Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Thursday, December 20, 2012

Tukar kerja...

Assalamu'alaikum...

AlhamduliLlah, dengan izin dan inayahNya, akhirnya saya telah menukar kerjaya saya sekarang sebagai Pendidik. Dari dulu, memang bercita-cita nak jadi pendidik. AlhamduliLlah, walaupun belum mencapai apa-apa untuk dibanggakan, namun saya ini adalah peluang yang baik untuk saya meneruskan bakti dan budi kepada bangsa. Secara rasminya, bermula pada 1 jan 2013...

Kini, dengan bantuan ayah dan mak, juga isteri terchenta, kami sama-sama menggerakkan Pusat Latihan dan Pendidikan Taybah. Banyak yang kami rancang, semoga semuanya dipermudahkan, diberkati dan dikira sebagai amalan kebajikan.

Terima kasih kepada Darul Mubarak kerana memberikan saya jutaan pengalaman dan pengetahuan berharga. Semoga Allah membalas segala jasa baik mereka dan memberkati usaha mereka dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para jemaah. (Tapi, kalau ada yang nak pergi melalui saya, pun boleh, secara rasminya saya akan terus menjadi agen melancong/umrah/haji untuk darul mubarak ni.)

Berikut adalah iklan rasmi kami yang pertama:




Doakan kami....

Thursday, November 15, 2012

Polemic issue of apostasy, between argument and dictate. -English

The issue of religious freedom should be seen in the wider context of purity and peace. In accordance with the meaning of Islam which means peace, then all the differences of opinion and understanding about it sure can be solved with a pure and peaceful. Allah Ta'ala educate worshipers that faith-based life is perfect. However, this perfect beliefs nurtured based on knowledge, and the main source of knowledge in Islam is the Quran and the Sunnah.

The order of "read" made as the first commandment by God Almighty to Prophet Muhammad SAW as indicating the importance of knowledge and show that the Quran as the main reading material to be digested by the Muslims. Clear here, that Islam is a religion based on arguments and evidence. Islam emphasizes knowledge, the Quran as the main source of knowledge in Islam preserved by Allah Ta'ala all the content up to date.
We must trust and believe that Islam has all the solutions, the solution to every problem plaguing mankind. In the economic sphere, Islam prohibits transactions involving riba, also prevented Muslims involved with gambling and corruption, as business involving riba, gambling activities and oppressive corrupt and prone to damage, not only to themselves, their families, communities and even to the country .
Buddhists, as the majority of them are Chinese themselves do not agree if gambling is associated with the Chinese, because they themselves are not agree with these activities. So, if Islam forbid gambling, of course is because of gambling activities can cause damage and destruction.
This is an example of how Islam actually came to administer the affairs of the people with arguments and certainly make sense and follow the nature of human beings.

On the issue of religious freedom also, Islam is not a religion that is autocratic or dictatorial, forcing other religions-Islam by force. In fact, the application of Islamic values ​​and teachings also is done gradually and with great wisdom.

All decrees and orders by Allah Ta'ala for Muslims must be carried out as well as the restrictions and prohibitions were left with a full awareness of compulsory and based on the argument that clear. In Islam, we are forbidden to blindly follow, as proof that in Islam, the first priority is Knowledge. Knowledge is the source of true faith and beliefs.

We should be optimistic about the ability of Islam to argue on the basis of truth in the matter of religious freedom to non-Muslims. At the same time, we cannot force non-Muslims, even though the Muslim community to accept the argument that we provide because Islam is not a religion of force.

Problem of apostasy occurred, could not be solved by simply setting the act and the regulations, if the basics of religious education is not emphasized. Symptoms of widespread apostasy is not because the relaxation in the act and regulations, but the failure of the basic functions of religious education among Muslims in Malaysia. This matter of education should be given serious attention by all parties.

If we do not understand the basis of religion, how we want to defend it? Polemic issue of apostasy and religious freedom in fact not new, but often it is raised by the interested parties to gain support or evoke emotions of Muslims. Finally, we will be just like winning cheers, village pawned.

Mohd Farid Bin Hamlud
Parit Care.

Polemik Kebebasan Agama, Antara hujah dan perintah.

Isu kebebasan beragama sewajarnya dilihat dalam konteks yang lebih murni dan sejahtera. Sesuai dengan pengertian Islam yang membawa maksud sejahtera, maka segala perselisihan pendapat dan kefahaman mengenainya pasti boleh diselesaikan dengan cara yang murni dan sejahtera. Allah Ta'ala mendidik hambaNya supaya hidup berteraskan Aqidah yang sempurna. Namun, aqidah yang sempurna ini dipupuk berasaskan kepada ilmu, dan sumber utama ilmu di dalam Islam ialah Al-Quran dan As-Sunnah.

Tuntutan "Bacalah" dijadikan perintah pertama oleh Allah Ta'ala kepada Nabi Muhammad SAW sebagai menunjukkan kepentingan ilmu dan menunjukkan Al-Quran sebagai bahan bacaan utama yang perlu dihadam oleh umat Islam. Jelas menunjukkan di sini, bahawa Islam ialah agama yang berteraskan hujah dan keterangan. Islam mementingkan ilmu, maka Al-Quran sebagai sumber utama ilmu dalam Islam dipelihara oleh Allah Ta'ala segala isi kandungannya sehingga ke hari ini.

Kita harus percaya dan yakin, bahawa Islam mempunyai segala solusi, penyelesaian kepada setiap masalah yang melanda umat manusia seluruhnya. Dalam bidang ekonomi, Islam melarang urusan yang melibatkan riba, juga menghalang umat Islam terlibat dengan judi dan rasuah, kerana urusan yang mengandungi unsur riba, kegiatan judi dan perbuatan rasuah bersifat menindas dan cenderung kepada kerosakan, bukan sahaja pada diri, keluarga, masyarakat malah negara.

Penganut agama Buddha yang majoriti di kalangan mereka berbangsa Cina sendiri tidak setuju jika judi dikaitkan dengan bangsa Cina, kerana mereka sendiri tidak suka dengan kegiatan tersebut. Maka, jika Islam melarang umatnya berjudi, sememangnya adalah kerana kegiatan judi boleh merosakkan dan menghancurkan.

Ini adalah contoh, betapa Islam sebenarnya datang untuk mentadbir urusan manusia dengan hujah dan pasti dapat diterima oleh akal dan fitrah kejadian manusia.

Dalam isu kebebasan beragama juga, Islam bukanlah agama yang bersifat autokratik ataupun diktator sehingga memaksa penganut agama lain menerima Islam secara paksa. Bahkan, penerapan nilai Islam dan ajarannya juga perlu dilakukan secara beransur-ansur dan dengan penuh hikmah kebijaksanaan. 

Segala titah dan perintah oleh Allah Ta'ala kepada umat Islam wajib dilaksanakan begitu juga segala tegahan dan larangan pula wajib ditinggalkan dengan penuh kesedaran serta didasari hujah yang jelas dan nyata. Dalam Islam, kita dilarang untuk bertaqlid buta, sebagai bukti bahawa Islam sangat mengutamakan Ilmu. Ilmu adalah sumber kepada kepercayaan dan aqidah yang sejahtera.

Kita harus bersikap optimis terhadap kemampuan Islam untuk berhujah atas dasar kebenaran dalam soal kebebasan beragama dengan masyarakat bukan Islam. Dalam masa yang sama, kita tidak boleh memaksa masyarakat bukan Islam, hatta masyarakat Islam sekalipun untuk menerima hujah yang kita kemukakan kerana Islam bukan agama paksaan.

Gejala murtad yang berlaku, tidak akan dapat diselesaikan dengan sekadar menetapkan akta dan peraturan jika perkara asas iaitu pendidikan agama tidak dititikberatkan. Gejala murtad berleluasa bukan kerana kelonggaran dalam akta dan peraturan, tetapi kerana kegagalan fungsi asas pendidikan agama di kalangan umat Islam di Malaysia. Persoalan pendidikan inilah yang perlu diberikan perhatian serius oleh semua pihak.

Jika kita sendiri tidak faham mengenai asas agama, bagaimana kita ingin mempertahankannya? Polemik isu murtad dan kebebasan agama sebenarnya bukan perkara baru, namun seringkali ia dibangkitkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk meraih sokongan atau membangkitkan emosi umat Islam. Sudahnya, jadilah kita ibarat menang sorak, kampung digadaikan.

Mohd Farid Bin Hamlud
Parit Care.

Friday, October 19, 2012

Berubah Bermula Dengan Percaya - Definisi

BAHAGIAN 1 – Percaya Percaya menurut Kamus Dewan, ialah mengakui akan benarnya sesuatu, atau yakin atau berasa pasti akan kebaikan orang dan sesuatu perkara. Percaya boleh merujuk kepada perasaan aman dan tenteram terhadap sesseorang atau seseuatu keadaan, juga boleh merujuk kepada penilaian akal dan penerimaan terhadap sesuatu isu, hujah, mahupun gagasan yang dibentuk. Dalam konteks perubahan, percaya merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan masa depan. 

Secara ringkas, percaya boleh dipecahkan kepada pembahagian berikut: 
1. P = Positif. 
2. E = Eager 
3. R = Realisitik 
4. C = Cabar 
5. A = Azam 
6. Y = Yakin 
7. A = Amal 

Positif 

Mereka yang percaya akan lebih bersikap positif. Mereka yang berfikiran positif ialah mereka yang sentiasa cuba mencari hikmah dan kebaikan dalam setiap sesuatu perkara. Adat dunia, tidaklah selalunya baik, namun setiap keburukan itu diterima dengan lapang dada dan sentiasa mencari kebaikan di sebalik setiap perkara, sama ada baik ataupun yang buruk. 

