Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...
Showing posts with label Tanah Air Tercinta. Show all posts
Showing posts with label Tanah Air Tercinta. Show all posts

Saturday, November 16, 2019

Kemenangan BN di Tanjung Piai dan Kesannya Terhadap Survival Umat Islam

Muafakat Nasional telah membuat satu keputusan yang bukan sahaja berani, malah mengejutkan ramai pihak apabila menghantar calon MCA untuk bertanding di Pilihanraya Kecil Tanjung Piai.

Penetapan calon bukan Islam dilihat seperti bertentangan dengan prinsip Muafakat Nasional yang berkehendakkan kuasa politik Islam dan Melayu bertambah di Parlimen.

Perkara ini dilihat bukan sahaja memberi tamparan yang besar kepada sebahagian besar ahli kedua-dua Parti iaitu UMNO dan PAS, malah ianya dilihat seolah-olah bola tanggung yang diberikan kepada Pakatan Harapan untuk menghentam dan memperkecilkan agenda Islam dan Melayu yang diperjuangkan baru-baru ini.

Kononnya apabila calon bukan Islam dipilih, dan lawan kepada calon itu pula adalah calon Muslim dari Pakatan Harapan, ditambah dengan gelaran Imam yang dimilikinya, maka sepatutnya penyokong kedua-dua parti, UMNO dan PAS, sepatutnya memberikan sokongan kepada meramaikan MP Muslim di Parlimen.

1. Meramaikan MP Muslim adalah perlu, namun menambah MP dari kalangan PH, walau bergelar Ustaz sekalipun adalah suatu perkara yang sia-sia dan tidak akan dapat membela nasib orang Melayu dan Islam. Jika PH serius dalam hal membela Islam, jumlah MP muslim dengan jawatan penting yang sedia ada mereka miliki tidak sepatutnya menjadikan Islam dan Umat Islam menjadi semakin tertekan.

2. Kedudukan MP PH sebagai Menteri Agama, adalah bukti jelas bahawa MP PH tidak berupaya menjadi sandaran untuk mempertahankan dan membangunkan Islam dan umatnya di Malaysia. Sebaliknya, MP PH ini menjadi ancaman bahaya yang cukup besar bahkan memberikan mudarat yang sangat hebat jika terus dibiarkan berkuasa.

3. Adakah MP BN dari kalangan bukan Islam boleh diharapkan untuk membela Islam? Bukankah mereka juga menunjukkan sikap permusuhan mereka dengan agenda Islam? Tidak dapat disangkal, dinding pemisah antara bukan Islam dan Islam di Malaysia ini masih tebal dan pemimpin bukan Islam seringkali menjadikan permusuhan dengan Islam sebagai loncatan untuk mendapatkan kepercayaan daripada pengundi bukan Islam. Seolah-olah jika mereka terlalu tunduk kepada Islam dan agendanya, maka dia tidak dapat membela nasib kaumnya. Ini adalah kenyataan yang pahit, namun hakikat sebenar yang sedang berlaku di Malaysia.

4. Justeru meletakkan calon bukan Islam dalam PRK Tanjung Piai bukanlah misi utamanya untuk membela Melayu dan Islam. Namun, ianya lebih kepada strategi jangka masa lebih panjang iaitu bentuk sokongan yang bakal diterjemahkan dalam PRU-15. Ini adalah misi yang jauh lebih penting dalam PRK Tanjung Piai pada kali ini.

5. Jika MN berdegil ingin meletakkan calon Melayu, maka kita tidak akan dapat melihat bentuk sokongan bukan Islam kepada BN dan PAS. Malah, MN akan dilihat sebagai satu gerakan rasis yang meminggirkan nasib bukan Islam. Sedangkan MN bertujuan menyatupadukan Melayu dan Islam, begitu juga semua rakyat berbilang kaum, keluar dari kerangka politik perkauman yang sempit dan memberi fokus kepada agenda perpaduan nasional, di mana Melayu dan Islam adalah sebagai teras dan tonggak utama.

