AlhamduliLlah, segala puji dan puja, seinfinti dipanjatkan kepada Allah Ta'ala, Maha Pencipta, milikNya segala kerajaan, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Hari ini, ziarah ke tempat-tempat menarik dan bersejarah di Mekah. Bermula dengan Jabal Thur, kemudian ke 'Arafah, Muzdalifah, Mina, bermiqat di Ja'ranah, melewati Tanah Perkuburan Mahala', Masjid Jin dan juga Masjid Syajar.
Tempat-tempat yang sentiasa menyegarkan dan menguatkan ingatan terhadap insan agung, Muhammad Bin Abdullah SAW. Kemuliaan dan kehebatan perjuangan Nabi begitu terasa saat melewati tempat-tempat yang suatu ketika dulu menjadi saksi terhadap usaha dakwah Nabi Muhammad SAW.
Selesai ziarah, membawa jemaah yang kurang sihat ke hospital. Selama hampir 10 jam kami di sana, banyak perkara yang dapat saya pelajari. Selain mengukuhkan kemahiran berbahasa arab, banyak juga gelagat dan telatah para tetamu Allah yang dilayan secara percuma di sini..
Hebat, Kerajaan Arab Saudi menyediakan perkhidmatan perubatan dan kesihatan secara percuma untuk semua jemaah yang datang dari seluruh dunia. Ada yang dari Pakistan, Bangladesh, Turki, India, Mesir, England, Indonesia dan ramai lagi. Semuanya dilayan sama rata oleh petugas.
Lebih menarik, pengalaman ke Hospital ini mengukuhkan pendirian saya, bahawa memang Kerajaan Arab Saudi dan segala jentera pentadbiran dan pengurusannya sahaja yang lebih layak menguruskan jemaah Haji dan Umrah. Juga, yang paling layak menguruskan kedua-dua tanah suci.
Salah seorang jemaah saya yang sakit merupakan seorang wanita, maka saya dibenarkan untuk menemaninya ke kawasan rawatan yang diasingkan antara lelaki dan perempuan. Semua jururawat dan doktor di situ memakai hijab. Jika nak dibandingkan, suasana di Hospital ini jauh lebih "islamik" daripada suasana di mana-mana Masjid di Malaysia.
Begitu juga tiap kali masuk waktu solat, maka bergegaslah mereka yang tidak mempunyai urusan untuk menunaikan solat. Setiap kali itu jugalah, saya dan jemaah saya yang turut ke Hospital itu diajak untuk sama-sama berjemaah. Suasana tegur-menegur dan "fastabiqul-khairat" yang sangat sihat di sini.
Mereka juga, sangat menjaga Syiar dan Syariat. SANGAT-SANGAT menjaga dan komited dalam melaksanakannya.
Walaupun terpaksa beratur dan menunggu agak lama, kerana kekurangan doktor, namun penantian saya selama hampir 10 jam itu sangat berbaloi kerana begitu banyak perkara yang boleh dijadikan pedoman dan pengetahuan baru.
Suka untuk saya tekankan, keseronokan dan ketenangan berurusan dengan "tekanan" oleh orang Arab, hanya akan dirasai sekiranya kita "bermain" dengan jiwa yang besar.
Bayangkan, setelah hampir sejam saya bercakap seperti "ayam dan itik" dengan doktor, barulah saya tahu rupanya doktor tersebut boleh bercakap Bahasa Inggeris. (Berlagak nak cakap Arab punya pasal). Saya juga, seperti orang lain, kerap mendesak para doktor dan jururawat untuk mempercepatkan rawatan (kat Malaysia tak pernah macam ni!). Selain faktor bahasa, mungkin kerana saya berdarah Melayu Islam, maka masih agak sopan dan lemah lembut di situ (Beralah kata orang tua). Sedangkan, orang-orang Arab ini, memang diciptakan kasar, bising, dan sangat berterus-terang. Jika anda tidak berkeras dan "bising", anda sebenarnya menafikan kewujudan anda di sana.
Ya, jiwa besar dengan kita menyelami budaya mereka dengan sebenar-benarnya (sampai sekarang pun masih tidak mengerti sebenarnya), kemudian bermain dengan jiwa yang lapang dan besar. Di mana juga anda berada, pada bila-bila masa, dengan sesiapa juga, berjalanlah di atas bumiNya dengan jiwa yang besar, kerana bagi yang beriman, sentiasa ada sesuatu yang Allah sediakan untuk menghiburkan hati dan akalnya...
Sedihnya muka, waktu ni jam 5, BARU 5 jam je kami menunggu... |
Di dalam Hospital, di satu penjuru yang dibentangkan karpet untuk mereka yang ingin mendirikan solat. Solat di mana sahaja anda berada... HEBAT!!! |
Sempat juga saya rakamkan suasana ketika sebuah ambulans sampai membawa pesakit. Lihat, jururawatnya mengenakan Hijab dan sungguh, mereka semua sangat senang bekerja dengan memakainya. Kagum!
Sebab utama saya memilih KSA, walaupun kerap tersinggung dan ramai juga yang tersinggung dengan pengurusan KSA ini, namun komitmen mereka untuk memlihara kedua-dua Tanah Suci ini, sama sekali sukar ditandingi oleh mana-mana bangsa dan negara. Kalau nak harapkan Melayu Islam Malaysia? Terlebih-lebih jauhnya panggang dari api... Serawak pun kalah... (Baru je dapat tengok berita pasal Serawak ni, isk3, sabar jelah ye, usaha lagi insyaAllah...)
Mekah, 17 April,
1.10 a.m.
2 comments:
seronoknya ust.
teringin sgt nk ke sana..
moga2 berpeluang juga di akhir pengajian
Aida: Semoga Allah kabulkan hajat...
Post a Comment