Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Friday, December 31, 2010

Jangan Buat Kerja Tuhan!!

Hakikatnya, kita takkan mampu buat kerja Tuhan. Hanya Dia sahaja yang layak menentukan segalanya. Sekalipun air mata darah yang keluar, setiap yang telah berlalu, tidak akan kembali dan kita sama sekali kita tidak akan mampu mengundurkan masa untuk memperbetulkan kesilapan kita. Langkah milik kita, takdir milikNya. Selama-lamanya begini, tidak akan mampu diubah sedikitpun.

Memang kita ada harapan dan impian, menggunung dan melangit impian kita. Maka kita berjuang untuk setiap impian dan cita-cita yang kita mahukan. Tetapi bukan semuanya akan menjadi nyata. Impian untuk menjadi seorang hamba yang bertaqwa pun ada cabarannya, inikan pula mengecap nikmat hidup di dunia yang sementara.

Kita wajib berusaha. Kegagalan yang Allah Ta’ala suratkan ke atas kita, semestinya adalah kerana kegagalan kita untuk melakukan yang terbaik. Jika benar kita telah bersungguh-sungguh mengeluarkan sedaya mampu kita, saya yakin yang silap bukan Allah Ta’ala, tetapi strategi, mekanisme atau kaedah yang kita gunakan. Saya yakin dan pasti, kesilapan itu sebenarnya ada pada kita. Jika kita tersepak batu, yakinlah yang salah ialah mata kita yang kurang cekap melihat. Jika kita demam, yakinlah yang salah ialah penjagaan diri kita yang lemah. Jika kita gagal dalam periksa, semestinya disebabkan oleh kemalasan kita untuk bersedia sedaya-upaya kita. Apalagi jika kita tewas dalam pilihanraya, semestinya yang silap ialah strategi kita memenangi hati dan undi mereka.

Cuba kita ambil contoh batu yang telah melukakan kaki kita tadi. Kalau hati kita tidak bersih, dan fikiran kita tidak jernih, pantas sekali kita menyalahkan orang lain yang meletakkan batu itu di situ. Padahal, jika diteliti, kita mungkin akan dapat mengelakkan kemalangan tersebut jika terlebih dahulu kita melihat sebelum kita melangkah. Inilah yang dikatakan kekuasaan Allah Ta’ala dalam menetapkan segala sesuatu. Tiada sesuatu pun yang terlepas daripada pengetahuanNya. Dia Maha Adil, meletakkan semuanya kena pada tempatnya.

Tiada perkara yang terlepas daripada pengetahuan Allah Ta’ala. Hatta kejahatan Yahudi LaknatuLlah itupun sebenarnya adalah kerana mereka mematuhi hukum alam yang ditetapkan oleh Allah Ta’ala.

Ringkasnya, kalau kita berusaha dengan tepat, nescaya Allah Ta’ala akan berikan natijah yang bertepatan dengan usaha kita, iaitu kejayaan. Jika kita tidak berusaha, ataupun berusaha dengan kaedah yang salah, nescaya Allah Ta’ala akan berikan akibat yang sesuai dengan keadaan itu, iaitu kegagalan.

Seorang mukmin yang sihat hati dan akalnya, tidak akan berasa gundah gulana atau sedih dengan takdir yang menimpa dirinya. Dia sedar segala yang buruk itu adalah akibat dari perbuatan dan kekurangan yang ada pada dirinya. Tidak pula kekurangan dan kelemahan itu menjadikan dia putus harap terhadap rahmat dan kasih sayang Allah Ta’ala, bahkan kelemahan dan kekurangan itu sentiasa manis baginya, kerana itulah yang membuatkan dia sedar bahawa dia hanyalah manusia, milik mutlak penciptaNya.

Kelebihan dan kekuatan menyuburkan citanya kerana cintanya pada Yang Maha Esa. Memberikan dan mengeluarkan yang terbaik yang ada pada dirinya untuk penolong kepada agama Allah Ta’ala. Mencari seberapa banyak ruang dan peluang membawa perubahan ke arah kebaikan untuk dirinya, orang-orang yang dia sayang, semua manusia, malah seluruh alam yang telah diamanahkan ke atas dirinya sebagai khalifah di dunia.

Kejayaan menjadikan dirinya syukur, kegagalan membuatkan dia bertafakur dan kembali bangkit dan meneruskan langkah dengan penuh keimanan, kesungguhan dan kesabaran, kerana yakin pada janji Tuhannya yang pasti, iaitu mati. Kematian menjadikan dirinya sentiasa bersemangat untuk hidup. Menggunakan segala kesempatan yang ada memberikan bakti dan menaburkan budi. Dunia dimanfaatkan sepenuhnya menjadi jambatan ke Akhirat, negeri yang abadi.

Beginilah indahnya hidup bersama Ilahi…

Monday, December 27, 2010

Jadikan UMNO-BN sejarah hitam yang silam...

Tentulah, buku ini dinamakan Pembohongan kerana ianya dilabelkan sedemikian oleh UMNO-BN dan sekutu-sekutu media mereka yang lain. Walaupun secara warasnya, mereka tidak perlu takut bahkan inilah peluangnya untuk mereka terngadah sebelum terhantuk. Peluang untuk mereka belajar dan memperbaiki apa yang patut mereka perbaiki.

Pada hemat saya, jika UMNO-BN benar-benar ingin menjadi Juara Rakyat, maka laksanakan apa yang ada di dalam buku jingga itu, kerana ianya adalah kehendak sebenar rakyat. Rakyat, walaupun tidak seperti saya, hanya mahukan pembelaan dan kebajikan mereka terpelihara. Sesiapa sahaja yang mampu memimpin dengan baik, sudah pasti akan diberikan mandat dan kepercayaan untuk mengisi kerusi DUN mahupun Parlimen. Mereka kurang peduli sama ada pemimpin itu dikuasai oleh Isterinya atau tidak, yang mereka mahukan ialah kebajikan. Jika dikuasai oleh isteri itu mendatangkan kebaikan. Saya rasa(pendapat je ni) rakyat pasti akan memberikan sokongan.

Malangnya, dikuasai oleh isteri bukan sahaja menampakkan kelemahan, lebih teruk daripada itu, isterinya menjadi punca dan dalang kerosakan yang agak teruk kepada negara. Hanya kerana "sarang tebuan" di kepalanya itu, Parlimen sehingga sanggup meluluskan belanjawan khususnya untuknya. Sudah-sudahlah daripada mendatangkan kemarahan rakyat, kelak anda juga yang rugi.

Sekalipun kita dapati ada usaha-usaha yang dilakukan oleh Kerajaan dalam melaksanakan apa yang terkandung di dalam buku jingga tersebut, namun saya bimbang kerana rakyat kebanyakan mungkin akan terpengaruh walaupun hakikatnya indah khabar dari rupa. Sekutu mereka dari kalangan media-media arus perdana,  begitu mahir dalam membuat solekan terhadap isu-isu yang dilontarkan oleh UMNO-BN, sehingga jerawat dan tahi lalat yang asalnya sangat banyak dan besar, tidak kelihatan oleh mata kasar. Begitu sekali mereka menyolek, hingga hidung menjadi mancung, pipi menjadi gebu, rambut yang botak kelihatan ikal mayang dan berkilauan. 

Mujurlah saya melihat dengan akal dan hati, jika tidak saya sendiri mungkin akan terpengaruh dan terpesona dengan pujuk-rayu UMNO-BN yang sudah semakin uzur menggunakan talian hayat mereka yang terakhir, media.

Cukuplah setakat ini dulu, kutukan saya untuk UMNO-BN, walaupun jika diikutkan, kutukan ini juga sebenarnya masih tersangat sopan jika dibandingkan dengan kezaliman dan penganiayaan yang telah mereka lakukan. Kutuk banyak sangat pun tak guna, sebab yang penting kerja. Walk the Talk!! Ayuh, baca dan lakukan perubahan sekarang.

