, dan terpulang sebenarnya, bagaimana kita melihat sesuatu," ujar saya mengalah dengan cabaran Ali.

Ali tersenyum bangga kerana akhirnya saya mengiyakan kenyataan dia sebentar tadi.

"tapi, jangan lupa dalam Al-Quran juga ada ayat-ayat yang bersifat keterangan. Allah Ta'ala menerangkan kepada kita tentang kejadian manusia, penciptaan alam semesta, dan segala sistem cakerawala yang sebenarnya terlalu kompleks dan unik,"balas saya cuba menerangkan kembali.

"Perkataan pertama yang diturunkan kepada pesuruhNya RasuluLlah SAW, 'bacalah', Allah Ta'ala turunkan khusus buat manusia bukan sekadar untuk memenuhi tuntutan membaca memenatkan mata, tetapi untuk memahami dan belajar perkara-perkara yang kita tidak tahu. Allah Ta'ala tidak pernah meletakkan had bacaan yang perlu kita baca sebaliknya menyuruh kita membaca dengan NamaNya Yang Menciptakan. Sebab, segala benda dan perkara adalah diciptakan dan ditentukan Allah Ta'ala. Allah Ta'ala mengajarkan manusia perkara yang kita tidak tahu,"ujar saya lagi.

"Antara buktinya Allah Ta'ala sebut matahari seperti pelita dan bulan bercahaya. Dan terbukti hasil kajian saintis bahawa Mataharilah yang mengeluarkan cahaya dan dipantulkan oleh bulan. Kajian yang dibuat 1000 tahun lebih lewat daripada ayat Al-Quran yang diturunkan. Ada umat Islam fikir pasal hal ni?" Ali menggeleng tanda setuju.

"Deria manusia terbatas dan hampir mustahil untuk memikirkan segala-galanya, justeru kita perlukan bantuan daripada Zat Yang Lebih Berkuasa. Sepertimana orang buta perlukan bantuan orang celik, sudah tentu manusia yang derianya terbatas, perlukan bantuan Allah Yang Maha Melihat, Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana," ujar saya mengemukakan cadangan penyelesaian.

Namun, saya jelaskan lagi, bahawa dalam soal hukuman tiada kompromi kerana hanya hukuman dan ketetapan seperti itu sahaja yang terbaik untuk manusia. Berbeza pula dalam hal kehidupan dan penciptaan. Allah Ta'ala mengajak manusia untuk berfikir seluas-luasnya. Memerhatikan segala penciptaan supaya dapat mencapahkan pemikiran selain dapat meningkatkan keimanan.

"Hakikatnya, Allah Ta'ala Maha 'Adil dan Maha Bijaksana. Dia menurunkan Al-Quran untuk bacaan semua manusia dan memelihara Al-Quran dari saat penurunan hinggala hari kiamat. Tidak seperti kitab agama hindhu yang hanya boleh dibaca oleh golongan tertentu, tidak juga seperti ajaran buddha mahupun kristian yang sentiasa berubah-ubah mengikut zaman," balas saya.

Saya kemudiannya menerangkan betapa hebatnya Kuasa Allah Ta'ala yang memelihara kitabNya sehinggakan setiap keraguan dan penyelewengan terhadapnya sentiasa akan diperbetulkan. Belum ada yang mampu mengubah isi Al-Quran, apa lagi cuba membawakan sesuatu yang setanding dengannya.

Umat Islam pada masa kini memang mundur, tetapi bukan disebabkan oleh ajaran Islam, tetapi mereka mundur disebabkan mereka kurang mengambil pengajaran daripada Al-Quran. Walaupun orientalis gagal meminda Al-Quran, tetapi mereka berjaya membawa umat Islam jauh daripada Al-Quran. Manifestasi penghayatan umat Islam terhadap Al-Quran dan sunnah sahaja yang akan membawa umat Islam keluar daripada belenggu masalah yang ada.

Jalan keluar kepada kegagalan sistem kehakiman, krisis ekonomi, peningkatan jumlah jenayah, kebejatan sosial, masalah rumah tangga, krisis rumah hijau dan keamanan dunia semuanya mampu diselesaikan dengan Islam sekiranya umat Islam menerima ajaran Islam seluruh dan sesungguhnya.

Ali akhirnya mengangguk tanda setuju. Namun begitu, sebelum kami berpisah, dia mengajak saya untuk memanjangkan perbicangan ini.

"Aku tertarik dengan statement Islam sebagai sumber penyelesai masalah, boleh kita bincang lagi lain kali?" soal Ali menutup perbincangan walaupun kerut pada dahinya belum terlerai semuanya.

"Takde hal punya," balas saya sambil tersenyum. Dalam hati saya berbisik, agak-agaknya sampai tak mesej? Perlu belajar banyak lagi...

Ya Allah, berikan aku Taufiq dan HidayahMu...


Cabaran kesempitan ruang otak untuk berfikir..

Baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang teman yang sama-sama belajar di UKM tetapi di fakulti berbeza. Dia menyebut tentang kebesan bersuara dan berfikir sambil mengulas bahawa kemunduran umat Islam pada hari ini adalah disebabkan kesempitan ruang otak untuk berfikir. Dia turut menegaskan bahawa sebenarnya kekangan pemikiran ini adalah berpunca daripada ajaran Islam.

Islam menurutnya, meletakkan terlalu banyak sempadan dan batas pemikiran terhadap manusia. Kenapa perlu begini, dan tidak begitu? Sambil mengemukakan contoh, kenapa perempuan terlalu dikawal daripada terlibat dan bercampur-gaul dengan masyarakat? Kenapa Islam meletakkan garis panduan yang terlalu bersifat objektif seperti hukum potong tangan kepada pencuri, dan sebatan 40 kali kepada mereka yang terlibat dengan arak?

"Betul kata kau," celah saya menarik perhatian.

"Ada lagi, Bukankah Islam inginkan keadilan, jika keadilan itu mampu dicapai tanpa memotong tangan pencuri, adakah Islam akan mengiktiraf hukuman itu? Satu lagi perkara yang dia kurang berpuas hati ialah berkenaan perintah menjauhi pesakit AIDS. Baginya, orang-orang yang menghidapi penyakit AIDS tidak seharusnya diasingkan daripada masyarakat dan perlu kepada perhatian," tambah sahabat saya.

Mendengar keluhan sahabat saya itu, saya menarik nafas dalam-dalam dan perlahan-lahan saya hembus sambil mengucapkan Istighfar dalam hati. Ya Allah bantulah hambaMu ini.

"Aku rasa kau betul, cuma aku tak setuju meletakkan ajaran Islam sebagai punca," jelas saya menimbulkan kontradiksi pandangan.

"Dalam Al-Quran Allah Ta'ala menggunakan pendekatan yang berbeza untuk ayat yang bersifat keterangan dan hukuman. Bagi ayat yang bersifat perintah dan hukuman, Allah Ta'ala gunakan Taqwa dan Iman sebagai pengikat kepada hambaNya," ujar saya sambil membawakan contoh perintah puasa dan melaksanakan hudud.

"Allah Ta'ala kaitkan hukum berpuasa (ayat 183 - Surah Al-Baqarah) dengan ketaqwaan dan Allah Ta'ala cela mereka yang meninggalkan hukum hudud dengan perkataan 'kafir', 'zalim', dan 'fasik'(ayat 44,45, 47, Surah Al-Maidah). Ini menunjukkan kehebatan dan kebijaksanaan Allah Ta'ala dan bertujuan ingin menguji keimanan hambaNya," sambung saya lagi.

"Habis tu, kat mana ruang untuk hambaNya berfikir kalau semuanya bersifat ketentuan dan perintah?" soal sahabat saya inginkan penjelasan.

sambung esok...


Friday, January 23, 2009

Seputar pembelit, memintal kata membuat dosa...

Muhammad Bin Abdullah S.A.W. merupakan seorang manusia yang paling mulia di kalangan penduduk Mekah 1400 tahun dahulu. Baginda dikenali ramai dengan akhlak dan peribadinya yang menawan, maka layaklah Baginda digelar Al-Amin yang membawa maksud orang yang beramanah. Bukan sahaja disenangi oleh orang-orang yang baik, malah semua mengiktiraf akan kelebihan budi pekerti pada diri Nabi Muhammad S.A.W.

Pengiktirafan manusia terhadap kelebihan yang ada pada diri Baginda berterusan sehinggalah pada saat ini, pengkaji-pengkaji terus-menerus mengiktiraf kehebatan yang ada pada diri Nabi Muhammad S.A.W. sehingga meletakkan Baginda pada kedudukan No 1 dalam senarai 100 manusia paling berpengaruh dalam dunia.

Masihkah kita ingat, sewaktu Baginda memanggil seluruh penduduk Mekah ke sebuah bukit. Lalu Baginda berpidato, "Sekiranya aku khabarkan kepada kamu bahawa di belakang bukit ini ada bala tentera yang ingin menghancurkan kita, adakah kamu akan mempercayai beritaku ini?"

Lalu menjawab seluruh penduduk Mekah pada ketika itu, "jika itu yang engkau khabarkan, nescaya pasti kami mempercayainya," sahut penduduk Mekah beramai-ramai sebagai bukti kepercayaan mereka terhadap kata-kata Baginda.

Seterusnya Baginda menyambung pidato Baginda dengan menceritakan akan perihal kerasulan Baginda dan kebenaran yang dibawa, iaitu Ajaran Islam. Baginda mengajak secara terang-terangan penduduk Mekah pada ketika itu untuk beriman kepada Allah dan menerima Islam sebagai cara hidup. Menerima prinsip keadilan sebagai dasar pemerintahan, menerima rukun damai sebagai perlembagaan hidup bermasyarakat, mengutamakan kebajikan rakyat dan memelihara hubungan sesama jiran dan kawan-kawan.

