Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Thursday, July 30, 2009

Demonstrasi : Perkara halal yang diharamkan.

Hukum mengharamkan perkara yang halal adalah sama seperti menghalalkan apa yang haram iaitu HARAM dan berdosa.

Demonstrasi sebenarnya tidak tertakluk kepada istilah tidak puas hati semata-mata, bahkan demonstrasi juga digunakan untuk tujuan pendidikan, kesedaran dan sebagai bentuk hebahan secara besar-besaran. Kita berarak dalam sambutan maulidur rasul, demontrasi mencegah kebakaran, majlis perkahwinan secara besar-besaran dan macam-macam bentuk aktiviti demonstrasi telah sedia kita amalkan sejak berkurun lamanya.

Begitu juga dengan himpunan di jalanan. Ianya adalah satu bentuk pendidikan bertujuan membangkitkan kesedaran dan mendesak pihak-pihak tertentu berhenti daripada melakukan kerosakan.

Lihat sahaja kesan demonstrasi jalanan yang diadakan oleh umat Melayu ketika peristiwa Natrah. Setidak-tidaknya menimbulkan rasa gerun kepada puak-puak zalim yang sentiasa menindas dan menganiaya rakyat.

Himpunan Mansuhkan ISA, 1 Ogos, bakal menyaksikan satu lagi dasar kerajaan dicabar oleh rakyat. Jika sebelum ini, puluhan ribu turun di jalanan untuk membantah dasar karut PPSMI, puluhan ribu juga turun dalam himpunan BERSIH, maka sudah pasti puluhan malah ratusan ribu rakyat yang tertindas akan turun di jalanan bagi menyatakan bantahan mereka terhadap perlaksanaan akta zalim ISA tersebut.

Tertindas di sini, tidak semestinya telah merasai keperitan di tahan di Kem Tahanan ISA, malah tertindas di sini apabila jiwa dan fikiran kita terganggu kerana sentiasa berada dalam keadaan terancam dek kezaliman yang terdapat pada ISA itu sendiri. Rakyat berasa terancam kerana ada kemungkinan Menteri Keselamatan Dalam Negeri mahupun Perdana Menteri sendiri akan menggunakan akta zalim ini menahan sesiapa sahaja menurut pandangannya boleh mengancam keselamatan negara.

Manusia, sesuai dengan status berakal, perlu diberikan ruang untuk mempertahankan diri dan diadili dengan sebaik mungkin sekiranya disyaki terlibat dalam sebarang kegiatan yang salah.

ISA menafikan ruang ini, malah dengan sesuka hati mereka menghukum rakyat sekalipun belum dibuktikan bersalah. Ada tahanan yang diseksa sehingga nazak seperti Dr Burhanuddin Al-Helmi. Beliau ditahan, dikurung, diseksa dengan pelbagai jenis seksaan baik emosi, fizikal mahupun spiritual.

Jika kita singkapi, ada tahanan ISA yang didera dengan dimasukkan batang besi ke dalam kemaluan mereka, didera begitu rupa berulang kali dan dipaksa untuk mengaku kesalahan mereka di dalam tahanan tersebut.

Ditegaskan sekali lagi, tahanan-tahanan ini tidak melalui sebarang perbicaraan dan oleh itu belum dibuktikan bersalah.

Demonstrasi, sebenarnya adalah satu aktiviti yang sihat. Melainkan ditafsirkan menurut logik aqal pemerintah yang zalim dan bersifat kuku besi. 17 Julai 2009, dua demonstrasi berlangsung serentak, satu di Utara, satu di KL. Di Utara, isunya adalah Ketidakpuasan hati rakyat terhadap keputusan kerajaan negeri kedah berhubung isu BABI. Di KL pula isunya adalah menuntut supaya kerajaan Thai memberikan kuasa autonomi kepada rakyat di selatan Thai.

Peliknya, di utara tersebut, polis mengawal himpunan tersebut dengan baik dan mereka yang berhimpun boleh bersuara menggunakan pembesar suara dan menjerit sesuka hati mereka. Namun, di KL aktivis yang berhimpun dihalau balik hanya dengan ucapan "assalamualaikum" oleh perucap pertama himpunan tersebut.

Ini, demokrasi ala UMNO Barisan Nasional, sesuai dengan gagasan terbaik oleh Najib, Satu Malaysia. Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Hentikan kezaliman, turun beramai-ramai membantah ISA, dan kerajaan Zalim Satu Malaysia...

7 comments:

kacapermataberlian said...

apa kata anda masuk je ISA???

berilah bukti sapa yang pernah kena mcm tue.... macam manala anda tahu ada kes masukkan batang besi ke dalam kemaluan? kemaluan ke atau jubo? Kalau jubo. mesti Anwar Aljuburi tue... hahahaha!!!!

