Malaysia sudah merdeka,
tapi masih perlu bebas daripada UMNO-BN. Sejarah menceritakan segala-galanya.
Kalau kita guna sedikit sahaja bahagian akal kita, kita akan dapati bahawa
UMNO-BN ini sebenarnya bukanlah parti orang Melayu, tetapi Parti British
berbangsa Melayu.
Satu contoh paling
konkrit ialah ketika semua Parti dan Pergerakan Politik di Tanah Melayu
diharamkan oleh British, UMNO satu-satunya Parti yang tidak diharamkan. Ketika
rakyat bangkit menentang penjajahan British, ketika itu Balai Polis Bukit
Kepong di bawah British, UMNO-BN menganggap mereka yang mempertahankan Balai
Polis British sebagai wira, malah tempat berlakunya peristiwa tersebut
dijadikan monumen bersejarah yang paling berharga. Inilah kesan pengaruh
British terhadap Orang Melayu, khususnya UMNO.
Ketika rakyat bangkit
ingin memperjuangkan kemerdekaan, rakyat melaungkan slogan Merdeka, UMNO
melaungkan slogan "Hidup Melayu". Mereka tidak mahu merdeka, apa yang
mereka mahu hanyalah melayu, itupun diragui ketulusannya.
Hari ini, seluruh rakyat
Malaysia perlu bangkit untuk satu lagi perjuangan kebebasan, iaitu perjuangan
membebaskan Malaysia daripada UMNO-BN. Mereka adalah petualang di muka bumi
ini. Rakyat dizalimi dan ditindas. Paling ketara, maruah rakyat tergadai dek
rm500, sedang kepahitan yang ditanggung adalah 5 tahun lamanya. Selama 55 tahun
merdeka, nilai kepentingan Rakyat di sisi UMNO-BN hanyalah RM500, itupun
digula-gulakan.
Inilah asal-usul bendera Malaysia yang diperkenalkan oleh pewaris British... |
Atas alasan apakah,
rakyat Malaysia perlu menanggung beban hutang lebih setengah trilion akibat
sifat boros dan kegagalan urustadbir UMNO-BN? Atas alasan apakah, rakyat
terpaksa dihukum oleh akta kejam, sedang Kerajaan membiarkan segala anasir
negatif yang merasuk pemikiran rakyat? Harapkan pagar, pagar yang makan padi.
Sejak Negara masih belum
merdeka lagi, kita sudah pun menerima kaum cina dan india sebagai jiran.
Mengapakah tempoh yang begini lama masih belum dapat membuang prejudis dan
prasangka antara kaum dan agama di Malaysia? Muncul pula filem “Tanda Putera”,
seolah ingin menanam sejarah palsu yang hanya akan memanjangkan sengketa.
Jadilah kita bangsa
Malaysia yang benar-benar merdeka, akal, jiwa, akal dan raga. Sudah sampai
masanya kita bebaskan Malaysia daripada cengkaman UMNO-BN yang sama sekali
tidak pernah simpati dengan nasib rakyat. Ayuh bangkit, selamatkan Malaysia!
No comments:
Post a Comment