Macam hebat nak suruh orang muhasabah, padahal diri sendiri pun belum tentu baik lagi. Apapun, melihat kepada isu yang sudah tidak berapa panas, muzakarah UMNO-PAS kini timbul lagi setelah UMNO-BN dilihat begitu ketandusan modal yang baik untuk menarik minat pemerhati dan penganalisis politik tanah air. Mereka gagal mencipta isu untuk mengalihkan perhatian dan fokus rakyat untuk melakukan perubahan terhadap kepimpinan negara yang ada sekarang.
Muzakarah ertinya perbincangan, atau peringatan. Jika mengikut moral dan nilai kewarasan, saya menyokong 100% jika diadakan muzakarah, apalagi menyentuh soal kefahaman umat Islam terhadap perjuangan PAS. Isu ini ditimbulkan selepas Mufti Perak mendakwa PAS sudah terpesong dan mencadangkan agar Majlis Fatwa mengkaji semula istilah Islam yang digunakan oleh PAS dalam nama parti tersebut.
Saya sangat bersetuju dengan muzakarah tersebut, jika benar-benar menumpukan kepada tajuk di atas. Objektif bagi perbincangan di atas ialah bagi menyelesaikan kekeliruan umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan menegakkan Islam yang didokong oleh PAS. Malangnya, isu ini telah diseleweng jauh daripada permasalahan sebenar, kononnya muzakarah ini untuk menyatukan Umat Islam, dan ianya perlu berlaku diantara UMNO dan PAS.
Jika penyatuan UMNO-PAS ini merupakan asas kepada penyatuan umat Islam, kenapa penyatuan tersebut tidak berlaku ketika PAS menyertai Parti Perikatan membentuk Barisan Nasional dahulu. Sudahnya, Barisan Nasional, yang didalangi UMNO tetap dengan kerakusan mereka mempertahankan kuasa dan menggunakan kuasa untuk kepentingan diri mereka sendiri. Jika asas kefahaman mengenai kuasa dan amanah ini sendiri gagal difahami bersama dengan baik, bagaimanakah perbezaan aliran kefahaman dan kepentingan yang begitu ketara antara PAS dan UMNO ini dapat diselaraskan?
Pokoknya, persamaan dan kebersamaan dalam Islam hanya wujud atas dasar kebenaran, keadilan dan kebajikan. Tidak wujud persamaan dan kebersamaan dalam soal yang batil, zalim dan mengabaikan kebajikan. UMNO yang bertanggungjawab menghalalkan judi, mereka cuba menyatukan Belia dengan sajian maksiat, politik mereka berteraskan perkauman, dan mereka sama sekali tidak berminat nak laksana hudud, malah menggunakan Islam hanya untuk kepentingan diri mereka sendiri. Ini sama sekali tidak boleh dimaafkan. Untuk bersatu dan berbincang dengan baik, saya yakin ibarat jauh panggang dari api.
Ubah Sekarang, selamatkan Malaysia...
No comments:
Post a Comment