Ilham asal program ini ialah program MABIT - Malam Bina Iman Dan Taqwa, iaitu inspirasi daripada ibadah haji iaitu bermalam di Mina atau di Muzdalifah.
Disebabkan MABIT ini telah pun dijalankan di beberapa tempat, kami pun terfikir untuk tampil dengan nama dan cara yang baru. Berbetulan dengan ketika itu sedang berlangsungnya program Gema Gegar Vaganza, maka timbullah nama Gema Zikir & Munajat.
Fokus utama GZM bukanlah memberi ceramah atau kuliah atau tazkirah, atau pengisian bermodul, namun mesej utama ialah menggalakkan kita berzikir. Mungkin ramai yang masih belum menjadikan zikir sebagai terapi, atau tak tahu apakah zikir yang terbaik?
Justeru, GZM membuka peluang orang ramai untuk lebih dekat dengan zikir dan munjat. Lebih dari itu, GZM sendiri merupakan platform khusus untuk aktiviti zikir dan munajat.
Kenapa munajat? Kerana elemen penting GZM juga ialah menyusun program Qiamullail. Ibadah zikir dan munajat ini, sememangnya ada kebaikan jika dilakukan secara bersendiri, dan mungkin mendatangkan kelazatan yang berbeza berbanding zikir dan munajat secara beramai-ramai.
Namun, kami berpandangan GZM perlu digerakkan kerana masih ramai yang tidak biasa, dan memerlukan usaha dan program seperti ini untuk membantu mereka membiasakan diri berzikir dan bermunajat...
Program edisi PERTAMA, berjaya mengumpulkan 176 peserta Pelajar Sekolah Rendah, dibantu oleh lebih 20 orang Fasi dan urusetia, program dengan kerjasama Masjid UTP... |
Ini pula program Kedua, pengisian dan sasarannya sama, iaitu Pelajar Sekolah Rendah, penyertaan lebih 150 orang peserta |
Ni Edisi ke-empat, ada 3 kelainan utama program ini iaitu pertama dibuka kepada semua peringkat umur, ada jemputan ustaz @ artis, dan penginapan berkhemah juga dibuka kepada semua... |
Harapan kami ialah,
1. Allah Ta'ala redha akan usaha kami,
2. Ramai yang mendapat manfaat dari usaha kecil kami ini.
3. Semoga program ini berterusan dapat dijalankan pada masa-masa akan datang...