BUKU JINGGA(klik di sini)

Saturday, December 25, 2010

2011: Tahun Perubahan

Sudah tentu sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, saya sangat gembira dan optimis dengan tawaran perubahan yang ingin dibawakan oleh Pakatan Rakyat. InsyaAllah, hampir pasti tahun 2011 ini akan menjadi tahun perubahan buat diri saya juga buat Negara Malaysia yang saya kasihi ini. Selain takdir dan kuasa Allah, hanya ada satu cara sahaja yang mampu menghalang ianya daripada direalisasikan, iaitu menangguhkan pembubaran parlimen ke tahun 2012 atau tahun-tahun berikutnya.



Program 100 hari memerintah menawarkan 10 agenda utama, antara yang termasuk dalam agenda Buku Jingga yang bakal menemui anda di pasaran adalah seperti berikut:

  1. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
  3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
  4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
  5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
  6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
  9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
  10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Ada beberapan kata kunci utama yang perlu diperhatikan secara terperinci, bahawa tawaran Program 100 hari memerintah dan isi kandungan Buku Jingga lainnya adalah tawaran Pakatan Rakyat untuk melakukan perubahan yang komprehensif terhadap kepimpinan dan urus tadbir negara.

Urustadbir yang baik ialah proses membuat dan melaksnakan sesuatu keputusan bagi sesebuah organisasi secara berkesan. (pernah saya jelaskan di sini) Kerajaan UMNO-BN di bawah kepimpinan Najib dan/atau isterinya, masih gagal mengurustadbir negara ini dengan baik, kerana segala keputusan yang dibuat, bukan sahaja tidak telus, tidak responsif kepada kehendak rakyat, tidak mengutamakan pandangan ramai, tiada kesepakatan dalam proses membuat keputusan, malah proses perlaksanaannya juga sangat pincang dan perlu diberikan sedikit tunjuk ajar.

Perlaksanaan yang berkesan melibatkan proses pendidikan, penerangan dan penyebaran maklumat, serta penguatkuasaan undang-undang. Melancarkan sesuatu agenda sahaja belum cukup selagi proses pendidikan kepada rakyat terhadap agenda tersebut tidak dilakukan terlebih dahulu. Mendidik rakyat mestilah melalui proses penerangan dan penyampaian maklumat secara bersungguh-sungguh dan mempunyai keterangan yang terperinci supaya maklumat tersebut disampaikan dengan baik. Bagi mengukuhkan perlaksanaan agenda tersebut, maka badan-badan tertentu yang telah dilantik dan yang berkaitan perlu menguatkuasakan agenda tersebut bagi memastikan proses melaksanakan keputusan tersebut dilakukan dengan baik dan menyeluruh dari segi capaian dan liputannya.

Agenda yang bersifat populis tidak akan dapat bertahan lama. Ibarat pisang goreng yang hanya sedap ketika panas, begitu juga agenda-agenda yang kaya dengan slogan tapi kosong dari tindakan dan perlaksanaan. Lebih malang lagi, apabila kos yang tinggi lebih banyak dihabiskan untuk "memanaskan" agenda daripada memastikan agenda tersebut dicapai dan diterima pakai oleh rakyat.

Rakyat yang celik sudah lama sangsi dan tidak lagi menaruh percaya kepada agenda 1 Malaysia, yang rata-rata menjadikannya bahan jenaka menghiburkan hati. Untuk dimakan, tidak sekali. Rakyat yang celik akan melihat sendiri sejauh mana slogan yang dilaungkan itu benar-benar diterjemahkan dalam tindak-tanduk pentadbiran UMNO-BN.

Walaupun ianya memberikan kesan terhadap rakyat yang kurang celik, tapi dengan perkembangan teknologi yang sedang pesat membangun pada ketika ini, terlalu banyak ruang dan peluang untuk rakyat mengetahui cerita sebenar di sebalik "drama" yang dilakonkan oleh Kerajaan UMNO-BN selama ini.

Mungkin ketika Malaysia mula-mula Merdeka dahulu, rakyat belum lagi terdedah dengan maklumat sepertimana sekarang, justeru Parti Perikatan dengan mudah menanam kefahaman palsu ke dalam minda rakyat bahawa kemerdekaan yang dikecapi itu baik dan hasil titik peluh mereka. Sekarang, keadaan sudah berbeza, anak-anak kecil sendiri pun sudah muak dan hampir nak termuntah bila melihat gelagat UMNO-BN mempertahankan "najis" kemerdekaan yang mereka bangga-banggakan. Bukan sahaja lebih sudu dari kuah, bahkan lebih penyodok dari najis.

Mari kita lihat beberapa aspek yang menarik untuk dipanjangkan perbahasannya mengenai urus tadbir yang baik. Melihat kepada takrifan urustadbir yang baik, iaitu proses bagaimana sesuatu keputusan itu dibuat dan juga proses bagaimana sesuatu keputusan itu dilaksanakan, maka urustadbir yang baik itu perlu melengkapi ciri-ciri yang utama seperti, kedaulatan undang-undang, ketelusan, responsif terhadap permintaan rakyat, kebertanggungjawaban, kesamaan dan keterlibatan, berteraskan kesepakatan dan muafakat antara pembuat dan pelaksana keputusan, dan juga keberkesanan dan kelancaran proses membuat dan melaksanakan sesuatu keputusan itu sendiri.

Kedaulatan undang-undang misalnya, merujuk kepada ketinggian undang-undang dan perlembagaan itu sendiri. Bermakna, tiada yang terlepas daripada melalui proses undang-undang dan hanya yang bersalah  akan dikenakan hukuman. Setiap rakyat mahupun pemimpin perlu melalui proses undang-undang untuk dibuktikan bersalah ataupun sebaliknya. Walau sebesar mana sekalipun ancaman yang dia bawa, sebagai seorang manusia, dia punya hak untuk dibicarakan dan melalui proses keadilan yang sewajarnya. Pemansuhan ISA sangat menepati ciri-ciri ini. Kerajaan yang mengamalkan akta zalim ISA ini sebenarnya adalah jauh lebih kejam daripada mana-mana pesalah yang kejam yang pernah ditahan oleh ISA ini. Sekalipun komunis itu, kononnya dikatakan menghuru-harakan negara, menahan mereka tanpa bicara adalah kekejaman dan kezaliman yang jauh lebih dahsyat, insyaAllah tiada tempat yang lebih layak untuk orang-orang yang menghukum tanpa usul periksa ini melainkan neraka, nauzubuLlahi min zalik.

Ketelusan merujuk kepada prinsip-prinsip demokrasi dan keterlibatan rakyat dalam menilai dan mengambil bahagian dalam proses membuat dan melaksanakan sesuatu keputusan. Rakyat berhak untuk tahu keseluruhan perbincangan yang diadakan di Dewan Rakyat. Sekadar satu atau dua jam liputan, yang juga tidak menyeluruh menyebabkan rakyat tidak terdidik dengan baik. Hasilnya, penilaian yang dibuat oleh rakyat adalah dangkal dan akhirnya menyebabkan mereka membuat keputusan yang salah, terutama dalam memilih pemimpin.

Perbahasan Dewan Rakyat bukanlah milik Speaker Dewan Rakyat, mahupun UMNO-BN atau mana-mana media yang menyimpang peranan dan tanggungjawabnya, sebaliknya perbahasan itu adalah milik rakyat. Sekurang-kurangnya rakyat tahu apa yang sedang berlaku di dalam negara pada ketika ini. Malah terdedah kepada maklumat yang tulen dan benar(genuine information). Ia bukan sahaja menjadikan rakyat lebih matang dan berpendidikan, malah kos untuk penerangan dan penguatkuasaan agenda juga akan berkurangan.

Contohilah Kerajaan Islam Kelantan, dan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat yang membuka sidang Dewan Undangan Negeri untuk tatapan rakyat. Lagipun, setiap perbincangan dan keputusan itu akhirnya akan dipulangkan kepada rakyat.