6. Keadilan bukanlah boleh dilihat dari kesama-rataan, sebaliknya keadilan itu berlaku apabila kita memberikan kedudukan dan penilaian yang tepat berdasarkan kepada keadaan-keadaan tertentu. Malaysia adalah negara yang majoriti umatnya adalah Islam dan Melayu sebagai pemilik dan penghuni asal, mempunyai hak istimewa yang WAJIB dihormati oleh orang bukan Melayu dan bukan Islam. Ini adalah kata kunci utama bagi membantuk kesepakatan dan perpaduan yang baik di kalangan rakyat Malaysia.

7. Justeru kemenangan di Tanjung Piai memberikan kesan yang sangat positif kepada perkembangan politik di Malaysia. Antaranya


i. PH terus menerus ditolak oleh rakyat, bukan sahaja Islam bahkan bukan Islam turut menunjukkan kemarahan mereka.

ii. MN mampu memberikan alternatif terbaik buat rakyat Malaysia ke arah kestabilan politik, ekonomi, agama dan budaya.

iii. MN bukanlah perjuangan rasis dan kejayaan di Tanjung Piai adalah jawapan tuntasnya.

iv. Agenda Melayu dan Islam tetap menjadi keutamaan dan ianya akan terus diperjuangkan dalam MN.

Sunday, April 29, 2018

Antara 3 Calon Perdana Menteri

Kita kebanyakannya ada 3 pilihan yang boleh dibuat semasa mengundi nanti...

Ada juga yang sampai 5, dan ada juga yang terpaksa pilih antara 2 sahaja....

Antara 3 pilihan utama ini, masing-masing menampilkan calon dan kempen yang terbaik masing-masing untuk memenangi Pilihanraya...

Bermula dengan penyandang, BN, menampilkan Dato Seri Najib Razak, sebagai calon Perdana Menteri jika mereka diberikan mandat sekali lagi. Tak banyak yang boleh diperkatakan mengenai Dato Seri, memandangkan Dunia mengenali beliau, melebihi rakyatnya sendiri.

Pencabar terkuat datangnya dari 2 Parti, kita mulakan dengan pencabar yang suatu ketika dahulu pernah menduduki kerusi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Bekas Presiden UMNO, sekarang tiada jawatan yang tetap dalam parti politik, memandangkan beliau sekadar penasihat kepada Pakatan Harapan.

Tetapi, PH mengangkat beliau, menawarkan kepada rakyat Malaysia agar beliau sekali lagi diberikan peluang untuk menjadi Perdana Menteri. Banyak yang boleh diperkatakan mengenai TDM, memandangkan beliau mewakili DAP, PPBM, AMANAH, dan juga PKR. Menariknya, PKR yang asalnya ditubuhkan kerana kezaliman Tun, sanggup melupakan luka lama, kerana ingin benar melihat perubahan dalam Negara Malaysia, iaitu reform Kerajaan sedia ada.

PH antara gabungan yang memiliki pimpinan yang hebat dan sangat dikenali ramai. Siapa yang tidak mengenali Lim Kit Siang, Wan Azizah, Mohd Sabu, Azmin Ali, Lim Guan ENg, kesemuanya memiliki sejarah hebat tersendiri yang telah mewarnai pentas politik Malaysia sejak sekian lama...

Pencabar ketiga, yang tidak kurang hebat dan besarnya, tentulah Parti Islam Semalaysia, PAS. Memiliki keahlian paling ramai selepas UMNO-BN, PAS juga merupakan Parti Politik paling lama di Malaysia kerana penubuhannya semenjak sebelum Merdeka lagi.

Tokoh berwibawa yang dicanangkan untuk menjadi Perdana Menteri, sekiranya PAS berjaya mendapat majoriti dalam Pilihanraya kali ini, tentulah Presiden PAS, Dato Seri Tuan Guru HJ Abdul Hadi Awang. Merupakan mantan Menteri Besar Terengganu, dan beliau juga merupakan Naib Ketua Persatuan Ulama Sedunia, iaitu timbalan kepada ulama terkenal Sheikh Dr Yusuf Al-Qardhawi.

