Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, February 25, 2009

Kembali menyegarkan ingatan...

Hampir 2 bulan telah berlalu. Kekejaman Zionis di Ghaza kini masih belum berkesudahan. Hutang darah dan nyawa rejim zionis masih belum dibayar. Maruah dan hak umat Islam di Ghaza masih tercela dan belum terbela sepenuhnya.

Namun, benarlah bagai dikata, umat Islam pada hari ini ibarat buih di lautan. Ramai, tapi longlai, banyak, tapi berlemak, major, tapi kendur.

Tiada lafaz yang sesuai untuk menggambarkan kelemahan dan kekerdilan umat Islam di bumi pada ketika ini. Ramai yang sedar akan hakikat ini, tetapi tidak ramai yang mahu mengubah hakikat ini.

Beban perubahan ini sebenarnya bukan terletak pada pemimpin umat Islam semata-mata, malah saya, anda, dan semua yang beragama Islam perlu sedar akan realiti semasa yang sangat-sangat memerlukan anjakan dan perubahan.

Perubahan pertama yang sangat-sangat dituntut pada ketika ini ialah, Aqidah. Kita perlu kembali kepada Aqidah yang benar. Membenarkan, mengaku, dan manifestasi penghayatan bahawa "La Ilaha IllaLlah", Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah. Menghayati dengan sesungguhnya bahawa tiada suatu zat pun yang mampu menyamai Allah, apalagi untuk menyaingi kekuasaan Allah.

Segala senang, susah, kaya, miskin, kenyang, lapar, menang mahupun kalah semuanya dibawah tadbir Allah. Keadilan dan Kebijaksanaan Allah dalam menentukan segalanya perlu diimani tanpa ragu.

Keduanya, meneladani contoh agong yang terdapat pada peribadi mulia, Nabi Muhammad SAW. Memahami sirah dan sunnah baginda seterusnya menjadikan sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai manual gerak kerja dalam kehidupan seharian.

Ketiganya, berintima' dengan Jemaah Islam. Berintima' berbeza dengan berdaftar. Memberikan sepenuh komitmen terhadap gerak kerja dan sentiasa berfikir untuk memajukan jemaah untuk mendaulatkan Islam.

Kenapa saya memilih ketiga-tiga elemen ini? Betul, elemen-elemen ini sebenarnya adalah common sense untuk majoriti umat Islam kecuali yang ketiga, Intima'. Elemen pertama menyentuh mengenai hadaf, matlamat, visi, dan juga ghayah untuk gerak kerja kita sebagai manusia. Elemen kedua ialah manual gerak kerja, manakala elemen ketiga pula sebagai modus operandi dan mekanisme terbaik untuk mencapai Visi bertepatan dengan manual yang telah disediakan.

Akan tetapi, jalan untuk memimpin ketiga-tiga perubahan ini sebenarnya lebih jauh daripada apa yang disangka. Bukan mudah untuk memimpin perubahan lebih-lebih lagi perubahan dalam diri sendiri.

Maka saya ingin membawa teman-teman semua meneliti dan memahami perintah pertama yang Allah Ta'ala turunkan untuk umat Islam, (yang terbaik ialah dapatkan penjelasan dari tafsir-tafsir muktabar dan Ulama' yang Ahli)

"Bacalah, Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Yang menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah Dan Tuhanmu Yang Maha Mulia, Yang mengajarkan manusia dengan pena, mengajarkan manusia apa yang tidak mereka ketahui" Al-'ALaq, 1-4.

Allah Ta'ala mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, yang pada ketika itu beruzlah untuk mencari kekuatan, bahawa langkah pertama ke arah Perubahan ialah membaca dengan tujuan memahami, maka Bacalah dengan Nama Tuhan Kita Yang Menciptakan...

Perang antara Islam dan Jahiliyyah tidak akan tamat sehinggalah datangnya Hari Kiamat. Maka sehingga Hari Kiamat, Umat Islam perlu sentiasa mempersiapkan diri menghadapi perang dengan Jahiliyyah. Ayuh, kita bergerak beriringin dan bersama-sama kita memimpin perubahan umat untuk mencapai RedhaNya.

Thursday, February 19, 2009

Umno=aspirasi, umno=Jahiliyyah, maka aspirasi=??

