Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Friday, January 9, 2026

Pakej-pakej Umrah bersama Taybah.







Melakar Impian Bersama Kami!


AlhamduliLlah, dah lama rupanya tak menulis di ruangan ini. Tau-tau, bukan sahaja tahun dah beralih, agensi pun dah bersilih ganti. Sekarang, secara perlahan-lahan saya mula meneroka jalan sendiri, menubuhkan dan menggerakkan Taybah Travel, agensi di bawah kelolaan saya sendiri bersama teman-teman. 

Bila dah ada syarikat sendiri ini, ada beberapa perkara yang makin mudah, tapi ada juga cabaran yang tidak kurang hebatnya. Perkara paling penting bagi saya, ialah tujuan sebenar saya adalah untuk membantu lebih ramai orang menunaikan umrah, berkembara dengan perjalanan yang terbaik. 

Sebagai pilihan untuk rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan perkhidmatan teman perjalanan umrah dan pelancongan yang bebas dari segala bentuk penipuan dan penindasan. Pengurusan dan perjalanan yang lancar, dan menikmati pengalaman yang indah. Sebab itu, moto kami, melakar impian, memahat kenangan. 

Umrah dan pelancongan menjadi impian dan cita-cita semua orang, maka kami menawarkan perkhidmatan untuk menjadikan mimpi dan cita-cita tersebut menjadi realiti, seterusnya menjadikan pengalaman umrah dan pelancongan tersebut yang terbaik dan sentiasa segara dalam ingatan dan kenangan. 

AlhamduliLlah, 5 group dah selamat terbang pergi dan balik bersama Taybah. Bulan Januari ini pun ada satu lagi Group yang akan terbang. Jom, jadikan mimpi anda sebagai realiti bersama kami. Umrah Ramadhan ini, masih ada 3 je kekosongan, daftar segera!

Tinggalkan komen untuk kami jejak. :-)




Sunday, September 10, 2023

Umrah Musim Sejuk

Confirm Flight! Tiada Kos Tersembunyi!

Tarikh dah tukar, tapi upgrade dari penerbangan transit, kita adjust Penerbangan Direct menaiki Saudi Airlines 

Seat masih banyak kekosongan... 

Umrah Musim Sejuk

11 Dis - 22 Dis 2023
24 Dis 2023 - 4 Jan 2024 

*Harga Istimewa RM8990 sahaja.*

Harga termasuk:

✈️ Tiket penerbangan (Direct Flight)
🏢 Makkah: Hajar Movenpick (Hotel Menara jam) @ setaraf (50m)
🏬 Madinah: Artal International @ setaraf: 150m
🚌 Pengangkutan di tanah suci.(bas)
🕋 4 x umrah.
🗺️ Ziarah lebih 25 lokasi Makkah, Madinah dan Taif.
🍽️Makkah - BB
🍽️ Madinah dan Taif - FB
📃 Visa Ziarah. 
________________
Harga Bilik Bertiga: RM9490

Harga Bilik Berdua: RM10290

Upgrade HighSpeed Train: RM300/pax

Upgrade Kaabah View: RM500/pax. 

Daftar segera, rancang awal perjalanan Umrah Anda!

♨️Kursus dan bimbingan percuma sebelum berangkat.♨️

Hubungi 

0136727827
0133664574

Thursday, June 1, 2023

Mencari Kehidupan Yang Bermakna

    
Steven R Cover dalam bukunya “7 Habits Of Highly Effective People” ada menyatakan antara ciri orang yang mempunyai kehidupan yang terbaik ialah mereka yang memikirkan terlebih dahulu apa yang berada di hujung minda sedar dan separa sedar. “Begin with the end of mind” merujuk kepada kaedah berfikir manusia yang memiliki kehidupan terbaik ialah mereka yang menjelaskan terlebih dahulu persoalan utama iaitu tujuan.

Apa sebenarnya tujuan kita hidup dan kenapa kita perlu terus hidup? Ibarat bermain bola, jika kita tahu sasaran kita ialah menjaringkan gol dalam ruang masa yang ada, maka kita akan focus kepada tujuan kenapa kita berada di atas padang. Apa peranan yang sedang dan patut kita mainkan? Apa strategi untuk sama ada mengekalkan kemenangan, membuat jaringan kemenangan, menyamakan kedudukan, atau sekurang-kurangnya mengurangkan defisit jaringan?


Demikian juga hidup. Apa sebenarnya yang kita nak capai dalam hidup?

Sebab itu, orang cerdik pandai selalu mengingatkan, bermimpi dan berangan-angan bukan hanya percuma, mimpi dan angan-angan ini jugalah sebenarnya yang memberikan kekuatan untuk kita meneruskan hidup malah berjuang atas apa juga mimpi dan cita-cita yang ada.

Dulu, ketika kecil ramai orang selalu bercita-cita untuk menjadi seseorang dengan kerjaya atau profesion tertentu. Kebanyakannya terpengaruh dengan contoh dan model yang tampak di depan mata. Ini cuma salah satu bentuk cita-cita tapi ini bukan satu-satunya.

