Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Monday, May 2, 2011

Taqabbal Ya Kareem!!!

AlhamduliLlah, perjalanan mencuci sekeping hati sudah hampir sampai ke penghujung. Di tengah-tengah kesibukan jemaah menguruskan bagasi masing-masing, saya tiba-tiba terfikir, apa agaknya bekal yang telah kami perolehi sepanjang berada di sini, diterima menjadi tetamuNya dan tetamu kekasihNya?

Saya rasa, tiada apa yang menarik dan istimewa jika dapat ke Tanah Suci ini dengan kerap, jika tiada perubahan yang berlaku terhadap diri. Saya begitu sukakan ayat Allah Ta'ala yang telahpun saya kongsikan sebelum ini, iaitu dari Surah Al-An'am, 6:125, mengenai orang yang diberi Petunjuk dan orang yang disesatkan.

Bagaimanakah keadaan orang yang "Dilapangkan dadanya untuk menerima Islam"? Bagaimana pula rupa orang yang "disempitkan dadanya seperti mendaki ke langit"? 

Lapang dada untuk menerima Islam, bermakna bersedia menyerahkan segala urusan hidup dan mati untuk Islam. Setiap detik waktu hidupnya dihabiskan dengan Islam dan untuk Islam. Menjadikan Islam sebagai cara hidup, merangkumi aspek kepercayaan, amalan keagamaan, urusan kehidupan, akhlak dan interaksi sesama makhluk.

Setiap yang datang daripadaNya, adalah yang terbaik untuk kita. Kita tidak pernah sendiri kerana Dia sentiasa di sisi. Hargai setiap detik waktu dalam kesempatan hayat yang ada, Hidup bersamaNya dalam suka dan duka...

Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya rumah ini rumahMu, Tanah Haram ini milikMu, keamanan ini kepunyaanMu, daku ini hambaMu, dan anak hambaMu di sini tempat orang berlindung denganMu daripada api neraka, maka haramkanlah daging kami dan kulit kami daripadanya.
Ya Allah ya Tuhanku! jadikanlah kami cintakan iman, hiaskanlah iman itu di hati kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang benci kepada kekufuran, derhaka dan maksiat, jadikan kami dari golongan orang-orang yang beroleh bimbingan.
Ya Allah ya Tuhanku! peliharakanlah diriku daripada azabMu di hari yang Engkau akan bangkitkan hamba-hambaMu. Ya Allah ya Tuhanku kurniakanlah kepadaku syurga tanpa dihisab.

2 comments:

CHE ROSSLI said...

Alhamdulilah.. moga mendapat keberkatan

Zulgeologist said...

teringin :-(

Antara Yang Menarik