Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...
Showing posts with label Jalan hidup. Show all posts
Showing posts with label Jalan hidup. Show all posts

Tuesday, August 16, 2011

Pembinaan Generasi



"Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar."

Kalim Siddiqui di dalam sebuah buku karangannya, "The Phase Of Islamic Revolution" pernah menyebut Gerakan Islam sebagai "Mini Islamic State" kerana ciri-ciri yang ada pada gerakan tersebut, dan juga ciri-ciri yang dimiliki oleh mereka yang mengepalai dan mengganggotai gerakan Islam tersebut.

Beliau merujuk Gerakan Islam sebagai Mini Islamic State, kerana sekalipun berada di sebuah negara yang Sekular dan tidak melaksanakan Islam, gerakan Islam menyediakan suasana yang membolehkan ahli-ahlinya komited dalam melaksanakan Islam sebagai cara hidup dan melindungi nilai-nilai Islam yang suci dan syumul daripada anasir-anasir yang bertentangan dengannya.

Namun begitu, untuk kekal wujud sebagai "Mini Islamic State", sesebuah gerakan Islam itu perlu melaksanakan tiga tugasan utama yang wajib, tugasan mendidik ahli yang juga disebut sebagai Tugasan Tarbiyah, amanah menyampaikan dan mengembang risalah Islam iaitu Amanah Dakwah, dan mentadbir setiap urusan di dalam dan di luar Gerakan Islam, yang disebut Tanggungjawab Siasah.

Tanggungjawab inilah yang memastikan aspirasi Islam yang didokong oleh sesebuah Gerakan Islam itu tersebar luas selain memastikan kemandirian dan kelangsungan Gerakan Islam itu sendiri. Mahu atau tidak, setiap tugasan itu mestilah menepati apa yang disampaikan dalam ayat di atas, iaitu ciri-ciri mereka yang bersama dengan Nabi Muhammad SAW. Tepat seperti yang digambarkan di dalam ayat di atas, iaitu mereka sentiasa membuahkan tunas, tumbuh subur yang akhirnya menjadikan mereka bertambah kuat sehingga menimbulkan kegerunan dalam hati orang-orang yang engkar dan memusuhi Islam.

Bersama dengan Nabi Muhammad, ialah meletakkan sepenuh kepercayaan, wala', dan kepatuhan kepada Nabi dan bersama dengan Baginda dalam perjuangan yang diteruskan oleh Nabi, warisan turun-temurun daripada Nabi-nabi dan Rasul-rasul 'Alaihimussolatu wasssalam. Kehadiran dan kelahiran Gerakan Islam di seluruh dunia pada hari ini, ialah hasil pendidikan, seruan, dan siasah para Nabi, khususnya RasuluLlah SAW.

Pembinaan generasi yang dilakukan oleh RasuluLlah berkekalan sehingga ke hari ini, seperti janjinya bahawa tidak akan sepi dunia ini daripada golongan yang sentiasa menzahirkan kebenaran. Golongan ini pula tidak akan mampu digugat oleh mereka yang menentang dan membantah aspirasi Islam yang mereka bawa. Sama ada hidup mulia, atau mati sebagai saksi kepada Yang Esa. Seperti mana sabda Nabi Muhammad:

Sentiasa akan ada taifah(golongan) dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya sehinggalah datang perintah Allah (mati syahid atau tibanya Hari Kiamat

Ciri utama golongan yang dimaksudkan itu ialah mereka diberi keupayaan untuk menzahirkan kebenaran. Mereka tidak hanya memperkatakannya sahaja, malah menjadi perbualan dan perbincangan tentang kebenaran itu mengalir dalam urat nadi mereka sehingga membuahkan dalam segala tindak-tanduk kehidupan mereka. Islam adalah yang paling tinggi dalam kehidupan mereka, dan yang paling tinggi itulah yang mereka jadikan sebagai cara hidup, tidak selainnya.

