7 Mac 2009 akan menjadi hari yang sama dengan hari-hari yang telah kita lalui bersama sebelum ini...
Bukan hari penentu, namun tidak cukup sekadar menunggu dan termanggu...
Ayuh bergegas, turun untuk bertegas....
Bantah PPSMI yang hodoh, idea bodoh dari pemimpin yang gelojoh...
Kita bukan kaum yang hidup mulia kerana bangsa, tiada selain agama yang selayaknya menjadi manual dan tatacara...
Pun begitu, tetap tersangat kepingin berjumpa "teman merah", ingin menyatakan marah dan gundah di jiwa...
Kerana tersangat percaya, yang kurik kundi yang merah saga, yang cantik budi yang indah bahasa....
Bahasa menutur budaya, budaya cerminan bangsa..
Jambatan ilmu kerana Ilmu itu cahaya,
Sempadan jahil kerana jahil itu bahaya...
Begitu sekali mudah anak bangsa menjadi mangsa...
Akibat gelojoh, tindakan hodoh membodohkan anak bangsa, pewaris mereka yang teraniaya...
Ayuh, kita bergegas dan bertegas..
Tiada lagi ruang untuk yang bodoh melakukan sesuatu yang hodoh...
7 Mac 2009.....
Taybah
Ilmu Itu Cahaya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Antara Yang Menarik
-
Yang mulia Tun, Sebenarnya saya telah lama terfikir untuk menulis surat ini. Saya telah termenong berfikir bekali-kali tentang baik burukn...
-
"PUTRAJAYA 10 Jun - Gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran...
-
Adakah kalian semua setuju dengan pernyataan di atas? Barangkali ada yang setuju, iaitu mereka yang berfikir selangkah kehadapan. Namun pa...
-
Topik Baitul Muslim(BM) ini merupakan topik yang tergolong dalam senarai topik-topik sayur. Kenapa sayur? Mungkin kerana kebanyakan tumbuhan...
No comments:
Post a Comment