Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Friday, December 5, 2008

Super Hero...

Pernah tak? Mungkin bila kita terdengar ada orang menjerit meminta pertolongan, kita terasa macam nak jadi hero menyelamatkan orang itu.. (apalagi bagi lelaki kalau perempuan yang menjerit)

Pernah tak? Bila berita jenayah terpapar di kaca televisyen mengisahkan adik kecil dirogol dan dibunuh, terasa simpati dan ingin menjadi hero menghulurkan bantuan.

Pernah tak? Waktu rancangan BERSAMAMU di TV3 menyiarkan sekeluuarga yang hidup dalam kesusahan, beratapkan langit berlantaikan tanah, terasa ingin menjadi hero menyentap hanset menghantarkan sms untuk hulurkan tangan ringankan beban...

Pasti pernah, bila melihat orang lain dalam kesusahan, kesedihan, kemalangan, kecelakaan, kita terasa belas kasihan dan ingin menghulurkan tangan (menjadi hero)... Apalagi kalau yang ditimpa musibah itu, seseorang yang kita kenal, lebih-lebih lagi yang kita sayang dan kita ambil berat...

Saya yakin dan hampir pasti dengan kenyataan di atas sebab Tuhan kurniakan kita sifat kasih dan kasihkan hambaNya yang punya rasa kasih. Pengecualian diberikan kepada ikatan permusuhan sebab, ikatan ini atas dasar nafsu dan bukan bersifat kemanusiaan, justeru saya tak bincangkan mengenai binatang dan tidak perlu perbincangan mengenai binatang dipanjang-lebarkan.

Baik, siapa yang ingin menjadi superhero angkat tangan?

. . . .

mmm, sebelah pun memadai sebenarnya..

Ok, terima kasih, jatuhkan tangan..

Kalau nak jadi hero, saya ada cadangan panduan yang boleh diikuti...

Laksanakan Islam seluruh dan sesungguhnya...

Cuba dulu, baru tahu rasanya. Saya? Masih mencuba tapi semakin terasa kesannya.

Derita, sengsara dan terseksa di dunia ini tiada yang kekal sifatnya. Begitu juga nikmat, sihat, rahmat, berkat yang kita kecapi di dunia ini juga tiada yang kekal sifatnya. Saya cabar, jika ada yang pernah merasa "sedap" ketika makan selama lebih dari 24jam? Saya yakin, selepas kenyang sudah tiada lagi rasa "sedap", betulkan?

Atau, siapa yang pernah terasa sakit akibat luka sepanjang masa? Sudah pasti bila luka itu sembuh, sudah tiada rasa sakit, betulkan?

Inilah yang saya maksudkan dengan "Setiap suka dan duka, pahit dan manis di dunia ini tiada yang kekal sifatnya" Selepas setiap kali mendung pasti akan cerah.

Justeru hero yang tulen, sebenar dan sejati adalah Nabi Muhammad S.A.W. kerana baginda tidak pernah memandang kepada sakit dan sihat yang sementara, tetapi sentiasa terbayang kepada Negeri Akhirat yang kekal abadi...

Tidak terlintas sedkitpun untuk berehat, sentiasa bersemangat untuk selamatkan dunia ini dari derita dan sengsara balasan neraka yang lebih ngeri dari mana-mana seksa dan derita yang kita tanggung di dunia. Apalah sangat berlapar 3 hari, dikutuk 3 minggu, dikeji 3 bulan, difitnah 3 tahun, dihalau selama-lamanya dari Universiti, jika dibanding dengan seksa api yang tidak akan tertahan, tiada tidur, tiada rehat dan kekal sifatnya.

Kepada semua muslim, mujahid, mukmin, khususnya Farid dan teman-teman dari gerakan Islam, kita perlu mengIslamkan diri kita kerana Islam inilah satu-satunya jalan keluar kepada semua derita, sengsara dan bahaya kegelapan dunia, kepada kegembiraan yang tiada batas dan hujungnya di akhirat.

Saya sebut begini sebab, saya risau saya mendabik dada mendakwa diri Muslim, hanya dengan menyertai persatuan Islam, atau hanya menyampaikan risalah Islam, atau menyertai Pilihanraya dengan nama dan label Islam. Bahkan saya, Farid, 22t 10b, perlu mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Di dalam car hidup Islam ini terdapatnya tuntutan aqidah, ibadah, dan akhlak. Tuntutan individu muslim, berkeluarga, bermasyarakat, bernegara dan ber "alam sejagat".

Semoga saya dapat menjadi Super Hero yang dapat belajar lebih dalam mengenai Islam, kemudian mengamalkan dan berkongsi amalan tersebut dengan saudara-saudara seagama, kemudian menyampaikan kepada mereka yang belum menemui indahnya agama ini.Ameen...


Wallahua A'alam...

Wednesday, December 3, 2008

Kenapa nak sangat??

pesanan buat diri, dan respon kepada pemecatan Zaid Ibrahim.

Kebulur sangatkah hendakkan kuasa sampai sanggup cetuskan permusuhan dan perpecahan??


Kenapa golongan pembangkang selalu cetuskan huru-hara dan perasaan tidak senang??


Kenapa tidak menjalani kehidupan seperti orang lain, kita tidak perlukan gerakan bawah tanah dan pembangkang di Malaysia.


Kata-kata di atas adalah zikir harian mereka yang terpedaya dengan tipu-daya kerosakan dan kejahatan. Layaklah mereka meragut rumput di padang, kerana setaraf dengan lembu yang mempunyai otak tapi tidak dijanakan pemikiran.

Sejujurnya, perkataan pembangkang yang digunakan amatlah tidak sesuai sekali. Tambahan pula untuk dipakaikan kepada PAS, IPU, MAMPU dan mana-mana golongan yang "bersungguh" menegakkan kebenaran Islam. Sebab, mereka bukan membangkang, bahkan mereka berada di pihak "kerajaan" yang paling agong. Mereka tidak gilakan kuasa, namun membetulkan kuasa dari kegilaan.

Mereka juga tidak kebulur dengan habuan, bahkan diri, harta dan nyawa mereka pertaruhkan. Walau dikecam, walau diherdik, walau dianiaya, mereka akan terus berdiri dan menyatakan "kembalilah kalian kepada cahaya dan keterangan, jangan selimut diri anda dengan jahil dan kegelapan!!"

Ditahan tidak berhenti, diugut tidak menyepi, dicabar pantang sembunyi diri.

Allah Ta'ala meyebut dan mengingatkan kita dengan firmanNya,
"Berpegang teguhlah kamu pada jalan Allah, dan jangan kamu berpecah belah.."Ali 'Imran.

Secara zahirnya menyeru kita supaya percaya dan setia tanpa belah bagi kepada Islam, dan tidak berpecah belah. Soalnya di sini, kesatuan yang dianjurkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah adalah kesatuan di dalam Islam, iaitu dalam keadilan, kebaikan, dan kesejahteraan.

Tiada kesatuan dalam kejahatan!!

Justeru, kita tidak perlu menyahut seruan perpaduan yang mengajak kepada perkauman dan kejahilan. Apa makna kesatuan, jika ianya mendatangkan keburukan. Ini bukan kesatuan, tetapi subahat melakukan kemungkaran.

Dunia kini ibarat retak menanti belah, bila-bila sahaja seruan sangkakala akan menghacurkan setiap yang bernyawa. Mata kita menyaksikan jutaan dosa dan kesalahan umat manusia yang semakin menghiris dan mengikis keselamatan warganya. Kita berada di tengah-tengah kecelaruan umat, bahkan kita juga kerapkali hampir terjerumus ke dalamnya.

Keamanan yang didakwa oleh orang zalim itulah huru-hara. Mereka mengajak kepada perpaduan yang sebenarnya perpecahan, mereka mengajak kepada kedamaian yang sebenarnya kehancuran. Pemimpin diktator ini wajar kita gulingkan dengan apa cara sekalipun. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Zaid Ibrahim, dipecat semata-mata memenuhi undangan pembangkang.

Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan, bahawa Pak Lah sebenarnya dah lama ingin pecat Zaid atas surat yang penuh dengan "kebencian" terhadap "kemuliaan" yang dibawa UMNO. Keadilan ISA yang dibenci oleh Zaid, terus menerus mereka perjuangkan tanpa ada sedikit belas sekalipun.

Jangan mudah mendabik dada, hanya kerana kita menjadi ahli PAS, IPU atau MAMPU. Pendaftaran keahlian ini, bukan benteng konkrit untuk kita selamatkan diri daripada kezaliman dan penganiayaan BN, UMNO, TSB dan ASpirasi. Bahkan ianya adalah selemah-lemah iman, seperti mana yang disebut oleh Nabi dalam hadithnya yang masyhur.

Namun, saya lebih suka jika kita tidak meletakkan kuasa dalam bentuk jawatan sebagai prasyarat untuk menegur dengan tangan. Tetapi kuasa dalam bentuk kehendak dan kemahuan. Jika kita betul-betul hendak dan mahu membetulkan keadaan, maka marilah kita mengubahnya dengan tangan. Jika kalian bacul dan penakut, silakan pendam kebencian itu dalam hati.

Maaf, kekasaran ini berniat, kerana Nabi juga menyebut bahawa kita perlu benci kepada kejahatan dan kemungkaran dengan bersungguh-sungguh, seperti kita benci dicampakkan ke dalam api neraka.

Benar sungguh bagai dikata, kerana jika kita tidak benci kezaliman ini dengan bersungguh-sungguh, pasti dan pasti api itu akan menjalar dan memakan diri kita dan mereka yang bersama-sama kita.

Kita punya tanggungjawab untuk kembalikan manusia kepada cahaya dan keselamatan, mengembalikan kebaikan menghapuskan kejahatan, pencerahan akal dan pemurnian amalan.

Biar syahid ataupun kemenangan...

p/s: saya mohon doa teman-teman agar hati ini tetap dan thabat menyatakan "inilah jalan hidupku, dan orang-orang yang menurutiku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata, dan aku menegaskan bahawa Maha Suci Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" Ameen...

Tuesday, December 2, 2008

Farid, hati-hati jangan tergelincir...

"Pada hari itu, kami akan kuncikan mulut mereka, dan kami biarkan tangan
bercakap dan kaki mereka menjadi saksi akan apa yang telah mereka lakukan
(di
dunia)" Yasin, 65.