Kerajaan UMNO-BN bukan sahaja tidak responsif terhadap kehendak dan permintaan rakyat, malah dilihat mengamalkan prinsip kronisme yang sangat tidak sihat. Dasar ekonomi kapitalis yang diamalkan kerajaan memberikan keselesaan dan keuntungan kepada syarikat-syarikat tertentu, dalam masa yang sama kehendak dan kebajikan rakyat diabaikan. Kenaikan harga minyak, penstrukturan semula subsidi minyak, kenaikan harga barang, penguatkuasaan bayaran tol setelah sekian lama, dilihat sebagai contoh kecil kegagalan Kerajaan dalam mengambil berat perhatian dan kehendak rakyat.

Saya, seperti rakyat yang celik lainnya, mengakui kelembapan dan krisis ekonomi yang melanda Negara pada ketika ini membuatkan Kerajaan menghadapi jalan buntu dalam menyelesaikan masalah berkaitan tahap ekonomi negara. Berikutan belanjawan Negara mencatatkan defisit perbelanjaan tahunan berturut-turut untuk tahun yang ke-13. Namun, kebijaksanaan dan kemahiran urustadbir yang baik amatlah diperlukan bagi mengimbangi keperluan rakyat serta kondisi semasa ekonomi negara. Penjelasan yang diberikan oleh Kerajaan sehingga ke saat ini, masih belum mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap wibawa kerajaan UMNO-BN dalam menguruskan soal kewangan negara.

Sekali lagi, contohilah Kerajaan Islam Kelantan dalam cara mereka mengawal ekonomi negeri mereka. Walaupun dilihat kecil dan sederhana, tetapi kekayaan negeri diagih sebaiknya berbanding Sabah, Serawak dan Terengganu, sekalipun hasil buminya banyak, namun rakyat masih miskin. Sudahlah miskin harta, terlindung pula dari mendapat cahaya kebenaran dan seringkali tertinggal dalam proses perubahan dan kemajuan. Mungkin ramai yang berkata Kelantan dan negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dianaktirikan, tetapi bila melihatkan kepada Terengganu, Sabah dan Serawak, saya rasa negeri-negeri ini sudah menjadi Yatim Piatu kerana ibu dan bapanya yang sudah hilang kewarasan dan gagal membuat pertimbangan akal yang sihat. 

Belum lagi kita bincangkan mengenai konsep federalisme dan semangat Raja Berpelembagaan. Semuanya hanya akan membuktikan, di Malaysia ini tiada yang lebih bersalah daripada UMNO-BN dan punca segala jenis kesalahan juga hanyalah UMNO-BN. Untuk UMNO-BN, semuanya salah dan tiada yang tidak salah melainkan yang salah-salah belaka.

AlhamduliLlah, Harapan untuk perubahan dihidupkan dengan pembohongan yang perlu dipercayai  dalam BUKU JINGGA keluaran PAKATAN RAKYAT tidak lama lagi. Rakyat perlu terus menghidupkan harapan ini dengan membuka seluas-luasnya ruang dan peluang untuk harapan ini subur dalam hati setiap rakyat. Agar Negara Malaysia yang kita cintai ini kembali disinari cahaya kebenaran, kebajikan dan keadilan.

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA!!!

Friday, December 24, 2010

Kenduri 100 hari...

Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung baru-baru ini menggariskan beberapa agenda perubahan dan reformasi yang akan dilakukan secara besar-besaran dalam tempoh 100 hari pemerintahan. Ada dua petanda yang baik, pertama kesatuan agenda di dalam Pakatan Rakyat, kedua kesungguhan Pakatan Rakyat untuk menjadi solusi kepada permasalahan yang melanda rakyat dan seluruh entiti dalam negara pada ketika ini.

Sudah tentu, UMNO diwakili oleh Najib meluahkan kebimbangan terhadap "belanja" yang diperlukan untuk menjayakan kenduri ini, namun sebagai pihak yang bersedia untuk memikul amanah dan tanggungjawab, saya yakin Pakatan Rakyat bersedia untuk menanggung segala risiko dan memulangkan segala "hutang" yang dipinjamkan oleh rakyat kepada para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Rakyat sudah terlalu dahaga dan hampir kebulur dek kebajikan mereka yang semakin diabaikan. Harapan untuk merasai kenduri 100 hari merupakan tawaran yang dinanti-nantikan oleh segenap pelusuk negara. 

Oleh kerana kenduri 100 hari ini adalah kenduri yang sangat besar, maka kerja rewangnya juga memerlukan tenaga yang banyak. Tidak cukup dengan melibatkan pimpinan atau orang-orang politik semata-mata, malah rakyat khususnya anak-anak muda perlu sama-sama bergotong-royong membuat segala persiapan yang perlu bagi memastikan kelancaran kenduri tersebut. Sudah tentu, agenda utama ialah memastikan tempat kenduri ini ditempah terlebih dahulu, dan semestinya Putrajaya adalah lokasi yang sangat tepat untuk dilangsungkan kenduri ini.

Hanya Putrajaya sahaja yang mampu menampung 26juta rakyat yang mahu merasai kenduri ini. Dan hanya Putrajaya yang lebih cocok untuk dijadikan tempat kenduri, dengan pemandangan yang indah, dengan masjid yang besar, sudah pasti mampu menampung bilangan hadirin yang ramai.

Usaha untuk menggerakkan perubahan ini perlu disambut baik oleh semua pihak. Kita tidak seperti UMNO-BN yang suka bertelagah dan bercakar kerana merebut kuasa, kita punya kaedah dan disiplin yang tersendiri dalam menentukan corak dan hala tuju kita bersama. Siapa sangka, doktrin pemecahan dan pengasingan bangsa yang ditanam oleh penjajah dan kini disemai serta dibajai oleh UMNO-BN juga akan mati dan terhapus dengan kejayaan kenduri 100 hari ini.

Kita perlu tunjukkan kepada UMNO-BN cara yang betul untuk menyemai dan memupuk perpaduan. Sekadar topeng yang bermuka-muka, tidak akan menyelesaikan masalah.Apalagi kalau dayus mengikut kehendak isteri yang bukan-bukan. Lihat bagaimana setianya Wan Azizah mempertahankan "kelelakian" suamninya, sekalipun setiap hari dan sepanjang masa "kelelakian" suaminya itulah yang digugat oleh media.

Menyelamatkan bangsa hanya mampu dilaksanakan dengan ilmu. Sedang ilmu yang paling berguna ialah ilmu Agama. Ilmu penyuluh jalan. Dengan adanya ilmu, perkembangan tamadun kebendaan dapat diisi dengan tamadun kemanusiaan. Masalah timbul apabila tamadun akal yang mundur di Malaysia ini dikejutkan dengan perkembangan teknologi yang belum mampu disambut baik oleh rakyat. Natijahnya, perkembangan dan kemajuan yang hanya mendatangkan kerosakan.

Seperkara yang menarik mengenai kenduri 100 hari ini ialah, menunjukkan secara jelas kepada kita bahawa yang cuba diselesaikan di sini bukanlah masalah berkaitan dengan pemimpin negara. Boleh jadi, masalah berkaitan pemimpin negara ini yang kesepuluh antara puluhan masalah utama yang melanda kita ketika ini. Akan tetapi masalah yang cuba diselesaikan di sini ialah masalah kepimpinan negara.

Kepincangan dalam diri pemimpin tidaklah sebesar kepincangan dalam urusan kepimpinan. Soalnya sekarang, kita berhadapan dengan disiplin kepimpinan yang korup, amalan demokrasi yang berat sebelah, penipuan, penyelewengan, rasuah, penindasan dan macam-macam kerosakan yang sebenarnya disebabkan oleh pincangnya disiplin kepimpinan dalam negara. Rombakan yang perlu dibuat, tidak akan selesai sekiranya kita menggantikan penama-penama tertentu dengan nama-nama yang baru. 

Sekalipun 100% nama yang ada di dalam barisan Kabinet Negara itu ditukar, nama dan warnanya sekalipun, jika disiplin dan kepincangan kepimpinan itu tidak berubah, maka hasilnya tetap sama. Kita perlu membuat perubahan total. Setuju untuk kita mulakan daripada pucuk, menuju ke akar umbi. Tapi masalah pokok yang kita hadapi ialah amalan pentadbiran yang jauh menyimpang dan menyeleweng dari amalan kepimpinan yang berkesan.

