Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Friday, April 8, 2016

Dilema Pendidikan Negara: DLP satu lagi malapetaka pendidikan Malaysia.

Institusi Pendidikan Negara bakal menghadapi satu lagi detik sukar dengan pelaksanaan Prorgram DwiBahasa (DLP). Tentu sekali isunya bukanlah semata-mata kerana ia melibatkan bahasa penjajah, walaupun itu sebenarnya cukup untuk kita berhenti terlalu mengagungkan bahasa inggeris. Soal literasi dan medium perantaraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas juga, sebenarnya turut menjadi antara faktor utama kenapa program ini perlu dihentikan.

Namun, persoalan paling penting ialah, ke mana sebenarnya hala tuju pendidikan Negara yang semakin caca merba disebabkan pelbagai perubahan sistem yang mendadak sedangkan, sebelum ini PPSMI sendiri dihentikan kerana terbukti kegagalannya?

Apa yang diperlukan oleh rakyat, khususnya anak-anak yang berada di bangku sekolah pada ketika ini bukanlah sistem baru yang mencelarukan. Sebaliknya pengukuhan kepada sistem sedia ada, dan memberikan penekanan kepada aspek pembentukan rohani, jasmani, dan fizikal anak-anak, sebagai tambahan kepada aspek intelektual yang sudah sekian lama dijadikan keutamaan.

Bahasa Inggeris telah menjadi subjek WAJIB lulus di peringkat sekolah menengah. Jika sekalipun ianya penting, tindakan yang lebih bijak ialah dengan menambah pelaburan untuk mempertingkatkan penguasaan di peringkat guru dan murid-murid di samping menambah baik sistem penilaian supaya tidak terlalu bergantung kepada apa yang berada di atas kertas. Natijah kepada kebergantungan ke atas kertas ini, ialah murid-murid hanya akan tahu membaca dan menulis, tetapi lemah dalam berkomunikasi. Ditambah dengan faktor guru yang “membatalkan” niat murid-murid untuk bercakap dalam bahasa inggeris, menjadikan Bahasa Inggeris bukan sahaja ketinggalan dari segi angka di atas kertas, malah literasi komunikasi dalam bahasa itu turut terjejas.

Saya simpati dengan nasib yang menimpa anak-anak pada masa kini. Mereka terpaksa dibebankan dengan latihan, malah masa lapangnya diisi dengan pelbagai program akademik seperti kelas tambahan dan sebagainya. Sedangkan ruang untuk mereka meneroka alam ini mengikut kemampuan deria dan akal mereka amat terbatas. Apalagi disajikan pula dengan gajet yang semakin mengasingkan mereka dari dunia sebenar.

Namun, ibu bapa tidak mempunyai pilihan kerana dunia kini adalah dunia perlumbaan. Sesiapa yang terlambat akan ketinggalan. Bertambah malangnya, yang ketinggalan ini akan semakin dilupakan dan dikesampingkan. Lihatlah apa yang terjadi kepada anak-anak yang berada di kelas-kelas yang terkebelakang. Mereka bukan sahaja tertinggal pelajaran, malah ditinggalkan pula oleh sistem pendidikan Negara yang kononnya ingin membangunkan potensi.

Maka ibu bapa tidak diberikan pilihan lain, terpaksa memastikan anak-anak mereka tidak ketinggalan, menghantar anak-anak untuk ke kelas tambahan, pagi, petang, malam dan hujung minggu. Inilah hebatnya anak-anak masa kini dibandingkan dengan anak-anak dahulu.

Justeru, perkara yang perlu menjadi keutamaan Kerajaan, khususnya kementerian pendidikan bukanlah mengubah atau mencipta sistem baru. Sebaliknya mengukuhkan dan memberi nilai tambah kepada sistem pendidikan yang ada, supaya tidak terlalu kejam dalam pelaksanaan dan penilaian. Kita menyaksikan keruntuhan dan kerosakan pada Institusi Pendidikan apabila hilangnya rasa hormat murid kepada ibu bapa, murid kepada guru, ibu bapa kepada guru, malah masyarakat umumnya kepada guru. Bimbang, akan luput pula rasa kasih dan sayang guru kepada murid-murid.

#bantahDLP

Mohd Farid Bin Hamlud
Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Parit,
Guru Besar SRITI AT-TA'ALIM, Seri Iskandar,
Pengarah Urusan Pusat Latihan & Pendidikan Taybah
Rakyat Malaysia

Saturday, March 26, 2016

Meneruskan misi...



AlhamduliLLah, sudah masuk tahun ke-5 kami meneruskan program-program Pendidikan dan Latihan. Segala puji dipanjatkan kepada Allah Ta'ala kerana hanya dengan izin dan bantuan dariNya, maka Pusat Latihan dan Pendidikan Taybah dapat terus berkembang sehingga ke hari ini.

Namun perjalanan masih jauh, masih ada beberapa misi yang belum berjaya dilaksanakan, bahkan ada misi yang perlu digerakkan semula.

1. Penerbitan semula risalah "Dengan Pena". Dahulu pernah diterbitkan sebanyak 3 keluaran namun terhenti atas faktor komitmen semasa.

2. Program Transit @ Taman Pendidikan, sebagai kesinambungan program Taman Pendidikan Cuti Sekolah yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

3. Kelab Sukan Taybah, antara permainan yang berjaya disediakan Pingpong, permainan dalaman seperti catur, saidina, carom, dan lain2. Masih perlu ditambah baik.

4. Kelas Bahasa Arab

5. Klinik Matematik

6. Pengajian Umum Dewasa, Remaja dan kanak-kanak.

7. Pusat Sehenti untuk Semua lapisan umur.




Alhamdulillah, sekarang dah ada produk baru keluaran Taybah

1. Pakaian Bundle kanak-kanak.
2. Sup Kambing Meletup.
3, Pes Mee Bandung, Soto, Rendang dan lain2 
4. Ayam Az-Zain, Makanan sejuk beku.



Berniaga ni sunnah, bantu orang untuk dapatkan barang keperluan, sambil membantu ekonomi sendiri...

Antara Yang Menarik