Adat dunia juga, jika sesuatu itu baik untuk kita, belum tentu akan baik untuk orang lain. Begitu juga perkara yang dinilai baik oleh orang lain, belum tentu akan dinilai baik oleh kita. Jika orang lain mendapat hadiah, sudah tentu perkara itu baik untuk dia. Tanda kita berfikiran positif, kita turut berasa baik terhadap perkara itu. Jika sebaliknya, kita belum cukup positif. 

Menerima kekurangan atau kelemahan, juga adalah salah satu cirri mereka yang berfikiran positif. Kelebihan bagi mereka yang mengakui kekurangan atau kelemahan ialah mereka sentiasa bersedia menerima cabaran dan kekalahan, dan pasti akan mampu menghadapinya dengan baik, seterusnya bangkit untuk memperbaiki diri dan berubah untuk masa depan. Mereka yang mengakui kekurangan dan kelemahan juga tidak mudah ditipu oleh rasa bangga. 

Eager

Kemahuan yang tinggi, adalah cirri kedua bagi mereka yang percaya. Kemahuan inilah yang akan mencipta strategi dan tindakan. Kemahuan yang tinggi, sekiranya tidak dimanfaatkan sebaiknya, akan berubah menjadi angan-angan. Kemahuan datang dalam bentuk keinginan, harapan dan cita-cita. 

Keinginan untuk memiliki sesuatu, harapan untuk mengecapi sesuatu, dan cita-cita untuk menjadi sesuatu akan merasuk manusia untuk mengejar dan mendapatkan apa yang dia mahu. 

Insan percaya, akan memiliki kemahuan yang benar. Mereka secara jelas, faham dan tahu akan apa yang sebenarnya mereka mahukan. Secara tepat dan terperinci, setiap keinginan harapan dan cita-cita yang tersemat dalam fikirannya, benar-benar bermain dan sentiasa berlegar di fikiran. 

Realis

Berpegang kepada kenyataan, adalah ciri berikutnya bagi insan percaya. Mereka yang percaya, berpegang kepada hakikat dan keadaan yang nyata. Hakikat penciptaan, hakikat kejadian, dan hakikat di sebalik setiap peristiwa. Walaupun sebagai orang yang percaya, mereka mempunyai sikap optimis yang tinggi, namun mereka sedar akan kemampuan sebenar, dan situasi semasa yang nyata, lalu setiap tindakan, dan perancangan ialah berdasarkan analisis semasa yang nyata, tepat dan bersifat hakikat bukan khayalan mahupun ramalan semata-mata. 

Sekurang-kurangnya, insan percaya akur bahawa jika ruyung tidak dipecahkan, mereka tidak akan dapat nikmati sagunya. 

Cabar

Setelah mereka ketahui hakikat keupayaan dan situasi mahupun keadaan, perkara seterusnya yang akan mereka lakukan, ialah mencabar kenyataan tersebut. Cabar kemampuan diri sendiri dengan melakukan pelbagai hipotesis mahupun eksperimen. 

Insan percaya cenderung untuk mencabar diri dan kenyataan, untuk pembuktian. Membuktikan kemampuan diri, seterusnya mengubah harapan menjadi kenyataan yang lebih benar dan nyata. 

Azam 

Memiliki keazamaan yang tinggi untuk bermimpi, mencipta harapan, seterusnya berazam menjadikan mimpi, harapan dan segala cita-cita menjadi kenyataan. Semangat yang berkobar-kobar, membakar jiwanya, juga mereka yang berada di sekelilingnya untuk sama-sama menggerakkan agenda perubahan. Perjalanan yang sudah pastinya sangat panjang, sangat memerlukan kepada keazaman yang tinggi. 

Nabi Muhammad SAW contoh insan yang paling percaya, justeru Baginda juga memiliki keazaman yang paling tinggi. Sehingga ke hari ini, manusia menerima kesan daripada keazaman Baginda untuk menyampaikan risalah Tauhid daripada Allah Ta’ala. Bahkan, sehingga ke hari ini, semangat Baginda membakar jiwa-jiwa para Mujahideen dan pejuang agama Allah. Jutaan manusia melafazkan rasa cinta kepada Baginda, sekalipun musuh-musuh Baginda dalam masa yang sama, melancarkan serangan dan kutukan kepada Baginda. Selawat dan Salam ke atas Baginda. 

Yakin 

Keyakinan yang tinggi membantu insan percaya membuat pilihan yang betul, seterusnya mengambil langkah yang tepat untuk mencapai cita-citanya. Sedar akan kemampuan, mahupun mengakui kelemahan, tidak menghalang insan percaya untuk kekal yakin terhadap harapan dan cita-citanya untuk mencapai kejayaan yang diingini. 

Amal

Amal atau usaha adalah titik penentu bagi insan percaya. Insan percaya sedar bahawa untuk berjaya memerlukan teori, sasaran, dan yang paling penting, tindakan. Tindakan adalah sebahagian daripada kepercayaan yang perlu dibina. Bahkan, tindakan selain memerlukan komitmen, memerlukan kepada konsistensi. Amal yang berterusan, menjamin kelangsungan pergerakan dan perjuangan.

Tuesday, October 2, 2012

Berubah Bermula Dengan PERCAYA - Pendahuluan

AlhamduliLlah, segala puji bagi Allah Ta'ala, Tuhan sekalian Alam, tiada sekutu bagi Allah dalam agama mahupun ideologi, tiada sekutu bagi Allah dalam pentadbiran agama dan diri, tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Maha Suci Allah dari segala sifat cela dan perbuatan syirik hamba dan makhlukNya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, petunjuk dan cahaya seluruh Alam.

AlhamduliLlah, pujian yang tidak terhingga dipanjatkan kerana dengan izinNya, tergerak hati saya untuk meneruskan usaha menulis, (walaupun banyak penulisan sebelum ini yang tertangguh), kali ini, dengan tajuk "Berubah Bermula Dengan PERCAYA".


“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang PERCAYA(beriman) kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” (Al-Isra’ 17:82) 

Segala puji bagi Allah Ta’ala yang telah memberikan kepada kita segala nikmat, ruang dan peluang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, penghulu sekalian Nabi dan Rasul, contoh tauladan dan kekasih yang tercinta. Allah Ta’ala menerangkan di dalam kitab yang mulia, suatu peringatan mengenai kehebatan dan keindahan Al-Quran yang merupakan petunjuk serta bukti kasih-sayang Allah Ta’ala kepada sekalian manusia, bahkan kepada seluruh alam. Penurunan Al-Quran yang merupakan mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW secara berperingkat melalui perantaraan Malaikat Jibril adalah tanda kasih sayang Allah kepada umat manusia khususnya kepada para sahabat R.A. dan masyarakat Arab Jahiliah umumnya pada ketika itu. 

Para Sahabat R.A, disebut sebagai generasi Al-Quran kerana mereka ditarbiah dan dibentuk oleh Nabi Muhammad SAW berdasarkan wahyu dan petunjuk daripada Al-Quran yang diturunkan secara berperingkat. Mereka mengalami pelbagai peristiwa yang menjadikan mereka generasi terbaik yang pernah dilahirkan di atas muka bumi. Ayat-ayat Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW bertepatan dengan peristiwa yang sedang mereka alami. Bahkan terdapat begitu banyak ayat yang diturunkan khusus untuk para Sahabat. 

Al-Quran mengandungi pelbagai kisah dan perintah untuk dijadikan pedoman supaya umat manusia selamat di dunia dan akhirat. Mukjizat terbesar Nabi Muhammad SAW ini dipelihara sehingga ke hari kiamat kerana ia mengandungi pelbagai khasiat dan kelebihan. Namun, Allah Ta’ala terlebih dahulu mengehadkan bahawa mereka yang bakal beroleh manfaat daripada Al-Quran ialah mereka yang PERCAYA. Bermakna, kelebihan dan kehebatan Al-Quran tidak akan memberikan manfaat kepada mereka yang tidak percaya. 

Sekalipun para orientalis dan saintis secular meneliti dan mengkaji Al-Quran, hatta jika mereka berjaya mendapati penemuan penting yang terkandung di dalam Al-Quran sekalipun, ianya tidak dapat memberikan manfaat yang kekal sehinggalah mereka benar-benar percaya dalam erti kata percaya yang sebenarnya. Maka, penulisan “BERUBAH BERMULA DENGAN PERCAYA” insyaAllah akan memberikan tumpuan khusus kepada “PERCAYA” yang menjadi titik penentu kepada perubahan yang ingin dan akan dilakukan.


Suatu ketika dahulu, masyarakat eropah, mempercayai bahawa bumi ini rata. Maka mereka melarang anak cucu mereka daripada keluar belayar jauh dari daratan, kerana risau akan terjatuh ke ruang yang tidak dikenali. Mereka juga mendakwa terdapat pelayar-pelayar yang mengingkari larangan tersebut hilang dari muka bumi dan tidak lagi dapat kembali ke tanah air mereka. Namun, seorang anak muda, Christopher Colombus mempunyai pendapat yang jauh bertentangan dengan apa yang didakwa oleh masyarakat pada ketika itu. Beliau percaya bahawa bumi ini berbentuk sfera, lalu mengambil keputusan untuk berlayar. 

Christopher Colombus belayar seawal umurnya 10 tahun, dan menjadi antara yang pertama di zamannya, membuktikan bahawa bumi ini berbentuk sfera. Inilah yang dikatakan perubahan itu bermula dengan percaya. Percaya merasuk kita untuk melakukan sesuatu perubahan. Christopher Colombus dirasuk oleh kepercayaannya bahawa bumi ini sfera, lantas merasuknya untuk belayar ke seluruh dunia. Dia meneroka bumi Amerika Utara dan Selatan, sehinggalah ke Lautan Hindi di Asia, dan perjalanan beliau diteruskan dengan penuh komitmen, paling penting bermula dengan PERCAYA.

