Ada pulak ni!!!
Walaupun agak biadab untuk mengatakan bahawa satu golongan ini sebagai tidak berakal, namun dek kerana tindakan tidak pandai yang mereka lakukan menyebabkan status berakal dan berotak bagi golongan ini diragui sama sekali.
Sekitar pukul 12pg hingga 2pg, ahad, 20/4/08, sekumpulan pelajar yang berdaftar dalam persatuan Mahasiswa Islam di UKM telah dihalau dari Masjid UKM, kerana gagal mengemukakan surat permohonan untuk berada di masjid ketika itu.
dan golongan yang bertanggungjawab menghalau mahasiswa berkenaan adalah Pegawai Keselamatan UKM.
layakkah status berakal diberikan kepada mereka???
Bukankah masjid itu adalah tempat ibadah yang sepatutnya bebas untuk dimanfaatkan??
Lebih mendukacitakan apabila Pihak pengurusan masjid sendiri telah memberikan kebenaran dan kelulusan di hadapan Dato' Wahid pada 17/04/08, waktu maghrib disaksikan sendiri lebih kurang 400 pelajar Islam yang ada di masjid pada ketika itu...
Jadi timbul 1001 pertanyaan di sini,
1. apakah tujuan Park Guard tersebut mengganggu pelajar yang ada di masjid??
2. apakah terdapat kecelaruan arahan antara TNC dan pegawainya??
3. Apakah yang sebenarnya difikirkan oleh TNC semasa pihak masjid membuat
pengumuman tersebut?
4. Siapakah yang mengeluarkan arahan bahawa untuk berada di masjid perlu membuat
surat??
dan banyak lagi soalan yang bermain di fikiran Mahasiswa yang berada di sana dan juga semua yang mengetahui hal tersebut...
sewajarnya penilaian yang waaras dibuat oleh pegawai-pegawai keselamatan UKM mengenai hal ini..
Tambahan pula perkara ini melibatkan urusan keagamaan yang menjadi tunjang dan kepercayaan setiap umat Islam..
p/s: yang menghalau tu orang Islam jugak, sepatutnya berkongsi tempat ibadat yang sama. Adakah sebaliknya???
Taybah
Ilmu Itu Cahaya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Antara Yang Menarik
-
DEFINISI Sirr dari segi bahasa bermaksud rahsia, sementara Hazar bermaksud kewaspadaan. Antara perkara yang wajib ada pada sesebuah geraka...
-
Confirm Flight! Tiada Kos Tersembunyi! Tarikh dah tukar, tapi upgrade dari penerbangan transit, kita adjust Penerbangan Direct m...
-
Suatu ketika Nabi Sulaiman mengumpulkan seluruh tenteranya dalam saf-saf yang tersusun di mana bangsa burung telah dilantik menjadi skuad pe...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. "Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara ...
-
Memiliki kebahagiaan dalam hidup, tidak sama dengan memiliki kekayaan, atau mempunyai kekuasaan, atau berjaya dalam persaingan. Kerana Kaya,...
No comments:
Post a Comment