Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Friday, May 11, 2012

Menegur diri untuk menegur orang...



Ustazah NorHafizah Musa menyebut dalam satu perkongsian beliau bersama radio IKIM mengenai 10 tips menegur suami atau isteri, perkara pertama ialah menginsafi diri. Menurutnya, sebelum kita menegur pasangan, kita mestilah menginsafi diri dan menyedari bahawa kita menegur bukan kerana kita hebat atau "lebih betul" daripada pasangan. Sebaliknya, kita mestilah menginsafi diri kita dan teguran tersebut dibuat atas dasar kasih dan sayang. Beliau menambah, jika seseorang itu ditegur oleh pasangannya dengan perasaan "aku menegur kerana aku lebih baik", sudah pasti pasangan atau orang tersebut akan terasa berat untuk menerima dan mendengar pesanan tersebut.


Saya setuju!


Kita mungkin boleh sebut dengan mudah, bahawa sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal oleh Allah Ta'ala, kita sepatutnya menerima teguran dengan hati yang terbuka dan cuba mencari hikmah di atas setiap pesanan da perkara yang terjadi. Memang kenyataan ini juga benar. 


Akan tetapi, dunia pastinya akan menjadi lebih aman dan harmoni sekiranya pesanan dan teguran itu diberikan dengan cara yang baik.

Cuba kita alihkan sebentar perhatian kita daripada menegur kepada ditegur.

Syukurlah sekiranya ada yang menegur kerana itu menunjukkan masih ada yang peduli. Sebaliknya, jika tidak ada yang menegur, cubalah mencari jalan untuk menegur diri sendiri. Orang yang paling lemah bukanlah kerana tiada kelemahan, tetapi orang yang paling lemah ialah tidak mengakui kelemahan.

Maka bersyukurlah jika hari ini kita diberikan peluang untuk mengenali diri kita dan mengetahui silap dan salah kita, agar sempat untuk kita perbaiki, semoga sempat kita perbaiki agar tidak menjadi sebab kita dihukum di akhirat nanti, na'uzubiLlahi min zalik..


No comments:

Antara Yang Menarik