Saya yakin dan 100% percaya, bahawa Najib adalah dalang di sebalik kerancakkan suasana Pilihanraya Kampus di 15 buah kampus yang bakal diumumkan keputusannya tidak lama lagi. Penguasaan Kampus, walaupunramai yangcuba menafikan bahawa politik kampus tidak begitu dipengaruhi oleh politik Negara, namun, adat hujan, pasti akan ada tempiasnya.
Buktinya, Najib beria benar ingin memastikan pilihanraya kampus berpihak kepada calon yang membawa ideologi kerajaan. UMNO-BN seboleh mungkin, mahu memastikan calon-calon aspirasi menang kesemua kerusi yang ditawarkan di dalam pilihanraya kampus.
Ironinya, pilihanraya kampus merupakan medan pertempuran dan menguji bakat kepimpinan Mahasiswa yang rata-rata mereka berumur 20-25 tahun. Jauh jika nak dibandingkan dengan umur Najib dan Rosmah. Jika logik akal digunakan, Najib tidak sepatutnya gelisah dan gelabah jika Mahasiswa yang sebaya dengan anak cucunya bertanding dalam pilihanraya kampus. Berilah anak-anak dna cucu-cucu ini peluang yang sama rata untuk mengasah bakat kepimpinan.
Apalagi, isu yang mereka bawa ialah kebajikan mereka sebagai Mahasiswa, sedikitpun tidak menyentuh isu mahu menjatuhkan atau menggulingkan kerajaan. Akibat daripada tindakan kurang cerdik Najib dan Rosmah, OPS 2020 telah membawa malapetaka yang besar, dan saya yakin petanda malapetaka tersebut akan muncul malam ini.
Saya percaya dan yakin bahawa Mahasiswa bijak membuat pilihan yang tepat.
Buktinya, kes ugutan yang berlaku di UKM. Keluarga calon Pro-Mahasiswa, atau lebih tepat, GMUKM, yang bertanding dalam Pilihanraya kampus kali ini, menerima panggilan ugutan bunuh oleh seseorang yang tidak dikenali. Bukan mereka yang diugut, tetapi keluarga. Saya mendapat cerita ini dari salah seorang kenalan saya, yang juga merupakan aktivis GMUKM, menceritakan bahawa keluarga 7 orang calon menerima panggilan mengugut ingin membunuh calon tersebut sekiranya mereka terus bertanding.
Semoga Allah Ta'ala melaknat mereka yang berbuat khianat!
Bagaimanankah puak-puak ini menggunakan akal mereka? Ini hanyalah pilihanraya kampus, soal kebajikan dan hak Mahasiswa, mengapa sanggup melibatkan keluarga dan mengancam nyawa?
Saya cukup pelik dengan keadaan ini.
Semoga Allah Ta'ala melaknat mereka yang bersubahat dan terlibat dalam cubaan mengugut dan mengganggu ketenangan orang lain.
Saya berharap, adik-adik saya di UKM akan meneruskan perjuangan mereka dan sentiasa yakin bahawa bantuan Allah Ta'ala sentiasa ada bagi mereka yang dizalimi. Yakinlah, doa orang yang dizalimi ini makbul. Doakanlah mereka yang berbuat zalim itu dicabut ketenangan dankesejahteraan dari hidupnya sehingga mereka bertaubat dan mengaku salah. Saya yakin mereka tidak akan tenang dan hidup mereka juga akan sentiasa terganggu.
InsyaAllah, semoga Allah merahmati kalian..
No comments:
Post a Comment