Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, March 18, 2009

Bodoh jika tak tahu, Jahil jika enggan mengaku...


Dalam dunia ini ada bermacam-macam perkara. Manusia diciptakan dengan sifat kepelbagaian justeu mempunyai minat yang juga pelbagai. Misalnya kegiatan-kegiatan masa lapang seperti berhibur, bersukan, bersembang, berenang, bergaduh(pencak silat dsb), bersiar-siar, berkelah adalah antara perkara dan aktiviti yang biasa dilakukan oleh manusia pada zaman ini.

Manusia juga dapat dipecahkan mengikut kelompok pekerjaan dan institusi. Msialnya bidang ekonomi, kejuruteraan, undang-undang, pengurusan, politik, pemakanan, perubatan, kebajikan dan juga sains dan teknologi.

Manusia juga dipecahkan mengikut bangsa, iaitu cina, melayu, india ,arab, bangle, Spanish, british, portugis, bugis, jawa, minang dan macam-macam lagi. Tidak dilupakan, kategori pemecahan identiti manusia ini boleh dikategorikan mengikut agama iaitu Islam, kristian, Buddha, Hindu, Yahudi, mahupun tiada agama@atheist.

Betul atau tidak kenyataan saya di atas?

Saya bagi anda masa 5 minit untuk membaca semula….

Nah, jawapannya semuanya betul dan mungkin ada yang kurang tepat berdasarkan persepsi dan konteks pemahaman masing-masing! Namun, ada satu fakta yang saya sengaja salahkan. Iaitu dalam bab agama. Ada macam-macam agama di atas dunia namun Islam tak layak digolongkan sebaris dengan agama-agama yang ada.

Islam adalah cara hidup.

Maksudnya, Islam meliputi segala aspek dan bidang yang ada di sekeliling manusia. Malah Islam menyediakan manual dan peraturan tersendiri yang jauh lebih baik daripada manual-manual yang ada. Misalnya minat, pekerjaan, dan semangat kebangsaan sendiri ada dalam Islam, malah diadakan dengan cara dan sisitem yang lebih baik.

Saya yakin ramai yang berkongsi pandangan yang sama. Ini kerana semua boleh menerima bahawa ada hiburan menurut Islam dan ada juga system kekeluargaan menurut Islam. Justeru politik juga ada system dan manualnya di dalam Islam.

Maka soalan yang layak dan patut ditanyakan ialah apa yang membezakan segala sistem yang sedia dipakai oleh masyarakat zaman sekarang dengan system yang diperkenalkan oleh ISLAM?

Ada banyak jawapan yang bersifat subjektif mahupun objektif, namun saya ingin mancadangkan agar 3 perkara utama berikut diperhati dan diperhalusi:-

1. Aqidah Islamiyyah, bersaksi bahawa Tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad SAW itu Rasul dan pesuruhNya.

2. Ibadah dan syari’at Islam, menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan.

3. Akhlak dan ketamadunan Islam. Menjadikan Nabi SAW sebagai Tauladan dan Para sahabat RA sebagai sumber inspirasi.

Islam mementingkan 3 perkara di atas. Jika tiada salah satu elemen, maka sesuatu itu adalah sistem jahilyyah. Namun, mestilah elemen tersebut difahami menurut konteks yang sebenar, bukan mengikut ideologi hadhari atau sekular yang lain.

Jika berpolitik tanpa elemen Aqidah, Syari’ah, mahupun Akhlak, maka seseorang itu berpolitik dengan politik jahiliyyah. Jika berumah tangga tanpa elemen Aqidah, Syari’ah, dan Ibadah, maka rumah tangga itu adalah rumahtangga jahiliyyah.

Sebab itu, dalam hal kenegaraan, Malaysia tidak mementingkan Aqidah, Syari’ah mahupun akhlak, maka Malaysia adalah Negara Jahilyyah. Siapa yang bertanggungjawab terhadap perkara ini? tidak lain dan tidak bukan, pemimpin yang memerintah, sebab dasar merekalah yang digunapakai di Malaysia pada ketika ini. Berbeza dengan Negeri Kelantan, ada elemen Aqidah, Syari’ah dan akhlak, maka Negeri Kelantan adalah Negeri Islam.

UKM, juga merupakan institusi jahilyyah sebab tiada elemen Aqidah, Syari’ah dan Akhlak. Apalagi Aspirasi yang langsung bertentangan dengan nilai 3 yang utama ini.

Anda Bodoh jika anda tidak tahu, tapi anda Jahil jika anda tidak mahu mengaku Bahawa Islam adalah sebaik-baik, dan satu-satunya cara hidup…

No comments:

Antara Yang Menarik