InsyaAllah, dalam penulisan kali ini akan memberikan tumpuan dan kupasan yang teliti dan menyeluruh mengenai apa yang dikatakan sebagai PERCAYA, dan bagaimanakah perubahan itu dapat dilakukan bermula dengan percaya. Teladan dan pengajaran berharga daripada Al-Quran, juga kisah-kisah berguna pula akan menjadi latar belakang utama kisah perubahan insan-insan percaya yang pernah dicatat oleh sejarah tamadun manusia.

Semoga penulisan ini memberikan manfaat kepada penulis, pembaca, tercatat sebagai amalan kebajikan yang mengundang redha dan restu Ilahi. Segala kudrat dan iradat adalah milikNya, semoga Allah mengurniakan kita Taufiq dan Hidayah untuk menjadi insan yang percaya, seterusnya menggerakkan perubahan kerana dan ke arahNya.


Berubah Bermula Dengan PERCAYA
Farid Albariti.
Seri Iskandar, 2012.

Thursday, September 27, 2012

Kenapa tidak lahir Hassan Al-Banna Jr.?

Semalam, saya sempat berbual dengan seorang ustaz, mantan ketua pemuda Pas Kawasan Parit. Beliau merupakan Imam, guru agama di surau berdekatan rumah saya, dan juga merupakan seorang guru agama di salah sebuah sekolah di tempat saya tinggal. Kami berbincang mengenai tajuk kuliah yang disampaikan di surau berkenaan. Ketika sedang kami berbincang, saya cuba mencadangkan kitab Fiqh Sunnah karangan Sheikh Syed Sabiq. 

Beliau menyatakan bahawa kitab tersebut diakui sendiri oleh pengarang, bahawa pengarang menulis kitab tersebut pada usia yang terlalu muda, iaitu ketika pengarang berusia 20 tahun, dan beliau mengarang kitab tersebut dalam penjara.

"Umur 20 tahun dah karang kitab, dalam penjara pulak tu," kata ustaz tersebut.

SubhanaLlah, mengarang kitab yang hebat ketika berumur 20 tahun memang perkara yang amat luar biasa. Bahkan seawal umur 20 tahun telah merasai pengalaman di penjara. Penjara sememangnya bukanlah tempat untuk orang yang baik-baik. Namun, semestinya bagi insan sehebar Al-Marhum, beliau dipenjarakan kerana beliau merupakan ancaman kepada pemerintah yang zalim.

Di Malaysia sendiri, ramai para ustaz yang dipenjarakan dan "digam" kerana kononnya boleh menimbulkan huru-hara dan menyampaikan ceramah yang berbentuk hasutan. 

Kembali kepada persoalan utama, kenapa di Malaysia, khususnya, jarang sekali kita berjumpa dengan pemuda yang mempunyai ketokohan seperti Al-Marhum, mahupun Asy-Syahid Hassan Al-Banna?

Di manakah kita ketika berusia 20 tahun? Apakah sumbangan kita untuk agama ketika kita berumur 20 tahun? Apakah kegiatan utama kita ketika berusia 20 tahun? Berapakah buku yang pernah kita terbitkan? Berapa pula buku yang telah kita habiskan membacanya?

Rata-rata, kita disibukkan dengan pengajian, yang kononnya menjadi aset penting untuk masa depan. Ada juga yang sibuk mencari jodoh. Tidak kurang mereka yang "menikmati" usia muda yang liar dan bertenaga. Sudahnya, fikiran kita jarang sekali menumpukan ke arah maslahat ummah. Kita lebih cenderung memikirkan kepentingan diri kita dan masa depan kita sedang dalam masa yang sama, kita semakin ketandusan pemimpin yang berwibawa. 

Masa saya semakin suntuk. begitu juga masa kalian. Jom, kita kurangkan masa bermain, perlahan-lahan kita bunuh masa lapang kita dengan aktiviti yang bermanfaat. Semoga sentiasa tergolong di kalangan mereka yang untung. Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Wednesday, September 26, 2012

Lihat Kampusku Yang Malang....

Suasana ceria dan bersemangat pasti menyelubuni warga UM dan UKM kerana kejayaan Pro-M dan Gabungan Mahasiswa mengekalkan penguasaan mereka. Namun, bagi saya keputusan pilihanraya kampus semalam adalah berita malang buat semua pendokong keadilan dan kebenaran di Malaysia. 


Sudah semestinya, sebagai pendokong kebenaran, saya dan ramai rakyat Malaysia yang lain benar-benar mengharapkan keputusan pilihanraya kampus pada kali ini tidak terlalu memihak kepada calon Mahasiswa yang membawa aliran "kerajaan". Umum mengetahui kerajaan tidak begitu komited memastikan demokrasi di Malaysia ini terpelihara. Ternyata, Kerajaan bukan sahaja tidak mampu menjaga demokrasi di Malaysia, bahkan mereka juga mencampuri urusan demokrasi di kampus sehingga begitu banyak rungutan yang didengari.

Walaubagaimanapun, faktor campur tangan "kerajaan" sebenarnya adalah faktor luaran. Terdapat faktor yang lebih besar yang perlu diambil perhatian hasil daripada keputusan pilihanraya kampus ini, iaitu faktor Mahasiswa itu sendiri. Memang, Kerajaan UMNO-BN yang ada pada hari ini sememangnya kerajaan yang sudah lama rosak, ibarat retak menanti belah. Maka, sandaran dan harapan sebenarnya terletak pada bahu Mahasiswa. 

Negara akan hancur sekiranya rakyatnya bersikap tidak ambil peduli. Sekiranya kuasa jahat dibiarkan berleluasa, maka kuasa jahat itu akan membawa kehancuran yang teramat sangat. Lord Acton menyebut, "Power is tends to corrupt, absolute power corrupt absolutely".

Begitu juga apa yang akan berlaku di universiti-universiti di Malaysia, akan mengalami kehancuran dek kerana sikap Mahasiswa yang tidak ambil peduli terhadap hal yang berlaku di sekeliling mereka. Pilihanraya, bukanlah suatu hal yang boleh dipandang rendah. Ia melibatkan kepentingan seluruh masyarakat kampus. Sekalipun autoriti dan autonomi Majlis Perwakilan Mahasiswa di kampus berkenaan adalah terhad, namun ia tetap memberikan gambaran mengenai tahap pemikiran Mahasiswa.

Ironinya, jika hal sekecil ini pun tidak dapat diselesaikan dengan baik, bagaimana pula ingin disandarkan harapan untuk menentukan nasib negara pada masa akan datang?

Mahasiswa adalah golongan cerdik pandai yang sewajarnya terdedah kepada lebih banyak maklumat dan pengetahuan. Namun, saya merasakan golongan Mahasiswa yang ada pada hari ini, sebahagiannya tidak mengambil berat akan apa yang berlaku di sekitar mereka. Hasilnya, mereka ini samalah seperti katak di bawah tempurung yang sama sekali  tidak tahu mengenai apa yang berlaku di luar tempurung mereka.

Malaysia memerlukan ghulam yang sanggup mengorbankan dirinya lalu menjadi asbab kepada petunjuk bagi ribuan penduduk negerinya. Pengorbanan sehingga mampu menggoncangkan kerajaan zalim yang ada pada hari itu. Malaysia juga memerlukan pemuda gua yang tegar memelihara keimanan, bangun dan bangkit untuk menyatakan kebenaran. Semoga detik malang ini tidak berulang pada Pilihanraya Umum di Malaysia.

Tuesday, September 25, 2012

Politik "Ugutan": UMNO terdesak kekalkan kuasa.

Saya yakin dan 100% percaya, bahawa Najib adalah dalang di sebalik kerancakkan suasana Pilihanraya Kampus di 15 buah kampus yang bakal diumumkan keputusannya tidak lama lagi. Penguasaan Kampus, walaupunramai yangcuba menafikan bahawa politik kampus tidak begitu dipengaruhi oleh politik Negara, namun, adat hujan, pasti akan ada tempiasnya.


Buktinya, Najib beria benar ingin memastikan pilihanraya kampus berpihak kepada calon yang membawa ideologi kerajaan. UMNO-BN seboleh mungkin, mahu memastikan calon-calon aspirasi menang kesemua kerusi yang ditawarkan di dalam pilihanraya kampus.

Ironinya, pilihanraya kampus merupakan medan pertempuran dan menguji bakat kepimpinan Mahasiswa yang rata-rata mereka berumur 20-25 tahun. Jauh jika nak dibandingkan dengan umur Najib dan Rosmah. Jika logik akal digunakan, Najib tidak sepatutnya gelisah dan gelabah jika Mahasiswa yang sebaya  dengan anak cucunya bertanding dalam pilihanraya kampus. Berilah anak-anak dna cucu-cucu ini peluang yang sama rata untuk mengasah bakat kepimpinan.

Apalagi, isu yang mereka bawa ialah kebajikan mereka sebagai Mahasiswa, sedikitpun tidak menyentuh isu mahu menjatuhkan atau menggulingkan kerajaan. Akibat daripada tindakan kurang cerdik Najib dan Rosmah, OPS 2020 telah membawa malapetaka yang besar, dan saya yakin petanda malapetaka tersebut akan muncul malam ini.

Saya percaya dan yakin bahawa Mahasiswa bijak membuat pilihan yang tepat. 

Buktinya, kes ugutan yang berlaku di UKM. Keluarga calon Pro-Mahasiswa, atau lebih tepat, GMUKM, yang bertanding dalam Pilihanraya kampus kali ini, menerima panggilan ugutan bunuh oleh seseorang yang tidak dikenali. Bukan mereka yang diugut, tetapi keluarga. Saya mendapat cerita ini dari salah seorang kenalan saya, yang juga merupakan aktivis GMUKM, menceritakan bahawa keluarga 7 orang calon menerima panggilan mengugut ingin membunuh calon tersebut sekiranya mereka terus bertanding. 

Semoga Allah Ta'ala melaknat mereka yang berbuat khianat!

