: : KACA PERMATA : :
Taybah
Sunday, September 10, 2023
Umrah Musim Sejuk
Thursday, June 1, 2023
Mencari Kehidupan Yang Bermakna
Steven R Cover dalam bukunya “7 Habits Of Highly Effective People” ada menyatakan antara ciri orang yang mempunyai kehidupan yang terbaik ialah mereka yang memikirkan terlebih dahulu apa yang berada di hujung minda sedar dan separa sedar. “Begin with the end of mind” merujuk kepada kaedah berfikir manusia yang memiliki kehidupan terbaik ialah mereka yang menjelaskan terlebih dahulu persoalan utama iaitu tujuan.
Apa sebenarnya tujuan kita hidup dan
kenapa kita perlu terus hidup? Ibarat bermain bola, jika kita tahu sasaran kita
ialah menjaringkan gol dalam ruang masa yang ada, maka kita akan focus kepada
tujuan kenapa kita berada di atas padang. Apa peranan yang sedang dan patut
kita mainkan? Apa strategi untuk sama ada mengekalkan kemenangan, membuat jaringan
kemenangan, menyamakan kedudukan, atau sekurang-kurangnya mengurangkan defisit
jaringan?
Demikian juga hidup. Apa sebenarnya
yang kita nak capai dalam hidup?
Sebab itu, orang cerdik pandai
selalu mengingatkan, bermimpi dan berangan-angan bukan hanya percuma, mimpi dan
angan-angan ini jugalah sebenarnya yang memberikan kekuatan untuk kita
meneruskan hidup malah berjuang atas apa juga mimpi dan cita-cita yang ada.
Dulu, ketika kecil ramai orang
selalu bercita-cita untuk menjadi seseorang dengan kerjaya atau profesion
tertentu. Kebanyakannya terpengaruh dengan contoh dan model yang tampak di
depan mata. Ini cuma salah satu bentuk cita-cita tapi ini bukan satu-satunya.
Ada ramai orang yang memiliki
pekerjaan bukan daripada apa yang telah mereka pelajari sama ada di peringkat
sekolah atau institusi pengajian tinggi, malah ramai yang sekadar belajar sesuatu
bidang yang mereka sendiri tidak akan ceburi nanti.
Mungkin ada yang mengganggap
perbuatan itu sebagai sesuatu yang sia-sia, tetapi adalah menjadi suatu perkara
yang lebih merugikan jika kita sendiri tidak jelas, dan melakukan sesuatu yang
kita sendiri pun tidak sedar tujuan dan alasannya.
Peluang untuk melakukan sesuatu yang
bermakna dalam kehidupan tidak akan datang berulang kali. Jadi, rebut dan
manfaatkan sungguh setiap peluang, menjadikan setiap langkah perjalanan kehidupan
kita lebih berarah dan bermakna.
Cari dan temui alasan dan tujuan
besar kenapa kita mengambil sesuatu keputusan dan sebab di sebalik setiap langkah
yang kita lakukan. Kitalah yang lebih jelas malah perlu lebih sedar, ke mana
sebenarnya kehidupan kita ini ingin dibawa? Kenapa kita buat sesuatu dan kenapa
pula kita tidak berbuat sesuatu?
Dengan mengetahui setiap punca dan
arah tuju, kita akan mempunyai lebih kawalan terhadap tindak-tanduk, pemikiran,
jiwa dan perasaan kita sendiri. Kita akan lebih jelas, kenapa selepas kita
tewas dalam satu-satu pertandingan, kita tidak perlu mengambil masa yang lama
untuk termenung dan memikirkan sebab kita tertewas, sebaliknya bangun dan
bangkit untuk mencari jalan untuk kembali menang kerana kita punya sebab untuk berjaya
dalam persaingan.
Wednesday, May 24, 2023
Trip Umrah Oktober dan Disember
Saya bawak sendiri insyaAllah...
Tuesday, May 16, 2023
Jalan Pintas Untuk Bahagia - Siri 1
Memiliki kebahagiaan dalam hidup,
tidak sama dengan memiliki kekayaan, atau mempunyai kekuasaan, atau berjaya
dalam persaingan. Kerana Kaya, Kuasa, dan kejayaan melibatkan persaingan dan
setiap persaingan akan ada pihak yang menang dan pasti akan ada yang kecundang.
Seseorang
itu dikatakan kaya, kerana hartanya lebih banyak daripada orang lain. Seseorang
itu berkuasa, berada di atas, apabila dia mempunyai orang bawahan yang mematuhi
arahannya atau yang setia menyokongnya. Seseorang hanya dikira berjaya
memenangi perlumbaan, apabila ada pihak lain yang dikalahkan.
Berbeza
dengan Bahagia, tidak ada pihak yang perlu kita kalahkan. Tidak ada sesuatu
alat, harta, atau matlamat yang perlu kita capai untuk bergelar orang yang
Bahagia, maka Bahagia itu adalah sesuatu yang bukan sahaja mampu dimiliki semua
orang, bahkan Bahagia juga perlu dimiliki oleh semua orang.
Kita
semua boleh dan perlu hidup dengan kehidupan yang Bahagia. Bahagia itu ibarat
udara yang walaupun dikongsi, tetap cukup dan mampu menampung keperluan setiap
kehidupan. Seluas bentangan bumi ini, seluas itulah capaian kebahagiaan.
Saturday, April 29, 2023
7 Persiapan Menjadi Tetamu Allah - Penutup
Seri Iskandar, Perak
Friday, April 28, 2023
7 Persiapan Menjadi Tetamu Allah - Persiapan Ketujuh: Persiapan Teknikal dan Keperluan
Kenal pasti jadual dan daftar segera bagi supaya tidak terlepas peluang untuk masuk ke dalam raudhah, Taman dari taman-taman Syugra.
Selain itu, bagi jemaah yang mempunyai keperluan khas seperti berkerusi roda, atau perlu menjalani rawatan cuci darah (Dialysis), perlu mendapatkan maklumat lanjut daripada agensi tentang kaedah pengurusan sepanjang dalam perjalanan dan ketika berada di sana. Termasuk kos-kos tambahan yang diperlukan melibatkan tambang dan saguhati untuk pengiring.
Thursday, April 27, 2023
7 Persiapan Menjadi Tetamu Allah - Persiapan Keenam: Persiapan Mental
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..."
Cuba bayang, setiap suapan makanan, setiap teguk air, setiap butir perkataan, setiap jejak langkah, semuanya adalah ibadah bila kita lakukan kerana Allah. Sungguh hebat perjalanan haji dan umrah ini. Persis seperti hadith Nabi SAW:
Ketika menunggu waktu berbuka di Roof Top, Masjid Haram. Pelbagai latar belakang, tetapi semuanya berkongsi Akidah yang sama. |
Antara Yang Menarik
-
DEFINISI Sirr dari segi bahasa bermaksud rahsia, sementara Hazar bermaksud kewaspadaan. Antara perkara yang wajib ada pada sesebuah geraka...
-
Mungkin ada yang pernah berkata, "Zaman sekarang susah nak cari orang yang jujur. Masing-masing akan berlumba mengejar dan menjaga kep...
-
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palesti...
-
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dilipat gandakan segala ganjaran amalan, di tutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga. DIjanjikan oleh ...
-
Suatu ketika Nabi Sulaiman mengumpulkan seluruh tenteranya dalam saf-saf yang tersusun di mana bangsa burung telah dilantik menjadi skuad pe...