Kali pertama aku "membacakan" ayat ini adalah ketika aku berusia 14 tahun, sewaktu mengaji di tingkatan 2, di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah, Parit, Perak. Malang, sewaktu berumur 14 tahun sahajalah aku mula membaca Al-Quran dengan berjalan.



Sebelum aku berpindah ke Parit,Perak, untuk menyambung pendidikan sekolah menengah, aku membaca Al-Quran bukan setakat merangkak, mengengsot pun belum tentu. Terkadang bila terkenang, nak nangis ada, nak gelak pun ada.


Tanda " " pada "membacakan" adalah menandakan waktu itulah aku sedar akan kewujudan ayat itu. Ustaz Ismi, yang juga bapa saudaraku membacakan ayat tersebut dalam sebuah kuliah maghrib. Tak tergambar perasaan aku semasa ayat itu menyelubungi seluruh tubuh dan menjalar pantas dalam kotak pemikiran. Aku terbayang dosa-dosa dan kesalahan yang aku buat, konfirm dah tak boleh nak berdalih.



Antara ulasan yang masih lagi aku ingat, Allah Ta'ala menyebut perihal mulut manusia dikunci dan kaki tangan yang menjadi saksi disebabkan oleh sifat mulut manusia yang suka berputar dan membelit.



Mulut manusia langsung tak dapat dikawal, seringkali mencari alasan untuk melepaskan diri daripada kesilapan yang telah mereka lakukan. Sebagaimana kelakuan manusia yang sedang hidup pada ketika ini, juga manusia yang telah tiada dan akan datang, semuanya suka menggunakan mulut mereka yang petah untuk cuba melepaskan diri daripada kesalahan.



Lalu diperintahkan kepada kaki dan tangan kita untuk menjadi saksi yang akan menceritakan segala perbuatan yang telah kita lakukan. Nyatanya, Kaki dan tangan manusia adalah anggota yang akan sentiasa bersama dengan kita sewaktu kita melakukan kesalahan. Mereka akan menceritakan perkara yang benar-benar berlaku supaya kita tidak lagi mampu berdalih ketika berhadapan dengan pengadilan Allah.


Ingat!!! Tidak terlepas walau sedikitpun..

Apa jadi pada yang kudung kaki dan tangan? Allah yang lebih tahu...


Pokoknya, kita perlu sedar bahawa setiap perlakuan kita akan dibongkar dan diadili dengan seadilnya. Sebab itulah, jalan keluar kepada masalah dan ancaman di atas adalah Taqwa, nak tahu lebih lanjut kena baca, tak muat kalau nak tulis, di tambah dengan kedangkalan ilmu dan bicara. Antara bacaan yang menarik dan ringkas, "Taqwa: Takut tetapi Rindu" oleh TG Haji Abdul Hadi Awang. Maaf kalau ada yang tak berapa suka dengan Backgroun penulis, malangnya TG Abdullah Badawi hanya ada kitab-kitab sekular yang tidak pantas dijadikan teladan.

Bacalah....

BIngkai Kehidupan-Soutul Harakah

Bingkai Kehidupan, Soutul Harakah

Mengharungi Samudera Kehidupan,
Kita ibarat para pengembara,
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa untuk Berpangku tangan.

Setiap titis peluh dan darah,
tak akan sirna ditelan masa,
Segores luka di Jalan Allah,
Akan menjadi Saksi Pengorbanan.

Allahu Ghayatuna,
Ar-Rasul Qudwatuna,
Al-Quran Dusturuna,
Al-Jihad Sabiluna
Al-Mautu Fi SabiliLlah Asma' amanina

Allah adalah matlamat kami
RasuluLlah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami,
Mati di Jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi....

Thursday, November 20, 2008

Jangan Masuk campur urusan kami!!!

Tidak cukup dengan dosa silam yang masih belum terampun, pihak Hal Ehwal Pelajar UKM(HEP), cuba untuk menambah koleksi dosa mereka. Terbaru, mereka menguar-uarkan bahawa akan diadakan kursus untuk Mahasiswa yang akan menyertai Pilihanraya Kampus(PRK).

Di dalam surat yang ditujukan kepada semua Mahasiswa UKM, menyatakan secara terbuka bahawa mana-mana pelajar UKM yang berminat untuk bertanding dalam PRK '09 akan datang WAJIB menyertai kursus yang akan diadakan pada awal tahun hadapan, iaitu 1-4 Jan '09.

Jelas terbayang wajah penakut dan zalim para pegawai HEP yang bertanggungjawab, khususnya Dato' Wahid, TNC HEP UKM. Walaupun sememangnya kami bermusuh, namun tindakan ini jelas menunjukkan ketidakmatangan percaturan Dato' Wahid dalam menghadapi Pemimpin Mahasiswa UKM.

Beberapa perkara yang wajar kita teliti bersama dalam hal ini adalah,

1.Kenapa buat latihan sebelum menang? Bukankah selepas menang adalah masa yang lebih relevan dan menjimatkan. Bagaimana sekiranya terjadi limpahan pelajar yang ingin menyertai program tersebut?

2.Kenapa tempoh penghantaran borang adalah sebelum 19 Dis? Bukankah waktu itu, cuma kroni anak emas HEP sahaja yang berada di UKM. Maaf kalau ada yang terasa.... Maklumat yang diberitahu, teman-teman di kolej kediaman, ramai jentera Aspirasi yang telah sedia menempah bilik di kolej untuk cuti ni... (tak tuduh bersubahat, sekadar makluman)

3.Apakah agaknya senario pilihanraya kampus akan datang, JIka semua yang akan bertanding "dijinakkan" oleh HEP?? Puan Rosma Ayu antara yang terlibat dalam program ni, boleh jadi dia berharap nak jadi Heroin, semoga berjaya dan beroleh petunjuk.Pn Rosma Ayu, Sabar ye, masa anda untuk mengasah bakat sudah habis.. Berilah peluang kepada mereka yang masih muda..


Pilihanraya kampus ini sebenarnya adalah proses pemilihan pemimpin di kalangan mahasiswa. Dalam PRK inilah peluang untuk mahasiswa mengasah bakat kepimpinan masing2. JIka wujudnya pertandingan yang sihat, kita akan dapat saksikan perkembangan idealisme mahasiswa berlaku dan pertembungan yang shat inilah yang akan menghasilkan kematangan dalam berfikir dan bertindak dikalangan Mahasiswa.

Dalam proses mendidik anak sekalipun, takkan sampai ke tua nak disuapkan makanan, nak dikerusi rodakan,

Kami bukan gembala yang dicucuk hidung, diasung ke sana dan ke mari. Kami manusia yang perlukan ruang untuk matang dan berdikari. Berilah kami tempat untuk dilayan seperti manusia, bertatih, berjalan, dan kemudiannya dibiarkan berlari...

Mahasiswa sebenarnya yang bakal mengisi tempat kosong pegawai-pegawai HEP pada masa akan datang. Apa agaknya bala yang akan menimpa?? sekiranya yang bakal menggantikan pegawai-pegawai ini tidak matang fikirannya, dan hanya tahu mengikut dan menurut tanpa punya matlamat perjuangan hidup yang jelas...

Friday, November 14, 2008

Pintal otak untuk pintar...




Manusia disebut sebagai crowning creature. Punya kelebihan berbanding mana-mana benda dan makhluk yang ada di atas muka bumi, malah apa jua jirim dan jisim yang ada di alam semesta. Mahkota ketinggian martabat penciptaan manusia disebut dalam banyak ayat Al-Quran, antara yang selalu kita bacakan, surah At-Tin, ayat 4, yang berbunyi,

"Telah diciptakan manusia itu dengan sebaik-baik ciptaan" At-Tin:4

Sebelum lebih lanjut, suka saya ingatkan bahawa manusia yang dirujuk di atas tidak terkecuali seorang pun, termasuk anda yang membaca artikel ini. Akal adalah sifat unggul pertama seorang manusia, namun bukan hanya akal yang menyebabkan manusia itu diberi jolokan crowning creature, tetapi sebenarnya kebolehan manusia menterjemahkan perkara yang difikir dalam bentuk tindakan adalah sifat unggul yang tidak dimiliki oleh mana-mana creauture atau creations yang ada di dunia.

Manusia tanpa mereka sedar, punya kebolehan luar biasa dan sangat istimewa. Walaupun tanpa pengiktirafan, manusia dengan sendirinya telah menjalankan peranan khalifah iaitu mentadbir bumi dan memakmurkan bumi ini hasil perahan otak yang dikurniakan kepada mereka. Crowning creature, oleh kerana hanya manusia yang ada kelebihan ini, tanggungjawab mereka bukanlah ke atas sesama manusia, malah semua makhluk dan benda yang wujud di dunia dan alam semesta. Percaya atau tidak, percayalah!

Dengan kelebihan otak dan praktikal otak ini, manusia telah berkurun lamanya memerintah atas muka bumi ini, sejak bermulanya kepenghunian manusia bermula zaman Nabi Adam AS. Sesuai dengan keterangan ayat Allah dalam kitabNya,

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada para malaikat,
sesungguhnya telah aku jadikan atas muka bumi ini khalifah" Al-baqarah,
30.
Saya petik kata-kata nenek spiderman, "Kekuatan datang bersamanya tanggungjawab". Maka, setiap crowning creature juga disebabkan oleh kelebihan yang mereka ada perlu melaksanakan tanggungjawab.

Tanggungjawab yang pertama adalah berfikir perkara kebaikan dan melaksanakan kebaikan(bukan sekadar menulis dan bercakap yang baik). Menulis dalam blog ini, hanya menepati sepicis daripada jutaan tanggungjawab yang ada. Hal ini bertepatan dengan ayatNya,
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan, yang
menciptakan manusia dari tanah. Bacalah dan Tuhanmu yang Memuliakan. Yang
mengajarkan dengan pena, mengajarkan perkara yang mereka tidak tahu"
Al-'Alaq, 1-5.
Perkataan "baca" adalah satu manifestasi yang terbaik penggunaan akal manusia. Menariknya, Allah Ta'ala tegaskan bacalah dengan namaNya, menunjukkan kepentingan agama dalam memandu pemikiran manusia. Maka, berfikir dan acula pemikiran dengan agama. Kerana agamalah yang memandu manusia ke arah kebaikan. Firmannya,

"Allah adalah 'ketua' bagi orang-orang yang beriman, mengeluarkan
mereka daripada kegelapan(kezaliman dan kejahatan) kepada keterangan cahaya(kebaikan dan keadilan)
,
(sedangkan) orang-orang yang kufur itu,
ketua-ketua mereka adalah thoghut(kejahatan) yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan.." Al-Baqarah:257.