Selesaikan masalah kita terhadap kepimpinan terlebih dahulu, langsaikan hutang kita dengan pemimpin kemudian.

Kepimpinan mengikut kaedah urustadbir yang berkesan, Good Governance yang telah lama kita pelajari, nah sekarang adalah masa untuk kita amalkan. Ketelusan, partisipasi, kedaulatan undang-undang dan sebagainya, adalah kunci kepada perubahan kepimpinan yang kita idam-idamkan. Jawapan yang mudah ialah kembali kepada Islam. Al-Quran mengajar kita, sekalipun yang telah disabitkan kesalahan itu ialah ahli keluarga kita sekalipun, maka kita perlu laksanakan hukuman yang setimpal.

Jika berhutang mesti ada saksi, jika berurusan tidak mengamalkan riba, tidak menghebahkan perkara-perkara yang sia-sia, menjaga batas-batas pergaulan, mengutamakan pendidikan dan pelbagai aspek pentadbiran dan politik yang perlu diamalkan oleh kepimpinan negara.

Semoga harapan untuk kenduri 100 hari ini akan menjadi kenyataan. Dan jika ianya menjadi kenyataan, jangan segan untuk sama-sama kita meriahkan. Untuk tujuan itu, sama-samalah kita berganding bahu memerah idea dan keringat memastikan persiapan menuju ke Putrajaya dapat dilaksanakan dengan baik.

Tahun 2011, TAHUN PERUBAHAN...

Tahniah!!! Teruskan langkah usah ragu...

13 dan 14 Oktober yang lalu, saya bersama-sama sahabat saya, Hakim, diundang untuk mengendalikan program motivasi bersama pelajar-pelajar Tingkatan 3, SMKA Kuala Selangor. Walaupun hanya dua hari bersama, tapi banyak perkara yang dapat saya pelajari daripada adik-adik Form 3, SMKA Kuala Selangor.
video

Lagu ni kami(saya dan Hakim Ibnu Zul) pilih sebagai lagu tema program dua hari yang banyak menceritakan mengenai SIAPA KITA, MAN ANA yang sebenarnya. Jom kita tengok sikit liriknya, sambil menonton sedikit gambar kenang-kenangan yang masih saya simpan. 


Bila Diri Disayangi - Ukay's

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
Keagungan kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu,
Terasa diriku kembali dipandu

Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri




Tahniah buat mereka yang berjaya dalam PMR yang telah pun diumumkan keputusannya hari ini, buat yang kurang bernasib baik, teruskan perjuangan, bak kata orang, Life must go on!! 

Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk ukiran kejayaan yang lebih gemilang suatu masa nanti.

Pesan saya, biar apa pun yang terjadi, percayalah bahawa Allah pastikan bersamamu, bila kau selalu bersamaNya.. :-)

Wednesday, December 22, 2010

Konsep Sirr Dan Hazar

DEFINISI

Sirr dari segi bahasa bermaksud rahsia, sementara Hazar bermaksud kewaspadaan. Antara perkara yang wajib ada pada sesebuah gerakan ialah konsep sirr dan hazar. Iaitu kerahsiaan dan kewaspadaan. Kerahsiaan merujuk kepada perkara-perkara penting yang perlu dirahsiakan terutamanya kepada pihak musuh, namun ada juga perkara-perkara yang perlu dirahsiakan kepada ahli sendiri. Antara yang perlu dirahsiakan ialah perkara-perkara yang melibatkan strategi sulit, perkara-perkara yang boleh mendatangkan aib, isu-isu sensitif dan sebagainya. 

Sebenarnya, bukan sahaja di dalam gerakan, konsep sirr ini sebenarnya perlu dalam kebanyakan aktiviti kehidupan kita. Bermula daripada pengurusan diri, rumah tangga, masyarakat, tempat kerja, negara mahupun dunia. Oleh kerana manusia diciptakan dengan pelbagai tujuan dan kepentingan, maka kerahsiaan adalah sangat perlu bagi mengelakkan sebarang konflik atau kontroversi samada berpunca dari dalaman sesebuah organisasi, mahupun daripada luaran.

Secara umumnya, konsep sirr bergantung kepada tahap kewaspadaan, hazar. Hazar seperti yang telah diterangkan di awal tadi, mempunyai dua jenis kewaspadaan yang utama. Iaitu waspada terhadap ancaman luaran dan dalaman. 

HAZAR TERHADAP ANCAMAN LUARAN

Ancaman luaran boleh diklasifikasikan sebagai musuh, pesaing, mahupun segala entiti yang tidak berkaitan dengan sesebuah organisasi. Tahap kewaspadaan menentukan tahap aliran maklumat yang berlaku antara kedua belah pihak. Semakin bahaya ancaman yang diberikan, maka semakin tinggi tahap kewaspadaan dan semakin tinggi jugalah tahap kerahsiaan.Kelalaian kita dalam menjaga kerahsiaan dan kewaspadaan luaran ini seringkali membuatkan kita "MENCETUSKAN KONTROVERSI YANG MERUGIKAN DAKWAH".

Ramai yang masih sangsi dengan gerakan Islam. Kadang-kadang kita tidak perlu pun menyatakan bahawa kita adalah ahli gerakan ISlam. Kerana dibimbangi akan ada ancaman daripada mereka yang tidak setuju, juga daripada mereka yang tidak faham. Akhirnya, keterbukaan kita mengundang pelbagai spekulasi dan kontroversi yang akhirnya akan merugikan misi dan visi dakwah yang kita bawa.

Berhati-hati di sini tidak bermaksud kita perlu menghentikan segala bentuk syiar dan langsung tidak mahu menzahirkan. Tetapi, berwaspadalah dengan segala tindakan. Malah, hazar ini sebenarnya bukanlah tetapan atau sempadan yang diletakkan semata-mata untuk mengongkong atau menjaga keselamatan semata-mata. Bahkan, konsep sirr dan hazar inilah yang sebenarnya membantu kita merancang strategi dengan lebih berkesan. Kita perlu memandang Hazar sebagai satu jenis strategi dalam memantapkan gerakan, bukan beban yang merencatkan perancangan.

HAZAR TERHADAP ANCAMAN DALAMAN

Seterusnya, hazar dari segi dalaman. Hazar dalam konteks dalaman agak kurang dibincangkan, sedangkan hazar jenis inilah yang lebih perlu diberikan perhatian.Terbahagi kepada tiga kategori, hazar terhadap hawa nafsu, keluarga termasuk isteri, anak, ibu dan bapa, dan yang ketiga hazar terhadap maksiat.

Kita perlu memandang Hazar sebagai satu jenis strategi dalam memantapkan gerakan, bukan beban yang merencatkan perancangan.
Hazar Terhadap ancaman dalaman: 1. Maksiat

Benar, berada dalam gerakan tidak bermakna kita akan terlepas daripada melakukan maksiat kepada Allah Ta'ala. Kerana kita juga manusia, maka kita perlu sentiasa berwaspada daripada melakukan maksiat, atau salah laku kepada Allah Ta'ala. Maksiat bererti perkara yang dibenci oleh Allah, dan berdosa jika kita melakukannya. Maksiat kecil atau besar, kedua-duanya boleh menjejaskan keberkatan terhadap agenda yang kita bawa. 

Antara ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya maksiat ini ialah, tidak mengikut syariat, melakukan perkara-perkara yang sia-sia, dan melampau dalam membuat sesuatu pekerjaan. Membazir, tidak menghormati orang tua, bercakap mengenai keburukan orang, mengumpat, mencaci, memfitnah, tidak menjaga hubungan dengan manusia, apalagi jika tidak menjaga hubungan dengan Allah Ta'ala. Lalai dalam melaksanakan kerja taat juga termasuk dalam perkara-perkara maksiat.

