Islam dan Muslim sering dilabel dengan label anti-establishment, jumud, kuno, dan sebagainya. Agama Islam pula dilihat sebagai agama yang membataskan umatnya mengeluarkan segala potensi akal, emosi, social, mahupun jasmani. Pendapat ini dikuatkan lagi dengan isu feminisme, di mana wanita-wanita muslim seolah-olah di kurung dan disekat kebebasan mereka untuk bersosial dan terlibat secara aktif dalam kegiatan bermasyarakat.
Peraturan-peraturan yang ada dalam Agama Islam disifatkan terlalu mengongkong. Sikap dan pendirian umat Islam yang sentiasa berada dalam mode “limitasi” menguatkan lagi hujah pandangan masyarakat umum terhadap Islam. Kononnya orang-orang Islam terlalu terpengaruh dengan ajarannya sehingga menyebabkan mereka gagal bertoleransi dan kurang mengecapi kemewahan disebabkan “limitasi” yang ada pada diri dan ajaran mereka. Sehingga ramai yang percaya bahawa Islam agama kemunduran, keganasan, penyekat hak asasi dan sebagainya.
Anehnya, walaupun umat Islam sering diberikan label yang negatif, sehingga ke saat ini, perkara-perkara berikut terus berlaku dan tidak berjaya dinafikan. Iaitu:-
- Nabi Muhammad SAW masih menduduki tempat pertama dan belum lagi berjaya ditewaskan oleh mana-mana manusia sebelum, semasa apalagi selepas zamannya.
- Kitab Al-Quran masih lagi kekal dengan sifatnya yang sangat benar, tepat dan relevan.
- Kajian National Geographic menunjukkan Umat Islam mencatatkan peratusan penambahan penganut tertinggi didunia iaitu sebanyak 2.7%, sedangkan pertambahan penduduk bumi hanyalah sebanyak 2.5% setahun.
Malangnya, fakta tersebut tetap tidak dapat disangkal oleh umat Islam, bahawa Umat Islam tercorot dari segi kedudukan politik, ekonomi, sukan, social, sains, dan segala macam bidang yang ada didunia.
Kekangan yang membatasi kemampuan umat Islam ini sebenarnya bukanlah datangnya daripada ajaran Islam yang syumul. Sebaliknya kegagalan fungsi otaku mat Islam itu sendiri.
Bayangkan, apabila Allah SWT menyatakan bahawa diciptakan segala isi langit dan bumi ini untuk kegunaan manusia, sepatutnya dengan akal yang waras kita mampu menafsirkan bahawa segala yang ada di dunia ini diciptakan oleh Allah untuk kita. Maka sewajarnya, bagi mereka yang yakin kepada kebenaran Al-Quran perlu menjadi orang yang pertama yang merebut segala macam bentuk nikmat dan kemudahan ini.
Bayangkan, apabila dunia mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai seorang manusia yang paling hebat dalam sejarah kewujudan manusia. Sepatutnya, umat Islam terlebih utama menjadikan Nabi Muhammad sebagai ikutan dan teladan.
Namun, apa yang sebaliknya berlaku. Kita terlalu mengagungkan buku-buku ciptaan manusia dan kajian-kajian manusia terhadap dunia. Walaupun hakikatnya kita semua tahu bahawa kita sewajarnya mengagumi Zat Yang Mencipta, bukan orang yang menemui barang yang dicipta.
Kita lebih mengagumi guru-guru, pemimpin-pemimpin yang kita kenal
pada zaman ini, malah ada yang mengagumi artis kerana sifat fizikal yang ada pada mereka. Sedangkan mereka tahu, tiada manfaat yang besar yang pernah kita terima daripada artis, mahupun sesiapa sahaja yang kita kagumi, berbanding manfaat yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Pernahkah kita terbayang kesusahan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad untuk memperjuangkan Negara Islam, seterusnya mengembangkannya sehingga membuka 2/3 dunia?
Pernahkah kita kagum akan kemampuan akal yang dimiliki oleh Nabi, sehingga menjadi Raja, Suami, Peniaga, Panglima Tentera, Ulama’, Guru, Pembimbing, Rakan yang terbaik dalam sejarah kehidupan manusia?
Pernahkah kita mengagumi, kehebatan mukjizat Al-Quran yang terpelihara hingga ke hari ini? Belum ada ayat atau perkataan di dalam Al-Quran yang tersalah, baik dari segi bahasa, sastera, sains, ekonomi, politik, social mahupun segala macam bidang yang ada di dunia ini.
Islam bukanlah sekatan, sebaliknya kawalan penjagaan terhadap akal dan kemampuan berfikir manusia.
No comments:
Post a Comment