Dunia Islam menyanjung tinggi keilmuan dan kepimpinan beliau, tidak kurangnya masyarakat Melayu Islam di Malaysia yang mengangkat beliau sebagai tokoh agamawan yang terkenal.

Rakyat Malaysia boleh memilih dari 3 calon Perdana Menteri yang ada ini, sebagai asas untuk memilih siapakah calon yang akan diundi semasa pilihanraya nanti. Mahu atau tidak mahu, pilihanraya di Malaysia, pengundian tidak boleh melihat kepada calon lokaliti semata-mata, sebaliknya perlu melihat agenda Nasional, dan siapakah Pemimpin utama di sebalik semua calon yang bertanding.

Adakah rakyat mahu mengekalkan Najib, atau peluang kedua untuk Tun M, atau ingin melihat muka baru, TGHH sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baru...

Pilihan terletak di atas tangan anda semua...

Pilihan saya, tentulah ingin melihat Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, dipilih dan diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7....

Saya tidak mahu mengambil risiko yang besar mengekalkan Najib, begitu juga risiko yang agak besar, meletakkan TunM, yang penuh dengan sejarah hitam. Saya pilih individu yang jauh lebih bersih daripada kedua-duanya...

Ya Allah Menangkan PAS!

Wednesday, October 12, 2011

Polemik Malaysia dan Hudud


AlhamduliLlah, isu Hudud yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan Media Rasmi mereka, menyebabkan ramai yang mencari kebenaran di sebalik kerelavanan perlaksanaan hukum Hudud atau lebih tepat lagi Hukum Jenayah Islam.

Hukum Jenayah Islam lebih tepat dalam membincangkan isu Hukum Hudud ini kerana di dalam undang-undang jenayah Islam, bukan hudud sahaja yang wajib dilaksanakan, sebaliknya ada dua hukuman yang juga wajib diberikan perhatian serius. Hudud seperti yang kita tahu, jumhur Ulama' menetapkan hukum hudud ini hanya untuk pesalah-pesalah yang telah disabitkan terhadap enam jenis kesalahan sahaja. Iaitu Zina, Qazaf, Mencuri, Merompak, Minum arak, dan juga Murtad. Ada juga pendapat yang mengatakan hudud juga melibatkan mereka yang terlibat dengan kesalahan Bughat (derhaka).

Hudud, tiada kompromi kerana ianya adalah ketetapan Mutlak daripada Allah seperti yang diterangkan oleh Allah Ta'ala di dalam Al-Quran mengenai hukuman yang dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang melakukan kesalahan-kesalahan di atas. Allah Ta'ala menjelaskan secara terang-terangan hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang berzina, mencuri, dan sebagainya.

Selain Hudud, di dalam Undang-undang jenayah Islam juga terdapat hukum Qisas. Ianya juga wajib dilaksanakan. Hukum Qisas pula berkaitan dengan kesalahan yang melibatkan manusia dengan manusia. Jenis kesalahan yang melibatkan hukuman Qisas ini pula ada tiga iaitu, membunuh orang lain dengan sengaja, menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain dengan sengaja atau melukakan orang lain dengan sengaja.

Hukuman yang dikenakan ke atas mereka yang melakukan kesalahan di dalam Undang-undang Qisas ini ialah dibalas dengan perbuatan atau kesalahan yang sama. Misalnya bunuh dibalas bunuh, terpotong tangan akan dibalas dengan dipotong tangan, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tahap hukuman bergantung kepada budi bicara mangsa ataupun keluarga mangsa. Sekiranya keluarga mangsa mengampunkan dan memaafkan kesalahan pesalah yang telah disabitkan hukuman tesebut, maka dia bebas daripada menjalani hukuman Qisas tersebut dan hanya perlu membayar denda atau pampasan yang ditetapkan oleh keluarga mangsa tersebut.

Ketiga, ialah hukuman ta'zir. Ta'zir ialah hukuman yang selain daripada hukuman Qisas dan Hudud. Kadar dan jenis hukuman tidak ditetapkan sama sekali. Maka kadar dan jenis hukuman tertakluk kepada ketetapan mahkamah dan pemerintah.