Hazar Terhadap ancaman dalaman: 2. Keluarga


Seterusnya, waspada terhadap kaum keluarga. Seperti yang diterangkan di dalam surah Al-Munafiqun, 63:9, 
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi,"

Keluarga boleh menjadi ancaman sekiranya, keluarga menyebabkan kita lalai dari melakukan kerja taat.  Adakalanya tekanan ini boleh berpunca daripada sekatan-sekatan yang dikenakan ke atas kita, boleh jadi ibu atau bapa kita yang melarang kita untuk terlibat dengan gerakan. Namun, ianya juga boleh berlaku disebabkan oleh pengaruh dan perhatian kita yang terlari disebabkan oleh tumpuan terhadap keluarga. 

Akan tetapi, bagi seorang mukmin, kita perlu faham bahawa perkara seperti ini tidak akan berlaku sekiranya kita mampu membentuk dan memimpin keluarga kita dengan baik agar mereka tidak menjadi fitnah kepada kita. Kerapkali kita menyalahkan ibu, bapa, isteri malah anak-anak kerana kononnya menyusahkan dan menyekat kita, sedangkan yang bersalah dalam hal ini ialah diri kita sendiri yang gagal menjadi contoh dan memberikan kefahaman yang berguna kepada keluarga kita. Saya yakin, ayat ini bukanlah diturunkan untuk "merenggangkan" hubungan kekeluargaan di kalangan ahli gerakan, sebaliknya ada mesej dakwah dan tarbiyyah yang perlu difahami dan digerakkan dengan sebaiknya oleh setiap ahli gerakan. (Doakan saya!)

Sekali lagi ditegaskan, Hazar tidak semata-mata membawa maksud kekangan dan halangan, tetapi lebih kepada strategi yang akan mengukuhkan tindakan dalam sesebuah gerakan.

Hazar Terhadap ancaman dalaman: 3. Hawa Nafsu

Seterusnya, walaupun yang terakhir, namun inilah yang paling berat dan bahaya kepada semua ahli gerakan. Bahkan ramai yang tertumpas kerananya, (Na'uzubiLlahi minzalik). Hazar terhadap hawa nafsu. Saya sifatkan hawa nafsu ini, selain daripada godaan syaitan dan segala macam bentuk maksiat, hawa nafsu ini juga merujuk kepada segala perkara yang berkaitan dengan kepentingan diri, atau lebih dikenali dengan Agenda Peribadi.

Kita kerapkali gagal berbincang untuk mendapatkan keputusan yang tepat disebabkan ada agenda peribadi yang ingin diselesaikan. Misalnya ketika berbincang untuk membahagikan tugas, kadang-kadang kita menjadikan faktor "aku tak mampu" sebagai alasan, padahal yang sebenarnya ialah "Aku tak mahu". Pelik, jika mesyuarat secara majoriti menyatakan kita layak dan patut untuk melaksanakan tugas tersebut, mengapa masih berdalih? Mungkin, jika benar-benar kita mempunyai masalah yang agak berat untuk diceritakan, cuba berbincang secara masak dan matang supaya masalah berkaitan dengan pengagihan tugas ini dapat diselesaikan dengan baik.

Ramai yang menyangka, apabila menyebut berkaitan dengan Agenda Peribadi, terbayang mengenai soal jodoh dan mencari pasangan. Saya tak nafi, tapi bukan ini sahaja agenda peribadi yang sering melanda sesebuah gerakan. Agenda Peribadi ini juga boleh bersifat pemikiran. Misalnya, kita terlalu taksub dengan idea kita sendiri sehingga tidak mahu berbincang dan cuba mendominasi perbincangan dengan idea kita sendiri. Atau mungkin ada kepentingan-kepentingan bersifat duniawi yang lain, yang juga selalu menimpa gerakan.

Dalam hal ini, penyelesaian yang tuntas ialah yang pertama, sentiasa bersihkan hati dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Keduanya, berbincanglah secara masak dan mendalam supaya keputusan yang kita buat secara bersama itu dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Keberkatan dalam berjemaah walaupun pincang adalah jauh lebih baik daripada terus berpisah daripada jemaah.

Untuk memastikan kita terus bersemangat dalam melaksanakan kerja taat dan menyerahkan jiwa dan raga kita kepada gerakan meninggikan kalimah Allah, kita perlu sentiasa optimis terhadap kemampuan kita dan sahabat-sahabat seperjuangan, lebih-lebih lagi sahabat-sahabat seakidah dengan kita. Maka istilah yang sangat sesuai ialah, TAQWA, takut tapi rindu. Kita berhati-hati dan meracang strategi dengan penuh kritikal, kreatif dan berhati-hati, takut sekiranya tersalah, namun kita tetap akan terus melangkah kerana rindu dan cinta kita kepada rahmat dan redha Allah. Terus melangkah tanpa ragu.

Kesimpulan, pencerahan terhadap konsep sirr dan hazar amatlah diperlukan untuk melahirkan sebuah gerakan yang kuat dan bertenaga. Selain mengukuhkan keselamatan, konsep sirr dan hazar ini menyelamatkan kita daripada ancaman musuh mahupun ancaman terhadap agenda peribadi, samada yang kita sedari lebih-lebih lagi yang tidak kita sedari. Cukuplah Allah bagiku, Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, dan Dialah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.

Thursday, November 25, 2010

Popular

Ada dua pengertian yang biasa dikaitkan dengan "popular", pertama ialah terkenal atau dikenali ramai. Popular juga dikaitkan dengan pilihan ramai. Terkenal dan terpilih. Mengenali seseorang belum tentu membuatkan kita memilihnya. Begitu juga dalam perkara-perkara yang melibatkan nilai, barangan, dan sebagainya. Malangnya, setiap yang dikenali itu akan lebih mudah untuk terpilih.

Pilihanraya misalnya, adalah peperangan "populariti" antara calon-calon yang bertanding. Jumlah undi adalah terjemahan populariti yang dimiliki oleh calon yang bertanding. Yang lebih popular akan menerima lebih banyak undi berbanding yang kurang popular.

Saya tidak berminat untuk menumpukan isu ini pada pilihanraya walaupun itulah natijah utama kefahaman mengenainya, namun saya suka untuk mengaitkan "popular" ini dengan nilai yang menjadi pegangan masyarakat. Saya mulakan dengan politik. Politik, begitu popular dikaitkan dengan penipuan, penyelewengan, kekuasaan, gila kuasa, dan sebagainya. Secara mudahnya, politik lebih popular dikaitkan dengan amalan-amalan negatif pelakunya. Memang ini yang biasa didedahkan dan 

Sebenarnya, dan saya yakin semua pun tahu mengenaninya, sebenarnya ada perspektif lain mengenai politik yang lebih menyeluruh. Dasarnya, politik ini adalah seni. Untuk hidup dengan baik, kita memerlukan sistem, tetapi kita tidak boleh terlalu bergantung dengan sistem tanpa kaedah perlaksanaan yang berkesan dan efektif. Maka politik adalah jawapan kepada seni menyelesaikan masalah tersebut. Politik mengajar kita cara untuk berkomunikasi, menyampaikan dan menyalurkan maklumat serta idea. Mempengaruhi pemikiran dan tindak-tanduk masyarakat dengan politik. Anehnya, apabila segelintir "orang jahat" yang juga sangat popular menggunakan politik ini untuk kepentingan peribadi mereka, langsung dipopularkan politik ini dengan kegilaan kuasa.

Hakikatnya, ia adalah seni yang sangat indah dan mengindahkan, apalagi untuk mencapai sesuatu yang indah iaitu hidup bersama Tuhan, dengan mesej yang juga sangat indah, MEMBANGUN BERSAMA ISLAM, tapi "dipolitikkan" sebaliknya.

Saya optimis, sebenarnya masih ramai yang akan bersetuju dengan saya. Bahawa dunia ini masih boleh diselamatkan. Walau merata tempat yang kita lawati, hanya berita -berita yang tidak selamat yang kita terima, namun saya yakin kita sebenarnya sedang berhadapan dengan keburukan yang dipopularkan. Walhal, kebaikan itu sebenarnya ada dan masih banyak.