Lalu bertempiklah penduduk Mekah pada ketika itu, antara yang paling lantang bersuara ialah Abu Lahab dengan teriakannya,"Celaka engkau Ya Muhammad, adakah kerana perkara merepek ini engkau kumpulkan kami semua?" jerit Abu Lahab. Lalu Allah menempelak Abu Lahab dalam surah Al-Masad berserta isterinya di atas perbuatan biadabnya itu.

Senario di atas sebenarnya adalah siaran ulangan kepada kisah para Nabi dan Rasul-Rasul A.S. sebelum daripada pengutusan Nabi Muhammad lagi. Manusia mengiktiraf kehebatan Nabi, namun tidak mahu mengikut seruan yang di bawa, yakni Islam. Sedangkan mukjizat para Nabi pun dengan mudah dituduh sebagai sihir oleh mereka yang menyaksikan sendiri kejadian hebat itu, hujah dan keterangan juga mereka sangkal dan mereka dakwa sebagai fitnah. Semuanya kerana ingin memlihara kepentingan diri masing-masing.

Pada hari ini juga, berulang perkara yang sama. Tuan Guru Nik Abd Aziz diiktiraf ramai sebagai sebagai seorang yang warak, tetapi bila Tok Guru bercerita mengenai Islam, ramai yang mendustakan beliau.

Perbuatan "mendustakan" ini adalah putar belit golongan-golongan yang ingkar terhadap perintah dan larangan Allah. Mereka mengakui kehebatan Islam dan pemegang panjinya, namun ingkar malah mendustakan kata-kata yang bersangkutan dengan ajaran Islam yang dibawakan.

Sekalipun kita bercakap dan berhujah dengan bukti keterangan yang jelas, terang lagi bersuluh, golongan-golongan yang ingkar ini akan dengan mudahnya memutar belit dan mendustakan fakta dan bukti yang dikemukakan.

Mereka(golongan ingkar) akan terus memutar belit, memintal kata dan membuat dosa. Namun, menjadi tugas sebagai hambaNya untuk terus menyampaikan sekalipun seluruh dunia mendustakan...

Thursday, January 22, 2009

Politik nilai: Tranformasi Pemikiran Mahasiswa Pasca-PRK 2009

Pilihanraya merupakan medan politik yang akan menguji sejauh mana kelebihan yang ada pada seseorang calon mampu menarik minat dan sokongan pengundi. Maka secara lazimnya, calon-calon akan bertanding secara kelompok dan akan mempertahankan kehebatan kelompok masing-masing. Misalnya, calon-calon sistem daripada Aspirasi, mereka akan mempertahankan kehebatan kelompok aspirasi sedaya-upaya mereka sekalipun terpaksa menggunakan helah dan sebagainya. Politik seperti ini adalah politik kepartian. Iaitu politik yang berteraskan kekuatan pengaruh parti yang bertanding.

Walaupun Pilihanraya Kampus diadakan secara individu tanpa sebarang parti dan kelompok, namun hakikatnya semua calon mewakili parti dan kelompok masing-masing. Bukti yang jelas pada flyers dan poster calon sistem ada tertera, "Undilah Calon Aspirasi Anda". Walaupun perkara ini dilarang, kelebihan kuasa mengubah dan menguatkuasakan sistem telah dimanfaatkan sebaiknya oleh "sistem" yang berada di kalangan pegawai HEP. GMUKM juga turut melakukan perkara yang sama apabila mereka mencetak flyers nombor calon Mahasiswa secara berkelompok.

Selepas pengumuman keputusan dan melihat kepada senario politik yang berlaku sepanjang tempoh pilihanraya kampus baru-baru ini, saya merasakan kita perlu melakukan transformasi pemikiran. Daripada politik kepartian@kelompok kepada politik berteraskan nilai. Kita perlu melihat kepada nilai yang di bawa oleh calon atau parti yang bertanding, bukan pengaruh fizikal dan penampilan calon atau parti yang bertanding.

Politik berteraskan nilai ini akan mewujudkan suasana yang lebih intelek apabila calon @ parti akan memperjuangkan nilai yang terbaik dan berkempen untuk menarik pengundi menyokong nilai yang di bawa, bukan parti yang diwakili. Pemikiran seperti ini juga akan mengelakkan pengundi, calon, mahupun sesiapa sahaja mengukur calon berdasarkan peribadi atau kelompok semata-mata. Barulah akan lahir persaingan politik yang sihat.

Perjuangan politik berteraskan nilai inilah yang sebenarnya diperjuangkan oleh GMUKM menerusi calon-calon Mahasiswa yang bertanding. Perjuangan inilah juga yang akan didokong oleh MPP Mahasiswa yang diberi mandat.

