Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Saturday, June 19, 2010

Perjalanan Menjadi Tetamu Allah - Bahagian 4

Sesampai di lobi, kelihatan Abang Hashim sedang berehat di sofa tetamu. Rupanya dia juga baru sahaja selesai "melontar"(istilah membeli belah yang diperkenalkan oleh Ustaz Salim, salah seorang ahli lembaga pengarah Darul Mubarak Travel & Tours).

"Hai, beli jubah nampak," sapa Abg Hashim sebaik sahaja saya melabuhkan diri ke sofa di sebelahnya.

"Ha'ah, ada la skit," balas saya sambil tersenyum dan tersipu-sipu.

"Saya pun baru je beli, 20 riyal satu," ujar Abg Hashim sambil menunjukkan jubahnya yang baru dibeli.

Alamak, rupanya boleh tawar lagi harganya. Sebut saya dalam hati.

Kami berbual agak panjang malam itu, masing-masing baru kali pertama menjejakkan kaki ke Tanah Suci Madinah.

Sebaik sahaja Puan Amalinah, isteri Abg Hashim sampai, kami pun berpisah dan kembali ke kamar masing-masing.

Kebiasaan bagi musim panas, waktu siang akan menjadi lebih panjang daripada waktu malam. Di Madinah waktu ini, subuh masuk pukul 4.00 pg, syuruk jam 5.40pg, zuhur 12.22tghari, ‘asar 3.40ptg, maghrib 7.08mlm, sementara Isya’ pula 8.30mlm.

Maka waktu malam hanyalah sekitar 8 jam, manakala siang selama 16 jam. Cuaca pula panas dan bahang. Maka ramailah yang memakai serban bagi melindungi muka dari sinaran terik matahari. Suhu dianggarkan mencecah 41ºc. AlhamduliLLah, kami dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan menganggap ini sebagai peluang untuk mengurangkan tidur dan memanjangkan jaga.

Kira-kira jam 6.00 selepas menghabiskan bacaan Al-Quran, saya kembali ke hotel untuk menikmati sarapan. Sementara beratur, saya berpesan kepada semua jemaah untuk tunggu di lobi jam 7.30 pg untuk menaiki bas melawat tempat-tempat yang menarik di Madinah.

“Hari ni kite ke mane Ustat?” soal Hj Nazri, yang juga berasal dari layang-layang kiri, Parit, Perak.

“Kita akan ke Masjid Quba’, Masjid Qiblatain, Kebun Tamar, Masjid Al-Jumu’ah, Gunung Uhud dan tempat Syuhada’ Uhud disemadikan, dan juga kilang mencetak Al-Quran,” jawab saya dengan penuh yakin dan meyakinkan, walaupun saya sendiri belum mempunyai apa-apa gambaran mengenai tempat yang akan kami lawati itu. Semoga dipermudahkan, doa saya dalam hati.


Bersambung…

2 comments:

Ahmad Tajuddin said...

nape x upload gambar??

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid said...

waaaaaaaaaa...
ana nk pegi lg.
rindu sgt2..
nk nangis rasa bila baca cerita ni..
sgt2 manis pengalaman berada di sana..
hanya Allah yg tau...!!!!!

Antara Yang Menarik