Masih ada anak-anak yang cuba sedaya-upaya mereka menggembirakan ibu dan bapa mereka. Masih ada pelajar yang menghormati dan menyanjungi guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang mengajarkan mereka ilmu. Masih ada yang ikhlas memberikan sumbangan kepada fakir miskin tanpa mengharapkan balasan. Masih ada yang memberikan perkhidmatan secara ikhlas dan mengharapkan bayaran dengan jumlah yang sesuai dengan perkhidmatan yang diberikan. Masih ramai lagi yang mahu Islam memerintah negara ini dengan nilai dan undang-undangnya yang syumul dan membawa kebaikan.

Masih ramai yang baik. Saya sendiri pelik. Kenapa saya menggunakan perkataan "masih ada". Seolah-olah untuk mencari yang "masih ada" ini juga sangat sukar. Benar, untuk mencari yang "masih ada" ini juga sangat sukar dek populariti yang diraih oleh yang tidak baik itu terlalu banyak dan liputan mengenainya hampir merangkumi seluruh sistem kepercayaan masyarakat yang ada sekarang.

Begitu ramai yang percaya apa yang mereka dengar dan lihat. Hakikatnya, pertembungan antara baik dan buruk ini berlaku sama banyak. Sekalipun berada di ambang kehancuran dunia, masih ramai yang baik. Anda adalah contoh yang baik kerana masih sanggup membaca artikel ini hingga ke akhirnya.. :-)

Kita perlu melakukan rombakan terhadap sistem kepercayaan masyarakat. Kita perlu menjadi sangat popular, supaya nilai yang kita pegang akan turut popular bersama. Jika kita yang mengamalkan kebaikan ini malu-malu dan segan untuk tampil memperkenalkan nilai yang kita pegang, takut untuk menyuarakan kebenaran, malas untuk berjuang mempertahankan pandangan, maka kita hanya akan mempercepatkan nilai yang buruk memimpin dan menguasai dunia. Bahkan sekarang, nilai yang buruk ini sedang melonjak naik popularitinya dan semakin dikenali dan dipilih oleh orang ramai.

Kita perlu menjadi agen Islam, duta yang memperkenalkan masyarakat wajah dan ciri-ciri istimewa yang terdapat padanya. Tanggungjawab melakukan pencerahan terletak di atas bahu kita. Kalaupun kita tidak mahu memikulnya, Allah Ta'ala akan lantik kelompok manusia yang jauh lebih baik daripada kita, dan kita sedikitpun tidak akan dapat memudaratkan mereka, apalagi menghalang misi yang mereka bawa.

There is no grey area, it is either Black or White. You choose what you are!!!!

Wednesday, November 24, 2010

Kerana Dia

Pada suatu hari, seorang lelaki, berusia awal 30-an, bekerja sebagai seorang tukang sapu. Hari itu, dia ditugaskan untuk menyapu sampah di sebatang jalan. Tidak seperti hari yang lain, pagi itu lelaki berkenaan keluar awal untuk bekerja meninggalkan isteri dan seorang anaknya yang masih kecil. Bermula agak awal, hanya dia seorang sahaja yang bertugas di jalanraya tersebut ketika itu.

Sedang dia asyik menyapu daun-daun kering yang gugur dari pokok yang ditanam menghiasi sepanjang jalan berkenaan, tiba-tiba datanglah sebuah kereta Honda Accord 2.0 meluru dengan laju dan melanggar lelaki berkenaan. Takdir Allah menentukan, dia meninggal di tempat kejadian dan kembali ke rahmat Allah disebabkan kecederaan yang teruk di kepala.

Pemandu Honda Accord 2.0 berkenaan berasa bersalah dan ingin menebus kesalahannya. Lelaki tersebut, yang juga berbangsa Cina dan beragama Buddha pergi ke rumah tukang sapu berkenaan untuk meminta maaf dan menebus kesalahan daripada keluarga Allahyarham.Bertemulah dia dengan balu serta isteri tukang sapu berkenaan.

Ketika itu, suasana muram dan rumah wanita berkenaan dipenuhi ramai saudara-mara dan sahabat handai yang hadir memberikan ucapan takziah dan membacakan yasin serta tahlil buat Allahyarham. Lelaki cina berkenaan menghampiran wanita tersebut, dan berkata,

"Puan, saya Peter, saya yang langgar suami puan," Peter memberanikan diri membuat pengakuan, menyebabkan orang ramai yang berada di rumah berkenaan menjadi sangat terkejut.

"Owh, awak. Saya tahu, dan saya telah memaafkan awak," balas wanita berkenaan, kali ini respon yang diberikan oleh wanita berkenaan tambah mengejutkan tetamu yang hadir, apalagi Peter yang terkebil-kebil matanya memerhatikan raut wajah wanita berkenaan yang sungguh tenang menghadapi detik sukar kematian suami.

"Benarkah apa yang puan sebutkan ini? Berilah saya peluang untuk menebus kesalahan saya," ujar Peter tidak berpuas hati dengan respon yang diterima.

"Kalau begitu, awak jagalah nyawa awak dengan baik, semoga Tuhan merahmati awak sekeluarga," balas wanita berkenaan, sempat juga dia mengukir senyuman cuba menenangkan dan mententeramkan jiwa Peter yang berkecamuk.

"Saya rasa awak dengar dan faham apa yang Puan Farah sebut bukan? Apa tunggu lagi?" seorang lelaki bangun dan menerpa ke arah Peter, berang dengan tindakan Peter yang seakan mengganggu majlis dan suasana di rumah tersebut.

Peter akur, lantas mengundurkan diri sambil memohon maaf kepada wanita berkenaan dan kepada sekalian yang hadir. Belum sempat lelaki yang berang tadi bangun dari tempat duduknya, wanita berkenaan menahannya dan berkata,

"Tak baik buat macam tu, saya rasa kalau Abg Man hidup lagi, tentu dia tak suka apa yang kita buat," ujar wanita berkenaan. sekalian yang hadir kembali meneruskan bacaan sehinggalah jenazah Man dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam yang berdekatan.

Keesokan harinya, ketika waktu tengahari, rumah wanita berkenaan masih tidak putus dengan kehadiran tetamu yang hadir memberikan ucapan takziah dan kata-kata sokongan kepada wanita berkenaan. Walaupun keluarganya agak sederhana, tetapi kenalan dan saudara-mara yang hadir tidak putus kerana kebaikan dan kelebihan yang ada pada Man dan keluarganya itu.

Tiba-tiba, Peter muncul sekali lagi, kali ini dengan sedikit buah tangan. Sekali lagi dia memohon ampun kepada wanita berkenaan. Teresak-esak dia merayu di muka pintu agar dimaafkan. "Puan, tolonglah maafkan saya. Saya bersalah, berilah saya peluang untuk menebus kesalahan saya," ujar lelaki itu dalam nada yang tersekat-sekat.

"Saudara, saya sudah memafkan awak. Saya pasti, suami saya juga sudah memafkan awak," balas wanita tersebut, dengan tenang dan lemah lembut.

Peter tergamam, terkesima dengan kata-kata wanita tersebut yang sungguh menyentuh perasaannya. Namun dia masih belum berputus asa. Sehinggalah, beberapan orang tetamu menasihatkannya pulang, barulah dia pulang dengan perasaan yang hampa. Keesokan harinya juga begitu. Peter menjadi semakin terdesak. Keadaan dirinya serba tidak terurus. Urusan kerjanya ditinggalkan. Masanya dihabiskan dengan bersendirian, selain pergi ke rumah wanita tadi untuk memohon maaf dan memberikan saguhati kepada wanita berkenaan dan anaknya. Pelbagai usaha dilakukan agar dirinya diberi peluang untuk menebus kesalahan, namun respon yang diberikan oleh wanita berkenaan, tidak berjaya mententeramkan jiwanya yang diselubungi perasaan bersalah.

Seminggu berlalu, Peter masih tidak serik ke rumah berkenaan. Sehinggalah pada hari ke-9 pemergian Man, Peter berjumpa dengan wanita berkenaan. Dengan nada yang sama, dengan perlakuan dan aksi yang lebih kurang serupa, Peter memohon maaf daripada wanita berkenaan. Tetapi kali ini dengan penuh harap. Di dalam hatinya, Peter tekad tidak akan berganjak selagi tidak diberi peluang untuk menebus kesalahannya.