Perhatikan, Allah Ta'ala adalah subjek tunggal manakala thoghut adalah subjek jamak(plural) menunjukkan hanya agama yang satu akan menjadi penyelamat, manakala terdapat banyak kejahatan yang akan menyesatkan manusia.

Untuk itu, teruskan berfikir, pintal otak untuk pintar

p/s: bantu saya juga untuk berfikir dengan baik untuk yang baik2...


Thursday, November 13, 2008

Silakan, jemputlah jangan malu-malu...


Ada tak bangsa lain di dunia ni yang mengamalkan jalan bertunduk merendahkan bahu apabila berjalan di hadapan orang selain daripada bangsa melayu.(tanya sebab benar2 tak tahu)

Ada tak bangsa lain yang mengamalkan "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Pepatah paling lama dan paling terkenal.

Ada tak bangsa lain di dunia yang sanggup membiarkan mati anak tapi jangan mati adat, sudah tentu ada tapi dengan frasa dan gaya yang berlainan.

Ada tak bangsa selain melayu yang punya kata-kata indah seperti

Yang kurik itu kundi,
Yang merah itu saga;
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Baik, kalaupun ada, saya memberi jaminan penuh, tidak sepertinya.

Saya mengambil melayu dalam konteks rantau asia tenggara yang dahulunya dikenali dengan kepulauan tanah melayu. Kerana campuran budaya dan adat kemelayuan ini sememangnya unik sesuai dengan ayat Al-Quran yang menceritakan kejadian manusia yang dijadikan lelaki, perempuan, berbilang kaum dan bangsa dan kabilah. Justeru, saya yakin melayu adalah salah satu bangsa yang dimaksudkanNya.

Demi satu tujuan, untuk berkenalan, sementara nilaian taqwa itu juga menjadi batas yang membezakan.

Maka, di sini timbul satu persoalan, apakah perihal kedudukan dan darjat melayu di Malaysia, Asia Tenggara, Asia, Dunia, dan Alam Semesta?

Adakah hanya kerana mereka unik dan istimewa kerana (sememangnya) tiada yang sepertinya, maka mendabik dada melangitkan hidung berjalan penuh bangga di atas muka bumi??

Bukankah sifat istimewa melayu itu sendiri terbukti ciptaan Allah, kedudukan, rezeki, darjat, bahasa, kualiti dan kuantiti itu juga tidak terlepas daripada perancangan Allah.

Pelik bukan, di awalnya memuji keindahan melayu, de tengahnya pula memprotes sikap "ketuanan melayu". Hakikatnya, bangsa arab itu juga tidak mulia kerana arabnya, tidak hebat inggeris kerana englishnya, tidak maju jepun kerana nipponnya, malah jatidiri dan daya usaha yang menentukan segalanya.

Perjuangan menegakkan nama, keturunan, bangsa, dan warna kulit ini sebenarnya terlalu jauh mundur dari ketamadunan manusia dewasa ini. Cukuplah dosa yaang kita lakukan kepada asal kita, jangan ditambah dengan memadamkan sinarnya dengan kerakusan dan keterlampauan diri kita.

Asal mengingatkan usul diri kita, usaha meningkatkan imej dan jatidiri kita, agama juga menjadi cahaya penunjuk sepanjang jalan.

Wednesday, November 12, 2008

Konflik emosi, sosial, parti dan undi??

Konflik?? bukan perkataan baru, malah sinonim dengan bijirin sarapan yang enak dicampur dengan susu-Cornflake.

Tetapi konflik tidak sepertinya(cornflake), manusia tak pernah sukakan konflik walau seenak mana pun ia di"advertise"kan. Sejujurnya walaupun manusia tak suka akan kedatangan konflik, manusia jugalah pengundang setia bahkan konflik menjadi teman setia setiap saat dan ketika.

Ramai orang suka berkonflik, bagi saya, teruskan minat itu, tiada salahnya pada naluri penciptaan manusia. Namun... Perlu dinoktahkan.

Jangan biar ianya berlarutan dan hanyut tanpa batasan. Jangan sampai hilang kawalan, dikhuatiri akan hilang pula kewarasan.

Cuba kenangkan waktu kita kecil-kecil dahulu, kalau kita bergaduh dengan adik lelaki@perempuan dsb, maka ayah akan mengadili dan kita terpaksa menerima walaupun berat. Di dalam perlawanan bola sepak, pengadil melayangkan kad kuning mengadili konflik kekerasan bentesan. Dalam pilihanraya (sepatutnya) rakyat yang mengadili siapa pemimpin yang paling layak mereka wakilkan. Dalam mahkamah, peguam berhujah, hakim dan juri juga yang menentukan.

Ironinya, menjadi suatu perkara yang pelik walaupun ia biasa terjadi, kita kerap kali memilih untuk tidak bersetuju dengan pengadilan terhadap konflik tersebut(di atas). Tapi, walau bagaimanapun ianya disudahkan, perasaan lega tetap walaupun sedikit akan menyapa tatkala melihat konflik itu beredar meninggalkan kita. Terbukti, Apa yang penting di sini adalah kita berusaha menyelesaikanya. LIFE MUST GO ON!!!

Selesaikan konflik antara GMUKM dan ASPIRASI, UMNO dan PAS, BN dan PR, dsb. Kerana konflik ini juga adalah konflik yang biasa berlaku, cuma kerakusan sesetangah pihak cuba menafikan hak kita untuk berkonflik dengan cara memandulkan akal dan mengherotkan fakta. Keadaan normal bagi orang yang berfikir ialah mempertikaikan sesuatu perkara, dalam istilah yang lebih saintifik ialah kritis. Yang terbaik daripada itu adalah dengan menggunakan akal mencari jalan menyelesaikan kritikal itu tadi, kreatif. Maka, jika anda normal, gunakan akal untuk menilai dan mengkritis, carilah jalan penyelesaian agar konflik itu tidak berulang.
Percayalah, untuk menyelesaikan konflik antara manusia, hanya bukan manusia yang akan mengadilinya dengan adil.

Bagi yang beragama Islam, jangan menyalahkan IPU, PAS dsb kerana menggunakan Islam sebagai pendekatan mereka menyelesaikan masalah umat. Kerana mereka juga manusia seperti kalian kerana mereka menggunakan akal untuk mencari jalan penyelesaian, bezanya Al-Quran dan Sunnah dijadikan lilin menerangi kegelapan fikiran umat yang dibelenggu jahil dan kezaliman. Saya juga begitu.(lebih kepada berusaha ke arah itu, sebab belum perfect!!)

Percayalah, untuk menyelesaikan konflik antara manusia, hanya "bukan manusia" yang akan mengadilinya dengan adil.


Monday, November 10, 2008

tidak sepertinya...

Isnin 10 Nov 2008, musim peperiksaan di UKM dan beberapa IPT yang "sewaktu" dengannya telahpun rancak berjalan. Dilaporkan terdapat beberapa kejadian aneh yang melibatkan jumlah mahasiswa/i yang agak ramai berlaku di kampus-kampus tersebut. Menurut beberapa teman saya yang melihat sendiri kejadian tersebut, Mahasiswa/i yang telah pun menduduki peperiksaan menyatakan kekecewaan masing-masing kerana gagal menjawab soalan peperiksaan dengan baik.


Malah, ada juga yang dilaporkan "menonggeng" kerana kecewa dengan prestasi masing-masing dalam peperiksaan tersebut. Menurut seorang siswi yang hanya mahu dikenali dengan nama ct, peperiksaan kali ini benar-benar di luar dugaan kerana begitu banyak soalan yang tidak pernah terfikir dek akalnya yang waras dan sihat.

Pihak kacapermata.blogspot.com cuba mendapatkan pandangan beberapa orang pakar mengenai hal tersebut. Antara yang sempat ditemui adalah Prof Ir Mohd Farid Bin Hamlud, yang juga sedang membuat persiapan untuk menghadapi kertasnya yang kedua khamis nanti. Beliau menyatakan bahawa, sebenarnya gejala "frust menonggeng" ini sudah biasa terjadi kerana beberapa sebab yang begitu ketara dikalangan Mahasiswa/i di IPT tempatan. Antaranya:-

1. Tidak hadir ke kuliah.
2. Tidak menyiapkan tutoran "sendiri"
3. Melawan kata pensyarah(tidak berkat).
4. Kurang ulangkaji.
5. Yang paling teruk antara semua sebab, kurang berminat untuk belajar.

Justeru, Prof Ir Farid menyarankan kepada semua mahasiswa/i di luar sana agar terus berusaha, kerana hanya usahalah yang layak menjadi tangga kejayaan. Namun begitu, bagi kes (5) di atas, tiada yang dapat membantu melainkan diri sendiri. Jika kita sedar akan kepentingan dan kegunaan perkara apa yang kita sedang lakukan, maka sudah pasti kita akan memberikan tumpuan terhdapnya.

Sebagai seorang manusia yang dikurniakan akal fikiran, kita jangan mudah tewas dengan tekanan yang sebenarnya datang dari diri kita sendiri. Pokoknya, sendiri buat, sendiri tanggung. Ujian adalah untuk menguji sejauh mana diri kita layak untuk meningkat, Ujian periksa untuk menguji kelayakan kita dalam akademik, ujian hidup untuk menguji kelayakan kita mendapatkan gelaran kematangan. Jangan kusutkan pemikiran anda, usaha terus sehingga anda layak memiliki gelaran "berjaya dalam hidup".

Berkenaan dengan akademik ini bukanlah satu-satunya kayu ukur untuk menentukan kejayaan. Apalagi untuk digunakan sebagai "life jacket", sebaliknya ianya hanyalah sebagai satu suntikan untuk kita lebih berusaha mendapatkan ilmu supaya menjadi orang yang berguna. Menggunakan ilmu yang kita pelajari dengan sebaiknya adalah lebih baik daripada berhempas pulas menuntut untuk meninggalkan ilmu di dalam dewan peperiksaan semata-mata.
"Menggunakan ilmu yang kita pelajari dengan sebaiknya adalah lebih baik daripada berhempas pulas menuntut untuk meninggalkan ilmu di dalam dewan peperiksaan semata-mata."


