Umum mengetahui bahawa UMNO merupakan parti utama yang memerintah kerajaan Malaysia. Masyarakat kampus di seluruh negara juga mengetahui bahawa Aspirasi adalah kumpulan pelajar(tak layak diberi gelaran Mahasiswa) IPT cetakan UMNO.
Mereka memperjuangkan bangsa melayu sejak sekian lama di muka bumi Malaysia. Api perkauman disemarakkan melalui lidah rasmi juga lidah tidak rasmi mereka di segenap pelusuk tanah air. Mereka sanggup mengisytiharkan "cuti" sehari di UITM bagi menghalalkan Demonstrasi yang sebelum ini mereka haramkan.
Terbaru, mereka tersorong-sorong merayu untuk bersama dengan PAS untuk Kerajaan Perpaduan, dengan alasan, perpaduan dengan PAS akan menyelamatkan orang Melayu. Ini kata saya untuk UMNO-Aspirasi dalam isu Kerajaan Perpaduan, "Tak Kebuloq!!!"
Umno tidak sedar bahawa bumi ini Allah berikan kepada semua manusia. Semua nikmat yang ada di atas muka bumi ini perlu dikongsi dan dinikmati oleh semua orang. Sedangkan yang jahat juga diberikan tempat, apalagi orang-orang yang melakukan kebaikan. Islam tidak pernah mengajar umatnya memilih bulu, mahupun ideologi. Kesempitan pemikiran hanya akan membawa kepada permusuhan yang berpanjangan.
Begitu juga dengan saya, selaku orang Islam, saya juga perlu menerima kehadiran orang Umno di atas muka bumi saya. Walaupun sejijjik mana sekalipun perangai dan pemikiran orang Umno-Aspirasi, juga kejahatan yang mereka lakukan terhadap saya, saya masih perlu mengakui dan memberikan hak-hak sebagai manusia kepada mereka.
Sebab itu, Islam ini adalah cara hidup yang sempurna. Islam tidak pernah mengajar umatnya berfikiran kolot dan sempit. Allah Ta'ala memerintahkan supaya segala isi bumi ini digunakan dengan sebaiknya oleh semua manusia sebarang sikap berpuak-puak. Malah Allah Ta'ala memerintahkan supaya semua manusia yang diciptaNya itu berkenal-kenalan sesama mereka, sedangkan yang membezakan antara manusia itu hanyalah Ilmu, iman dan Taqwa yang ditentukan oleh Allah darjatnya. Arahan-arahan yang terkandung di dalam Al-Quran sebenarnya bukan untuk orang Islam semata-mata malah perlu dikongsi pengahayatan amalan dan nilainya oleh semua umat manusia.

2 comments:
Kita hidup Base on Label.. Sebab tu ada cakap islam teroris, umno jahat, bn jahat, pas jahil, keadilan jubur(ops.. terlebih pulak..)
Sebab label ni saja org di nilai.. bukan dinilai base on peribadi...
Kadang2 manusia ni lupa.. kita join parti, kita laungkan agama.. tak semestinya org tu beracuankan parti.. ada je si bangsat dan si baik dalam umno mahupun pas...
Dan ada je label islam tapi perangai lagi teruk dari Yahudi
terima kasih. saya setuju dengan pandangan saudara.. kecuali yg "terlebih" tu..:-)
Kalau ikut Islam, bermakna kita ikut Tuhan bukan manusia, apalagi parti..:-)
Post a Comment