Namun begitu, ketiga-tiga hukuman jenayah Islam ini tetap perlu dijalankan dengan Adil dan saksama. Proses perbicaraan yang telus dan adil tetap perlu dijalankan dengan berkesan kerana di dalam Islam, mereka yang bersalah perlu dibuktikan bersalah sebelum dihukum. Masing-masing ada hak untuk dibicarakan. Hukuman Jenayah Islam pula menjadikan matlamat pencegahan dan pendidikan sebagai matlamat utama ianya ditegakkan.

Perkara paling penting dalam membincangkan soal jenayah ialah bagaimana ianya diputuskan dan bagaimana pula ianya dilaksanakan. Menurut Pakar dan penganalisis Undang-undang Malaysia, Prof Abd Aziz Bari, untuk melaksanakan Hukuman Jenaayah Islam ini, kita sebenarnya tidak memerlukan kepada pindaan perlembagaan. Satu-satunya yang perlu diubah ialah bidang kuasa Mahkamah Syariah. Maka segera akan dapat difahami bahawa, Bidang Kuasa Mahkamah Syariah ini hanyalah untuk digunakan oleh orang-orang Islam sahaja.

Sepertimana ketika Nabi Muhammad SAW memimpin Negara Islam Madinah, yang pada ketika itu turut menaungi mereka yang beragama Nasrani(kristian), yahudi, dan agama-agama yang lain, Nabi Muhammad SAW tetap melaksanakan hukuman Hudud, Qisas, dan juga takzir ini ke atas orang Islam. Bagi mereka yang tidak beragama Islam, mereka boleh memilih sama ada ingin dibicarakan dalam Mahkamah Syariah ataupun mahkamah Sivil.

Maka, bantahan oleh mereka yang bukan Islam tidak sepatutnya menjadi masalah kerana undang-undang jenayah Islam ini, sedikitpun tidak mengganggu dan menjejaskan perlembagaan Persekutuan dan sedikitpun tidak bersangkutan terhadap orang-orang bukan Islam.

Inilah antara kesan buruk dan kegagalan UMNO paling besar di Malaysia, iaitu GAGAL sama sekali memahami tuntutan Islam ke atas penganutnya.

Islam mengkehendaki agar kita berhukum dengan hukum Islam, hukum yang diturunkan oleh Allah melalui perantaraan para Nabi dan Rasul. Islam mengajar kita agar berlaku Adil iaitu meletakkan sesuatau kena pada tempatnya. Juga berbuat kebaikan sesama kita. Islam merupakan cara hidup yang sangat seseuai, relevan dan memenuhi keperluan hidup semua manusia, malah mereka yang bukan Islam juga tidak terlepas daripada berpeluang melaksanakan Islam dalam kehidupan mereka.

UMNO hanya faham Islam itu pada Solat, puasa, zakat dan haji. Sebab itu mereka tidak nampak kewajaran kita berkongsi Islam yang kita amalkan ini dengan mereka yang bukan Islam. Sedangkan di dalam Islam ini, syumul dan lengkap, meliputi segala bidang kehidupan manusia, dari sudut Undang-undang jenayah, ekonomi, sosial, budaya, kesihatan, sumber alam dan segala macam bentuk kegiatan dan keperluan umat manusia, semuanya terkandung lengkap di dalam cara hidup Islam.

Selagi rakyat terus membiarkan UMNO berkuasa,selagi itulah kuasa yang ada pada UMNO itu disia-siakan dan akhirnya akan menghancurkan Malaysia dan seluruh rakyatnya. Maka, ayuh! Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia!!!!

Sekiranya semua rakyat membaca artikel ini, maka segera akan dapat difahami dan diakui, bahawa golongan yang mungkin akan menolak hukum jenayah Islam ini hanyalah mereka yang terlibat dan sudah tentu hanya Orang Islam sahaja yang agak logik ingin memberontak. Sememangnya, penghalang untuk melaksanakan hukum jenayah Islam ini di Malaysia, bukanlah orang-orang bukan Islam. Tetapi orang-orang yang tidak faham dan tidak mahu menerima Islam.