Semalam adalah kenangan yang tidak dapat diubah,
Esok adalah ramalan yang cuacanya sukar ditelah,
Hari ni gunakan sebaiknya kerana ia adalah anugerah....

p/s: apalah maknanya berjaya dalam sistem pendidikan yang sekular dan caca merba ni kalau jatidiri masih songsang dan mundur serta jauh dari ketamadunan insan.

Undergoing MyBlogLog Verification

Thursday, November 6, 2008

Sokongan kepada TSB-Aspirasi-Umno-BN??




Jawapan yang paling tepat untuk soalan di atas bagi saya, Tak Pasti.

Adakah boleh kita sokong ASPIRASI @ TSB @ UMNO @ BN?-Tak Tentu.

Bagi saya, kebenaran kepada jawapan di atas terletak kepada penilaian masing-masing. Saya kelompokkan isu di atas di dalam golongan "kaca permata". Gagasan pemikiran yang ingin saya bawakan buat renungan diri saya dan juga teman-teman semua.

Namun saya mencadangkan beberapa perkara yang perlu diteliti dan diambil kira oleh semua, baik sebagai Mahasiswa, Rakyat, mahupun pemimpin di pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat.

Gagasan saya yang pertama, ialah berkenaan tujuan dan matlamat hidup kita sebagai manusia. Saya yakin dan saya amat pasti, tidak ada mana-mana agama yang meletakkan kejahatan, kezaliman dan penganiayaan sebagai tujuan dan cara hidup. Apalagi Islam, yang menganjurkan umatnya agar sentiasa dalam keadaan bertaqwa(sentiasa menjaga diri untuk melakukan perkara yang ma'ruf(baik) dan mengelak dari melakukan kejahatan).

Malah matlamat untuk menghambakan diri kepada Allah yang dianjurkan oleh Islam juga bertujuan menyelamatkan manusia daripada kezaliman dan kejahatan.

Gagasan saya yang kedua, Pemimpin. Saya rasa, setiap daripada kita akan bersetuju bahawa pemimpin menggalas tugas untuk memimpin. Melaksanakan amanah yang telah diberi sama ada menjadi pemimpin melalui jalan lantikan ataupun pilihanraya, semuanya tertakluk kepada "kerja" yang perlu dilakukan bagi membalas keyakinan yang telah diberikan. Dalam perihal pemimpin ini juga, saya yakin kita bukan sahaja melihat dari segi kelakuan seseorang pemimpin, malah perkara yang terlebih dahulu perlu kita lihat adalah ketika proses pemilihan pemimpin itu sendiri.

Aspek dan ciri-ciri yang melayakkan seseorang itu mengetuai sesebuah organisasi mestilah ditentukan terlebih dahulu oleh orang yang melantik atau mengundinya dalam pilihanraya. Tidak wajar sama sekali, kita membiarkan sahaja seseorang itu dilantik menjadi pemimpin sedangkan ciri-ciri dan sifatnya sebagai pemimpin diragui. Saya pertegaskan sekali lagi, tidak kira pemimpin itu dilantik atau dipilih melalui pilihanraya, pemimpin itu mesti memiliki ciri-ciri yang melayakkan dia diberikan jawatan itu.

Gagasan yang ketiga,
soal hak asasi manusia. Barat menyebut bahawa, setiap manusia ada hak dalam masyarakat untuk memberi dan menerima. Mereka juga mengatakan bahawa dalam soal hak asasi manusia ini, tiada ruang untuk sebarang kezaliman melainkan diadili, tiada tempat untuk kesalahan melainkan diperbetulkan, dan tiada ruang untuk kebodohan melainkan diajari. Islam turut menggariskan bahawa setiap manusia memikul tanggungjawab(bagi saya tanggungjawab ini adalah hak). Islam menyusun keutamaan tanggungjawab kepada 5 perkara, Agama, nyawa, akal, maruah, dan harta. Tanggungjawab atau hak untuk mendapatkan tempat di dalam masyarakat perlu diberi secara adil dengan kata lain, tiada siapa yang layak merampas atau menafikan hak dan tanggungjawab mana-mana pihak atau individu.

"tiada ruang untuk sebarang kezaliman melainkan diadili, tiada tempat untuk kesalahan melainkan diperbetulkan, dan tiada ruang untuk kebodohan melainkan diajari"

Masih terdapat beberapa perkara yang saya rasakan penting, namun saya sudahkan dulu untuk 3 gagasan yang utama ini. Sama ada BN @ TSB @ Aspirasi mahupun IPU @ GMUKM @ PAS @ PR sekalipun, layak untuk memimpin terletak kepada 3 kondisi di atas. Sejauh mana ciri-ciri di atas dipenuhi dalam proses kepemimpinan yang ada di negara kita?

1. Sudahkah kita jelas dengan matlamat masing-masing?
2. Apakah mereka dan kita faham apa yang diperjuangkan?
3. Adakah mereka benar-benar memperjuangkan matlamat yang mereka uar-uarkan?
4. Kebaikan atau kejahatan yang mereka bawakan?
5. Kebaikan atau kejahatan yang mereka lakukan?
6. Sejahterakah kita bersama mereka?
7. Bagaimana pula mereka dipilih?
8. Adakah hak kita mereka penuhi?
9. Bagaimana pula dengan tanggungjawab kita sebagai manusia, adakah kita diberi peluang untuk menunaikannya?

Jika kita teliti, hakikatnya semua 9 soalan di atas wajib kita jelaskan terhadap diri kita terlebih dahulu. Saya tidak maksudkan inilah satu-satunya, bahkan inilah salah satunya keperluan yang perlu ada pada kita sebagai manusia yang mampu berfikir dan menilai. Soal tanggungjawab kita sebagai manusia, apalagi sebagai seorang muslim, yang dipertanggungjawabkan untuk menyeru yang baik dan mencegah kejahatan, perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan perlu memberrespon dan tindak balas sekiranya tanggungjawab ini dihalang oleh mana-mana pihak. Mengajak manusia seluruhnya kepada sistem hidup yang terbaik, Islam Is The Way Of Life!

Sunday, November 2, 2008

berhenti? Jangan, teruskan berjalan!!!

Hidup, bagi sesetengah orang hanyalah terletak pada nafas dan degupan jantung.
sesetengah yang lain pula beranggapan, hidup ini pada pergerakan tubuh badan.
Tak kurang yang merasakan hidup ini hanya sekadar punya roh di jasad.

Maka saya bertanya, bagi yang koma, hidupkah dia???
Hidupkah mereka yang ketagihan dadah dan berkhayal sehingga melupakan bumi tapak dia berpijak???
Adakah masih dianggap hidup, manusia yang sanggup membunuh anak-anak kecil tanpa belas dan kasihan???
Hidupkah MEREKA???

Jika memandang kepada definisi yang popular mengenai hidup, maka MEREKA semua yang di atas digolongkan dalam kelompok Manusia Hidup.

Bagi saya seharusnya kita tukar, bukan manusia hidup, tetapi manusia yang masih bernyawa, punya roh, degupan jantung, dan masih mampu bergerak masih belum melayakkan manusia itu untuk hidup.

Mereka MATI, namun jasad masih bernyawa.

Kenapa begini?? kerana hidupnya manusia ini pada akal dan perasaan. Layaklah kita untuk hidup, jika punya akal dan perasaan. Akal yang digunakan untuk menilai, hati yang digunakan untuk merasakan sesuatu.

Maka dalam usaha kita untuk terus hidup, bukanlah tumpuan pada roh, degupan jantung dan kemampuan pergerakan yang perlu diutamakan. Bahkan perkara yang jauh lebih penting daripada itu, adalah tumpuan untuk mengasah akal dan mendidik perasaan agar kekal hidup sebagai manusia. Jika tanpa akal dan perasaan, maka layaklah binatang sebagai gelaran, bangkai sebagai jawatan, dan kubur sebagai kediaman.

Justeru, jangan khuatir untuk melangkah dan terus melangkah. Kerana sebagai orang Islam, kita memberikan sepenuh keyakinan kita kepada takdir dan ketentuan Tuhan. Walaupun seberat gunung yang meninpa, sehebat tsunami yang melanda, yakin dan percayalah bahawa Tuhan lebih berkuasa menentukan.

Maka bahagian kita sebagai manusia, seharusnya terus menerus berusaha mematangkan akal dan fikiran, mendidik hati dan perasaaan agar terus hidup sebagai manusia. Memenuhi tuntutan dan keperluan untuk HIDUP sebagai manusia.

"Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi(darjatnya), jika kamu orang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka mereka juga mendapat luka yang serupa. Dan masa (kejayaan dan kekalahan) itu, Kami pergilirkan di antara manusia(agar mereka mendapat pelajaran), dan agar Allah membedakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan agar sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada', dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim."
(surah ali-Imran, 3:139-140)

teruskan berjalan orang-orang yang beriman, kerana sungguh fikiran dan perasaan kamu, membezakan kamu dengan orang kafir.

Wednesday, October 29, 2008

5 Bilion untuk kroni??? Paklah dengan Eurocopter??

desas-desus mengenai krisis ekonomi yang akan melanda dunia semakin dirasai kesannya pada ekonomi global. Rata-rata mengiyakan bahawa krisis ekonomi yang melanda dunia pada ketika ini menjejaskan negara masing-masing. Namun terdapat sebuah negara kerdil yang berlagak sombong, mengkhabarkan dengan bangganya bahawa mereka kebal daripada krisis ekonomi. Walaupun tsunami politik melanda, keruntuhan moral dan kepercayaan rakyat terhadap pentadbiran negara terbabit jelas terpancarn masih lagi Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan Pertama menafikan bahawa MALAYSIA akan terjejas dengan krisis ekonomi.

Sedangkan negara-negara maju yang lain turut mengakui bahawa mereka terjejas dengan krisis ekonomi, seperti China, Korea, Jepun, malah US yang terlebih dahulu merasai kesan daripada kebejatan ekonomi tersbut turut melahirkan rasa tidak senang mereka.

Baru-baru ni, Najib baru sahaja meluluskan peruntukan 5Bilion duit rakyat kepada valuecap sdn bhd. Tindakan ini jelas menimbulkan rasa tidak senang rakyat Malaysia. Hal ini bukan sahaja disebabkan oleh nilai 5Bilion dan ke mana ianya akan digunakan, berbaloi, perlu atau sebagainya....

Malah rasa bimbang dilahirkan kerana tindakan ini mencerminkan sikap dan tanggungjawab bakal perdana menteri Malaysia. Jika awal-awak kagi tindakan beliau tidak mengendahkan nasib rakyat, apakah nasib yang akan menimpa rakyat Malaysia untuk tahun-tahun mendatang.

