Sebagai persiapan menghadapi bulan Ramadhan Al-Mubarak, mari kita membuat sedikit ulangkaji terhadap ibadah puasa yang setahun sekali kita laksanakan ini.
Rukun Puasa.
Rukun puasa ada dua. Rukun merupakan perkara yang wajib dibuat. Jika tidak sempurna rukun, maka ibadah puasa kita akan menjadi tidak sah. Rukun puasa ada dua, Niat dan Menahan diri dari makan dan minum serta dari perkara yang membatalkan puasa.
Niat mestilah dilakukan sebelum terbit fajar, iaitu sebelum waktu subuh. Bagi mereka yang agak sukar bangun subuh (sebelum azan), maka eloklah berniat ketika sebelum tidur dengan niat berikut:
Maksudnya: Sahaja Aku berpuasa esok hari, Fardhu Bulan Ramadhan, tahun ini, kerana Allah Ta'ala.
Perbuatan menahan diri, bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenamnya matahari. Iaitu daripada waktu subuh sehinggalah masuknya waktu maghrib. Selain daripada makan dan minum, kita juga perlu menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Ada 9 perkara yang boleh membatalkan puasa, iaitu:
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka. Termasuk makan, minum, dan merokok.
2. Muntah dengan sengaja.
3. Mengeluarkan air mani. (kecuali jika terkeluar air mani disebabkan mimpi atau ketika tidur)
4. Melakukan jimak.(hubungan kelamin)
5. Kedatangan haidh, nifas, atau kelahiran bagi wanita.
6. Gila
7. Pitam sepanjang hari.
8. Mabuk (yang menghilangkan pemikiran waras) sepanjang hari.
9. Murtad (keluar daripada Islam)
Ibadah puasa ini lebih istimewa daripada ibadah-ibadah yang lain kerana, Sabda RasuluLlah SAW,
"Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata: " Melainkan puasa, kerana ianya untuk-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku." Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: kegembiraan berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah S.W.T" ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim )
Semoga Ramadhan kali ini, lebih bermakna dan meninggalkan kesan ke dalam kehidupan kita... Jom, menahan diri....
No comments:
Post a Comment