Bagaimanankah puak-puak ini menggunakan akal mereka? Ini hanyalah pilihanraya kampus, soal kebajikan dan hak Mahasiswa, mengapa sanggup melibatkan keluarga dan mengancam nyawa?

Saya cukup pelik dengan keadaan ini.

Semoga Allah Ta'ala melaknat mereka yang bersubahat dan terlibat dalam cubaan mengugut dan mengganggu ketenangan orang lain.

Saya berharap, adik-adik saya di UKM akan meneruskan perjuangan mereka dan sentiasa yakin bahawa bantuan Allah Ta'ala sentiasa ada bagi mereka yang dizalimi. Yakinlah, doa orang yang dizalimi ini makbul. Doakanlah mereka yang berbuat zalim itu dicabut ketenangan dankesejahteraan dari hidupnya sehingga mereka bertaubat dan mengaku salah. Saya yakin mereka tidak akan tenang dan hidup mereka juga akan sentiasa terganggu.

InsyaAllah, semoga Allah merahmati kalian..

Friday, September 14, 2012

Jual Beli Agama

Dahulu saya pernah berangapan bahawa, dalam dakwah dan menyampaikan agama kepada masyarakat, kita tidak boleh mengenakan harga dengan tujuan berniaga. Sehingga hari ini, saya masih mempunyai pandangan yang sama, cuma ada sedikit perubahan dan percanggahan dengan apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "menjual ayat Allah dengan harga yang murah".

Dalam Al-Quran Allah Ta'ala menyebut dengan banyaknya ayat yang berkaitan dengan tindakan orang-orang kafir, munafiq mahupun musyrik yang menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah. Ayat di bawah adalah antaranya:


"And believe in what I have sent down confirming that which is [already] with you, and be not the first to disbelieve in it. And do not exchange My signs for a small price, and fear [only] Me." Surah Al-Baqarah, 2:41.


Exchange / jual ayat Allah dengan harga yang murah di sini, bukanlah bermakna kita tidak boleh menjual-beli Al-Quran. Juga tidak bermakna, hasil kreatif yang berkaitan dengan ayat-ayat Al-Quran, seperti Frame, dan lebih lagi, ceramah-ceramah yang berkaitan dengan agama, tidak boleh dijual-beli. Tetapi disebut dalam Tafsir Jalalain, bahawa perbuatan "exchange / jual" di sini merujuk kepada menukarkan agama atau segala ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran dan segala yang dibawa oleh RasuluLlah SAW, dengan sesuatu yang lebih buruk atau lebih tepat, menukarkannya dengan dunia.

Mengambil kelebihan dunia, berbanding kelebihan akhirat. Memilih untuk bersenang-lenang di dunia, berbanding kesenangan dan nikmat di akhirat, inilah makna sebenar ayat ini.

Justeru, dalam berdakwah dan juga menyampaikan ajaran kepada manusia, kita tidak boleh mengejar bahagian dunia, sehingga meninggalkan akhirat. Kita digalakkan untuk mencari rezeki yang halal. Misalnya, jika kita bekerja, kita menerima gaji yang setimpal dengan kerja yang kita lakukan. Segala imbuhan dan ganjaran yang kita terima, diterima dengan ikhlas dan sesuai dengan apa yang kita lakukan. Jika ada lebih, kita berzakat dan infaq pula ke jalan Allah.

Ramai di kalangan kita, kerap kali mempersoalkan tindakan ustaz-ustaz mengenakan harga untuk ceramah mereka. Atau perkhidmatan yang mereka berikan kepada kita, sebagai contoh jampi untuk sembuhkan penyakit, berdoa dan solat hajat kepada Allah Ta'ala bagi pihak kita. Jika di Darul Mubarak, kami juga menerima upah untuk mengerjakan haji dan bacaan Al-Quran untuk arwah di Tanah Haram. Semua ini dipersoalkan, kononnya, memperniagakan agama. 

Saya kira, tuduhan ini tidak tepat, kerana kami mengambil upah yang bersesuaian dengan apa yang kami lakukan. Begitu juga ramai di kalangan penceramah-penceramah yang ikhlas, juga ustaz-ustaz yang mengamalkan perubatan alternatif yang ikhlas, mereka meminta apa yang sepatutnya menjadi hak mereka. Mereka juga ada keluarga yang perlu mereka sarai.

Justeru, sebagai pihak yang menerima khidmat dan ceramah yang berguna untuk kehidupan akhirat tersebut, kitalah yang terlebih dahulu perlu menghargai jasa mereka dengan memberikan upah-ganjaran yang setimpal.

Kadang-kadang, saya juga setuju dengan sebahagian yang berpendapat, jika kita berikan sesuatu itu secara percuma, ia tidak akan dihargai. 

Saya juga berpendapat, mereka yang menyertai politik kerana ingin mendapatkan kuasa bagi pihak Islam, adalah mereka yang ikhlas, (pasti ada juga yang diuji dengan niat yang tidak baik!). Maka, kedudukan mereka juga sama dengan orang lain yang masing-masing cuba melakukan kebaikan. Walaupun berbeza lapangan, tetapi matlamat tetap sama iaitu menyebar-luaskan kebaikan.

Apapun, saya lebih gemar untuk mempercayai bahawa, ganjaran yang Allah tentukan untuk mereka yang berbuat kebaikan sebenarnya amat jauh lebih baik daripada ganjaran yang diberikan oleh manusia. Kami(Darul Mubarak) juga pernah mengalami situasi ditipu, walaupun secara jelas dan terang, ia adalah hak yang tidak boleh dinafikan, semoga Allah melimpahkan rahmatNya, mengurniakan taufiq dan hidayah, serta memberikan kesedaran dan ganjaran buat mereka yang benar dan bersabar.


Saya pernah bertemu dengan ramai ustaz-ustaz yang "Totally" fi sabiliLlah. Mereka hanya bergantung kepada Allah dan Rasul. Mereka memenuhi undangan sedaya mampu mereka dan mereka tidak pernah sekali pun diabaikan oleh Allah Ta'ala. Sedang pencuri dan perasuah pun kenyang, inikan pula mereka yang berjuang di jalanNya...

Thursday, September 6, 2012

Anak

Saya sebenarnya masih belum mempunyai pendirian yang konkrit mengenai perancangan keluarga. Saya rasa ada wajarnya kita menjarakkan anak, dalam masa yang sama saya juga percaya kepada taqdir dan rezeki daripada Allah. Memang, bagi anak yang rapat, kebarangkalian untuk berlakunya "kekurangan-kasih-sayang" disebabkan perhatian yang sukar diberikan dalam satu-satu masa, adalah amat tinggi.

Tapi, baru-baru ni saya mendengar ceramah daripada seorang ustaz yang telah dikurniakan 6 orang anak. Dia berkata, anak ni rezeki dan kita tak berhak menghalang. Dan bagi saya, alasan beliau juga baik. Terutama dalam bab penggunaan pil-pil perancang dan kaedah-kaedah yang sememangnya boleh dianggap sebagai bahaya dan "mengubah" takdir Allah.

Mungkin terdapat satu atau dua kes yang benar-benar memerlukan kepada "kaedah perancang keluarga", misalnya melibatkan kesihatan. Ini kerana, ada ibu mengandung yang memerlukan tempoh yang agak lama untuk "kembali mengandung" disebabkan oleh kekurangan darah dan kecederaan yang dialami.

Apapun, biarlah kita pertimbangkan sesuatu itu dengan seluruh dan sepenuhnya, berpandukan kepada syariat dan sunnah kehidupan kita sebagai manusia.

Paling penting, hargai nikmat sebagai seorang hamba, dan hargai nikmat kurniaan anak. Pesanan buat diri.

Pelik bukan, ramai yang mengadu dan mengeluh kerana tidak mempunyai anak, tapi ramai jugak yang mengeluh kerana mempunyai terlalu banyak anak. 

Saya tidak boleh setuju, jika alasan "perancang keluarga" yang mereka gunakan ialah "kedudukan kewangan". Ini alasan yang paing tidak munasabah. Ada juga, yang tak nak anak kerana ingin menjaga kecantikan. Ada juga yang tak nak anak, kerana bimbang berkurangnya kasih sayang antara suami isteri.

Bagi mereka-mereka yang di atas ini (yang bagi alasan pelik2), sememangnya kalau dikurniakan anak sekalipun tetap tidak akan mengubah mentaliti mereka, bahkan mereka cenderung untuk berlaku zalim ke atas diri mereka, lebih-lebih lagi kepada anak yang tidak berdosa. Bagi mereka anak hanyalah beban dan menyusahkan. Sedangkan anak sebenarnya amanah, pengikat kasih sayang, dan penyejuk mata bagi mereka yang beriman dan menghargai nikmat kurniaan Allah.

Ingatlah, rezeki itu, hanya akan terasa nikmatnya, apabila disyukuri..

Bagi yang memberikan alasan kewangan. Tentu kita pernah bertemu dengan mereka yang mempunyai harta berjuta ringgit. Cuba tuan-tuan dan puan-puan tanya kepada mereka, cukupkah harta yang mereka ada?

Saya pernah jumpa orang yang gajinya 5 angka. Dia sendiri tidak pernah cukup dengan gajinya.

Saya pernah jumpa orang yang gajinya rm700, anak 6, tetapi hidupnya sederhana, dan AlhamduliLlah, saya melihat keluarganya lebih "kurang" masalah berbanding keluarga yang hidup "kononnya" mewah.

Sekali lagi, rezeki yang diberikan, hanya akan terasa nikmatnya jika disyukuri.

Rezeki, walaupun sedikit sekiranya dibandingkan, akan lebih memberikan kesan sekiranya disyukuri, berbanding rezeki yang banyak tetapi dipandang sebelah mata.