Sempadan ideologi dan kepercayaan bukan lagi menjadi faktor utama yang menentukan kejayaan seseorang calon, sebaliknya nilai yang mereka perjuangkan menjadi indikator utama dalam membuat keputusan semasa mengundi. Saya dan juga teman-teman dalam GMUKM, sebenarnya tidak bermusuh dengan orang-orang Aspirasi mahupun pegawai-pegawai HEP. Sekalipun sesekali pernah bertikam lidah dan mengguris rasa Pn Rosmah Ayu yang dilihat terlalu gemar mencampuri urusan Mahasiswa.

Bagi saya, apa yang paling penting untuk kita nilai adalah "apa yang dibuat?" bukan "siapa yang membuat?". Sekalipun jika perbuatan GMUKM dinilai sebagai buruk maka buruklah perbuatan GMUKM secara nilainya. Begitu juga tindakan HEP, jika membazirlah nilai yang dipandang oleh masyarakat umum terhadap kursus bakal calon, maka nilai itulah yang sepatutnya menjadi fokus utama perbincangan, bukan siapa yang membazir.

Justeru, kata kunci kepada tranformasi pemikiran ini adalah,

1. Berfikir secara Rasional, kita perlu selidik fakta dan hujah sebelum membuat sebarang kenyataan.
2.Bersikap profesional, mementingkan etika dan moral serta mengenepikan kepentingan individu, kelompok, ataupun parti serta tidak beremosi.
3.Berfikiran kritis terhadap isu yang dibangkitkan, menilai dengan sedalam-dalamnya isu dan hujah yang dibangkitkan.

Dengan adanya sifat profesional, kritikal dan rasional ini, akan dapat membantu kita menilai sesuatu perkara itu dengan labih baik dan lebih murni. Hidup ini bukan untuk keperluan diri sendiri sahaja, tetapi orang lain juga turut menerima tempias daripada tindakan dan perbuatan kita. Udara ini kita kongsi bersama, tanah ini kita pijak bersama, apalah kiranya nilai yang kita ada, kita kongsi dan kita bahaskan bersama. Bersatu Berubah!!!!

Friday, January 16, 2009

PRK 2009: Mahasiswa Memberi Isyarat ingin Perubahan!!!

Tirai Pilihanraya UKM 2009, secara rasminya berlabuh kira-kira jam 12 malam tadi. Pilihanraya kampus 2009 pada kali ini ditutup secara rasminya apabila Timbalan Naib Canselor UKM yang baru, Prof Dato' Dr Mohammad Abd Razak mengumumkan keputusan rasmi pilihanraya kampus pada kali ini.

Keputusan pilihanraya kampus pada kali ini masih berpihak kepada aspirasi atau yang diberi jolokan calon sistem. Sebanyak 34 kerusi dipertandingkan dengan 3 kerusi terlebih dahulu dimenangi oleh Mahasiswa tanpa bertanding, manakala satu lagi kerusi dinafikan oleh urusetia pemilihan. Secara keseluruhan, Mahasiswa menambah sokongan dan undian kepada 12 kerusi berbanding hanya 4 pada sesi lepas. Manakala Aspirasi memperoleh 21 kerusi.

Aspirasi kehilangan taringnya apabila ramai figura mereka yang tumpas, termasuk sdr Nazif, dan yang lebih menarik adalah monopoli kerusi umum tahun 3 berjaya dipecahkan oleh Mahasiswa. Peratusan jumlah undi popular juga meningkat mendadak, di mana hanya satu kerusi sahaja yang menurun dari segi peratusan jumlah undian.

Mesej perubahan yang dituntut oleh Mahasiswa tampak begitu jelas diterjemahkan dalam bentuk undian dalam pilihanraya pada kali ini. Kesatuan dan perubahan yang ingin dibawakan oleh GMUKM disambut baik oleh Mahasiswa.

Namun begitu, ingatan juga pesanan buat Mahasiswa/i tahun 1 sekalian, bebaskan diri anda daripada belenggu paksaan dan ugutan. Saya sebutkan begini kerana aspirasi memperolehi majoriti mudah hasil undi pelajar tahun 1 yang diugut dan dipaksa melalui 18 buah kerusi yang dipengaruhi secara langsung oleh pelajar tahun 1.

Ternyata 12 perjumpaan haram yang dibuat oleh kolej-kolej, serta manipulasi fakta dan cerita kepada pelajar tahun 1 berjaya memastikan dominasi Aspirasi dalam PMUKM kali ini. Sekalipun bakal menerima tentangan dan cabaran daripada 12 MPP Mahasiswa yang pastinya akan berjuang untuk Mahasiswa.