Jahil merupakan perkataan Bahasa Melayu yang sebenarnya berasal dari Bahasa Arab bermaksud tidak mengetahui atau bahasa mudahnya bodoh. Jahiliyyah pula kata terbitan daripada kalimah jahil yang jika diterjemahkan secara linguistik bermakna kebodohan dan kejahilan.

Perkataan Jahiliyyah ini sememangnya agak popular dengan masyarakat di Malaysia terutama umat Islam. Kita diperkenalkan dengan Masyarakat Arab Jahiliyyah, yang juga terkenal dengan kemunduran dari pelbagai sudut kehidupan mereka. Kebejatan ekonomi, sosial, perundangan dan pentadbiran yang ternyata amat bercelaru sehingga perlakuan zina, arak, dan penyembahan berhala menjadi perkara yang sebati dengan masyarakat jahiliyyah pada ketika itu.

Masyarakat Arab mencapai kemuncak kepada jahiliyyah sewaktu Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad SAW ditentang secara habis-habisan menggunakan kuasa dan pengaruh yang ada pada pemimpin masyarakat Arab ketika itu, antara pemimpin jahilyyah yang terkenal ialah Abu Lahab dan Abdullah bin Ubai.

Nabi Muhammad SAW bukan sahaja diburuk-burukkan, malah pernah disekat hak Baginda untuk bersuara. Masyarakat Jahiliyyah pada ketika itu sanggup memulaukan Baginda dan para sahabat, Jemaah Islam pada ketika itu selama 3 tahun, malah turut membunuh hamba-hamba mereka yang memeluk agama Islam.

Kedatangan Islam pada ketika itu dianggap sebagai ancaman besar kepada kedudukan dan kepentingan mereka di Mekah. Walaupun mereka mempercayai akan kebenaran lisan Nabi dan mengakui bahawa Nabi merupakan seorang yang amanah, namun apabila bercakap soal Islam, segala percakapan dan tindakan Nabi dilihat serba tidak kena dan ditolak bulat-bulat.

Nabi dan para sahabat tidak pernah berputus asa untuk terus menerus berdakwah sekalipun disekat dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Sebab itulah, masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam digelarkan jahiliyyah. Lebih tepat lagi, masyarakat jahiliyyah itu sebenarnya adalah masyarakat Arab yang menentang dan menolak kebenaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Nabi menyebut bahawa peperangan dan pertembungan dan peperangan antara hak dan batil akan berterusan sehingga hari kiamat.

Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk menghukum bahawa Umno = Jahilyyah. Tapi berdasarkan peristiwa yang disebutkan UMNO dan Masyarakat Arab Jahiliyyah mempunyai terlalu banyak persamaan. Antaranya,

1. Ideologi Perkauman dan kebangsaan.
2. Menolak hukum Allah.
3. Memfitnah Ulama' dan memburukkan mereka.
4. Menyekat kebebasan bersuara terutamanya suara Ulama' yang ingin menyampaikan kebenaran.
5. Ulama' dibahagikan kepada 2, blacklisted dan whitelisted.
6. Menganggap kebangkitan Islam sebagai ancaman.(menghapuskan institusi pondok)
7. Memandang serong terhadap mereka yang mengamalkan Islam.(Tudung labuh, kopiah, dan mereka yang memakmurkan masjid dan surau)
8. Memulaukan jemaah Islam,(sekatan ekonomi terhadap Negeri di bawah pemerintahan Ulama')

Sama atau tidak? Menurut pemerhatian saya, absolutely the same.

Saya juga ingin menyamakan Aspirasi dengan Umno kerana Aspirasi ini adalah tajaan Umno.
Perhatikan,

Umno = Jahiliyyah
Aspirasi = Umno,
maka
Aspirasi = Jahilyyah.

Thursday, February 12, 2009

Valentine's Day VS Baitul Muslim

14Februari telah diiktiraf ramai manusia di atas muka bumi ini sebagai Hari Memperingati Kekasih. Tajuk kekasih ini memang sesuai dijadikan BedTime Story waktu di asrama atau di hostel mahupun di rumah bujang bersama-sama teman-teman.