-untuk diri dan orang lain-

Tuesday, September 4, 2012

Komited

Ketika ramai yang sedang memperkatakan tentang perlaksanaan hudud, ada yang mempertikai, ada yang mengatakan terdapat keringanan dan pengecualian, dan masih ada yang tegas menyatakan komitmen untuk terus memperjuangkan agar undang-undang ini dilaksanakan, mungkin ramai yang terlupa akan hakikat sebenar kehidupan di dunia. 

Hakikatnya, kita tidak berhak mengemukakan apa-apa pandangan selain apa yang diizinkan oleh Allah. Apalagi untuk mengeluarkan pandangan yang menyanggah pandangan Allah. Allah Ta'ala lebih berhak di atas segala sesuatu. Kita pula tidak mempunyai apa-apa hak melainkan tanggungjawab dan amanah yang telah ditetapkan oleh Allah. Kita hanya ada tugas sebagai hamba yang memikul amanah sebagai Khalifah di atas muka bumi ini.

Sebagai seorang muslim saya beriman bahawa Tiada Tuhan yang sebenar, melainkan Allah 'Azzawajalla, dan sesungguhnya Nabi Muhammad adalah hamba utusan Allah yang membawa khabar gembira bagi mereka yang percaya dan amaran buat mereka yang engkar.

Hudud, merupakan salah satu hak Allah yang wajib dilaksanakan. Meskipun, hudud ini sebenarnya adalah salah satu daripada ribuan hak Allah yang wajib ditunaikan, tidak bermakna satu hukuman yang kononnya disifatkan sebagai pecahan kecil boleh dikesampingkan.

Telah ditegaskan bahawa, Allah Ta'ala memerintahkan manusia untuk masuk ke dalam "As-Silmi" (Agama Islam) secara seluruhnya.

Juga, ditempelak manusia yang beriman kepada sebahagian isi kandungan Al-Quran, tetapi menolak sebahagian yang lain. 

Hakikatnya, kita tiada pilihan lain selain daripada beriman kepada seluruh isi kandungan Al-Quran dan memperjuangkan agar seluruh dunia berpedomankan kepada isi kandungan tersebut. Kita tidak punya pilihan lain, jika kita benar-benar beriman kepada Allah.

Saya suka titah Sultan Brunei, "siapakah kita untuk berkata tidak atau nanti dulu, sedangkan kita sudah punya kemampuan?". Katanya kepada sidang parlimen di Negara Brunei Darussalam..

Ini adalah contoh komitmen seorang pemimpin Islam yang diperlukan.

Begitupun kita punya alasan strategi dan pelbagai, kita sewajarnya tetap terus berpegang dengan ajaran Allah dan beriman terhadap kewajaran seluruh isi kandungannya dilaksanakan.

Saturday, August 18, 2012

Kemuliaan

Kata-kata hikmat yang pernah dikeluarkan oleh Amirul Mu'minin, Saidinia Omar Ibn Al-Khattab, "Kita pernah menjadi bangsa yang hina, tetapi Allah memuliakan kita dengan Islam. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain dengan Islam, maka kehinaan Allah baginya."


Pesanan yang hebat ini diberikan kepada Sa'ad Bin Abi Waqqas dan seluruh tentera Islam sebelum mereka menghadapi peperangan.

Allah Ta'ala turut menjelaskan dalam puluhan ayat mengenai keistimewaan dan kemuliaan, juga ketinggian darjat bagi mereka yang beriman serta mengamalkan Islam. Melakukan 'amal soleh, seperti yang dianjurkan di dalam banyak ayat Al-Quran sebenarnya merujuk kepada mengamalkan Islam sebagai cara hidup, dengan meletakkan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pedoman utama.

Islam bukan hanya membawa kebaikan dan kesejahteraan, tetapi Islam juga membawa kemuliaan dan bersamanya setiap kebaikan yang ada di atas muka bumi ini. 

Namun begitu, memilih Islam, dan memilih untuk bersama Islam, menyokong dan mendokong perjuangan Islam, tidak menjadikan seseorang itu kebal daripada ditimpa musibah dan cubaan. Hidup dipenuhi dengan cabaran. Sedang mereka yang tidak beriman turut diuji, inikan pula mereka yang beriman, semestinya ujian membuktikan keimanan itu sendiri amat payah, kerana ganjaran syurga bukanlah boleh dibeli dengan peluh keringat semata-mata.

Sebagaimana manisnya syurga, begitulah pahit yang menanti mereka yang ingin mencapainya.

Keistimewaan dan kemuliaan orang yang beriman tidak diukur dari segi ujian yang menimpa diri mereka. Tetapi, diukur hasil daripada kesabaran dan kejayaan mereka melawan cabaran dan dugaan yang menguji diri mereka. 

Kita juga tidak dikira hebat jika tidak menerima ujian atau hanya sekadar berjaya menewaskan halangan dan cabaran yang sedikit. Oleh kerana musuh manusia yang paling utama ialah dirinya sendiri, maka cabaran dan ujian yang paling hebat bagi seseorang muslim itu ialah dirinya sendiri. Nafsu manusia adalah acabaran ujian yang paling hebat yang Allah Ta'ala kurniakan kepada diri kita.

AlhamduliLlah, kita berjaya mengharungi Bulan Ramadhan, di mana nafsu kita dapat dikurangkan berbanding bulan-bulan yang lain. Syaitan dan Iblis dibelenggu untuk memberikan ruang yang secukupnya bagi kita mendidik dan melatih nafsu melakukan kerja taat.

Bermulanya syawal, bererti kita kembali kepada cabaran yang sebenar, dan nafsu yang hampir berjaya dikekang ketika bulan ramadhan akan kembali meronta meminta untuk dipuaskan.

Maka, kemuliaan dan ketinggian darjat adalah milik mereka yang tetap menyerah diri kepada Allah, dan terus melakukan kerja taat dan mengamalkan Islam, sekalipun berada di luar bulan ramadhan.. 

Semoga limpah taufik dan petunjuk daripada Allah terus menaungi kehidupa kita sehari-hari...

Minal Aidin Wal faizin...


Saturday, July 21, 2012

Bulan Perubahan

Bukan negara sahaja memerlukan transformasi, malah Imam Hudaibi pernah mengingatkan kepada kita, "tegakkan agama dalam diri kamu, maka agama akan tertegak atas bumi kamu". Bererti, perubahan penting yang perlu kita lakukan ialah perubahan yang dimulakan ke atas diri kita sendiri.

Guru saya pernah menasihatkan saya dengan katanya, "Jika kita ingin mengurangkan keburukan dan kekurangan yang ada pada kita, maka kurangkanlah melihat keburukan dan kekurangan yang ada pada orang lain". Bermulanya kebaikan dan keburukan itu adalah dari diri kita sendiri. Semakin banyak kita memperkatakan atau sekadar memikirkan keburukan dan menilai kekurangan orang lain, maka semakin banyak pula kekurangan dan keburukan yang akan diperlihatkan ke atas kita.

Hakikat yang paling utama yang perlu kita sedar ialah kita sebenarnya sangat lemah. Saya adalah orang yang paling lemah di antara kalian. Tiada nilai dan darjat pada diri saya, melainkan kemuliaan dan kurnia yang Allah Ta'ala berikan kepada kita. Setiap inci, setiap zarah kelebihan yang ada pada kita, semuanya adalah nikmat Allah yang tidak patut kita banggakan. Dialah yang selayaknya memiliki segala puji dan puja, segala murni dan mulia atas segala perkara yang berlaku ke atas kita. 

Mudah-mudahan, bulan ramadhan ini menjadi batu loncatan kepada perubahan yang drastik dari jiwa manusia kepada jiwa hamba. Segalanya adalah milikNya, tiada yang kekal melainkan Dia. 

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

Friday, July 20, 2012

Debat PRU 13: Anak Muda Pilih Siapa?


Debat Anjuran Sinar dan Astro Awani, antara Ketua Pemuda Pas, Ustaz Nasrudin Hassan dengan Ulama Muda UMNO, Ustaz Fathul Bari.

Friday, July 13, 2012

Politik Islam

Saya cukup senang dengan kenyataan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai cadangan UMNO Johor, Datuk Ayub Rahmat untuk melaksanakan Hudud. Dalam kenyetaan balas beliau berkata, (baca lanjut di sini).


Ada beberapa pengjaran yang dapat diambil di sini.

1. Politik Islam berteraskan nilai bukan kepentingan Parti, Kaum, apalagi individu.
        Perkara utama yang menjadi rebutan ialah melaksanakan dan menganjurkan nilai yang sejagat yang membawa kebaikan kepada masyarakat ramai. Kepentingan Islam merentasi kepentingan parti dan semangat asabiah. TGNA mengajar kita bahawa nilai Islam itu lebih utama sekalipun datangnya daripada UMNO.

2. Politik Islam mengajar kita supaya membuat penilaian secara objektif.
        Walaupun cadangan perlaksanaan Hudud itu datangnya daripada Adun UMNO, padahal UMNO terbukti menyalahgunakan Agama untuk kepentingan Parti dan Kuasa, namun TGNA memberikan respon yang positif tanpa mengambil kira latar belakang kepartian. Kalau dilihat dari segi mileage politik, mungkin tindakan TGNA menunjukkan bahawa beliau menyokong tindakan UMNO, seteru kuat beliau sejak dahulu lagi. Malah, beliau sendiri amat berang dengan cadangan untuk mewujudkan "kerajaan perpaduan", iaitu cadangan yang melibatkan kerjasama UMNO-PAS. Namun, hal ini berbeza apabila melibatkan kepentingan Islam. Menunjukkan bahawa TGNA tidak pernah membelakangkan Islam melebihi kepentingan politik.

3. Politik untuk mencari pahala, bukan mencari harta.
        Apabila tujuan politik kita ialah Islam, maka sudah pasti yang dikejar adalah pahala dan keredhaan Allah. Sentiasa meletakkan Allah sebagai matlamat perjuangan. Walaupun tidak mampu berkorban harta demi perjuangan, untuk menjadikan perjuangan batu loncatan dalam memperbaiki taraf hidup adalah amat jauh, dan tidak sama sekali.