Harapan dan sandaran Mahasiswa ke atas 12 MPP ini amat tinggi. Pelbagai isu perlu diperjuangkan dan ditangani, di samping manifesto yang perlu dilaksanakan dalam tempoh setahun dari sekarang. Besar kemungkinan, pihak HEP dan KPT akan menggunakan kuasa mereka untuk memendekkan tempoh jawatan PMUKM. Namun begitu kita tetap mengharapkan, sekalipun karenah birokrasi menanti MPP Mahasiswa, perjuangan dan perubahan tetap akan menjadi agenda utama dalam PMUKM kali ini. Bersatu Berubah!!

Thursday, January 15, 2009

Berakhirnya satu lagi Pilihanraya...

Jam menunjukkan pukul 5.30 petang. setengah jam yang lalu, tempoh pengundian di UKM telah berakhir, dan peratus keluar mengundi(angka tidak rasmi) di ukm adalah sebanyak 74.89%. Tahniah kepada Mahasiswa UKM kerana telah menjalankan tanggungjawab kepada UKM dan juga tanggungjawab kepada diri sendiri. Namun, malang buat mereka yang tidak mengambil berat dan juga kepada mereka yang gagal membuat keputusan di atas penilaian sendiri. Pemilihan pemimpin seharusnya menjadi tanggungjawab semua manusia dan, kita selaku Mahasiswa perlu terlibt secara aktif dan bebas daripada segala bentuk paksaan dalam memilih pemimpin yang sepatutnya.

Terlalu banyak peristiwa dan kejadian yang berlaku semasa pilihanraya kali ini, ada yang pahit tak kurang juga yang manis. Semalam, sahabat karib saya, terlibat dalam kemalangan sewaktu mereka berdua dalam perjalanan ke kuliah. Saksi yang berada di tempat kejadian melaporkan bahawa sememangnya pemandu van yang merempuh motosikal sahabat saya bersalah kerana melanggar lampu merah. Sudahlah tidak mahu mengaku bersalah, ada pula pegawai polis yang tampil untuk membela pemandu wanita tersebut. Walaupun kenyataan ini agak bersifat perkauman bagi sesetengah pihak, namun saya ingin mengajak kalian semua untuk merenung. Inilah akibatnya sekiranya kita gagal berfikir secara rasional dalam tindakan dan kehidupan kita seharian.

Polis tersebut, berketurunan india, mengarahkan agar pengguna-pengguna jalanraya ketika itu mengalihkan van ke tepi jalan. Menurutnya, ia adalah bertujuan untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. Hakikatnya, van tersebut adalah bahan bukti yang tidak boleh dialih melainkan setelah mendapat kebenaran polis trafik yang bertanggungjawab. Kebetulan pegawai polis tersebut bukan polis trafik. Mujur ada Sdra Fikah, calon GMUKM, yang juga menuntut di FUU. Fikah menuntut agar polis tersebut bertanggungjawab, walaupun menerima ugutan daripada pegawai polis tersebut.

Baik, apa pengajaran yang perlu kita lihat daripada insiden tersebut?

1. Berfikir secara rasional dan bersikap professional. Rasional meksudnya fikir dalam-dalam berdasarkan hujah dan alasan yang kukuh. Profesional pula, tidak mementingkan diri atau apa-apa yang berkaitan dengan diri.

2. Kalau dah salah, cepat-cepat mengaku salah. Dengan tidak mengaku salah, kita telah menambah kesalahan dan menyebabkan kesan akibat kesalahan itu bertambah parah.

Situasi ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua dalam setiap perbuatan kita seharian. Mengundi secara rasional, bercakap secara rasional, bersikap profesional dan akur dengan kesalahan kita.

Tuesday, January 13, 2009

Politik Perkauman Sempit.

Petikan daripada risalah ini dikeluarkan oleh Chinese Comunities Students Council, CCC, sebuah persatuan Mahasiswa Cina di UKM. Risalah ini pada asalnya diterbitkan dalam bahasa cina dan diterjemahkan oleh pimpinan GMUKM yg juga berbangsa Cina. Dalam risalah ini, CCC menyeru Mahasiswa Cina untuk bersatu dan menerapkan fahaman perkauman yang sempit. Saya menempelak sekeras-kerasnya risalah ini, kerana kita sepatutnya hidup saling tolong menolong kerana sememangnya kita semua sentiasa memerlukan antara satu sama lain tidak kira apa pun warna kulit, fahaman ideologi, mahupun agama. Walaupun kita diciptakan pelbagai, tetap hubungan yang baik antara manusia itu menjadi perkara penting untuk mencapai kesejahteraan. Malah, persaudaraan adalah perkara pertama yang diajarkan oleh NAbi Muhammad kepada umatnya.


RISALAH CCC YANG DIEDARKAN SEMASA PRK 2008/2009

'Mahasiswa Kaum Cina di UKM sudah makin kurang,

Jika kita tidak bersatu padu,

Suara kita akan menjadi makin lemah!

Ini apa yang anda nakkan?

Kami(CCC) perlu sokongan anda

Kerana bersatu teguh, bercerai roboh!