Disebut dalam suatu surah dalam Al-Quran, Surah Yusuf, tatkala raja pada ketika itu bermimpi, dipendekkan cerita, Nabi Yusuf pada ketika itu mentafsirkan bahawa mimpi tersebut menandakan akan berlakunya krisis ekonomi dan bekalan makanan. Maka Nabi Yusuf mencadangkan agar tumpuan kegiatan ekonomi negara pada ketika itu bertumpu kepada bekalan makanan dan "survival" masyarakat. Maka selepas tujuh tahun, berlakulah krisis ekonomi yang dijangkakan, dan rakyat pada ketika itu serta seluruh unit dalam masyarakat termasuk pembesar dan hamba terselamat daripada bahaya krisis ekonomi tersebut.

Dewasa ini, kemajuan teknologi telah dapat membantu manusia meramal masa depan. Ramalan mengenai krisis ekonomi yang dijangka melanda dunia telah mula menampakkan kesannya. Justeru sebagai pengiktibaran daripada kisah Nabi Yusuf, kerajaan seharusnya menumpukan kepada kegiatan "survival" rakyat dan kelangsungan negara dalam menghadapi krisis. Soal pelaburan dan pembangunan sudah menjadi perkara kedua kerana keperluan pembangunan tidak menjamin "survival" rakyat.

Jika wang rakyat digunakan dengan sewenangnya, kenaikan harga barang tidak dikawal, kroni dijaga dengan baik, pembaziran tenaga dan sebagainya terus berlaku, maka mungkin Malaysialah negara pertama yang akan hancur dek krisis ekonomi yang akan melanda.

Pujian buat Pak LAh kerana menangguhkan usaha menggantikan Nuri dengan Eurocopter. Cukuplah dengan dosa dan kezaliman yang telah kalian(UMNO-BN) lakukan. Buat rakyat MAlaysia, lakukan perubahan, tuntut keadilan, laksana tanggungjawab menukar kerajaan.


Sumber:
Harakahdaily
Utusan
malaysiakini

Islam Memimpin

Membangun bersama Islam adalah slogan penting dan penuh makna yang perlu dihayati bukan sahaja bagi mereka yang beragama Islam , malah tidak mengira kaum, bangsa mahupun agama.

Hal ini jelas disebut di dalam Al-Quran, surah Al-Baqarah, bahawa Al-Quran itu diturunkan pada bulan Ramadhan menjadi petunjuk bagi semua manusia dan sebagai bukti kepada petunjuk dan pembeda. Tanpa mengira sama ada mereka percaya kepada kewujudan Allah, atau sama sekali tidak percaya kepada konsep Tuhan sekalipun termasuk dalam golongan manusia yang disebutkan di atas.

Definisi petunjuk boleh ditakrifkan sebagai penunjuk jalan, pembimbing, panduan dan sebagainya. Dalam konteks kehidupan, Islam sebagai petunjuk, saya tafsirkan sebagai Islam sebagai sumber penyelesaian masalah, juga bertindak sebagai manual panduan cara hidup manusia. Justeru kedudukan Islam dalam masyarakat bukan sahaja menjadi tempat rujukan ketika ditimpa musibah, sebagai contoh, apabila hendak menduduki peperiksaan maka berbondong-bondonglah manusia yang berhimpit ke surau dan masjid untuk membaca yasin, solat hajat dan sebagainya. Sebaliknya Islam menjadi sumber rujukan dari saat bukanya mata hinggalah terlelap dan terjaga kembali. Islam dirujuk bermula daripada aspek pengurusan individu, rumah tangga, masyarakat dan sosial, pentadbiran negara, sehinggalah pentadbiran antarabangsa.

Inilah sebenarnya takrif Islam Memimpin yang ingin saya keutarakan. Maka dalam soal pentadbiran kampus sekalipun perlulah diletakkan Islam sebagai manual utama dalam membuat keputusan. Soalnya, adakah disebut dalam Al-Quran, As-Sunnah, mahupun ijma' dam Qias tentang soal pentadbiran Institut pengajian tinggi, pilihanraya kampus, dan sebagainya??

Sememangnya tiada disebut mengenai pengajian tinggi di dalam Al-Quran ,ahupun mana-mana sumber hukum utama di dalam Islam, namun di sana terdapat beberapa garis dasar dalam soal perancangan kehidupan manusia, dari aspek ekonomi, sosial, spiritual, kebudayaan, kehakiman dan macam-macam lagi. Saya ambil contoh dalam soal kehakiman, ada disebut mengenai keadilan dan bagaimana manifestasi keadilan dalam Islam. Disebut juga mengenai Amar Makruf Nahi Mungkar(Seru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran). Maka beberapa garis dasar ini perlu dipatuhi supaya suasana hidup yang kondusif akan diperolehi. BIla mana keadilan tertegak, kebajikan dan kebaikan dipelihara, serta perbuatan jahat ditegah, sudah pasti akan lahir masyarakat yang rukun dan damai.

Kajian telah dibuat, malah kita sendiri mampu mengesahkan bahawa antara keperluan fizikal dan mental(zahir dan batin), keperluan mental itu jauh lebih penting dan mempunyai impak berbanding keperluan fizikal. Walaupun kita punya harta yang banyak, tetapi tiada teman untuk kita kongsi bersama, tiada kegembiraan dan lapangnya dada, sudah pasti kekayaan itu tidak memberi apa-apa makna. Begitu jugalah pembangunan material yang dilakukan, tanpa didikan jiwa yang berkesan, pembangunan material tadi hanya akan diisi dengan kehampaan dan tidak mampu memberi sebarang kebaikan.

Islam adalah agama yang selamat dan menyelamatkan. Islam adalah Penyelamat Ummah dan pelerai segala simpulan, jawapan kepada segala soalan. Maka jadikanlah Islam sebagai pemimpin kita, Allah Sebagai Matlamat Kita, Rasul sebagai teladan kita dan Al-Quran sebagai panduan kita. Membangun Bersama Islam.

Sumber:
Tafsir Ar-Rahman.
Fiqh Sirah, Ramadhan Al-Buti;
Fiqh Harakah, Abdul Hadi Awang;
Usul 20, Imam Hassan Al-Banna;
Islam Penyelamat Ummah, Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Friday, October 24, 2008

Manusia akan sentiasa SIBUK..

Manusia akan sentiasa SIBUK..

“Telah Berjaya orang-orang yang Beriman, iaitu mereka yang khusyu’ mengerjakan solat, dan mereka yang meninggalkan perkara-perkara lagha(sia-sia)”
(Al-Mu’minun, 23:1-3)

“Diampunkan bagi kamu dosa-dosa, dan dimasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan tempat tinggal yang baik di dalam syurga ‘Adn. Demikian itulah Kejayaan yang agung”
(As-Saf, 61:12)

Sabda Nabi Muhammad SAW,

“Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah akannya kebaikan, Allah akan memberikan orang itu kefaqihan dalam Ad-Deen”


Sedar atau tidak, hakikat kehidupan manusia ialah sentiasa akan ada kerja ataupun perbuatan yang dilakukan sepanjang 24 jam sehari, 7 hari seminggu, setiap saat, detik dan waktu. Sama ada pada ketika itu seseorang itu tidur, bercakap, makan, minum, berjalan, termenung, menyanyi dan apa jua kelakuan akan dikira sebagai amalan. Bagi setiap amalan itu pula, akan dicatit oleh Malaikat Raqib dan ‘Atid.

Setiap kelakuan tersebut akan dicatit sama ada sebagai kebaikan yang akan membawa kepada ganjaran pahala, mahupun keburukan yang akan dibalas dengan azab dan seksa. Segala tindak-tanduk manusia akan dicatat dan tidak akan terlepas walau pun sesaat dari tempoh kehidupan setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini.

Maka, Apakah yang akan membezakan sesuatu tindakan itu baik atau buruk? Bagaimana pula caranya memastikan kita sentiasa berada di dalam kebaikan?

Persoalan mengenai pekerjaan yang baik bergantung kepada 2 kata kunci utama, niat dan syari’at.

1. Soal Niat = Disebut dalam hadith pertama dalam Kitab Hadith 40: Imam Nawawi, bahawa setiap amalan itu bergantung kepada niat, keikhlasan kita melakukan sesuatu perkara. Orang yang ikhlas, betul niatnya, ialah orang yang melakukan sesuatu perkara itu hanya kerana Allah dan Rasul. Manakala orang yang salah niatnya ialah mereka yang melakukan sesuatu perkara selain daripada kerana Allah dan Rasul. Boleh jadi kerana harta, manusia, mahupun sebab-sebab yang lain.
2. Soal syariat = sekalipun niat seseorang itu ikhlas kerana Allah, tak bermakna dia boleh melakukan sesuatu sesuka hati. Definisi Islam sebagai Ad-Deen(cara hidup) menunjukkan bahawa ada peraturan dan sempadan yang telah diturnkan untuk memandu manusia dalam setiap gerakgeri kehidupan. Digariskan lima jenis perbuatan iaitu wajib, sunat, harus, makruh, haram yang perlu diketahui oleh setiap manusia.

Telah diperjelaskan di atas bahawa kita berada dalam kondisi “beramal” pada setiap saat dan ketika. Maka pada setiap saat dan ketika itulah kita perlu sentiasa betulkan amalan kita supaya ikhlas dan menepati syariat. Sebab itulah RasuluLlah SAW berpesan bahawa jika kita dipilih oleh Allah untuk mendapat kebaikan, Allah akan memberikan kita kefahaman dalam Islam(cara hidup).

Saya sejujurnya tidak setuju dengan penggunaan “agama” untuk Islam kerana ia akan menyempitkan pemikiran. Islam sebagai Ad-Deen ataupun cara hidup adalah definisi terbaik supaya kita jelas dengan tuntutan untuk membetulkan dan memperbaiki amalan kita. Kita perlu sentiasa memilih dan meneliti perbuatan kita supaya tergolong di kalangan orang-orang yang Berjaya.

Oleh itu, bagi memastikan kita sentiasa berada di dalam kebaikan, beberapa asas penting perlu difahami, iaitu

1. Sifat iman manusia yang bertambah dan berkurang.
2. Fitrah kejadian manusia yang dikurniakan naluri(baik) dan nafsu(jahat).
3. Sumber rujukan menentukan hokum, Al-Quran dan As-Sunnah.
4. Ilmu dan teladan sebagai pembimbing dan panduan.