Ciri kedua, ialah mereka tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana pihak yang menentangnya. Bermakna, mereka mendapat pertolongan langsung daripada Allah. Bantuan dalam bentuk ketenteraan yang tidak ternampak, mahupun dalam bentuk ketenangan yang hanya dirasai oleh mereka yang benar-benar menjiwai perjuangan untuk menegakkan kebenaran yang sebenar-benarnya ini.

Ciri ketiga, ialah mereka dipimpin oleh orang yang selayaknya memimpin mereka, iaitu yan bertaraf mujaddid. Nabi pernah mengingatkan kita, bahawa akan dibangkitkan seorang mujaddid dalam setiap kurun, yang mana tugas mujaddid ini ialah membawa perubahan kepada dunia, iaitu kembali kepada agama Islam, seluruh dan sesungguhnya. Seperti mana yang telah dilakukan oleh Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna kepada paradigma umat Islam dan mereka yang menyertai gerakan hampir 90 tahun yang silam. Maka kita sudah memasuki kurun yang seterusnya, dan dunia benar-benar sedang menantikan kemunculan Mujaddid baru, yang akan mengembalikan Islam kepada kedudukan asalnya, paling tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya.

Golongan inilah yang disebutkan oleh Allah Ta'ala di dalam ayat di atas. Disebut juga sebagai "Qaedah Sulbah", yang bermakna tulang belakang. Kerana, golongan inilah yang menjadi teraju utama, pekerja dan pemikir kepada perjuangan Gerakan Islam ini. Mereka sanggup menjadikan batang tubuh mereka sebagai umpan dan perisai daripada serangan musuh-musuh Islam. Mereka menginfaqkan seluruh jiwa, masa, harta dan tenaga untuk memastikan aspirasi Islam tersebar dan menaungi Dunia.

Di dalam diri mereka, tertanam hasrat untuk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah dan perjuangan menegakkan Islam. Tidak akan goyah apalagi resah dan gelisah kerana yakin akan pertolongan dan rahmat Allah di sebalik setiap ujian dan dugaan. Segala suka dan duka, sentiasa manis kerana Tuhan sentiasa bersama mereka dalam tindakan dan pekerjaan mereka. Hanya mereka yang dapat memahami betapa pertolongan Allah sangat hampir, meskipun perjalanan yang bakal mereka tempuh seakan terlalu jauh dan tidak terjangkau bila akan berakhir. 

Ingatlah Firman Tuhan,


Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. Al-Ahzab, 33:23

Semoga kita tergolong di dalam golongan ini, dan tidak berganjak sehingga datangnya perintah Allah kepada kita...

Wednesday, May 4, 2011

Mereka menipu, kita tidak perlu percaya...

USA, Britain, PBB, dan Eropah bergembira di atas berita kematian Osama Bin Laden, Pemimpin tertinggi Al-Qaeda, yang dikaitkan oleh Barat sebagai Pemimpin Militari Islam. Selain dari negara-negara Kuffar di atas, ada juga pemimpin Negara Islam yang turut berasa lega di atas kematian tersebut.

Usaha menjejaki pemimpin paling berpengaruh itu sebenarnya sudah hampir 37 tahun dimulakan oleh barat, dikepalai oleh USA, dan dipergiatkan sejak 10 tahun yang lalu, ketika Al-Qaeda dikaitkan dengan peristiwa pengeboman Pusat Dagangan Dunia, Amerika Syarikat, WTC. Sejak peristiwa itu, nama Osama Bin Laden berada di kedudukan tertinggi dalam senarai "Orang Yang Paling Dikehendaki", (WANTED), di dunia, malah pemimpin Mafia Amerika Cosa Nostra juga tidak mampu menyaingi Osama Bin Laden dalam senarai "paling dikehendaki tersebut.

