Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Monday, July 4, 2011

Turun Bersih, LAWAN TETAP LAWAN!!!!

"Negeri-negeri (yang telah Kami binasakan) itu, Kami ceritakan sebahagian dari khabar beritanya kepadamu (wahai Muhammad); dan sesungguhnya telah datang kepada mereka Rasul-rasul mereka dengan keterangan-keterangan yang nyata (mukjizat), sesudah itu mereka tidak juga beriman kepada apa yang mereka telah mendustakannya dahulu. Demikianlah Allah meteraikan di atas hati orang-orang yang kafir." Al-A'raf, 7 : 101.


Telah datang kepada kita berita dan peringatan daripada Allah Ta'ala. Dia menceritakan perihal kaum-kaum yang telah dibinasakan terdahulu daripada kita. Padahal negara yang mereka bangunkan itu, terlebih makmur dan hebatnya sehingga tiada lagi kaum yang datang selepas mereka diberikan nikmat dan keagungan yang setaraf dengannya. Namun, tetap Allah binasakan kerana keengkaran mereka.

Ayat di atas merupakan lanjutan daripada ayat-ayat Allah Ta'ala yang mengutuk kaum serta masyarakat yang merasa aman daripada melaksanakan perintah Allah Ta'ala. Mereka merasakan kenikmatan dan kemajuan yang mereka kecapi itu datangnya daripada hasil usaha mereka dan kemajuan dan ketamadunan yang mereka miliki itu, mustahil akan membawa mereka ke lembah kebinasaan.

Lihat bagaimana kekuasaan Allah Ta'ala, dengan sedikit jentikan sahaja, bergegarlah bumi, bergelimpangan ratusan ribu manusia yang ada di atasnya. Hanya sedikit amaran yang Allah Ta'ala berikan, Tsunami, gempa bumi, ribut taufan dan bermacam-macam bencana yang menimpa manusia pada ketika ini. Malaysia juga tidak pernah aman daripada malapetaka tersebut.

Bukankah Allah Ta'ala pernah menurunkan hujan dengan lebatnya, sehingga kita sendiri tidak mampu membendung dan mengatasinya?

Janganlah begitu biadab dengan amaran dan kekuasaan Allah Ta'ala. Siapalah kita untuk berlagak dan berlaku sombong, menyalahgunakan kuasa dengan sewenang-wenangnya? Nikmat kemajuan yang kita kecapi ini, tidak sedikitpun mampu menyelamatkan kita daripada kemurkaan Allah Ta'ala. Di manakah logiknya untuk kita berasa aman, selagi belum menyerahkan diri kepadaNya?

Ayuh, kita kembali kepadaNya. Hanya Dia yang mampu menyelamatkan kita dan memelihara keamanan negara kita.

Kepada teman2 ingatlah firman Allah di dalam Al-Quran...

(Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) - perasaan sombong angkuh secara Jahiliyah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan KETENANGAN kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Taqwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Taqwa" itu serta menjadi ahlinya. Dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. Al-A'raf 48 : 26.

Ayuh, kita serikan dan penuhkan setiap inci Kuala Lumpur dengan warna Kuning.... 

1 comment:

Anonymous said...

Apabila sudah disekat 'gila-gilaan', ugutan, tangkapan dalam & luar KL, tetapi dema still BOLEH berkumpul, ini menandakan tahap MAHA SERIUS utk pemerintah supaya TIDAK EGO, buka telinga & hati utk berubah. Apalah gunanya ego sbb akan ke kubur juga nanti ;).. a.razzaq

Antara Yang Menarik