Kita akan sentiasa terdedah kepada “kilauan kaca yang menipu”, bahkan acapkali kita sengaja memilih kaca walaupun kita tahu permata itulah yang berharga. Di tambah dengan kedangkalan ilmu mengenai Islam, menyebabkan kita tersalah dan terpedaya secara sedar ataupun sebaliknya.

Maka kita perlu sentiasa menyibukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam dan merapatkan hubungan kita dengan sebarang perkara yang berkaitan dengan Islam. Termasuklah bergaul dengan orang Islam, menyertai persatuan Islam, membaca buku-buku Islam, mendengar ceramah Islam, berbual mengenai Islam, menulis mengenai Islam, malah berfikir dan berangan-angan mengenai Islam.

Saya berpandangan inilah yang sebenarnya dimaksudkan dengan MenSIBUKkan diri kita dengan Islam. Saya juga berpandangan sekiranya kita tidak menSIBUKkan diri kita dengan perkara yang baik, maka sudah pasti perkara yang tidak baik akan menSIBUKkan kita. Maka saya berpesan kepada Farid, dan semuanya Marilah Beramal! Beramal Kerana Allah.

“Dalam kilauan permata, pasti ada kilauan kaca yang menipu.”

Tuesday, October 21, 2008

selamat pagi....


AlhamduliLlah.. hari nie, 21/10/1429, 21/10/2008, En. Matahari masih memilih timur sebagai tempat dia memulakan tugas menerangi bumi yang didiami bilion2 makhluk Allah Ta'ala. Manusia yang menjadi "wakil"Nya ke atas muka bumi ini sering kali terlupa dan tersilap, bahawa misi penting yang digalas oleh kita adalah memastikan kelestarian pembangunan dan pemakmuran bumi ini berjalan seiring dengan sunnah dan syariah yang ditetapkan.

umum mengetahui bahawa landasan cara hidup yang terindah dan terbaik yang disediakan oleh Tuhan yang Maha Pencipta adalah Islam. walaupun akal mengiyakan, namun nafsu tetap menjadi pembuat keputusan dalam segala macam hal. maka terheretlah manusia ke landasan yang menyimpang dari arah yang sebenarnya. Setiap kali pancaran matahari menerangi alam, setiap kali itulah juga, paling tidak, petunjuk dari Yang Maha Esa, mengingatkan akan asal usul kejadian kita yang amat dhaif dan hina. Moga sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayangNya.Moga terlintas di hati untuk sentiasa merenung dan berfikir demi kebaikan diri dan semuanya...

Sunday, October 12, 2008

Umat Islam vs Orang Kristian

Kadar pertumbuhan bilangan penganut agama Kristian dan orang Islam di Dunia.

Dialah yang mengutus para RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya. (Al-Quran, Surah As-Saff, 61:59)

Maha Benar firman Allah SWT dalam kitab suci Al-Quran yang menyatakan janjiNya terhadap kemenangan dan keizzahan Islam di atas muka bumi ini sekalipun pelbagai strategi dan aktiviti yang dilakukan oleh orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam untuk menyesatkan umat manusia daripada cara hidup yang sebenarnya.

Kita sering mendengar pergerakan dakyah kristianisasi yang cuba menyebarkan fahaman kristianisasi kepada semua manusia khususnya umat Islam, malah pelbagai statistic dikeluarkan seolah menceritakan kejayaan para pendakyah kristian akan usaha mereka menyesatkan umat Islam. Statistik yang pernah dikeluarkan oleh Mufti Perak, SS Dato’ Harussani Zakaria iaitu seramai lebih 100,000 orang Islam di Malaysia yang murtad sememangnya membimbangkan kita. Namun begitu janji Allah SWT bahawa Dia akan tetap menyempurnakan cahaya petunjuk kepada para hambaNya adalah Maha Benar dan tidak akan mampu disangkal apatah lagi cuba untuk dibendung oleh musuh-musus Islam.

Pertubuhan seperti Interfaith Commission (IFC), Sister in Islam (SIS), Jaringan Islam Liberal (JIL) yang ditubuhkan semata-mata untuk menyesatkan dan memesongkan akidah umat Islam tidak akan mampu melawan kuasa dan kebenaran dari Allah Ta’ala yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.

Begitu juga kecaman dan tuduhan yang dilemparkan oleh dunia barat dengan label-label seperti pengganas, konservatif, anti-establishment, agama penindas, dan pelbagai lagi nama-nama yang diberikan kepada Islam tidak mampu menahan dan menutup cahaya petunjuk yang Allah Ta’ala kurniakan kepada hambaNya. Umum mengetahui bahawa betapa teruknya tekanan yang dikenakan ke atas umat Islam bermula daripada peristiwa 11 September yang menyaksikan Islam dituduh menjadi punca kepada runtuhnya bangunan gergasi WTC. Tanda nama “pengganas” mula diperkenalkan kepada orang Islam dan masih lagi kekal sekalipun pelbagai laporan telah dikeluarkan menafikan dakwaan tersebut.

Osama Bin Laden masih tetap diburu atas kejadian “911” tersebut, ulama’ yang menyampaikan risalah tauhid turut menjadi mangsa konspirasi khianat Amerika-Barat. Kita masih tidak dapat melupakan bagimana ratusan ribu umat Islam di Afghanistan (2002), Iraq(2003) menjadi mangsa korban kezaliman Amerika dan sekutunya yang dengki kepada keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam. Contoh yang paling dekat dengan kita di Malaysia ialah peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Selatan Thai baru-baru ini. Peristiwa tersebut benar-benar menghiris hati umat Islam dan dilihat sebagai salah satu usaha mencegah ajaran Islam daripada terus tersebar. Hakikatnya tekanan yang diberikan oleh pihak tertentu kepada Ulama’ dan golongan yang berpendidikan agama di Malaysia juga menyumbang kepada proses DeIslamisasi (anti-Islam) ini sendiri.

Namun begitu, semakin kuat tekanan yang diberikan oleh musuh Islam terhadap Islam sedikitpun tidak mampu menggugat kepercayaan dan pegangan umat Islam terhadap cara hidup Islam yang begitu indah dan sempurna. Keyakinan umat Islam untuk terus berpandu kepada kitab Al-Quran dan As-Sunnah terus subur dan tidak goyah walau sedikit.

Kekecohan yang digembar-gemburkan mengenai lunturnya keyakinan umat terhadap Islam sebenarnya tidak leboh dari sekadar ibarat “telur sebiji, riuh sekampung”. Apalah sangat ingin dibanggakan dengan kejayaan mengkafirkan Azlina Jailani jika dibandingkan dengan mengIslamkan paderi-paderi dan pendita-pendita agama selain Islam? Apakah mereka (musuh Islam) ingin berbangga dengan ribuan umat Islam yang hanya Islam pada nama, berbanding penghijrahan para paderi dan pendeta yang merupakan sandaran orang bukan Islam terhadap agama masing-masing?

Kita dapat menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yang begitu menarik apabila telah ramai artis wanita yang mula mengenakan tudung, peningkatan kesedaran terhadap halal dan haram, bahkan pertambahan badan-badan yang membela Islam juga jauh lebih banyak daripada badan-badan Anti-Islam. Sokongan masyarakat bukan Islam terhadap politik Islam juga jauh lebih baik daripada sangkaan kita.

Turut dilampirkan statistic kadar pertambahan bilangan penganut agama kristian dan perbandingannya dengan pertambahan bilangan orang Islam di dunia.

Some estimates of numbers and growth rate of Christians:

Source

Year

Number or Percentage of world's population

Growth Rate/year

Readers Digest 1

1985

1.0 billion

-

Al-Islam 2

1994 to 1995

-

1.46%

U.S. Center for World Mission 3

From 1970 to 1996

From 33.7% to 33.9%

2.3%

John Gary 4

2025

3 billion

-

UK Christian Handbook 9

From 2000 to 2010

From 27.7% to 27.1%

-

Barrett & Johnson 5

From 2000 to 2025

From 2.015 to 2.711 billion

-

Todd Johnson 6

From 2000 to 2025

From 2.090 to 3.023 billion; 33.4% to 35.5%

-

Todd Johnson 6

2200!

4.40 billion

-

World Christian Encyclopedia

2000

2.0 billion; 37.9%

-

Samuel Huntington

2025

25%

-

Some estimates of numbers and growth rate of Muslims:

Source

Year

Number or Percentage of World's Population

Growth Rate

Readers Digest 1

1985

700 million

-

Al-Islam 2

1994 to 1995

-

6.4%

U.S. Center for World Mission 3

From 1970 to 1996

-

2.9%

John Gary 4

2025

2 billion

-

Barrett & Johnson 5

2000 to 2025

1.22 to 1.89 billion

-

Todd Johnson 6

From 2000 to 2025

From 1.16 to 1.72 billion; From 18.5% to 20.2%


Todd Johnson 6

2200!

2.62 billion; 22.6%


Samuel Huntington

2025

30%





































Sumber yang dipetik daripada laman web www.religioustolerance.org membuat kesimpulan bahawa

1. pertambahan jumlah penduduk dunia setiap tahun adalah sebanyak 2.6%, bilangan orang Kristian ialah 2.3%, sedangkan jumlah pertambahan orang Islam ialah yang tertinggi iaitu sebanyak 2.9%, 0.3% lebih tinggi daripada jumlah pertambahan penduduk dunia.

  1. Bilangan orang Islam akan mengatasi bilangan penduduk kristian menjelang tahun 2025 dan akan menjadi agama yang paling dominant.

Namun begitu, kelemahan kualiti umat Islam dilihat sebagai satu-satunya proklamasi yang dapat menyangkal kehebatan umat Islam ketika ini. Sekalipun memegang sebahagian besar hasil bumi dunia, umat Islam masih belum mampu menunjukkan potensi dan kekuatan yang ada pada umat Islam. Umat Islam masih belum mampu membela nasib saudara-saudara seagama, bahkan belum mampu membela nasib sendiri.

Walau bagaimanapun, kekuatan umat Islam pastinya sentiasa digeruni oleh musuh-musus Islam dan mereka pastinya sentiasa mencuba untuk menghancurkan Islah dan penganutnya. Betapa pun mereka cuba menindas dan menzalimi namun pembelaan dan bantuan Allah Ta’ala pasti akan datang kerana janjiNya bahawa Deen yang sebenar dan diiktiraf di sisi Allah Ta’ala hanyalah Islam.