Undi anda adalah penentu bagi kita'

Adalah amat menyedihkan, mahasiswa yang sepatutnya berfikiran matang dan membuka masih menggunakan isu perkauman lagi. Saya mengaku, kaum, bangsa dan agama adalah amat penting kerana itu merupakan akar kita.

2008/2009 PRK

Dalam UKM , ada 2 aliran utama…aliran 'biru' dan aliran 'hijau'

Pengenalan aliran biru

  1. memegang kuasa selama 5 tahun di UKM
  2. memegang prinsip perbincangan utk menyelesikan masalah antara 3 kaum, menyelesaikan masalah dng cara 'win-win'
  3. percaya bahawa perbincangan adalah cara utk selesaikan masalah pihak pentadbiran dan mahasiswa
  4. tidak setuju dgn mogok, membangkit emosi, menyerang peribadi utk menyelesaikan masalah dan mendapat sokongan
  5. tujuan –student welfare..oleh sebab aliran biru adalah terdiri dpd 3 kaum..maka blh berbincng dgn pihak pentadbiran UKM

kekawan aliran biru

kelab aspirasi

-berjuang utk kaum, spt UMNO

-dahulu sertai PRK dgn nma TSB

-guna polisi bkerjasama dgn kaum lain, percaya bhw hanya guna cara yg dipersetujui oleh 3 kaum, barulah boleh mencapai perpaduan Bangsa Malaysia

CCC(Chinese Community Student Committee)

-kita adalah ccc

-satu-satunya persatuan yang mewakili suara mahasiswa cina

-mempertahankan hak kaum maha cina, hak dan kebajikan persatuan cina

-CCC juga satu-satunya persatuan yang boleh diterima oleh pihk pentadbiran, hanya penerimaan dan pengakuan pihak pentadbiran baru boleh memastikan suara maha cina boleh disampi kpd mereka

PAH(perwakilan agama hindu)

-satu-satunya persatuan India

-pah menjaga kebajikan dan hak India

-pah dan aspirasi mpnyai ideology yg sama, iitu perpaduan kaum, merapatkan hbgan masing2, mewujudkan bangsa Malaysia

Pengenalan pakatan hijau

GMUKM/ IPU/MAMPU

-memperjuangkan pengajaran islam, seperti PAS

-mengimbas kembali sejarah, pakatan hijau hanya guna islam sbg ideology di kampus.Utk menmcapai mtlamat ini, berharap bkerjasama dgn CCC, tapi CCC menolak, kerana ideology islam bertentangan dgn tradisional dan kehidupan bg kaum cina, seterusnya akan menghadkan kebebasan maha cina di kampus

-pernah mengadakan mogok dan demonstrasi bg menhalang student menjalankan aktiviti , spt party

-mengumumkan bhw terdiri dpd 3 kaum, ttp tulang belakang masih ideology islam yg lama.tdk dpt memuaskan semua maha, terlupa hak dan kebajikan kaum lain. Kerana dlm islam…hanya muslim boleh mendominasikan non-muslim, tidak boleh ada keadaan berkongsi kuasa

Dlm era pentadbiran ideology islam, budak ukm dilabelkan sbg student yg agrresive. Oleh sebb itu, student ukm mengalami masalah tiada kerja selepas graduate.

SAYA LIHAT KAU CAKAP APA!

  1. GMUKM mengumumkan bhw terdiri dpd semua kaum dan semua agama. Tapi, GMUKM itu bergabung dgn MAMPU itu memang satu kenyataan yg tidak dpt dinafikan, dan MAMPU memperjuangkan islam. Ingin bertanya persatuan yg tipikal islam akan bergabung dgn siapa? Semestinya bukan pakatan biru…kerana pakatan biru selalu percaya prinsip bertoleransi dan perbincangan..oleh itu mereka masuk GM, dan 'tukar sup tak tukar ubat'(proverb cina) ditadbir oleh parti yg sama –MAMPU…sama org sama group – gantung kepala kambing jual daging anjing.
  2. GMUKM kata pilihan raya MPP tak transparen dan tidak mematuhi peraturan (AUKU 1971….), tapi tidak dpt menunjukan dng telitinya macam mana prk itu tak transperan, sehingga tidak mematuhi peraturan. Di sini tidak perlukan mereka mengeluarkan bukti, tapi membuat tuduhan yang berpatutan pun mereka tak mampu..lagipun, dlm peraturan yg sama, pihak pembangkang pun pernah menang PRK
  3. GMUKM selalu mengeluarkan isu isu 'BESAR', utk mengacau emosi..walaupun isu ni semua penting, tapi semuanya tak berguna…contohnya…mereka cakap nak meningkatkan ilmu pengetahuan maha, tetepi sgt blur, tdk mengeluarkan teori dan kaedah yg kukuh , hanya taw buat ni buat itu, langsung tak sedar bhw sendiri pun tak taw dn tak faham mcm mana nak tingkatkan ilmu, suruh org mcm mana percaya? Berkaitan 'mansuhkan AUKU' , maha blh menyuarakan ketidakpushati mereka, ttp kerja sebenar dilakukan oleh Ahli parlimen, ahli politik dan kerajaan…mereka nk berjuang.msalahnya cara perjuangan merek mcm mana? Hanya kutuk, mengadu, membangkng…tapi tak keluarkan solution, mcm mana nak mentadbir?
  4. dlm system demokrasi, suara gol yg lebih besar itu akan berpengaruh-itu kenyataan..oleh itu, GMUKM cakap mereka ''gol yang kecil'' selalu tidak dipedulikan, hanya sesuatu yg reality…mereka cakap mcm tu, seolah-olahnya tengah memainkan emosi dgn 'musuh lama' mereka, langsung tak seiras dgn manifesto dan ideology mereka