Ada ramai orang yang memiliki pekerjaan bukan daripada apa yang telah mereka pelajari sama ada di peringkat sekolah atau institusi pengajian tinggi, malah ramai yang sekadar belajar sesuatu bidang yang mereka sendiri tidak akan ceburi nanti.

Mungkin ada yang mengganggap perbuatan itu sebagai sesuatu yang sia-sia, tetapi adalah menjadi suatu perkara yang lebih merugikan jika kita sendiri tidak jelas, dan melakukan sesuatu yang kita sendiri pun tidak sedar tujuan dan alasannya.

Peluang untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupan tidak akan datang berulang kali. Jadi, rebut dan manfaatkan sungguh setiap peluang, menjadikan setiap langkah perjalanan kehidupan kita lebih berarah dan bermakna.




Cari dan temui alasan dan tujuan besar kenapa kita mengambil sesuatu keputusan dan sebab di sebalik setiap langkah yang kita lakukan. Kitalah yang lebih jelas malah perlu lebih sedar, ke mana sebenarnya kehidupan kita ini ingin dibawa? Kenapa kita buat sesuatu dan kenapa pula kita tidak berbuat sesuatu?

Dengan mengetahui setiap punca dan arah tuju, kita akan mempunyai lebih kawalan terhadap tindak-tanduk, pemikiran, jiwa dan perasaan kita sendiri. Kita akan lebih jelas, kenapa selepas kita tewas dalam satu-satu pertandingan, kita tidak perlu mengambil masa yang lama untuk termenung dan memikirkan sebab kita tertewas, sebaliknya bangun dan bangkit untuk mencari jalan untuk kembali menang kerana kita punya sebab untuk berjaya dalam persaingan.  

Wednesday, May 24, 2023

Trip Umrah Oktober dan Disember

Bismillah, dengan izin Allah, insyaAllah saya buka pendaftaran untuk umrah Bulan Oktober dan hujung Disember ni ye... 


Saya bawak sendiri insyaAllah...








Tuesday, May 16, 2023

Jalan Pintas Untuk Bahagia - Siri 1

Memiliki kebahagiaan dalam hidup, tidak sama dengan memiliki kekayaan, atau mempunyai kekuasaan, atau berjaya dalam persaingan. Kerana Kaya, Kuasa, dan kejayaan melibatkan persaingan dan setiap persaingan akan ada pihak yang menang dan pasti akan ada yang kecundang.

                Seseorang itu dikatakan kaya, kerana hartanya lebih banyak daripada orang lain. Seseorang itu berkuasa, berada di atas, apabila dia mempunyai orang bawahan yang mematuhi arahannya atau yang setia menyokongnya. Seseorang hanya dikira berjaya memenangi perlumbaan, apabila ada pihak lain yang dikalahkan.

                Berbeza dengan Bahagia, tidak ada pihak yang perlu kita kalahkan. Tidak ada sesuatu alat, harta, atau matlamat yang perlu kita capai untuk bergelar orang yang Bahagia, maka Bahagia itu adalah sesuatu yang bukan sahaja mampu dimiliki semua orang, bahkan Bahagia juga perlu dimiliki oleh semua orang.

                Kita semua boleh dan perlu hidup dengan kehidupan yang Bahagia. Bahagia itu ibarat udara yang walaupun dikongsi, tetap cukup dan mampu menampung keperluan setiap kehidupan. Seluas bentangan bumi ini, seluas itulah capaian kebahagiaan.

Saturday, April 29, 2023

7 Persiapan Menjadi Tetamu Allah - Penutup

AlhamduliLlah, inilah sedikit sebanyak persiapan yang sempat saya coretkan walaupun sebenarnya masih banyak tips dan nasihat berguna buat para bakal tetamu Allah.

Saya yakin semua tips dan nasihat yang baik ini tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mempersiapkan diri, fizikal, mental, emosi dan spiritual supaya perjalanan Umrah ini menjadi perjalanan yang terbaik dalam hidup.

Buat yang pertama kali akan berangkat, saya sendiri secara peribadi, antara umrah yang paling membekas ialah umrah kali pertama. Perasaan ketika mula-mula kapal terbang mendarat, mula-mula bertemu dengan orang arab, mula-mula menjejakkan kaki ke tanah haram, mula-mula melihat masjid dan mula-mula melihat Kaabah masih sentiasa segar dan terbayang di ingatan. Mungkin bila pertama kali, semuanya begitu istimewa.

Buat yang mungkin telah beberapa kali, perasaan semestinya tidak sama, walaupun setiap perjalanan itu ada keistimewaan tertentu yang berbeza dengan perjalanan yang lainnya. Maka, untuk menjadikan perjalanan itu lebih istimewa, sentiasa beranggapan bahawa mungkin itulah perjalanan terakhir dan mungkin tidak ada lagi kesempatan yang akan datang. Demikian supaya kita menghargai setiap detik dan masa sepanjang berada di sana dan sungguh-sungguh melaksanakan ibadah sebagai bekal sebelum berpindah ke alam lain.

Carilah bekal, kerana sebaik-baik bekal itu adalah Taqwa.




Mohd Farid Bin Hamlud
Seri Iskandar, Perak
Mutawif dan CEO
Darul Mubarak Travel & Tours Sdn Bhd

Antara Yang Menarik