Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Friday, April 25, 2008

ada pulak ni!!

Ada pulak ni!!!
Walaupun agak biadab untuk mengatakan bahawa satu golongan ini sebagai tidak berakal, namun dek kerana tindakan tidak pandai yang mereka lakukan menyebabkan status berakal dan berotak bagi golongan ini diragui sama sekali.

Sekitar pukul 12pg hingga 2pg, ahad, 20/4/08, sekumpulan pelajar yang berdaftar dalam persatuan Mahasiswa Islam di UKM telah dihalau dari Masjid UKM, kerana gagal mengemukakan surat permohonan untuk berada di masjid ketika itu.

dan golongan yang bertanggungjawab menghalau mahasiswa berkenaan adalah Pegawai Keselamatan UKM.

layakkah status berakal diberikan kepada mereka???

Bukankah masjid itu adalah tempat ibadah yang sepatutnya bebas untuk dimanfaatkan??

Lebih mendukacitakan apabila Pihak pengurusan masjid sendiri telah memberikan kebenaran dan kelulusan di hadapan Dato' Wahid pada 17/04/08, waktu maghrib disaksikan sendiri lebih kurang 400 pelajar Islam yang ada di masjid pada ketika itu...

Jadi timbul 1001 pertanyaan di sini,
1. apakah tujuan Park Guard tersebut mengganggu pelajar yang ada di masjid??
2. apakah terdapat kecelaruan arahan antara TNC dan pegawainya??
3. Apakah yang sebenarnya difikirkan oleh TNC semasa pihak masjid membuat
pengumuman tersebut?
4. Siapakah yang mengeluarkan arahan bahawa untuk berada di masjid perlu membuat
surat??

dan banyak lagi soalan yang bermain di fikiran Mahasiswa yang berada di sana dan juga semua yang mengetahui hal tersebut...

sewajarnya penilaian yang waaras dibuat oleh pegawai-pegawai keselamatan UKM mengenai hal ini..

Tambahan pula perkara ini melibatkan urusan keagamaan yang menjadi tunjang dan kepercayaan setiap umat Islam..


p/s: yang menghalau tu orang Islam jugak, sepatutnya berkongsi tempat ibadat yang sama. Adakah sebaliknya???

Friday, April 4, 2008

jual diri

manusia dcipta oleh Allah S.W.T. dengan sebaik-baik kejadian.

dikurniakan akal dan pelbagai kelebihan sehingga diberikan ruang untuk memilih hampir segenap aspek dalam kehidupan.

dari proses memilih makanan sehinggalah memilih pasanagan, manusia punya hak dan kebebasan untuk memilih.

disebut dalam wahyu, "maka diilhamkan kepadanya jalan fujur da jalan taqwa".

manusia berhak memilih cara hidup yang mereka suka, setiap tingkah laku manusia adalah pilihan dan keputusan yang mereka tentukan sendiri.

walaupun pada hakikatnya, manusia adalah ciptaan Allah S.W.T., disebut dalam Al-Quran, "jika kami berkehendak, kami boleh jadikan manusia ini umat yang bersatu"

membawa maksud manusia sebenarnya tertakluk kepada ketentuan Allah, jika Dia berkehendak Dia boleh menjadikan semua manusia beriman, bertaqwa, dan beramal soleh.

namun, apakah hikmah disebalik "ruang kebebasan memilih" yang diberikan Allah kepada manusia ini??

Kenapa Allah Ta'ala menyebut tentang peristiwa ketika di alam roh mengenai dialog, "Apakah aku(ALLAH) Tuhanmu?, Mereka(manusia) menjawab, Benar, bahkan kami bersaksi. Supaya kamu pada hari kiamat (tidak berdalih) sesunguhnya kami telah melakukan perkara(pengakuan) ini dengan lalai."

bahawa sesungguhnya Allah juga mengingat dan memberikan tawaran yang lumayan kepada Manusia, bahawa Allah menyebut, "Sesungguhnya Allah membeli dari kalangan orang yang beriman, harta dan jiwa mereka dengan (bayaran) bagi mereka syurga"

dan firmanNya, "adakah kamu ingin aku khabarkan kepada kamu perniagaan yang menyelamatkan kamu daripada azab yang pedih? (iaitulah) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, dan kamu berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu"

justeru saban kali kita diingatkan oleh peristiwa yang berlaku di sekitar kita bahawa kita sebenarnya diberi ruang dan pilihan oleh Allah sama ada ingin berkelakuan baik atau sebaliknya, mahu bersyukur atau kufur, mahu ingat atau lupa.

namun kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah akan setiap daripada perbuatan kita kerana kita telah berjanji dan bersaksi akan Keesaan dan kekuasaan Allah, dan kita juga sering diperingatkan akan hal ini.

Antara Yang Menarik