"Peter, sebenarya awak tak bersalah," wanita tersebut terpaksa memulakan bicaranya. Peter tersentak, jawapan yang diberikan semakin mengganggu fikirannya.

Melihat kerutan pada dahi Peter yang semakin bertambah, wanita berkenaan menyambung, "yang bersalah ialah orang yang reka kereta awak. Sebab, dia cipta enjin yang berkuasa tinggi sehingga membolehkan awak memandu laju dan melanggar suami saya," terang wanita tersebut.

Belum sempat Peter memberikan hujah balas, wanita tersebut menyambung lagi, "dan mungkin bukan orang yang reka kereta ni yang salah, sebaliknya orang yang reka jalanraya tempat suami saya menyapu yang salah. Mereka bina jalanraya dengan simpang yang tidak menitikberatkan keselamatan pengguna, sehingga menyebabkan awak melanggar suami saya," penerangan wanita berkenaan semakin menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Peter, "apa agaknya yang ingin disampaikan oleh wanita ini?" bisik Peter di dalam hatinya.

"Atau jika tidakpun, mungkin orang yang bertanggungjawab menjaga lampu lintas di awal jalan itu yang bersalah. Jika merah atau hijaunya dipanjangkan atau dipendekkan sedikit masanya, sudah tentu kereta awak juga tidak sempat melanggar suami saya," jelas wanita itu lagi.

"barangkali, yang bersalah ialah yang menanam pokok di tepi jalan itulah yang bersalah kerana pokoknya telah menggugurkan daun menyebabkan daun itu terpaksa disapu oleh suami saya, menyebabkan awak berkesempatan melanggarnya ketika itu," jelas wanita itu, dengan nada yang serius dan seolah-olah begitu mengesali kejadian dan kemalangan yang menimpa dirinya. Lopak matanya berair, namun titisannya tidak sempat gugur ke pipi lantaran ketabahan dan kecekalan jiwa yang ada padanya.

"Mungkin mereka semua tidak bersalah, sebaliknya sayalah yang sebenarnya pesalah dalam hal ini. Jika pada pagi tersebut saya menjamu suami saya makan dengan sarapan yang enak, bermanja sebelum dia pergi bekerja, sudah tentu suami saya akan keluar bekerja pada waktu yang sepatutnya, dan akan ada teman yang dapat menjaga keselamatan dirinya, dan sudah tentu, kemalangan pada pagi itu tidak akan berlaku sama sekali," terang wanita itu lagi. Kali ini, lopak matanya sudah tidak mampu menampung air matanya, lantas pipinya dibasahi air yang sudah sekian lama ditahan. Wanita tadi tunduk, tangisannya tidak berbunyi, sesunyi suasana pagi di rumahnya itu. Anak lelakinya disisi, melihat ibunya yang sedang menangis, "mak, kenapa mak menangis?" soal anak kecil itu.

Peter semakin kebingungan. Dia menjadi hilang punca. Tanpa dia sedari tangisannya juga sudah berhenti, air mata dan hingusnya juga sudah kering. Ligat otaknya berfikir, apa agaknya yang cuba disampaikan oleh wanita tadi. Semua pesalah tadi sangat logik untuk disalahkan. Sedikit sebanyak, jawapan yang diberikan oleh wanita tadi melegakan perasaannya. Namun, hatinya menjadi serba salah, kerana kesalahan itu akhirnya diletakkan ke atas isteri Allahyarham yang telah dilanggar secara tidak sengaja tempoh hari.

"Beginilah," wanita tadi menyambung bicaranya semula selepas menenangkan dirinya selama beberapa minit. 

"Saya, sebagai seorang Muslim, percaya kepada kekuasaan Allah Ta'ala yang telah menciptakan manusia. Dia yang menciptakan saya, dan awak juga. Dia yang menghidupkan maka Dialah yang selayaknya mematikan hambaNya. Saya pasrah akan takdir yang telah disuratkan ke atas saya, dan saya mahu awak juga begitu. Saya percaya, setiap kejadian ada pengajaran dan hikmah yang tertentu, untuk saya, anak saya, bahkan untuk awak juga. Suami saya pergi dulu, kerana Tuhan lebih sayangkan dia, dan kita ini masih hidup juga kerana kasih dan sayangNya," terang wanita itu lagi. "Awak percaya pada Tuhan?"

Peter tergamam, kata-kata itu begitu asing bagi dirinya. Namun, kata-kata itu begitu menenangkan dan mententeramkan jiwanya. Siapakah Allah? Benarkah Dia yang telah menciptakan dirinya? 

Kali ini, Peter pulang dengan hati yang tenang. Dia yakin pada penerangan yang diberikan oleh wanita itu. Namun akalnya pula yang berselirat. Dia begitu berminat mahu mengenali siapakah Allah itu sebenarnya. Mengapa begitu sekali hebatnya Allah sehingga mampu menjadikan seorang wanita yang tidak bekerja dan tidak berpendidikan tinggi begitu tenang menghadapi detik-detik sukar dalam hidupnya.

Setelah dipertemukan dengan abang wanita itu, Ridhuan, Peter mengucap dua kalimah syahadah, setelah hampir sebulan belajar dan mendalami Islam. Peter mengakui, dia pada hakikatnya belum benar-benar memahami Islam. Bahkan akalnya juga belum mampu memikirkan. Namun jiwanya memberontak, seakan tidak mahu menangguhkan ketenangan yang bakal diperolehinya apabila hidup bertuhan.

Dia akur, semuanya hanyalah kerana Dia. Dia yang menentukan segala, moga hidup dan mati keranaNya. 

Sabar, bukan hanya terhadap perkara yang kita tak dapat, atau perkara yang kita dapat, malah yang paling penting ialah sabar sebelum kita Mati, KERANA MATI ITU PASTI.

Bila-bila masa kita dilanda perasaan resah dan gelisah, ingatlah Tuhan sentiasa bersama malah dekat dengan hambaNya. Kerana persandaran makhluk hanya pada Tuhannya, tempat dia pasrahkan segalanya. JOM TERUSKAN BERSABAR, dalam perjuangan mencari redhaNya.

Friday, November 12, 2010

Penipu Besar!!!

Pernah kita diajukan soalan, sekiranya ada peminta sedekah datang ke meja makan, meminta supaya diberikan sedikit wang untuknya, dengan muka yang menagih belas dan simpati, menatap wajah kita yang sedang makan dengan senang hati. Patut atau tidak diberikan wang? 

Tak pelik, jawapan kita akan berubah-ubah setiap kali soalan yang sama diajukan. Bahkan setiap kali berdepan dengan situasi yang sama, keputusannya juga berbeza. Sudah tentu, ianya bergantung kepada kandungan wang yang kita ada. Juga "saiz" wang yang terkandung di dalam dompet mahupun beg tangan. Tidak kurang juga pengaruh label "penipu" atau "sindiket peminta sedekah" yang sangat laris di pasaran mempengaruhi setiap keputusan yang kita ambil. Sesetengah orang, sempat juga dia memilih bulu dan rupa untuk memberi.

Ya, mereka(peminta sedekah) mungkin sedang menipu.

Suatu ketika, saya melawat satu-satunya majid di Bandar Shenzhen. Diberitahukan kepada saya oleh Imam, Mohammad Ali namanya, jumlah jemaah mencecah 5000 orang. Ketika di Masjid tersebut, ada saudara seagama saya, berbangsa China, berasal dari wilayah utara Negara Komunis tersebut, menjual Kacang Keras dan kismis. Dia meletakkan harga yang sedikit tinggi berbanding harga yang pernah saya temui di tempat-tempat lain sebelum daripada itu. Anehnya, saya membeli hanya pada dia dengan jumlah yang agak banyak. 

Melihatkan saya membeli kacang tersebut, maka ramai pula yang terpengaruh turut mengikut saya membeli kacang dan kismis yang dijual oleh pemuda tersebut. Penimbangnya "oldskool", kalau yang pernah hidup 20-30 tahun yang dulu mungkin pernah tengok penimbang dacing yang sangat unik dan menarik itu. 