Misi "Hidup atau mati", berakhir berdekatan dengan Islamabad, Pakista, yang juga merupakan sebuah Negara Islam yang tidak kurang disegani oleh dunia Islam. Ditembak, malah gambar kematiannya disebarkan di seluruh dunia melalui Dunia Tanpa Sempadan. Berita mayatnya dibuang ke laut juga disebar secara meluas, seolah-olah sengaja mahu mencabar wibawa pemimpin tertinggi Al-Qaeda, yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara Afghanistan daripada Imperialis Barat. 

Begitu mudah dunia melupakan, mereka yang sekarang ini kononnya mendakwa menjalankan kegiatan anti-pengganas, adalah mereka yang terlebih dahulu memulakan perang ke atas dunia Islam. Disebabkan tekanan dan kezaliman puak-puak Kuffar inilah, maka lahirnya kelompok-kelompok seperti Taliban di Afghanistan, Kavkaz di Chechen, Abu Sayyap di Filipina, dan begitu juga yang berlaku di negara-negara Umat Islam ditindas dan dizalimi seperti di Acheh Indonesia, Selatan Thai, Pakistan, Iraq dan macam-macam lagi.

Atas alasan apakah, mereka yang menjajah ini ingin mendakwa rakyat yang bangkit menuntut bela ke atas maruah tanah air mereka sendiri dikatakan sebagai pengganas? 

Mungkin dunia tidak sedar, bahawa Barat, khususnya Amerika dan Sekutu, sedang menjajah dan menindas kita seluruhnya. Mereka mengawal ekonomi, menjajah pemikiran, dan menyekat kita daripada melaksanakan cara hidup Islam yang syumul, secara seluruh dan sesungguhnya. 

Di mana sahaja terdapat umat Islam, pasti akan ada penindasan yang dilakukan ke atas mereka. Dinafikan hak untuk mendapatkan kebajikan yang setimpal, dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan yang sesuai, dinafikan maruah sehingga dinafikan juga hak untuk hidup.

Dunia juga sudah semakin tidak sedarkan diri, lupa bahawa dunia ini adalah dunia Islam. Setiap inci tanah, setiap ruang udara, setiap liter air, malah setiap detik waktu, bumi ini berputar dengan putaran Islam. Allah Ta'ala yang menjadikan dunia ini, maka daripada apakah sebenarnya yang kononnya mereka(puak-puak Kuffar) lindungi dunia ini?

Osama bin Laden, seperti yang kita ketahui, adalah seorang muslim, dan pemimpin tertinggi Al-Qaeda, rangkaian pejuang Islam Antarabangsa. Semoga Allah Ta'ala merahmatinya dan menempatkan ruhnya di kalangan kekasih-kekasihNya.

Dunia sibuk mempertikaikan tindakan pejuang-pejuang Islam yang berperang sehingga sanggup mengebom diri sendiri. Tetapi, tidakkah dunia pernah bertanya, kenapa sehingga begitu sekali sanggup mereka mengorbankan nyawa mereka?

Apakah sebenarnya yang mendorong mereka sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa? Memegang sepucuk pistol juga sudah menggeletarkan tangan, inikan pula membalut diri sendiri dengan bom? 

Dunia dikelirukan dengan fakta keamanan. Aman bagi mereka sebenarnya hanya neraka bagi kita yang beriman. Neraka bagi mereka itulah, kebahagian syurga yang kita idam-idamkan. Maka tidak mustahil, mereka yang melihat kebenaran ini, sanggup untuk bertindak sedemikian rupa.

Saya sendiri, cemburu dengan Osama Bin Laden, kerana dia begitu dibenci oleh puak-puak kuffar yang membencikan Islam. Bermakna, Osama Bin Laden dibenci kerana Islamnya. Jika Negara kita diterima oleh dunia, kerana menolak Islam, apakah masih layak kita hidup dan mengatakan bahawa kita adalah Islam?

Allah Ta'ala menjelaskan di dalam Al-Quran,


Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu, mereka mencari lain dari ugama Allah? Padahal kepadaNyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan. Ali Imran, 3:83.




Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. Ali Imran, 3:85.

Benarlah, kata-kata Allah Yang Maha Agung, Maha Perkasa, lagi Maha Mengetahui...

Thursday, March 25, 2010

Pemimpin dan Keputusan

Kita pernah belajar bagaimana proses membuat sesuatu keputusan semasa di bangku sekolah. Bermula dengan mengenal pasti masalah serta puncanya, menyenaraikan seberapa banyak pilihan yang ada, kaji baik buruk setiap pilihan, membuat pilihan dan melaksanakan pilihan. Ini proses biasa yang kita perlu lalui. Saya yakin, ini adalah soalan cepu emas sekiranya keluar di dalam peperiksaan, mungkin sekali sambil tersenyum kita akan membulatkan jawapan yang betul.

Kehidupan sangat akrab hubungannya dengan pilihan. Sehingga ke hari ini, manusia sekali lagi menjadi makhluk pilihan Tuhan yang diberikan keistimewaan sebagai "Memiliki pilihan yang paling banyak di dunia". Tiada makhluk yang berpeluang untuk membuat pertimbangan sebagaimana haiwan yang paling berakal seperti kita.

Satu kaedah yang biasa selalu diamalkan(juga selalu dipromosikan oleh pakar-pakar motivasi) dalam proses membuat keputusan adalah, Think like what success people think. But make a change from that.

Bayangkan insan-insan yang pernah berjaya sebelum ini, bagaimana mereka berfikir. Menyerap gaya serta corak pemikiran mereka dalam proses membuat keputusan semasa yang kita perlukan. Kaedah ini sebenarnya telah lama diajarkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Kisah umat-umat terdahulu menjadi pedoman dan teladan kepada kita.

Sebagai contoh, bagaimana keputusan yang diambil oleh Nabi Sulaiman A.S ketika menguruskan kerajaannya di Palestin. Bagaimana ijtihad yang dibuat oleh Nabi Khaidir A.S.ketika di dalam kembara ilmunya bersama Nabi Musa A.S. Juga peristiwa-peristiwa yang terakam dengan begitu banyak di dalam Al-Quran dan Sunnah akan dapat membantu kita membuat keputusan yang baik. Di tambah dengan sirah kehidupan Nabi Muhammad SAW yang merupakan contoh paling ideal dalam proses membuat keputusan. Baginda merupakan decision maker terbaik bumi.

Saya katakan baik, kerana manusia tidak akan dapat lari daripada melakukan kesilapan, juga tidak dapat lari daripada membuat keputusan dan pemilihan. Maka, satu bentuk pemikiran yang paling penting dan perlu ada pada diri setiap muslim ialah, meletakkan sepenuh kepercayaan pada hikmah yang tersurat dan tersirat dalam setiap takdir yang ditentukan Allah Ta'ala.

Pemimpin juga begitu sifatnya, perlu sentiasa menginsafi diri bahawa kita bukan dan tidak akan jadi yang terbaik, itu hakikat. Tetapi kita dipilih untuk berada di posisi pemutus, maka dengan segala usaha dan tenaga yang sedaya mampu kita keluarkan, kita tetap perlu membuat keputusan, untuk diri juga orang yang dipimpin.

Maka benarlah, bahawa tiada ruang untuk dukacita bagi hamba yang merdeka. Kemerdekaan itu bermula apabila kita membuang segala jenis perhambaan kepada makhluk kepada memperhambakan diri kepada Pencipta segala makhluk.


Thursday, March 18, 2010

Liberalisme dalam dakwah.

Liberal bermaksud terbuka. Liberalisme pula ialah keterbukaan.

Ramai yang tidak bersetuju dengan pendekatan liberal dalam dakwah, walaupun ramai yang bersetuju bahawa kita memerlukan keterbukaan dalam berdakwah. Mungkin disebabkan serangan JIL telah memesongkan pemikiran kita dan menimbulkan kesukaran dalam interaksi sehingga membawa kepada sedikit ketegangan. Apalagi apabila ianya dikaitkan dengan kerja para Nabi dan Rasul 'Alaihim As-Solat Wa As-Salam, Dakwah.