4. Politik Islam ialah politik yang paling berkesan dan bersifat sejagat.
        Sekiranya kita mengamalkan ISlam seluruh dan sepenuhnya, sudah pasti kita akan berpolitik dengan cara yang paling sihat dan pasti boleh diterima ramai. Mungkin, kalau ada yang menentang, puak-puak yang menentang tersebut adalah puak-puak yang berkepentingan dan tidak mahu menerima kebaikan yang mungkin akan menjejaskan kedudukan dan periuk nasi mereka. Terbukti dalam sejarah, ketika Nabi Muhammad SAW diutuskan, kebanyakan masyarakat Arab dapat menerima dakwah Nabi kecuali mereka yang mempunyai kepentingan tertentu. Apabila melihat pengaruh mereka terjejas disebabkan oleh kehadiran Nabi, maka  mereka memusuhi Nabi dengan memberikan label-label yang negatif dan berniat jahat kepada Nabi Muhammad SAW.

Akhir kata, marilah sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan, berpolitik cara Islam, kembalilah kepada ajaran ISlam yang sebenar, Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!.

Tuesday, June 19, 2012

Kenangan Manis Di Bumi Al-Aqsa. -Bahagian 6-

Destinasi seterusnya, KhalilurRahman. Yahudi menamakannya Hevron. Dinamakan KhalilurRahman sempena gelaran yang diberikan kepada Nabi Ibrahim A.S. yang jasadnya disemadikan di sini. Di sinilah terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Ibrahim (The Mosque of Abraham), menempatkan jasad insan agung, Nabi Ibrahim A.S bersama ahli keluarganya.

Di sini jugalah tempat berlakunya peristiwa hitam di mana umat Islam yang sedang mendirikan solat berjemaah di bunuh dengan kejamnya. Perjalanan mengambil masa kira-kira sejam untuk sampai ke Hevron, walaupun jarak antara Hevron ke Al-Quds hanyalah sekitar 20 batu. Perjalanan menjadi agak perlahan disebabkan kesesakan lalu lintas. Almaklum, ketika itu orang ramai berpusu-pusu keluar dari pejabat dan kelihatan juga pelajar sekolah yahudi sedang berkeliaran di jalan selepas tamat sesi persekolahan pada hari terebut.

Namun, hikmah jelas di sebalik perjalanan yang tersekat itu, kami dihidangkan dengan pelbagai cerita menarik mengenai Hevron, Masjid Ibrahim, kekejaman orang Yahudi. Ragam kesibukan orang-orang yahudi pula menjadi "background" kepada penceritaan yang disampaikan penuh bersemangat oleh Mr Kassim.

Baruch Goldstein, watak utama dalam kisah kejam yang tidak berperikemanusiaan. Kisah berlaku pada 25 Februari 1994, ketika umat Islam sedang menyambut perayaan, begitu juga masyarakat Yahudi juga menyambut perayaan mereka. Waktu itu, terdapat kira-kira 300 umat Islam yang menetap sekitar Hebron sedang menunaikan solat secara berjemaah. Baruch melulu masuk ke dalam Masjid, berpakaian tentera, lalu melepaskan tembakan secara rambang ke arah ratusan jemaah yang sedang menunaikan solat. Menurut saksi yang meliat kejadian tersebut, Baruch melepaskan tembakan seolah-olah dia mahu membunuh semua manusia yang ada di dalam masjid tersebut. Setelah kehabisan peluru, Baruch dengan muka puas dan bangganya bergerak melangkah keluar dari dewan utama masjid tersebut.

Terkejut dan berang dengan tindakan Baruch, beberapa orang muslim bertindak menyerang Baruch dan membelasahnya sehingga mati. Semoga Allah Ta'ala memberikan balasan yang setimpal ke atas Baruch. Serangan Baruch mengakibatkan 25 orang syahid, dan lebih seratus orang cedera.

Tindakan kejam Baruch menimbulkan reaksi yang pelbagai dari kalangan umat Islam di Hebron, di seluruh Palestin, malah seluruh dunia mengecam tindakan tersebut. Namun begitu, pihak Kerajaan Israel cuba meredakan kebangkitan rakyat Palestin, juga tekanan yang dikenakan oleh dunia Islam ke atas mereka dengan mereka-reka cerita kononnya Baruch mengidap penyakit mental dan serangan di buat tanpa sedar. Namun, alasan tersebut tidak dapat diterima sama sekali, bahkan bagi Umat Islam yang mengenali Baruch, serta parti Kach yang diwakilinya, sudah tentu tidak dapat memaafkan kesalahan tersebut malah yakin bahawa motif serangan adalah kerana permusuhan yang ketara antara orang Israel, khususnya Parti Kach (Ekstrem Yahudi) terhadap umat Islam.

Hasilnya, beberapa tunjuk perasaan dan protes dibuat di sekitar Bandar Hebron. Perang tercetus antara umat Islam Palestin dan tentera Yahudi yang membela tindakan dan kematian Baruch. Perang yang mencetus berlangsung selama 3 bulan, mengakibatkan 3 orang tentera Yahudi mati dan mengorbankan hampir 25 nyawa umat Islam. Namun, keadilan masih tidak berpihak kepada umat Islam, nyawa 25 orang umat Islam langsung tidak bernilai, malah umat Islam Palestin dipersalahkan kerana membunuh 3 orang tentera Israel. Malah, dua peristiwa BOM-BERANI-MATI yang dikatakan dilakukan oleh tentera Hamas, Briged Izzudin Al-Qassam mengakibatkan 15 orang Israel terbunuh dan puluhan lagi cedera.

Tentera Israel lalu menutup jalan keluar dan masuk ke bandar Hebron dan sekatan ketat dikenakan, mereka "mengurung" lebih 100 000 umat Islam di Hebron, dan Masjid Ibrahim juga ditutup sepenuhnya. Pemulauan dan sekatan dibuat sehingga hampir 5 bulan, malah Masjid Ibrahim tersebut pula ditutup selama 10 tahun, dibuka pada tahun 2005. Atas alasan menjaga keamanan dan keadilan, Masjid Ibrahim yang diasaskan pembinaannya dibina oleh Saidina Omar Al-Khattab ini dipecahkan kepada dua bahagian. Mengekalkan binaan asal bangunan masjid tersebut, Umat Islam diberikan ruang hadapan, termasuk bahagian yang menempatkan Maqam Nabi Ishaq dan Siti Rafiqah, dan sebahagian daripada Maqam Nabi Ibrahim dan Siti Sarah.

Kisah kejam dan menyayat hati tersebut membuatkan kami semakin tidak sabar untuk melihat sendiri rupa bentuk masjid tersebut, dan merasai atmosfera penindasan dan tekanan yang dihadapi oleh Umat Islam Palestin khususnya di Hebron tersebut.


Thursday, June 7, 2012

Kenangan Manis Di Bumi Al-Aqsa. -Bahagian 5-

Kami makan agak banyak ketika itu. Maklumlah, begitu banyak menu hidangan yang istimewa. Tentu sahaja akan berasa kerugian sekiranya tidak mencuba menu masakah penduduk Palestin. Antara yang kerap ditambah-semula oleh penjaga restoran tersebut ialah ayam panggang ala palestin dan kebab kambing yang dimasak menggunakan besi satay.


Saya antara yang paling akhir meninggalkan restoran, sebagai ketua rombongan saya diberikan minuman percuma yang berbeza daripada jemaah. Selesai menghabiskan minuman tersebut, saya terus ke laman restoran sambil menunggu jemaah selesai "meronda" di kedai yang terdapat di bawah restoran tersebut, bersama seorang jemaah, Haji Malek. Sedang asyik memerhatikan gelagat pelancong yang datang dari seluruh pelusuk dunia tersebut, tiba-tiba seorang lelaki yang tingginya melebihi 7 kaki datang menyapa saya dari depan.

"Hi, where are you come from? Are you from Malaysia?" sebut lelaki mat saleh tersebut sambil menghulurkan tangan berjabat tangan dengan saya.

"Yes, we came from Malaysia. Where are you from?" balas saya tersenyum sambil berjabat tangannya.

Rupanya, lelaki Mat Saleh yang tinggi lampai tersebut datang dari New York, Amerika. Melancong bersama teman-temannya yang juga mungkin telah selesai menjamu selera di situ. Sebelum kami menamatkan perbualan, dia semput menunjukkan tanda bagus kepada kami dan menyebut bahawa hubungan Amerika dan Malaysia sangat baik, "We are good friends, you know" katanya kepada kami.

Saya hanya tersenyum sambil memikirkan apakah yang sebenarnya dirujuk sebagai "friends" itu tadi. Namun, jauh di dalam hati saya, turut tersimpan sedikit rasa bangga kerana Negara Malaysia yang kerdil ini turut dikenali di seluruh dunia.

Jalan ke Al-Quds (jerussalam) yang dipenuhi kereta berplat kuning.


Lagi kereta berplat kuning. 


Setelah memastikan bilangan jemaah mencukupi, Mr Kassim membawa kami keluar daripada Bandar Ariha (Jericho) meneruskan perjalanan dan kembara kami di bumi Palestin. Di suatu persimpangan, beliau menunjukkan kepada kami, laut mati yang dikongsi bersama negara Jordan. Kelihatan Laut Mati yang sangat luas dan membiru terbentang tidak jauh dari bandar Ariha. Rupanya, Laut Mati sebenarnya lebih tepat dipanggil Tasik kerana kedudukannya yang terpisah daripada laut dan sepatutnya tergolong di kalangan kawasan air tawar, namun kerana kandungan garam yang tinggi, juga keluasan yang melebihi 650km persegi, kawasan ini lebih terkenal dengan panggilan laut mati.