Semoga kita tergolong di kalangan mereka yang terus mengaku bahawa Tuhan kita ialah Allah Ta'ala, dan kita cukuplah Allah bagi kita dan Islam itu agama dan cara hidup kita....


Wednesday, March 23, 2011

Kesan Politik Peribadi

Kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang sanggup menjadikan isu peribadi sebagai modal politik. Sesudah gagal disabitkan tuduhan liwat, Dato' Seri Anwar Ibrahim dilibatkan pula dengan skandal video terlampau. Sebenarnya, sudah begitu banyak skandal dan salah laku moral pemimpin politik yang berpengaruh di Malaysia ini didedahkan. Ada berita yang melumpuhkan dan menamatkan karier politik individu tertentu, tidak kurang yang masih bertahan malah terus mendapat kepercayaan walaupun skandal tersebut dibuktikan dan diakui sendiri oleh individu tersebut.

Saya cuba mengimbas kembali, skandal peribadi yang pernah terbongkar sebelum daripada ini, mujurlah tiada satu pun yang dimulakan oleh Parti Islam SeMalaysia, PAS.

Ini kerana PAS mengamalkan Politik Islam, menyelesaikan masalah, selain memimpin dan membawa manusia ke arah kebaikan. Politik Islam tidak boleh bercampur dengan unsur-unsur maksiat seperti membuka aib, mencari kesalahan (bersifat peribadi), apalagi memfitnah dengan mereka-reka cerita dan memburuk-burukkan peribadi. Ianya sangat ditegah malah diterangkan dalam ayat yang cukup jelas di dalam Al-Quran, surah Al-Hujurat, 49 : 12,

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Maka jelas, Islam melarang dengan perintah larangan yang sangat jelas, mengintip dan membuka aib orang lain. Walaupun, saya tidak berani mengatakan bahawa berita skandal tersebut mempunyai tujuan politik, tetapi bak kata orang tua-tua, "Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata,".

Bagaimanakah sebenarnya yang dikatakan politik peribadi? Adakah ia bermakna kita langsung tidak boleh mendedahkan keburukan seseorang? Bagaimana ingin melakukan "check and balance" sekiranya peribadi seseorang itu tidak boleh disentuh?

Sememangnya kita perlu menegur kesalahan baik dari segi urustadbir seseorang pemimpin hinggalah kepada kredibiliti dia sebagai seorang pemimpin. Menegur dan mengubah pemimpin adalah perkara biasa yang perlu berlaku dalam mana-mana organsasi apalagi dalam sebuah kerajaan. Kerajaan yang tidak boleh digugat ialah kerajaan yang sangat lemah dan menghancurkan, Power Tends To Corrupt, Absolute Power Corrupt Absolutely.


Tetapi apabila melibatkan isu-isu sensitif, tidak sepatutnya perkara tersebut dijadikan isu untuk tontonan dan makluman umum. Dua akibat utama daripada kegagalan mengawal isu ialah, pertama pembunuhan karakter yang tidak bermoral, kedua mendidik masyarakat dengan nilai yang tidak sihat.

Bayangkan, sebelum tahun 1998, saya rasa kita akan ada rasa malu untuk menyebut secara terbuka perkataan "liwat", namun sejak daripada perbicaraan kes liwat DSAI, rakyat Malaysia sudah tegal dengan istilah, lebih teruk daripada itu, berlaku pula pertambahan kes liwat yang dilaporkan di Malaysia.

Selepas skandal Chua Soi Lek juga begitu, rakyat sudah dibiasakan dengan istilah-istilah negatif yang sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan dan corak hidup masyarakat di Malaysia. Saya setuju, sekiranya salah laku moral ini, jika dibuktikan, boleh menapis pemimpin-pemimpin yang tidak berakhlak. Walaubagaimanapun, pihak terbabit perlu bijak mengawal supaya berita dan skandal tersebut tidak menjadi bahan jenaka rakyat.

