Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, May 18, 2011

Harga Yang Perlu Dibayar...

Kita tidak akan sewenang-wenangnya dibiarkan berkata, "Aku beriman" tanpa terlebih dahulu diuji oleh Allah SWT. Ujian menentukan tahap keimanan seseorang. Jika benar dia beriman, maka sudah pasti dia akan lulus ujian itu dengan mudahnya. 

Namun, persoalan ujian keimanan ini tidak sama seperti menjawab soalan matematik, ataupun Bahasa Melayu. Ianya juga tidak sama dengan ujian kecerdasan ataupun pemeriksaan kesihatan. Ujian hanya akan diberikan kepada mereka yang layak, mengikut kelayakan masing-masing. Para Nabi dan Rasul, diberikan ujian yang sangat hebat, kerana kehebatan dan ketinggian iman mereka. Keikhlasan para wali juga diuji dengan ujian yang sangat berat.

Kita? Sebenarnya sedang diuji.

Jika kita inginkan sesuatu, kita akan diuji sebelum kita layak memilikinya. Mereka yang tewas dengan ujian, tidak layak memiliki apa yang mereka inginkan.

Misalnya, anda ingin berjaya, maka anda akan diuji dengan ujian kekalahan. Jika anda ingin bahagia, anda akan diuji dengan ujian kesedihan. Jika anda ingin rehat sekalipun, anda akan diuji dengan ujian kepenatan. Inilah dunia, kerana hidup adalah ujian. It's a Life of test - Bak kata Abang-abang @ Brothers

Ramai yang pernah berkata, tetapi tidak ramai yang benar-benar memahami dan mengetahuinya, bahawa hidup ini juga adalah perjuangan. Perjuangan menuntut kepada pengorbanan.Kita perlu berjuang untuk hidup, bermakna kita juga perlu berkorban untuk hidup. Berkorban, sudah semestinya melepaskan sesuatu yang kita sayang, atau sesuatu yang kita sukai. 

Setiap sesuatu yang kita inginkan, idamkan, citakan, akan ada sesuatu yang perlu kita bayar....

Maka benarlah kata-kata Allah, 

"Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang..."



Ya Allah, jangan Engkau hukum kami, jika kami terlupa atau kami tersalah,
Wahai Tuhan kami, jangan Engkau pikulkan kami beban, 
seperti mana Engkau pikulkan kepada umat-umat sebelum kami,
Wahai Tuhan kami, jangan Engkau pikulkan apa yang tak mampu kami memikulnya,
Maafkanlah kami, Ampunkanlah dosa kami, dan kasihanilah kami,
Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang engkar....


No comments:

Antara Yang Menarik