Salam pintar terpintal,
Sudah lebih sehari (24 jam) masa yang saya berikan kepada Timbalan Presiden PMUKM untuk memberikan respon terhadap cabaran debat terbuka berhubung artikel yang pernah disiarkan melalui laman blog peribadinya. Benar, tiada had masa untuk Sdra Sarfa memberikan jawapan terhadap cadangan saya tersebut.
Apa yang cuba saya pertahankan di sini adalah maruah Ulama' dan prinsip perjuangan yang jauh banding bezanya antara pemimpin UMNO dan Pemimpin PAS. Sekiranya Sarfa mempertikaikan kedudukan TGNA, maka secara tidak langsung kedudukan PAS bersama Pakatan Rakyat juga turut termasuk di dalam isu tersebut. Umum mengetahui, pilihan yang ada pada rakyat pada ketika ini adalah sama ada 1Malaysia atau Pakatan Rakyat.
Jika begitu pandangan Sarfa, maka tidak menjadi satu kejanggalan dan kesalahan sekiranya saya sebagai Mahasiswa UKM yang juga merupakan rakyat Malaysia yang bosan dengan pemerintahan UMNO untuk mempertikaikan pendirian dan pandangan T.Pres PMUKM itu.
Sejujurnya, saya kemukakan cabaran tersebut walaupun hakikatnya saya hanya mempunyai 1% kepercayaan terhadap kewibawaan T.Presiden PMUKM Aspirasi tersebut yang terkenal dengan dokongan slogan keramat Presiden UMNO, "sahabat 1 Malaysia". Namun begitu, sekiranya Sarfa berjaya menemukan keyakinan atau hujah baru yang lebih bernas, silalah aturkan perjumpaan tersebut.
Bagi saya, Sarfa telahpun mengalami kekalahan moral yang sangat teruk. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila Sarfa sendiri telah mengalihkan artikel tersebut kerana takut dengan tekanan yang diberikan kepadanya. Dengan memadamkan artikel tersebut, telah menunjukkan betapa beliau merupakan seorang pemimpin yang gagal. Jika untuk mempertahankan idea dan pandangan pun sudah begitu keadaannya, bagaimana ingin bicara soal pembangunan Mahasiswa, pembangunan Universiti, apalagi untuk bercakap soal kepimpinan ulama' dan negara.
Sebaliknya, isu ini telah memberikan kemenangan moral dan pembelaan terhadap maruah Ulama' yang telah sekian lama konsisiten dengan pendirian untuk memperjuangkan corak pentadbiran yang adil dan Islamik.
Permohonan maafnya melalui artikel susulan "hanya sedikit komen" tidak sedikitpun mampu mengalihkan tumpuan terhadap isu sebenar dan Mahasiswa tetap tidak berganjak daripada pendirian, Sarfa perlu membuat penjelasan!. Sekiranya beliau benar-benar telah bertaubat dan insaf dengan perbuatannya, berikut cadangan saya.
Sekiranya terasa diri tidak bersalah, sila aturkan perjumpaan kita buat perbincangan terbuka agar kekeliruan ini diperjelaskan.
Sekali lagi saya tekankan, saya bersedia pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
(Jangan kita bazirkan masa tunggu respon sarfa, lebih baik kita turun beramai2 ke Mahkamah Persekutuan, 5 November ini untuk Status Kerajaan Kudeta PERAK, Selamatkan Perlembagaan dan Hak Rakyat PERAK!!!)

1. Membuat kenyataan rasmi bahawa artikel yang beliau terbitkan itu adalah fitnah dan palsu, serta membuat permohonan maaf secara khusus terhadap peribadi yang telah difitnah tersebut.
2. Meletakkan jawatan sebagai T.Presiden PMUKM.
Sekiranya terasa diri tidak bersalah, sila aturkan perjumpaan kita buat perbincangan terbuka agar kekeliruan ini diperjelaskan.
Sekali lagi saya tekankan, saya bersedia pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
(Jangan kita bazirkan masa tunggu respon sarfa, lebih baik kita turun beramai2 ke Mahkamah Persekutuan, 5 November ini untuk Status Kerajaan Kudeta PERAK, Selamatkan Perlembagaan dan Hak Rakyat PERAK!!!)
6 comments:
bgs2..desak sarfa nie..dia berani kat blog je..berdepan penakut..aku pelik la tu pun ada org nk undi dia..hehehehe..desak dia jgn tak desak..heheheheh
kesian tgk korg..ckp macam bagus..bagi pandangan pun copy paste..pointer laglah..sb tu la bdk grad ukm ni susah nk dpat keje..lgsg x da berdaya saing dlm akademik..sibuk nk berpolitik..
mahasiswa bukan nya aspirasi atau pr..mahasiswa perlu bawa identiti sendiri..
bersuara hnaya utk sebelah pihak..harapan baru ke??
bila kerajaan pusat salah hentam..bila kerajaan negeri x nak haramkan penjualan arak di kawasan majoriti muslim..lanjutkan masa utk disko sampai pukul 3 pagi..korang senyap??? bile kugan n teoh mati korg siap pegang lilin lagi..tapi bila saudara islam kita yg berkerja sbg amah mati didera korg buat apa???
hmm, anonymous 2, komen yg bagus.. tp tak cukup mencabar..
Ni cdgn saya, tingkatkan bacaan lagi sebelum tinggalkan apa2 komen pada mana2 blog Mahasiswa yang "macam bagus" ni..
sy cdgkan sdra baca
1.sejarah pengharaman arak pada zaman Nabi.
2.Sejarah peng"halal"an arak di Malaysia. Kalau nak baca untuk judi, riba' dan rasuah pun bleh..
3.apa yg dimaksudkan dgn agama dan bezanya dengan budaya.
4.juga sejarah budaya hiburan di Malaysia, siapa yg mulakan.
Malang sungguh bila sdra/i tanya pasal benda ni, sebab semuanya dimulakan oleh UMNO..
jd, baca cukup dulu, lepas tu komen lagi ye.. Jgn putus asa menyedarkan kami yang "macam bagus" ni..
Mahasiswa memang perlukan pandangan sendiri tetapi perlu bersifat semasa.. kalau lapuk macam sdra/i ni, lebih baik tak payah ada pandangan.. hehe..
Ibarat makan laksa utara, kena ada pedas baru terasa sedapnya..
alhamdulilah..teruskan perjuangan anda wahai saudaraku farid..
erti mahasiswa bukan sekadar akademik...mahasiswa generasi pelapis utk pemerintahan kelak
kita ada tanggungjawab utk masyarakat dan agama
Belajar la woi..dah dapat kerja blum-Bdk Ter'kejut'
ye.. mmg masih dalam pembelajaran.. dan sgt memerlukan pengajaran..
kerja?? bab kecik sgt tu, nak sy tolong arrangekan?
Post a Comment