Jangan salahkan trend, kerana andalah sebenarnya yang mengawal trend tersebut...

Malang sekali, Malaysia sekarang sudah semakin tenat dengan jenayah rakyat yang semakin tidak bermoral. Berita-berita seperti ini hanya akan meningkatkan lagi indeks jenayah dan salah laku moral rakyat Malaysia, percayalah, hanya berpolitik dengan Politik Islam dapat menyelesaikan masalah. Rakyat perlu dididik dengan nilai yang positif dan murni.

Kalau takut dengan istilah Politik Islam, bolehlah amalkan politik nilai kerana itu jugalah yang sebenarnya dianjurkan oleh Islam.

Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia!!!

Wednesday, February 23, 2011

Saya anak Polis...




Semalam dalam perjalanan pulang dari Parit, Perak, sebanyak 3 sekatan jalan yang saya tempuhi. Bermula dengan satu di Seri Iskandar, Perak, satu di Gopeng, Perak, dan satu lagi di susur keluar ke hentian rehat sebelah Ulu Bernam, Selangor. Dua sekatan jalan yang awal, iaitu di Perak tidak begitu mengganggu fikiran saya sehingga sanggup untuk menulis blog pada pagi ini. Namun, sekatan di Ulu Bernam benar-benar mengecewakan dan menyebabkan saya begitu bersemangat untuk menulis sekalipun tenaga masih belum dikumpul sepenuhnya.


Saya suka merancang perjalanan saya. Bagi saya, masa dan jarak adalah kira-kira yang sangat mengujakan hati saya ketika memandu dan melancong. Saya merancang untuk berhenti di RnR Ulu Bernam tersebut, untuk sekurang-kurangnya 4 urusan. Solat Jama' Ta'akhir, Isi Minyak, kumpul tenaga dan yang paling mendesak ketika itu ialah ingin ke Restroom, (kadang-kadang berhenti untuk membeli buah yang sangat segar, atau apa jua ole-ole di sini). Malangnya, sesampai di susur keluar tersebut, sekitar jam 1.00 pagi, Pasukan Polis DiRaja Malaysia melakukan sekatan jalan dan hanya kenderaan berat sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke RnR tersebut untuk siasatan selanjutnya. Manakala bagi kenderaan ringan, diarahkan untuk meneruskan perjalanan, dilarang untuk berhenti.

Rupa-rupanya, RnR tersebut telah dijadikan markas sementara Pasukan Polis yang menahan dan memeriksa secara rapi semua kenderaan berat yang melalui lebuhraya tersebut. Sepanjang jalan di RnR tersebut dipenuhi dengan Pasukan Polis yang membuat siasatan dan sekatan jalan.

Mujurlah saya memandu tidak begitu laju, maka ada sedikit minyak yang mampu saya jimatkan. Langsung sahaja saya memecut dengan pedal rapat ke lantai, saya terpaksa memandu untuk ke RnR yang seterusnya iaitu Rawang, lebih 30km dari Ulu Bernam.

Ya, saya kecewa kerana tidak dibenarkan berhenti. Walaupun saya akur dan sangat mengerti, bahawa apa yang dilakukan oleh PDRM ialah menjaga keselamatan dan barangkali ada operasi khusus yang sedang mereka jalankan ketika itu. Saya tidak bermaksud ingin meletakkan kesalahan 100% kepada Pasukan Polis, tetapi sedikit pertimbangan barangkali boleh menyelamatkan keadaan, terutama bagi mereka yang menghadapi masalah seperti saya, bahkan pasti ada yang lebih teruk keadaannya.

Walaubagaimanapun, ada sudut pandang yang lebih menarik daripada cerita di atas mengenai Polis dan Penjawat Awam di Malaysia.

Tahukah kita, bahawa sebenarnya Polis mengadakan sekatan jalan atas beberapa tujuan, antaranya mengurangkan kekerapan jenayah, operasi khusus untuk menahan penjenayah atau mengesan salah laku jenayah, memantau kesalahan lalulintas, dan ada juga yang berpendapat sekatan dibuat untuk mencari kesalahan supaya ada saman dikeluarkan untuk mendapatkan wang daripada rakyat. Pendapat keempat ini, walaupun ada logiknya, bagi saya ianya tidak boleh dipandang selapis.