Kami tidak diceritakan dengan panjang lebar mengenai kisah ajaib disebalik laut mati ini, kerana kami akan melawati laut mati ini ketika berada di Jordan. Lalu, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Jerussalam, ibu kota Negara Palestin yang kini telah dirampas menjadi ibu kota  Negara Israel. Dahulunya, diceritakan, bahawa Negara Palestin merupakan pecahan daripada Negeri Syam, dan ibu kota Negeri Syam pada ketika itu ialah Jurussalam, atau Al-Quds.

Al-Quds merujuk kepada Baitul Maqaddis, iaitu rumah suci yang menempatkan Masjid Kedua di dalam Islam, dan Kiblat pertama bagi orang Islam. Yahudi dan Kritian juga mendakwa bumi inilah bumi pertama ajaran mereka dan kiblat pertama agama mereka.

Sebelum sampai ke Jerussalam, kami dibawa melalui sebuah lebuh raya yang melewati kawasan padang pasir. Didapati begitu banyak papan tanda arah yang menuju ke arah Maqam para Nabi dan pejuang yang disemadikan di sini. Benarlah kata Mr Kassim, selain menjadi kiblat pertama Umat Islam, Baitul Maqdis, atau Palestin ini merupakan bumi para Nabi dan juga bumi para Sahabat. Begitu ramai para Nabi dan Rasul yang membesar di sini, dan menamatkan riwayat mereka di sini. Malah dikatakan, daripada 126,000 orang Nabi yang pernah diutuskan oleh Allah ke bumi, sebahagian besarnya ialah di sini, bumi yang dahulunya dihuni oleh Bani Israel ataupun orang-orang yahudi yang ada pada hari ini.

Dakwaan orang Yahudi bahawa bumi ini ialah bumi nenek moyang mereka sebenarnya adalah benar dan tepat. Tiada yang dapat menafikan bahawa penghuni dan tuan asal bumi ini ialah Orang Yahudi. Tetapi mereka telah diusir oleh Kerajaan Rom yang memerangi habis-habisan orang Yahudi pada suatu ketika dulu. Sehingga mereka bertaburan di dunia. Bahkan, mereka juga mengkhianati para Nabi dan Rasul yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjaga bumi tersebut. 

Hari ini, orang-orang yahudi bermati-matian memperjuangkan agar bumi ini menjadi milik mereka sepenuhnya. Mereka merampas tanah dan memusnahkan kediaman orang Islam, mengusir mereka keluar dari bumi Palestin bahkan ada yang "dipenjarakan" di dalam penjara terbesar dan terzalim ciptaan Yahudi di bumi Palestin.

Dalam perjalanan tersebut, Mr Kassim menerangkan wilayah-wilayah yang dibahagikan antara orang-orang Yahudi dan Palestin. Terdapat lebih kurang 7 juta orang Yahudi di Negara Israel dan lebih kurang 3.4 juta orang Palestin yang terbahagi kepada Tebing Barat dan Gaza. Jurussalam, atau Al-Quds pula terletak ditengah-tengah pembahagian wilayah tebing barat dan Negara Haram Israel.

Dari dalam bas, kami ditunjukkan beberapa "pusat tahanan" termasuk kem Orang Badwi Palestin yang sangat dhaif. Malah, pusat tahanan orang Palestin tersebut, dibinakan tembok batu yang sangat tinggi, dilengkapi sistem pencegah pencerobohan yang mengelakkan "tahanan" keluar dari pusat tahanan tersebut. Kononnya, orang Palestin suka memberontak dan suka membuat kacau bilau, dan orang yahudi pula mendakwa diri mereka diancam keganasan orang Palestin.

Tembok "tahanan" yang memenjarakan orang Palestin di bumi Palestin sendiri.

Kami ditunjukkan juga, bahawa diskriminasi yang dikenakan terhadap orang Palestin bukan sahaja pada tanah dan tempat kediaman, malah orang-orang Palestin menerima tekanan dan disekat daripada bebas bergerak. Nombor plat orang yahudi berwarna kuning, sementara orang-orang palestin berwarna hijau dan putih. Manakala, untuk masuk ke Jurussalam, hanya plat kuning sahaja yang dibenarkan. Sampai di suatu simpang, Mr Kassim menunjukkan laluan yang khusus untuk orang yahudi Mala'oun sahaja yang dibenarkan masuk. Kami masuk ke simpang tersebut kerana bas tersebut merupakan bas pelancong yang memiliki plat berwarna kuning, tanda perjanjian dengan kerajaan Israel. Walaupun berat, namun kami terpaksa kerana hanya itu pilihan yang ada.

Ke kanan ialah jalan ke Al-Quds, selain daripada Plat berwarna kuning tidak dibenarkan melalui jalan ini.

Kami meneruskan perjalanan sehinggalah masuk ke sebuah terowong. Mr Kassim menyambung lagi cerita diskriminasi berpanjangan yang dikenakan kepada orang-orang Palestin di bumi Palestin. Ketika menghampiri penghujung terowong, Mr Kassim menyebut, "Dear Friends, when we reach at the end of this tunnel, please look at your left, you'll be seing the Masjidil Aqsa and the dome of the rock. Please look at your left," kata Mr Kassim.

Kami menanti dengan penuh debaran untuk melihat sendiri rupa Masjid Al-Aqsa dan Kubah Sakhra yang dikatakan kiblat suci umat Islam. Mr Kassim membacakan sekali lagi ayat pertama dari Surah Al'Isra' menceritakan betapa Allah Ta'ala melindungi dan memberkati bumi para Nabi dan Rasul A.S ini.
Kubah Sakhra (Dome Of the Rock)(Kubah Emas) dan Banguna Masjid Al-Aqsa (Kubah kelabu)


"Allahu Akbar" tempik Mr Kassim, serentak disambut oleh para jemaah, "Allahu Akbar," kami mengulangi takbir dengan begitu gembira dan terharu, akhirnya dipertemukan dengan kiblat pertama umat Islam. Tempat yang pernah dikunjungi Nabi Muhammad SAW ketika dalam peristiwa Isra' dan Mikraj. Bumi yang pernah dihuni oleh Nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Harun, bahkan sejarah Nabi Isa juga banyak tercatat di sini. SubhanaLlah. Indahnya kubah As-Sakhra dilihat dari lebuhraya tersebut, di tengah-tengah kota Baitul Maqdis.

Antara puluhan, malah ratusan gereja yang terdapat di sana.
Namun, pandangan yang indah tersebut segera dicacatkan oleh puluhan gereja yang terbina disekelilingnya. Puluhan menara jam bersalib dibina disekeliling Masjid Al-Aqsa dan bumi Jerussalam itu. Turut mengisi pemandangan kami ialah masyarakat yahudi Orthodox yang berkeliaran di merata-rata tempat. Itulah kali pertama saya melihat orang-orang yahudi orthodox, dan ketika itulah baru saya rupanya inilah orang-orang yahudi orthodox. Yahudi Orthodox membentuk kira 1% daripada keseluruhan orang-orang yahudi di Negara Haram Israel. 



Orang Yahudi Orthodox di sekitar bandar Jerussalam.

Surat Khairi Jamaluddin kepada Mahathir Mohamad


Yang mulia Tun,

Sebenarnya saya telah lama terfikir untuk menulis surat ini. Saya telah termenong berfikir bekali-kali tentang baik buruknya jika saya menulis surat ini kepada Tun.

Tangan saya telah berkali-kali ingin mengambil buluh dan dakwat untuk melakar surat ini. Malah telah dua kali sya mencabut bulu kepak itik angsa untuk saya jadikan kalam. Saya juga telah membancuh arang dengan air buah keduduk sebagai tinta. Sesekali tangan saya menggigil macam tangan Mat Pet apabila saya terfikir tentang apa yang ingin saya tulis.

Biarlah saya berterus terang menyatakan duduk pekara. Saya ingin memperjelaskan sajelas mungkin kenapa saya menulis surat ini.

Dua hari dahulu ketika saya sampai ke rumah sesudah selesai menguruskan Kelab My Team, saya terperanjat besar apabila isteri saya terisak-isak menangis ditepi pintu. Isteri tercinta saya tetiba meraung dan memeluk badan saya. Saya terperanjat besar dengan sambutan sabagini.

Saya menjangkakan tangisan ini pastilah kerana isteri saya ini telah mendapat satu lagi panggilan fitnah tentang saya dengan Maya Karin. Saya tahu memang banyak fitnah dan tohmah yang telah ditaburkan kepada saya. Alhamduliah, isteri gedempol saya ini masih lagi setia. Kami bahagia sebagai suami isteri walau pun ramai yang menuduh saya berkahwin hanya untuk mendapat lesen nikah sebagai tangga loncatan politik saya.



Yang mulia Tun,

Justeru ingin saya nyatakan disini bahawa saya menulis surat ini sebagai tanda bukti. Surat ini membuktikan kesetiaan saya yang tidak berbelah bagi terhadap isteri kesayangan saya.

Biarlah saya terangkan disini bahawa isteri saya menangis bukan kerana Maya Karin. Isteri saya meraung bukan kerana cemburu melihat gadis-gadis yang selim melim yang selalu berdampingan dengan saya. Isteri saya menangis terisak-isak kerana Tun sendiri. Tunlah yang menjadi sebab musab isteri mengapa saya meraung tidak habis-habis.

Mungkin Tun kurang sedar. Mungkin Tun tidak menyelami hati isteri saya. Mungkin Tun tidak memahami hati seorang anak. Mungkin betul segala berita yang mengatakan bahawa Tun sendiri tidak memiliki tata susila budaya Melayu yang tulin. Maka Tun telah menguris hati isteri tersayang saya.

Dari awal lagi saya telah merasakan bahawa Tun berniat tidak jujur terhadap ayah kepada isteri saya. Telah saya perhatikan segala tindak tanduk Tun terhadap bapa mentua saya. Saya amat yakin bahawa Tun memiliki dendam kesumat.