Saya punya keyakinan penuh bahawa kita semua sedia maklum akan sejarah asal-usul pemartabatan 14 Februari ini sebagai Hari Valentine. Saya juga cukup yakin bahawa terlalu banyak sumber yang menerangkan mengenai pandangan Islam mahupun sekular terhadap Hari Valentine ini, Teman saya, Saudara Idris juga punya pandangan yang bagi saya menarik dalam blognya tintaduat.blogspot.com. Antara isi yang menarik yang mampu saya petik(sekiranya berat untuk klik pautan tersebut) ialah berkenaan hari ini, 12 Februari merupakan tarikh pemergian tokoh mujaddid Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.

Ringkas sahaja pesanan saya kepada farid dan juga kepada pembaca semua, tegakkan fardul muslim dan hidupkan baitul muslim. Sejujurnya saya tidak mempunyai pengalaman untuk menulis mengenai isu kekasih ini, oleh itu saya ingin sudahkan artikel ini dengan mengajak bloggerz semua untuk merenung bait dalam lagu nasyid Kumpulan Inteam, Ku Serah Cinta...

Ku serah segala ketentuan,
Biarlah masa yang berbicara
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah...

Aku Adalah aku sekarang,
Biar terbuang tetap berjuang,
Akan ku serahkan jiwa ini,
Sepenuh hati dalam perjuangan,

Akan ku serah cinta ini,
Bukan lagi pada manusia,
kerana cinta martabat itu,
Tersalut seribu kepalsuan dan kepuraan...

ikuti sambungan lirik ini dengan mendengar sendiri di radio atau pc masing-masing...(tak "sanggup" nak sambung...)

Ayuh bermuktamar!!!

PENGUMUMAN PENTING!

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN ISIUKM 2009

Kepada semua ahli ISIUKM dijemput beramai-ramai menghadiri mesyuarat agong tahunan ISIUKM.

TARIKH : 15 FEBRUARI 2009
HARI : AHAD
MASA : 2 petang
TEMPAT : AUDITORIUM SISWA UKM


ISLAM UNTUK SEMUA

Tuesday, February 3, 2009

Ayuh Umat! Ke Malam Save Gaza!!!

Malam Save Gaza & Solat Hajat Perdana


10 Ribu Umat Islam Bangi


Tarikh & Masa


7 FEB 09 (Sabtu) 8.00 MLM


TEMPAT:


STADIUM SEK. 15 BDR BARU BANGI



PEMIDATO & TETAMU KHAS

· TN Guru Prof Dato Dr Harun Din

· Yb Salahuddin Ayob

· Mejar Nazdri Musman (Aman Palestin)

· Wakil Rakyat Gaza (Palestin)

· Wakil Umno



Pesembahan Kumpulan Nasyid Oleh :

Kumpulan Rabbani

Muaz, Daie & Kumpulan Pentomen KUIS

* Sila Berwuduk Di Rumah & Bawa Tikar Utk Solat Hajat



Anjuran

PERSATUAN PENDUDUK BANDAR BARU BANGI(PPBBB)


Aman Palestin, Mini Kabinet Bangi, Masjid-Surau Sekitar Bandar Baru Bangi, Jasa, Isma, PKNS, MPKj , Zakat Selangor, Persatuan Peniaga Kompleks PKNS Bangi, ISIUKM, Pembina, Hospital Az-Zahrah, Hospital Pakar An-Nur, Pertubuhan JIM Hulu Langat, KARISMA, ampac, Syabab Media & Farmasi Nasra

Sebarang pertanyaan Boleh hubungi : 012-6370023/ 0133537412



# Mohon Diwar-warkan dalam egroup, blog & Web yang lain. Moga sama-sama kita mengajak orang ramai utk hadir ke program tersebut bagi menunjukkan sifat kepedulian kita terhdap isu palestin yang merupakan isu umat islam seluruh dunia. Bumi Palestin WAJIB Dipertahankan & Ditanggani Oleh semua Umat Islam seluruh Dunia.

Monday, February 2, 2009

Forum Bicara Ad-Deen..

Kolej Keris Mas, yang juga merupakan kolej pertama aku di UKM akan mengadakan forum bicara Ad-Deen. Jadi jemput sahabat-sahabat hadir sama..

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi laman blog ini...

Antara Yang Menarik