Selepas daripada itu, kami berpindah tempat dan melawat tempat seterusnya. Tiba-tiba ada yang menyapa salah seorang daripada kami yang turut membeli, 

"Puan, dia jual mahal la! Puan dah kena tipu ni," ujar salah seorang peserta rombongan yang tidak terpengaruh untuk turut membeli.

"Eh ye ke?? Takpe, saya beli dengan saudara saya, mereka hidup tak semewah kita," balas wanita tersebut cuba meringkaskan perbualan.

Orang itu pun beralah, sambil meminta sedikit kacang yang dibeli itu, "Tapi sedap dan berlemak kacangnya kan?" ujarnya menutup bicara.

"A'ah," balas wanita tadi ringkas, sambil tersenyum.

Tapi, situasi begini tidak kerap berlaku ke atas kita, apalagi saya. Jika di Bangi, perkara yang selalu saya sebutkan kepada mereka yang cuba menipu dan mempengaruhi saya ialah, "Takpe ye, terima kasih," ujar saya dengan keringnya.

Kebiasaannya kita sering berfikir lebih banyak ketika hendak memberi dan kurang berfikir ketika menerima. Kalau orang bagi, tak sempat mata nak berkelip kita dah terima. Tapi kalau orang meminta, lapan ratus kali kelipan mata pun belum tentu membulatkan hati kita untuk memberi.

Malang bukan? Bagi saya dan kita semua yang terpedaya dengan penipu kecil dan lupa bahawa di sana ada penipu yang sangat besar.

Bagi saya, ditipu oleh mereka yang kecil-kecil ini, tidaklah seteruk ditipu oleh penipu besar yang sebenar, bahkan kebarangkalian untuk mereka yang kceil-kecil ini untuk menipu boleh jadi hanya 50% sahaja.

Pernah saya diingatkan oleh seorang pelanggan Darul Mubarak, "En Farid, saya dah serahkan duit saya pada Encik, di peringkat saya, dari segi hukumnya dah selesai. Saya rasa tak perlu sijil-sijil, hadiah-hadiah yang bukan-bukan semata-mata nak "MENUNJUKKAN" Encik betul-betul melaksanakan tugas dan amanah yang saya berikan. Sebab yang Maha Mengetahui ialah Allah. ENcik jawab sendiri dengan Allah Ta'ala kalau encik buat salah, di peringkat saya, tanggungjawab saya terhadap arwah dah selesai," tazkirah dan peringatan yang diberikan kepada saya ketika menyerahkan bayaran dan borang Upah Haji.

Sungguh tepat dan terkesan peringatan tersebut.

Kita sering kalut dengan manusia, terlalu teliti, berharap dan sering memaksa. Sedangkan, kita lupa bahawa kita sememangnya berada di pentas dunia, pentas penipu yang paling besar di dunia dan di akhirat. Malah dirakam di dalam banyak ayat Al-Quran Al-Karim.

Kita menyangka dengan ketelitian kita mengelakkan kita ditipu menyelamatkan harta kita di dunia, sedangkan sebenarnya kekikiran kita menyebabkan harta kita di akhirat ditipu oleh raja segala penipu iaitu dunia.

Bersempena dengan sambutan Hari Raya Qurban yang semakin dekat dan semakin suntuk. Jom kita berkorban, mengelakkan diri kita ditipu oleh Dunia.

Thursday, November 11, 2010

Sepuluh Hari... - Gambar Guangzhou, Shenzhen dan Hongkong.

Klik pada gambar untuk paparan "Saiz Asal"

Perabot Jalan yang menghiasi sepanjang jalan utama di Guangzhou. ("perabot" ialah istilah yang digunakan untuk sebarang objek tambahan jalan raya)

Bunga-bunga dihias dengan begitu cantik membentuk pelbagai corak.
Menziarahi Makam Saad Bin Abi Waqqas di Guangzhou.

Makam-makam lain di Kompleks Makam Sa'ad Bin Abi Waqqas R.A.. Keterangan terperinci gagal diperolehi kerana masalah bahasa... :-)

Bersama saudara-saudara muslim menikmati Teh Cina yang dihidangkan secara percuma kepada para pengunjung Kompleks Makam tersebut.

Perigi yang dikatakan berusia 1300 tahun dibina oleh Sa'ad bin Abi Waqqas R.A.

Laman Kompleks yang sangat cantik, bersih dan nyaman.

Suasana di dalam Masjid selepas solat Zuhur.

Teruja melihat saudara-saudara muslim dari Negara China.

Taman Bunga di Kompleks Makam.

"Wah, tangkap gambar tak tunggu aku!" jerit budak kecik tu barangkali.

Seorang lelaki muslim yang ditemui di Wan Ling City, menjual kulit haiwan.

Pemandangan malam di Plaza Tol Di Guangzhou.

Bergambar pada waktu pagi di Guangzhou.

Malam di Beijing Street di Guangzhou.

Di tepi Pearl River

Beratur menunggu giliran menaiki kapal, Pearl River Cruise.

Di dalam Kapal River Cruise.

Di Tingkat 3, mengambil gambar pemandangan.

Di Bee House of Guangzhou.

Di Shenzhen. (lupa plak nama jalannya). Tempat membeli belah.

Bergambar di Taman Window Of The World, Shenzhen.

Bersama En Affandi, di belakang kami bangunan2 di WIndow Of The World, memuatkan bangunan-bangunan dan simbolik tempat-tempat berprestij dunia.

Leng Chai.

Berjumpa dengan saudara seakidah yang menjual Kacang Keras.. (sempat pulak diorang mintak ditangkapkan gambar)

Di Avenue, Hong Kong.

Di restoran Muslim, Hong Kong.

Pemandangan dari dalam Bas, melalui Jambatan Terpanjang Di China

Di Hongkong Disneyland. Bila agaknya Mickey Mouse tu nak jatuh??

Keretapi yang membawa pengunjung mengelilingi Hong Kong Disneyland

Wednesday, November 10, 2010

Sepuluh Hari... - Gambar Bandung

Dalam pesawat menuju ke Jakarta.

Keluarga Haji Mohd Taib + Keluarga Darul Mubarak.

Laman homestay di Pesantren Darut Tauhid. Gambar diambil sekitar jam 7 pagi.

Di Masjid Darut Tauhid, Di sinilah A'a Gib selalu menyampaikan kuliahnya. A'a Gib merupakan pengasas dan pengetua Darut Tauhid.

Suasana pagi di Gegerkalong, lorong terletaknya Darut Tauhid

Sarapan pagi di salah sebuah Homestay Darut Tauhid.

Iklim yang agak sejuk membolehkan pokok-pokok yang cantik ini tumbuh dengan subur.

Bersama En Shahrul, Pegawai Operasi Darul Mubarak Cawangan Ipoh.

Tiga Beradik dan anak saudara di Gunung Berapi Tangkuban Perahu, Bandung. 
My beutiful Sisters and my nephew.

Di salah sebuah sudut bergambar yang terdapat di Kawah Ratu, Gunung Berapi Tangkuban Perahu.



Di salah sebuah tempat bergambar, tenang dar pedagang-pedagang yang jauh lebih ramai daripada pengunjung.

Haih~ Tak habis2 gambar dia ni la!


Antara teruna yang menyertai rombongan, dari kiri, Ust(to-be insyaAllah) Adib, En Shahrul, Dr (to-be InsyaAllah) Falihin. Dinner di Cafe Darut Tauhid.

Malam terakhir, berjalan-jalan di sepanjang jalan Gegerkalong, Jagung bakar dan macam-macam dijual di sini. Tengok aja pak.

Dalam bas, perjalanan pulang ke Bandara Soekarno-Hatta. Cowok yang ganteng gitu.

Suasana biasa keadaan lalu lintas di Bandung.

Pemandangan sepanjang lebuh raya ke Jakarta, Padi Bukit yang di tanam bertingkat-tingkat.

Salah satu papan tanda di Darut Tauhid.

Antara Yang Menarik