Kem Kembara Insan, KKI II, (Kini KERIS)
Kebetulan, aku telah pun dimasukkan ke dalam kumpulan Usrah Timbalan Presiden ISIUKM, Ustaz Abd Syukor B Othman, FST/3. Dalam satu perjumpaan Usrah di Masjid UKM, kami membincangkan mengenai bab Aqidah. Sejurus sebelum tamat sesi usrah, dia mengingatkan kami untuk menyertai program KKI II. Aku seorang sahaja yang memberi respon negative(sekali lagi aku salahkan doktrin PC-PC 3M). Dia memaksa aku pergi dengan jaminan bahawa aku akan rugi seumur hidup kalau tak pergi.
Setelah “gagal” menghadirkan diri ke beberapa sesi taklimat yang dianjurkan oleh pimpinan ISIUKM, aku dihubungi oleh Exco Tarbiyyah ISIUKM, Ustaz Faizal Ibrahim, FPI/3.
“Ana ada hal sikit hujung minggu ni,” respon aku spontan kepada soalan pertama Ust Faizal.
“Kalau nta ada masalah duit, bagitau, ana boleh bagi diskaun pada anta,” balas Ust Faizal.
Aku terkelu, kagum kerana dia dapat meneka bahawa aku sedang bergelut mencari alasan.
“Farid, esok taklimat terakhir, ana cadangkan enta pergi je dulu taklimat. Lepas taklimat kalau nta tak dapat pergi pun takpe.
Akhirnya, aku pun hadir ke taklimat di bilik seminar FPI. Hari itu, Ust Faizal terus memikat dengan hujah dan kaedah yang sangat menarik.
Aku “terpedaya” dan akhirnya melangkahkan kaki ke KKI II.
Jumaat petang, kami berkumpul di Masjid UKM, menaiki bas ke Masjid KLIA. Hari pertama dan hari kedua kami nikmati dengan indahnya di sekitar Masjid KLIA. Walaupun hanset aku hilang, sedikitpun tidak terbanding dengan nilai mutiara yang aku terima semasa di KKI II ini.
Pagi hari ketiga, kami dikejutkan pada awal pagi. Pukul 3, kami sudah bangun dan bersiap untuk pertukaran tempat. Kami menaiki bas beramai-ramai ke Kem Rebutia, Gombak. Kami tiba di Kem Rebutia sekitar jam 5 pagi, menapak lebih dari sekilo ke tapak kem rebutia dari jalan besar. Setelah selesai solat subuh, bermulalah aktiviti kembara hutan. Macam-macam perkara menarik dengan modul yang sangat menguji Intelek, Emosi, Fizikal, dan spiritual kami.
Di penghujung kembara, ada aktiviti Tali Tinggi(High Rope), berjalan atas tayar, bergayut dan kemuncaknya terbang musang(Flying Fox).
Allahu Akbar!!!
Sambil duduk menantikan teman-teman yang lain, aku terfikir.
Apa agaknya yang aku tengah buat sekarang kalau aku tidak memilih untuk menyertai KKI II?
Apa agaknya nasib iman dan islamku jika aku memilih untuk duduk membatu di kolej tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah?
AlhamduliLlah.
Tahun ni, ISIUKM akan menganjurkan program yang sama yang diberi nama KERIS. Sepanjang 4 tahun aku di UKM, sudah tiga kali program ini bertukar nama. Dan setiap pertukaran nama itu didahului dengan karenah birokrasi yang melampau. Semoga Allah menerima taubat pihak-pihak yang menghalang dan menunjukkan mereka ke jalan yang benar.
Kepada semua pelajar UKM, anda dijemput dan digalakkan untuk menyertai program ini. Tiada had umur, tiada sempadan bangsa, ideologi apalagi fakulti. Saya dengan yakinnya memberi amaran...
Anda akan menyesal seumur hidup kalau terlepas peluang mengikuti program ini!!!
3 comments:
promosi tuk org dah habis belajar nak g lagi ke atau promosi tuk org baru? sungguh tergoda dgn promosi ni...hehehe
oooh... sungguh pasti akan terharu urusetia kalau yang dah habis belajar pun nak join program ni... Daftar segera!!!
:-)
malulah..sudah tua.bagi peluang kepada adik-adik. sy antar wakil. ini mesti jd "urus" yg cukup setia. hohoho..cukup pandai dan bagus sekali mempromosi.akan disebar-sebarkan kepada adik-adik yang lain.
Post a Comment