Marilah lah kita sesama kembali melihat salasilah sejarah. Pada hemat saya adalah amat penting untuk kita semua mengetahui dari mana asal usul kita. Jika kita tahu asal usul kita maka senang kita berbudi bicara.


Ingin saya memberi tahu bahawa ayah kepada ayah bapa mentua saya adalah seorang alim ulamak yang disegani. Beliau bukan hanya dihormati di Kepala Batas malah diseluruh Tanah Melayu. Sila masuki kedai-kedai China di Kepala Batas, Sungai Petani atau ke Gurun pasti Tun akan terperanjat melihat gambar ayah kepada ayah mentua saya terpampang bersama gambar ayahanda kepada ayahanda Sultan Kedah hari ini. Inilah tanda penghormatan kepada ayah kepada ayah mentua saya.

Tetapi orang ramai di Tanah Melayu tidak mengetahui asal usul Tun. Ada yang mengatakan Tun ini berasal dari Bangla dan ada pula yang mengatakan dari Kerala. Malah hingga ke hari ini tidak diketahui salasilah siapa sebenarnya Muhamad dibelakang nama Mahathir itu. Malah umum telah diberitahu bahawa Tun telah melupuskan nama Iskandar Kutty dari nama Muhamad sendiri. Persoalan sering timbul – apakah Mahathir ini Mahathir bin Muhamad atau Mahathir Anak lelaki Muhamad. Ini persolan yang wajib dijawab sebelum kurun ini berakhir.

Saya mungkin masih muda tetapi tidak samestinya saya tidak mengetahui siapa sebenarnya Mahathir Muhamad ini. Seluruh rakyat Tanah melayu tahu bagaimana al-marhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj – Bapa Kemerdekaan - telah menibai Mahathir Muhamad pada tahun 1969 dahulu. Perdana Menteri pertama kita ini telah membocorkan kepada umum bahawa Mahathir Muhamad ini bukan Melayu tetapi berasal usul dari Benua Keling.

Sebenarnya dalam surat ini bukan tujuan saya untuk mencungkil tongkang yang mana Si Iskandar Kutty telah menumpang untuk sampai ke Pulau Pinang. Tujuan saya ini ialah untuk mempertahankan salasilah baka ayah mentua saya yang sering menjadi sasaran dan cemohan dari sosok yang tidak diketahui asal usul salasilah bakanya.

Kalau salasilah baka Tun ini bersih maka berkemungkinan juga saya dan keluarga saya menerima cemohan tersebut. Tetapi satu Tanah Melayu ini masih ternanti-nanti hingga ke tahun 2012 untuk melihat gambar keluarga dari sebelah ayah Mahathir Muhamad. Bayangkan pada 2012 ini, tahun akhir Kalender Maya anak semua bangsa di Malaysia ini masih tertunggu-tunggu. Apakah muka mereka legam. Apakah muka mereka puteh melepak. Apakah mereka memakai sari dan dhotti. Semua ini tergantung dan tidak berjawab.

Bukan menjadi satu kesalahan memakai sari dan dhotti. Pakaian ini cukup cantik, manarik dan segak. Juga, bukan satu jenayah jika kita berasal dari Benua Keling. Hitam dan legam kulit kita bukan satu kesalahan yang boleh didakwa dimahkamah. Apa yang saya timbulkan disini ialah sikap Mahathir Muhamad yang telah menyorokkan asal usul bakanya. Mahathir Muhamad berniat jahat kerana menyamar diri sebagai Orang Melayu.

Semenjak ayah mentua saya meletakan jawatan secara terhormat, saya mendapati serangan demi serangan telah ditujukan kepada beliau. Pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Abdullah Badawi – ayah kepada isteri saya.

Ayah mertua dan isteri saya amat sedar bagaimana Tun selalu memperkecil saya sendiri. Tun menggunakan istilah ‘tingkat empat’ untuk memperlekehkan diri saya. Tun menuduh bahawa saya dan kawan-kawan saya yang bekerja di tingkat empat Jabatan Perdana Menteri adalah peneraju dan pemandu kerajaan Abdullah Badawi.

Ketika tohmahan dan fitnah sedemikian rupa dilemparkan kepada saya dan sahabat-sahabat – kami telah mengambil keputuan untuk tidak bersuara. Kami mendiamkan diri bukan kerana tuduhan itu benar. Kami berdiam diri kerana kami tidak mahu mengeruhan keadaan.

Tun mempersalahkan saya sebagai orang yang bertanggung jawab memilih calon-calon untuk pilihan raya yang lalu. Tuduhan ini bertujuan untuk membuktikan bahawa pada ketika itu ada orang yang lebih berkuasa dari Perdana Menteri Abdullah Badawi. Tun sengaja membuat tuduhan sedemikian untuk merendah-rendah ketrampilan dan kewibawaabn bapa mentua saya.

Disini saya ingin mempertahan apa yang Tun panggil ‘budak-budak tingkat empat’. Sehingga ke hari ini Mahathir Muhamad hanya membuat tuduhan rambang tanpa apa-apa bukti.


Tun yang mulia,

Tun telah menuduh bahawa ‘budak-budak tingkat empat’ lebih berkuasa dari Perdana Menteri Abdullah Badawi. Inilah yang telah melemahkan parti United Malaya National Organisation. Abdullah Badawi, menurut Mahathir Muhamad adalah penyebab utama yang membawa kekalahan teruk kepada Barisan Nasional dipilihan raya yang lalu. Apakah semua taik kering ini benar?

Tun telah telah mebebel di Kedah dan di Johor. Tanpa segan dan silu Mahathir Muhamad telah menjual taik kering ke hulu ke hilir. Apakah Tun tidak pernah melihat cermin muka untuk menilai wajah Tun sendiri. Apakah di rumah Tun tidak ada cermin muka kerana jika ada cermin muka maka ada terbonggeng rahsia kepala isteri Tun sendiri yang tidak berambut itu?

Tidakkah Mahathir ini sedar bahawa rakyat Malaysia terutama Orang Melayu telah membenci United Malays National Organisation bukan kerana bapa mentua saya. Parti ini dibenci kerana parti ini telah terlibat dalam banyak kes rasuah. Tidakkah Mahathir ini sedar bahawa semenjak tahun 1998 dahulu Orang Melayu amat amat benci dengan Mahathir Muhamad ini. Apakah Mahathir Muhamad ini tidak sedar bagaimana Terangganu jatuh pada tahun 1999 dahulu bukan kerana kekuatan parti Pas tetapi kerana kebencian Orang Melayu terhadap Mahathir Muhamad.


Tun yang mulia,

Saya tidak hendak membuka hal pribadi disini tetapi saya tidak ada pilihan. Telah berkali-kali bapa mentua saya dihina dan ditibai. Selama ini kami sekeluarga berdiam diri memendam rasa. Tetapi tohmahan demi tohmahan yang dilemparkan kepada bapa mentua saya memerlukan jawapan.

Ayah mentua saya dan saya sendiri cukup sedar bahawa Mahathir Muhamad ini adalah sosok yang bertanggung jawab menendang ayah mentua saya. Perbuatan ini adalah perangai yang sama yang telah dilakukan oleh Mahathir Muhamad terhadap al-marhum Tunku Abdul Rahman. Mahathir Muhamad telah menggunakan Muhyiddin Yassin untuk menekan dan memaksa agar bapa mentua saya berundur.

Saya juga sedar bahawa Mahathir Muhamad ini memiliki dendam kesumat bukan saja kepada bapa mentua saya tetapi juga kepada saya. Mahathir Muhamad ini amat marah kepada saya kerana saya telah memenangi kerusi Ketua Pemuda. Anak Mahhthir sendiri telah kalah.


Tun yang mulia,

Kekalahan calon kesayangan Mahathir Muhamad dan kemenangan saya telah menambahkan lagi dendam kesumat Tun terhadap saya dan keluarga saya. Dalam surat ini saya ingin mengingatkan Tun bahawa kemenangan Mahathir Muhamad menewaskan Tengku Razaleighh pada tahun 1988 dahulu adalah dengan cara tipu. Sejarah telah ditulis bagaimana lampu di tempat persidangan telah dipadamkam. Dalam gelap gulita 48 undi telah ditambah untuk memenangkan Mahathir Muhamad.

Justeru, tuduhan Mahathir yang saya merasuah untuk membeli undi ini samalah saperti Mat Kerala menuduh buntut Mat Bangal hitam legam.

Baru-baru ini saya terbaca bahawa Mahathir Muhamad telah menuduh Pakatan Rakyat akan melakukan demonstrasi ganas jika mereka kalah dalam PRU13. Saya bukan penyokong Pakatan Rakyat tetapi saya tahu ini juga adalah taik kering yang keluar dari mulut Mahathir Muhamad.

Saya juga telah dimaklumkan oleh bapa mentua saya dan juga oleh Tun Musa Hitam bahawa Mahathir Muhamad ini telah membawa kerosakan yang amat sangat kepada masyarakat Melayu. Porak peranda di Tanah Melayu hari ini jika dikaji maka akan ditemui puncanya dari sosok yang tidak diketahui salasilah bakanya.


Tun yang mulia,

Justeru , saya akhir dengan harapan satu Tribunal akan ditubuhkan untuk melihat jenayah yang telah dilakukan oleh Mahathir Muhamad kepada Malaysia. Saya cadangakan Tribunal ini dipanggil Tribunal Jenayah Mahathir Muhamad Terhadap Rakyat Malaysia. Ini samalah saperti Tribunal yang telah diwujudkan untuk menyiasat jenayah perang George Bush.

Pada hemat saya Hanya dengan Tribunal ini barulah negara Malaysia sekali lagi dapat diletakkan dilandasan yang betul. Wassalam.( TT )

Antara Yang Menarik