Monday, August 4, 2008

Umat Islam Pasca Isra’ Mikraj


Umat Islam Pasca Isra’ Mikraj.

Rangkuman peristiwa yang berlaku di dalam peristiwa Isra’ Mikraj yang dilalui oleh Baginda RasuluLlah S.A.W. telah banyak meniti di pendengaran kita. Berbagai-bagai bentuk pendedahan dan perkongsian ilmu berkaitan dengan Isra’ Mikraj telah pun kita ikuti baik dalam bentuk forum perdana, kuliah maghrib, ceramah umum, malah dalam khutbah Jumaat juga, telah banyak diperdengarkan dan diperingatkan tentang peristiwa agung dan bersejarah ini. Peristiwa ini bukan sahaja menjadi perbahasan utama pada zaman moden ini, malah perbahasan dan perdebatan mengenainya telah bermula sejak Baginda RasuluLlah SAW masih hidup lagi.
Sejurus selepas Nabi Muhammad SAW kembali daripada perjalanan panjang ke Masjid Al-Aqsa dan ke Sidratul Muntaha, membawa perintah Solat 5 waktu sehari semalam, daripada Ibnu Abbas r.a, menurut apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, daripada RasuluLlah SAW dengan kata baginda;
“Setelah berlalunya malam di mana aku diIsa’kan, dan aku kembali ke Mekkah. Aku merasa
berat sekalisksn perkara itu dan aku tahu orang ramai akan mendustakan aku”.

Seterusnya Nabi bercerita; “Maka Abu Jahal(seteru Allah) pun datang dan duduk di sisiku,
Dia bertanya dalam nada mengejek-ejek aku;

Abu Jahal : Ada sesuatu hari ini Ya Muhammad?
Nabi SAW : Ya ada.
Abu Jahal : Apakah suatu itu?
Nabi SAW : Aku telah diIsra’kan malam tadi.
Abu Jahal : Ke mana pula kali ini?
Nabi SAW. : Ke Baitul Maqdis
Abu Jahal : Habis engkau telah kembali pula pagi-pagi ini di hadapan kami?
Nabi SAW : Benar.

Lalu Abu Jahal menawarkan diri untuk memanggil orang ramai agar mendengar khabaran
daripada Nabi Muhammad SAW dan Baginda mengizinkan. Setelah berkumpul seluruh
masyarakat yang ada pada ketika itu;

Abu Jahal : Katakanlah kepada kaum mu itu sebagimana yang engkau katakan kepada ku
tadi.

Kemudiannya berlakulah dialog antara Nabi Muhammad dengan kaumnya ketika itu.
Sehingga ada di antara mereka yang menggaru kepala, bertepuk tangan kehairanan. Lantas
ada yang bertanya; “Bolehkah Tuan menggambarkan kepada kami masjidnya?”(kerana ada
yang pernah ke sana)


Baginda lalu menceritakan dan menggambarkan rupa paras masjid tersebut secara terperinci
menurut apa yang dilintaskan di hadapannya.

Sejurus selepas itu masyarakat pada ketika itu pergi menemui Abu Bakar lalu bertanya; “Apa
pendapatmu wahai Abu Bakar mengenai Sahabatmu(Nabi Muhammad) ini yang telah
mendakwa pergi ke Baitul Maqdis malam tadi dan kembali semula pada paginya?”

Abu Bakar : Kamu semua mendustakannya?
Masyarakat : Bukan begitu, dia kini berada di Masjid sedang memberitahu berita itu kepada
orang ramai.
Abu Bakar : Demi Allah. Kiranya dia berkata begitu, memang benarlah ia, dan apa yang
hendak dihairankan sangat? Demi Allah, dia(Muhammad SAW) telah
memberitahuku berbagai berita yang turun dari langit ke bumi, tidak kira siang
atau malam, maka aku terus membenarkannya. Ini tentu lebih menakjubkan
kamu bukan?

Abu Bakar terus bangun dan menuju ke Masjid Al-Haram untuk bertemu dan mendengar
sendiri berita itu daripada mulut RasuluLlah SAW. Abu Bakar terus membenarkan setiap
apa yang diceritakan oleh Nabi Muhammad SAW sehingga beliau di gelar As-Siddiq, yang
bermaksud Yang Membenarkan.


Teman-teman, Mahasiswa/I sekalian,

Demikian peristiwa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Ibnu Abbas r.a. mengenai situsai pasca Isra’ Mikraj. Namun pengajaran yang dapat disunting di sini ialah betapa dangkal dan ceteknya ilmu dan tahap pemikiran manusia jika dibandingkan dengan Ilmu Allah SWT. Allah SWTmenmperjalankan hambaNya untuk memperjelaskan kepada seluruh manusia akan tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Kekuasaan dan kehebatan Allah SWT tidak terbatas malah segala kehebebatan dan kelebihan yang ada pada kita juga adalah kurniaan dariNya.

Justeru saya ingin mengajak sahabat-sahabat, Mahasiswa/I sekalian untuk kita merenung kembali perjalanan kehidupan kita sebagai makhluk yang bernama manusia. PENGAJARAN PERTAMA yang ingin ditunjukkan selepas peristiwa Isra’ ini adalah pengakuan dengan sesungguhnya bahawa Allah SWT sebagai Tuhan Yang Esa, dan Nabi Muhammad adalah rasul dan hambaNya. Pengakuan dalam konteks meyakini bahawa alam ini dicpta olehNya dan tiada yang layak disembah, dipuji, mahupun dipuja melainkan Allah SWT. Serta menyaksikan kebenaran risalah dan wahyu yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

PENGAJARAN YANG KEDUA adalah kesedaran mengenai kepentingan mendirikan Solat, lebih-lebih lagi mendirikannya secara berjemaah. Kerana tonggak kekuatan diri adalah pada keikhlasan dan khusyu’nya kita mendirikan Solat. Manakala tonggak kekuatan jemaah adalah pada solat jemaah yang didirikn secara konsisten dan istiqamah. Sebagaimana sabda RasuluLlah;

Perbedaaan orang yang beriman dengan orang kafir itu ialah meninggalkan solah
.(RIwayat Muslim)

Mengabaikan berita dan hasutan palsu yang dilemparkan terhadap Islam. Digambarkan dalam hadith di atas tentang perihal Abu Jahal yang sentiasa mencari jalan memesongkan keimanan umat Islam. Maka PENGAJARAN KETIGA adalah untuk sentiasa berwaspada terhadap musuh Islam yang nyata. Dalam konteks kita pada hari ini, orang-orang kafir yang sentiasa aktif mencari helah dan tipu daya untuk menyesatkan kita. Begitu juga syaitan dan Iblis yang telah bersaksi dan bersumpah akan menyesatkan manusia dan mengheret semua manusia untuk berkongsi balasan siksa di neraka. Na’udzubiLlah. Allah mengiktiraf bahawa syaitan itu seteru utama kita dan Allah memperingatkan telah ramai di kalangan manusia yang telah, sedang, dan akan disesatkan oleh Syaitan. Sepertimana firmanNya;
“Dan sungguh, ia(syaitan) telah menyesatkan sebahagian besar di antara kamu. Maka apakah kamu tidak mengerti” (Surah Yasin : 62)

PENGAJARAN TERAKHIR yang sempat dikongsikan adalah kewaspadaan kita terhadap musuh yang tidak kita nampak. Namun musuh ini jauh lebih bahaya daripada musuh-musuh yang disebutkan di atas. Merekalah musang berbulu ayam, bahkan Syaitan yang bertopengkan manusia. Merekalah golongan munafiq yang mendakwa mereka beriman, namun apa yang mereka lakukan dan usahakan semuanya hanyalah menjurus kepada menjerumuskan masyarakat dan mereka sendiri ke lembah kebinasaan. Jaringan Islam Liberal, Sisters In Islam, Islam Bertamadun dan pelbagai tempelan nama yang bertemakan Islam tetapi telah disalahgunakan untuk menyesatkan umat Islam.

Walaubagaimanapun, keterikatan diri kita dengan masjid dan melazimkan diri kita berada di dalam kalangan orang-orang yang baik dan beriman adalah antara jalan keluar yang terbaik untuk diri kita. Sesungguhnya terlalu banyak fitnah dan ujian yang Allah lemparkan kepada kita, maka yakinlah keikhlasan dan kesungguhan kita akan dapat menepis segala godaan.

Sekadar ini sahaja, moga dipermudahkan Allah dalam setiap urusan. Segala yang baik adalah kurniaan dan anugerah dari Allah, sedangkan yang buruk itu berpunca daripada kelalaian dan kedangkalan ilmu yang ada pada diri. Kita serahkan segalanya pada Allah kerana Dia Yang Maha Mengetahui.

Monday, June 9, 2008

Cinta..



Situasi pertama (masih belum bercinta):

Pada waktu tengah hari ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, Rieza memilih untuk berjalan kaki pulang ke rumah walaupun bapanya telah membayar duit bas. Tujuan? Ingin mengekori Diana, pelajar perempuan yang berada di kelas bersebelahan dengan Rieza, dengan niat ingin mengetahui tempat tinggal Diana, memastikan Diana selamat pulang ke rumah, dan meng"ushar" Diana. Walaupun akibat daripada perbuatan tersebut, Rieza terpaksa berjalan kaki sejauh 3 km dan mungkin lebih untuk sampai ke rumah dalam cuaca yang panas terik.

Situasi kedua (sedang berusaha mencari cinta):

Sewaktu di rumah, sedang enak menjamu selera bersama keluarga selepas selesai solat maghrib, tiba-tiba telefon berdering. Lina dengan pantas menyambar gagang telefon, berebut dengan kakaknya untuk menjawab telefon. Namun malangnya, orang yang ditunggu panggilannya masih belum muncul. Lalu dengan hampa dan kecewa menyerahkan gagang tersebut kepada yang kakaknya yang sepatutnya menjawab panggilan. Berulang-kali peristiwa yang sama berlaku. Hinggalah pada lewat malam, dalam pukul 11, deringan panggilan ke 15 malam itu, Lina masih cergas seperti sebelumnya menyambar gagang, dan akhirnya yang ditunggu, muncul... dialog mereka seperti berikut,

Ahmad: salam.
Lina: salam.
Ahmad: Maaf lambat, saya janji nak telefon pukul 8, tapi tadi ada hal sikit.
Lina: Eh takpe, tak ada masalah(sambil menyembunyikan keadaan termengah2).