Di kawasan-kawasan tertentu, pihak Polis akan melakukan sekatan jalan mengikut kekerapan tertentu bagi mengurangkan kadar jenayah dan juga kesalahan lalu lintas oleh pengguna jalanraya. Sekatan yang dilakukan memberikan amaran kepada penjenayah selain meningkatkan tahap kepekaan penggguna terhadap kesalahan lalu lintas dan jenayah. Misalnya, apabila berlaku kejadian curi motor dan kereta yang sangat kerap, maka sekatan jalan diadakan selain untuk mengesan kereta dan motor yang telah dicuri, dapat memberikan isyarat dan amaran kepada penjenayah tersebut.

Namun, masalah yang kerapkali berlaku, dan semakin kerap berlaku ialah pengguna sudah tidak lagi menghormati Pasukan Polis dan menganggap sekatan jalan sudah tidak lagi relevan sambil mengaitkan dengan kerendahan integriti di kalangan Anggota Polis di Malaysia. Hasilnya, ialah kecelaruan sistem dan undang-undang lalulintas sehingga menyukarkan Malaysia untuk mewujudkan sistem pengurusan Lalulintas yang lebih berkesan dan lancar. Kamera litar tertutup yang digunakan untuk mengesan kenderaan yang memandu melebihi had laju itupun tidak mampu membuatkan pengguna berfikir panjang. Semuanya adalah tidak baik asal ada kaitan polis di dalamnya.

Apabila pengguna sudah tidak lagi menghormati jalan raya, dan menjadikan akal sendiri sebagai rujukan utama dalam membuat keputusan, maka kita akan mendapati jumlah kesalahan, kemalangan dan kesesakan lalu lintas akan bertambah. 

Jika ditanya kepada saya, bagaimana ingin menyelesaikan masalah di atas? Maka saya akan menjawab, berdasarkan Kaedah Urustadbir yang Baik, (Good Governance), undang-undang mestilah berdaulat dan dipatuhi. Undang-undang yang berdaulat ialah undang-undang yang tinggi dan tiada siapa yang lebih tinggi daripada undang-undang. Bermaksud, pegawai polis pun, sekiranya didapati menyalahgunakan kuasanya, harus dibawa ke muka pengadilan.

Apabila kesalahan pihak Polis tidak boleh dipertikai, dan ada pula sesetengah pihak yang cuba menutup kesalahan yang dilakukan oleh Pihak Polis, maka rakyat akan mula sangsi dan tidak lagi menghormati mereka sebagai penguatkuasa undang-undang.

Selain salahlaku rasuah yang semakin membarah dalam institusi PDRM, kes kritikal yang melibatkan salahlaku (misconduct) anggota polis seperti Kematian adik Aminulrasyid, benar-benar menghilangkan keyakinan rakyat ke atas integriti pasukan beruniform kedua tertua di Malaysia itu.

Kerajaan perlu memandang serius hal ini. Pendidikan mengenai undang-undang adalah sangat penting supaya semua rakyat tahu mengenai hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Jika diteruskan dengan keadaan begini, undang-undang ditafsir dan dieksploitasi sewenang-wenangnya oleh pihak-pihak tertentu, maka kita seolah-olah kembali ke zaman batu, di mana undang-undang yang kita gunakan hanyalah undang-undang rimba ditafsir oleh mereka yang berkuasa, menindas dan menzalimi yang lemah.

Undang-undang rimba hanya layak digunakan oleh haiwan, dan produk utamanya juga hanyalah haiwan yang buas dan kurang pertimbangan akal yang waras. 