Wednesday, January 7, 2009

Let's actively Take Part!!!- petikan dari sugmukm.blogspot.com

Sistem Demokrasi merujuk kepada penglibatan rakyat dalam membuat keputusan untuk dasar-dasar pemerintah. Termasuklah dalam urusan menentukan dan meilih siapakah pemimpin yang paling layak untuk memimpin, secara bebas tanpa sekatan, ugutan, dan paksaan.

Oleh kerana Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, maka dalam situasi Pilihanraya Kampus, PRK, seharusnya amalan demokrasi ini menjadi teras dalam menggubal dasar dan sistem yang digunakan. Walaupun kehadiran "tangan-tangan ghaib" amat mendukacitakan, namun ianya tetap tidak akan dapat menghalang kemaraan dan kebangkitan Mahasiswa.

Seperti mana kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum(PRU 12) yang lalu, mereka juga berhadapan dengan sistem yang korup dan menyeleweng, namun tekad dan azam untuk berubah tetap membawa 5 buah negeri ke tangan Pakatan Rakyat. Lihat sahaja bagaimana Media arus perdana digunakan untuk mempengaruhi minda rakyat, bahkan seluruh instrumen kerajaan dikerahkan untuk kempen Umno-BN. Namun, tsunami politik yang melanda membuktikan bahawa gelombang perubahan dan kesedaran itulah yang diperlukan sebenarnya.

Begitu juga di UKM, KPT dan HEP menggunakan seluruh instrumen untuk mengelirukan Mahasiswa. PPP digunakan untuk mengubah dan merangka sistem yang zalim, JAKSA diperalatkan untuk berkempen, 1st year didoktrin dan dikawal ketat bermula daripada minggu mesra pelajar MMP(dahulunya dikenali dengan Minggu Mesra Mahasiswa, 3M), 1st year tidak dibenarkan terlibat dengan program luar, kompetensi generik (muka surat 15) diwujudkan supaya Mahasiswa terikat dengan kolej kediaman, dan banyak lagi.

Apakah peluang GMUKM untuk membawakan perubahan? Mujurlah Persatuan Mahasiswa yag tidak berasaskan kolej masih mampu dikuasai oleh Mahasiswa, sedikit sebanyak perubahan dapat dicetuskan dan dicadangkan oleh Pemimpin Mahasiswa yang benar-benar tulen datangnya dari Mahasiswa.

Saya percaya, Mahasiswa merupakan golongan yang terpelajar dan mampu berfikir dan membezakan yang mana baik dan buruk. Gunakan kebijaksanaan kurniaan Tuhan itu untuk membuat keputusan yang rasional dan kritis. Saya tegaskan, sekalipun jika pemikiran rasional itu tidak menyebelahi GMUKM, teruskanlah. Kerana hanya dengan tindakan yang lahir dari pemikiran yang rasional akan menyelamatkan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Buat Perubahan! Ayuh sertai pilihanraya secara aktif, secara bebas, melalui aspirasi, apalagi untuk menyertai GMUKM sebagai Harapan Baru Mahasiswa.

Monday, January 5, 2009

HEP bersahabat dengan syaitan?

Adakah kalian semua setuju dengan pernyataan di atas? Barangkali ada yang setuju, iaitu mereka yang berfikir selangkah kehadapan. Namun pasti ada yang tidak setuju kerana mereka kecilkan potensi otak mereka untuk berfikir.

Baru-baru ini, seramai 167 orang Mahasiswa UKM telah menyertai sebuah bengkel yang diadakan di A’Famosa Resort, Melaka pada 1 hingga 4 Januari. Tujuan bengkel berkenaan diadakan adalah sangat murni dan mulia iaitu sebagai persediaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi calon untuk Pilihanraya Kampus 2009 yang sudah tidak lama lagi kehadirannya.

Pelbagai persoalan mengenai penganjuran bengkel berkenaan masih lagi belum terjawab oleh HEP. Mahasiswa dianiaya sekali lagi dengan aktiviti yang disifatkan Islam bersahabat dengan syaitan, Pembaziran.