Situasi 3 (Dalam proses mengekalkan Cinta):

Esok hari jadi Lina, tapi masalahnya Ahmad berada di Seremban, Lina yang menetap bersama keluarganya di Temerloh mengajak Ahmad keluar. Ahmad dengan penuh yakin dan selamba, menerima ajakan lina. Maka dengan tekad meminjam motorsikal adik saudaranya untuk bertemu dengan Lina di Pahang. Pada keesokan harinya, Ahmad selamat tiba di Pahang. Walaupun terpaksa bertolak selepas subuh, dan menunggang motorsikal Honda Wave 100cc selama 5 jam, Ahmad masih tenang dan bersahaja menemani Lina menyambut hari jadi di Pahang. Walaupun ditambah dengan keadaan Ahmad yang kesempitan wang, Ahmad sanggup mengeluarkan duit simpanannya untuk menghiburkan hati Lina.

Situasi 4 (sudah berkahwin dan berkongsi Cinta):

Mak Limah merupakan seorang suri rumah tangga sambil mengambil upah menjahit baju, manakala suaminya Pak Abu mencari rezeki dengan mengambil upah menoreh getah dan berkebun, pendapatan yang mereka peroleh tak sampai pun RM500 sebulan. Pada suatu hari, Ali, 17, anak sulung dari 8,mengeluh keletihan ketika pulang dari sekolah. Walaupun tiada perkataan yang terungkap, namun keletihan jelas tergambar di wajahnya. Ali terpaksa berjalan kaki 4 batu ke sekolah setiap hari kerana tidak mampu untuk mnyewa bas. Basikal di rumahnya pula diutamakan kepada adik2nya yang juga masih bersekolah. Pak Abu yang melihat situasi tersebut menyimpan tekad untuk lebih rajin menoreh, dan membuat kerja2 tambahan. Pak Abu keluar rumah seawal 4 pagi dan pulang untuk sarapan selepas subuh, pukul 8 pagi, selepas anak-anaknya ke sekolah, Pak Abu keluar mencari kerja2 tambahan, menebas rumput, mengangkat barang, menjadi buruh pembinaan, kerja perpaipan, dan lain-lain. Mak Limah pula, semakin tekun menjahit siang dan malam. Mak Limah menerima dan mencari sebarang tempahan walaupun ternyata tidak menang tangan. Selepas dua bulan, mereka menghadiahkan motor EX5 Classic kepada Ali, dengan deposit RM500 dan masih perlu mencari wang untuk bayaran bulanan sebanyak RM150.

Cinta..


Walaupun situasi di atas agak biasa dan tidak terlalu mengujakan. Namun situasi tersebut kerap berlaku bagi mereka yang ber"cinta". Perasaan dan keperluan sendiri tidak lagi menjadi keutamaan asalkan dapat menghiburkan dan memenuhi permintaan yang tersayang.

Sanggup berpenat, menunggu, bersusah, dan menderita kerana yang tersayang. Inilah yang disebut sebagai pengorbanan ketika dilanda perasaan Cinta. Apabila kita mencintai dan mengasihi seseorang, kita sanggup berkorban dan memberikan sepenuhnya jiwa dan raga. Acap kali sukar untuk kita membuat pertimbangan yang waras sekiranya bertembung dengan pilihan yang melibatkan orang yang kita sayang, asalkan segala yang diminta olehnya dapat kita penuhi dengan sedaya upaya kita.

Sememangnya cinta itu buta, kerana ia bukan sahaja tidak mengenal siapa, malah tidak mengenal bila, berapa, di mana, ke mana, dan mengapa. Lamunan cinta menyebabkan manusia tenggelam, lena dibuai mimpi dan mabuk asmara. Ada yang mandi tak basah, makan tak kenyang, dan tidur pun tak lena kerana cinta.

Manusia, secara fitrah dan nalurinya mempunyai sifat-sifat ini, mementingkan cinta dan kasih sayang. Cinta dan kasih sayang "memanusiakan" manusia. Tanpa cinta dan kasih sayang manusia akan berubah menjadi binatang, malah lebih teruk daripada binatang. Namun begitu, perasaan jemu, benci dan putus asa sering menjadi penghalang kepada perasaan kasih dan sayang. Malah, sikap cemburu dan iri hati akibat daripada cinta ini juga boleh menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Perceraian dan perpisahan, gejala buang anak, bunuh, rompak, rogol, sumbang mahram, adalah tanda bahawa manusia tersebut sudah hilang sifat manusianya. Mereka bertindak dan berkelakuan di luar batas kerana sudah hilang pertimbangan akal yang waras. Mereka tersalah tafsir erti cinta dan kasih sayang, seterusnya menterjemahkan tafsiran yang salah itu dengan tindakan yang salah.

Antara sebab utama yang membawa kepada bala ini adalah kerana ciri-ciri dan sifat cinta yang ada pada manusia itu sendiri. Cinta manusia ada sempadan dan hadnya. Terkadang tidak telus dan terlalu rapuh. Wujudnya umpama langit yang tidak terduga mendung dan cerahnya. Sifat hadirnya umpama awan yang mudah ditiup dan mudah pula berubah berubah haluannya, tidak kekal bentuknya hingga akhirnya bercerai menitiskan hujan.

Cinta yang sejati dan hakiki adalah cinta Ilahi. Tuhan sangat cinta dan mengasihi hambanya. Tanpa had dan sempadan. Saban hari dan setiap waktu, Tuhan akan menjaga hambanya. Diberikan rezeki, udara, perlindungan, dan bimbingan di sepanjang perjalanan. Walaupun berjuta kesilapan yang dibuat oleh hambaNya, namun kasih sayangnya tidak sedikit pun berkurangan. Pintu dan jalan untuk hambanya "kembali" sentiasa terbuka luas. Maha Suci Tuhan dengan kasih dan sayangNya kepada kita.

Hanya dengan bantuan cinta dan kasih sayang Tuhan yang abadi ini sahaja yang akan dapat mengabadikan cinta dan kasih sayang manusia terhadap manusia. Bercinta dan berkasihan keranaNya akan membantu kita mengekalkan diri kita pada peraturan dan adab yang baik sebagai manusia. Kehilangan dan berpisah keranaNYa memandu kita untuk kekal tabah dan sabar menjalani hidup.

Kebergantungan kita padaNYa jualah yang menjadi sumber segala kekuatan dan kejayaan. Kealpaan dan kelekaan kita terhadap cinta ini, akan menyebabkan kita terjerumus ke lembah yang sememangnya tidak kita ingini....


Thursday, June 5, 2008

aku mereka dan dunia..[6]

Setelah 3 jam perjalanan kami tiba di halaman rumah opah dan atuk di Jalan hj Wahab, Kg Selboh, Parit, Perak. Bibit-bibit pertemuan semula setelah agak lama tidak bertemu amat menggamatkan suasana. Aku bersalaman dengan saudara-mara sambil memerhatikan ibuku bersalam sambil berpelukan dengan adik-beradiknya.

Seharian kami bermain, seolah tiada tanda ingin berhenti. Kalau bukan kerana hadirnya malam, sudah tentu kami akan terus bermain. Sejurus selepas makan malam beramai-ramai di tingkat bawah, abang aku bingkas bangun keluar rumah mengeluarkan stok bunga api dan mercun yang dibawanya dari Bandar. Sememangnya keriangan bermain bunga api di kampong jauh lebih meriah berbanding di KL.

Hari berikutnya kami menyambung misi mengisi ruangan memori dengan pengalaman yang indah bermain bersama. Sambil kaum ibu dan bapa sibuk memasak dan mengemas rumah. Maklumlah, esok raya. Walaupun aku masih belum mengerti akan makna sahur, raya, dan puasa, namun pengajaran yang sudah pasti akan melekat dalam ingatan, Hari Raya adalah hari yang paling seronok dan bermakna.

Hari ni hari raya, waktu tu masih gelap tapi sudah ramai yang dah terjaga. Kelihatan ramai yang beratur menunggu giliran menggunakan bilik air, tak kurang yang beratur ingin menggosok baju. Aku terpegun melihat suasana ketika itu, semuanya mengenakan pakaian yang berwarna-warna dan kelihatan segak, cantik, comel, dan menawan. Di suatu sudut terhidang kuih-muih dan rendang. Dalam hati aku berbisik, ni mesti baki sahur tadi.

Tiba-tiba Pak cemi, adik mak aku mencuit sedikit dari kek yang terhidang dan memasukkan ke dalam mulutnya.

“Pak Cemi tak puasa!” aku menjerit sambil menuding jari kea rah Pak Cemi.

Satu rumah mentertawakan aku. Penjelasan ibuku mengurangkan tegang urat otakku menafsirkan kejadian yang berlaku. Tapi kenapa hari ni yang dipilih untuk raya.

3 hari berlalu dengan pantas. Sepanjang hari raya, kami menziarahi ramai saudara-mara di perak. Saudara ibu ku ramai menetap di Parit, sementara saudara ayahku di bahagian Bota, terletak kira-kira 17km antara keduanya. Terkadang kami beraya sampai ke Ipoh, dan manjung. Paling mengujakan, DUIT RAYA, hamper setiap rumah yang diziarah menyediakan duit raya. Nyatanya, bab duit raya ni krang persoalan yang aku timbulkan. Bak kata, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Ayah dan emak sibuk mengemaskan barang, atuk dan opah duduk termenung di beranda, melihatkan gelagat anak-anaknya sibuk berkemas. Rupa-rupanya kami semua akan meninggalkan kampong untuk kembali ke rumah. Keluarga aku antara yang paling awal berkemas. Lewat pagi tersebut kami pun bertolak kembali ke KL. Suasana yang amat berbeza berbanding ketika dalam perjalanan pulang ke kampong tempoh hari.

Saudara-mara menghantar kami sehingga ke bibir jalan. Sayup-sayup lambaian tangan atuk dan opah menghantar kami pulang ke KL. Berakhir sudah episod keriangan beraya di kampong. Alangkah bahagianya kalau raya ni setiap hari dan sepanjang tahun. Boleh jumpa atuk, opah, dan saudara. Paling best, dapat duti raya. Aku sendiri pun tak pasti kemana duit raya yang aku dah terima. Tahu-tahu, tinggal beberapa ringgit sahaja di dalam sampul yang aku satukan isinya.


bersambung...

Antara Yang Menarik