Itula mahasiswa... hantar belajar tinggi2 bukan nak reti bersyukur... nak membangkang jer tau.... besela... pelajar skang dh terlalu pandai... berlagak dia lebih bagus dari orang lain... Sudah-sudahla tuduh Kerajaan BN ni zalim... kalo zalim x dpt ko belajar kat UKM tu... Kalo Zalim xde BN nak memilih bagi bantuan kepada org yang x sokong BN. Bagi sama rata... Aku ni dah muak dengan Pakatan Rakyat!!! Haprak x apa2....

Satu lagi... aku ni dulu ni penyokong PAS. tapi sejak sahabat2 PAS aku ni makin fanatik... seperti juga mcm anda ni buat saya mual dengan perjuangan PAS... Semua dah ikut telunjuk DAP ngan PKR... Lebih baik sokong UMNO-BN mcm ni... konsisten dalam perjuangan!!! Saya kuar PAS ni sbb PAS bersekutu dengan DAP and PKR. Kenapa PAS x nak bersekutu dengan MCA dan MIC?

Sorryla guna anonymous... x perlula tahu saya ni sapa... anda pun x kenal saya pun...saya ni penakut... hahahahaha!!!

Satu lagi... apa kata anda ulas mengenai kes Nizar pegang lilin dan tunduk tafakur.... Jangan kata cikgu diumpamakan lilin tu pun kira haram ke!!! hahahaha!!

Anonymous said...

weh makhluk kat atas ko mmg kaki fitnah org kan...anwar tuuh tak disabit kesalahan lagi...dah senyap hal tuuh,kalo mmg die tak salah mmg sia2 ahh ko dpt dose kering...akai ada??

Anonymous said...

Pas pun tak perlukan orang mcm ko....buat menyemak je

Farid said...

zalim bukan semata-mata menindas...

zalim menurut definisi sebenar ialah meletak sesuatu tidak kena pada tempatnya..

orang yang belum bersalah, tempatnya bukan di penjara..

saya tak memaksa anda percaya, tapi anda memang buta dan tuli..

bukan buta kerana tiada mata, bukan tuli kerana tiada telinga, tapi kerana kedua nikmat itu tidak melengkapkan sifat anda sebagai manusia...

Anonymous said...

Ala Saudara Farid, mmg betoi pe kacapermataberlian tu bagitau. Hang tu pun sama, menghasut je lebih. Perjuangan PAS tu demokrasi ke?

Apa kata hang ulas skit pasai hukum/fatwa Haji Hadi pasal kafir mengkafir ni... Haram berkerjasama dengan orang bukan Islam. Sekarang PAS bekerjasama dengan orang bukan Islam. Siap ada kelab penyokong PAS for non muslim.. So fatwa tu macam mana? dibakul sampah ke atau tidak tertakluk kepada orang PAS? Islam sangatkah PAS?

Apa sumbangan PAS dalam pembangunan ISLAM di Malaysia? yang dok kami nampak sebagai akar umbi adalah mengeluarkan fatwa dan menghasut orang ramai untuk membenci Ameno.

Aku sokong PAS... Masih ahli PAS Selangor. Tapi aku rasa, Perjuangan PAS dah tersasar dan setuju dengan Kacapermataberlian. Aku dok rasa bangga sokong PAS. Dulu... Tapi tidak skang. Dulu bila Ustaz Nasha dan Hadi Awang nak wujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO-BN. Saya sudah dok bersyukur... tapi Allah masih tak izinkan lagi.. dan Harap sangat ia akan direalisasikan... Adalah lebih baik bekerjasama dengan UMNO-BN daripada PKR dan DAP... Percayala tak ada untung bekerjasama dengan PKR dan DAP...

Farid Albariti said...

sebenarnya, murtad(keluar dari Islam) adalah melalui 3 cara, iaitu melalui percakapan dan perbuatan..

Apabila seseorang declare bahawa Islam dan peraturannya tidak sesuai diamalkan di Malaysia, atau menghalang sebarang usaha menegakkannya, maka dia dikira kafir.

Tapi, kita sebagai manusia dan juga umat Nabi Muhammad tidak boleh sewenang-wenangnya menggelarkan seseorang munafiq apalagi kafir. Melainkan dengan ikrar dirinya sendiri.

begitulah situasi yang berlaku ketika fatwa kafir-mengkafirkan dikeluarkan. Bukan secara direct ditujukan kepada UMNO, tetapi bak kata orang tua2, siapa makan cili, dia terasa pedas..

PAS sudah berpengalaman dalam soal kerjasama dengan UMNO. hasilnya sangat merugikan dan mengecewakan. PAS sekarang masih dalam proses kematangan untuk kerjasama dalam PR. Natijahnya, belum ada. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk Islam. Bukan yang terbaik untuk PAS semata.

Anonymous said...

ko cakap mcm ko jer reti kuarkan hukum tentang demo malah membuta tuli plak kuarkan tu,,

Antara Yang Menarik