Menurut salah seorang pegawai wanita yang ditemubual secara langsung oleh peserta bengkel calon berkenaan, beliau menyatakan bahawa lebih daripada RM70 000 (Tujuh puluh ribu ringgit Malaysia) telah dihabiskan untuk membuat bengkel berkenaan. Jumlah yang mengikut perkiraan saya dapat dibahagi kepada RM3 untuk setiap Mahasiswa di UKM. Jumlah yang tidak terjangkan dek akal ini sebenarnya adalah jauh lebih murah daripada kos sebenar yang digelapkan iaitu

Perhatikan(sumber langsung daripada pihak pengurusan resort berkenaan)

Makan pagi = RM 25.00 seorang

Makan Tengahari = RM 35.00 seorang

Makan Malam = RM 48.00 seorang

Minum pagi + minum malam + minum malam = tak diberitahu

Jumlah bayaran makanan seorang sahaja = RM 108.00 sehari

Maka untuk 4 hari = RM 432.00 x 167 pelajar(tidak termasuk urusetia yang terdiri daripada VIP)

= RM 72 144.00

Baik, kita tambah pula dengan kos penginapan(condo untuk enam orang) = RM 388.00/condo

Maka jumah kos penginapan = 28 condo x RM 388.00 = RM 10 864

Menjadikan kos keseluruhan sebanyak = RM 83 008.00

Sisihan yang anda lihat ini sebenarnya akan menjadi lebih apabila kita campurkan bersama kos-kos yang diperlukan untuk menanggung aktiviti sepanjang bengkel, kos pengangkutan, kos makanan urusetia (lebih daripada 20 orang), kos penginapan urusetia, kos penginapan vip(TNC dan Jemaah Dekan-dekan). Apakah agaknya angka yang bakal kita perolehi sekiranya jumlah sebenar kos untuk bengkel ini diketahui? Bukankah itu dinamakan pembaziran? Dan bukankah pembazir itu sahabat syaitan?

Maka saya bersetuju dengan jawapan nabil, Lu Pikirla sendiri!!


p/s:agak-agaknya, siapa yang beri sumbangan, dan duit siapa yang dibazirkan?

Sunday, January 4, 2009

PRK 15 Jan: GMUKM tekad hapuskan manipulasi HEP.





Bangi, 3 Januari, kem jentera pilihanraya Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, GMUKM pada kali ini berhadapan tugas getir dalam menghadapi Pilihanraya Kampus yang disahkan akan berlangsung pada 15 Januari 2009.

Penantian Mahasiswa UKM untuk menyaksikan perubahan dalam Majlis Perwakilan Pelajar MPP PMUKM yang tertangguh tahun lalu akhirnya bakal terjawab apabila pihak HEP menyiarkan notis berkenaan dengan pengendalian PRK pada kali ini. Menurut notis yang disiarkan di beberapa tempat di fakulti-fakulti di UKM, tarikh penamaan jatuh pada 8 Januari manakala pengundian dilaksanakan seminggu kemudian, 15 Januari.

Dalam masa yang sama, seramai 159 orang Mahasiswa/I yang bakal menjadi calon dilaporkan mengikuti sebuah kursus yang dianjurkan oleh HEP di A’Famosa Resort, Melaka. Walaupun mendapat tentangan daripada Mahasiswa UKM, pihak HEP UKM tetap berdegil menganjurkan bengkel tersebut dan masih meletakkan kehadiran ke bengkel tersebut sebagai syarat wajib untuk menjadi calon.

Pihak HEP turut dilaporkan menaikkan kos bertanding bagi mana-mana calon yang akan bertanding dalam PRK 2009 nanti sebanyak 66% bagi wang deposit, dan 25% bagi setiap borang pencalonan. Peningkatan kos ini dolihat semata-mata ingin menyusahkan calon pilihan Mahasiswa kerana calon-calon Aspirasi mendapat tajaan daripada HEP dan KPT sendiri. Sumber daripada perwakilan pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM menyatakan bahawa setiap calon tajaan HEP dan KPT menerima wang saku sebanyak RM250 daripada UMNO, Barisan Nasional.

Namun begitu, kempen GMUKM tidak terjejas malah jurucakap GMUKM, saudara Hazman Abdullah menyatakan bahawa Mahasiswa UKM sudah lama menantikan perubahan yang ingin dibawa oleh GMUKM. Beliau melaporkan pihak HEP dan Aspirasi berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengerahkan dan memaksa Mahasiswa tahun 1 untuk menjadi calon. Menurut salah seorang calon Aspirasi yang merupakan pelajar Fakulti Pengajian Islam/2, dia sebenarnya keberatan untuk menjadi calon. Namun dia terpaksa akur dengan arahan dan ugutan pihak HEP yang didakwanya juga didalangi konspirasi jahat dan sulit pihak KPT.

Antara Yang Menarik