Benar, bahawa profession utama para Nabi dan Rasul 'Alaihim As-Solat Wa As-Salam ialah berdakwah, bahkan dakwah merupakan tugasan sebagai menyatakan pengabdian TOTAL mereka kepada Allah. Dakwah menjadi simbol 'ubudiah dan kecintaan mereka kepada Allah dan juga kepada Islam.

Satu muhasabah yang penting untuk saya, apakah asas yang membawa kepada aktiviti dakwah yang selama ini kita uar-uarkan?

Para Nabi dan Rasul 'Alaihim As-Solat Wa As-Salam merupakan pendakwah sejati yang bekerja 24 Jam sehari. Sentiasa berfikir tentang cara untuk membawa kebaikan kepada umat. Meningkatkan tamadun duniawi dan ukhrawi.

Berbalik kepada konsep keterbukaan atau liberalisme dalam berdakwah. Oleh kerana keutamaan kita dalam berdakwah ini ialah konsep ketuhanan atau "rabbaniyyah", maka jalan untuk mencapai maksud utama dakwah ini perlulah kekal pada sifat dan syari'atnya, namun bersifat anjal dalam perlaksanaan.

"Kita tidak boleh terlalu ekstrimis dan ortodoks, dalam masa yang sama kita tidak boleh terlalu terbuka sehingga mengabaikan syari'at dan batas," pesan seorang sahabat yang meneruskan pelajarannya di peringkat Master di UKM dalam bidang dakwah.

Dakwah sangat memerlukan kepada kebijaksanaan dan kepelbagaian taktik dan mekanisme. Yang penting sihat dan tepat mengikut syariat. Berpolitik juga merupakan satu mekanisme dakwah - Prof Wan Abd Rahman Talib. Pelik bukan, politik sebagai alat dakwah. Nyata berbeza dengan pegangan menyamakan siasah dan politik. Siasah ialah pentadbiran, manakala politik bersifat seni dan kaedah dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.

Yang terpenting, seruan kita ialah "Serulah ke Jalan Tuhanmu dengan hikmah". Ayuh perdalamkan ilmu dan pembacaan mengenai hikmah dan menjadikan dakwah sebagai tanda cinta dan kasih kita kepada Allah dan Rasul. Semoga cintaku bukan palsu...

Kita sedang meneruskan perang para Nabi dan Rasul 'Alaihim As-Solat Wa As-Salam menentang kejahilan dan kekufuran. Musuh Islam menggunakan senjata yang pelbagai dengan penuh "hikmah"(sesuai dengan kejahilan mereka). Liberalisme pula ialah senjata mereka yang paling ampuh. Kita pula sedaya upaya mempertahankan sikap "konservatif" yang kononnya untuk menyelamatkan umat. Allah Ta'ala lebih mengetahui mengenai kebenaran dan sejauh mana ke"relevan"an sikap konservatif ini.

Bertolak daripada sifat dakwah islamiyyah yang universal dan sejagat, maka saya rasa tiada salahnya untuk mempelbagaikan "haruman" yang mampu memikat dan mengikat seluruh manusia kembali ke jalan Allah dengan hikmah dan ketetapan yang diwariskan kepada kita. Tidak dapat tidak, kita sedang mewarisi "jalan" para Rasul dan Nabi 'Alaihim As-Solat Wa As-Salam. "Jalan" ini perlu kita selusuri dengan penuh perasaan kehambaan dan kecintaan kepada Allah dan Rasul.

Semoga tulisan ini tidak menjadi fitnah kepada diri saya dan para pendakwah sekalian yang sudah pasti akan terus melaksanakan kerja dakwah demi Allah dan Rasul.

Antara Yang Menarik