Jika diteliti, kebangkitan Mahasiswa di UKM juga adalah hasil Undang-undang rimba yang digunakan oleh pentadbir, juga seluruh jentera pentadbirannya terutama pegawai keselamatan. Undang-undang bertulis hanyalah untuk pameran dan senjata yang berniat melumpuhkan akal dan perasaan. Maka, manusia sedar tidak akan mampu ditahan akal dan perasaannya. Hasilnya, kemenangan dan pembebasan yang mereka mahukan. Begitu juga halnya yang berlaku di Dunia ketika ini. Kebangkitan Rakyat yang menolah akal dan perasaan mereka diperbodohkan.

Saya anak Polis, yang dilahirkan di Rumah Ketua Polis Daerah Balik Pulau. Tetapi saya sayangkan intitusi Polis kerana ia adalah institusi yang selama ini menjaga keamanan dan keselamatan negara. Apabila fungsi itu dimanipulasi, maka jadilah mereka penguasa rimba yang kebinatangan.


Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!!!

Thursday, February 3, 2011

Saya tidak mahu kejadian di Timur Tengah berlaku di Malaysia.

Ya, saya seorang pencinta keamanan dan kebenaran. Bahkan saya mencintakan kebenaran lebih daripada diri saya sendiri. Saya sendiri cemburu kepada Mohamed Bouazizi, 26, kerana dia telah berjaya menjadi asbab kepada kebangkitan rakyat Tunisia, bahkan setin petrol yang dibelanjakan itu menjadikan dia asbab kepada kebangkitan jutaan rakyat Timur Tengah yang sudah tidak mampu menanggung marah ke atas pemerintahan zalim kerajaan masing-masing.

Mesir, terkenal dengan kerajaannya yang kuku besi, pengkhianat, dan menindas golongan yang ingin menyebarkan dan menegakkan Islam. Hosni Mubarak bersekongkol dengan Israel menutup sempadan Rafah yang sebelum ini menjadi "talian hayat" penduduk Palestin yang menjadi mangsa kezaliman Yahudi dan sekutu. Menangkap dan membunuh Ulama' sudah tidak perlu diceritakan lagi, di tangan merekalah gugurnya Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna, Asy-Syahid Sayyid Qutub dan ramai lagi pejuang Ikhwanul Muslimin yang sentiasa vokal, sehingga ke hari ini, menyatakan kebenaran dan menegakkan keadilan.

Tunisia, kerajaan yang zalim, penindas dan boros. Keluarga Ben Ali hidup dengan mewah membelanjakan harta rakyat. Sudahlah mereka hidup bersenang-lenang dalam kemewahan, tanggungjawab mentadbir dan menguruskan negara dipandang enteng dan langsung tidak mempedulikan kehendak dan perasaan rakyat.

Begitu juga dengan Negara Timur Tengah lainnya, begitu zalim dan menindas. Negara mereka kaya raya, namun ekonomi tidak stabil bahkan rakyat hidup merana dan melarat. Sudahlah dibiarkan hidup miskin, malah perhatian dan hak mereka diabaikan. Bukan sehari dua mereka hidup dalam keadaan tertekan dan tertindas begitu, bahkan puluhan tahun mereka dihimpit kemiskinan. Sesiapa sahaja yang bertindak menentang kerajaan akan dipenjarakan dan dikenakan hukuman yang berat. Mereka ditahan tanpa bicara, dan dihukum juga tanpa bicara.

SIAPAKAH MOHAMMAD BOAZIZI??
Tentu ramai yang ingin mengenali siapakah Mohamed Bouazizi yang begitu dicemburui pejuang keadilan dan kebenaran. Tunisia, seperti negara yang sedang bergejolak lainnya, merupakan negara yang rakyatnya dihimpit masalah kemiskinan. Peluang pekerjaan yang terhad memaksa rakyatnya untuk hidup berdikari berniaga demia mencar sesuap nasi. Bouazizi hidup susah sejak dari kecil. Di Sidi Bouzid, beliau menyara kehidupannya dan keluarga dengan menjual buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan.

Suatu hari, gerainya dirampas oleh pihak berkuasa gara-gara berniaga tanpa lesen. Beliau sendiri ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita.F Hamdi bukan sahaja menampar, malah meludah, menghancurkan alat timbang milik Bouazizi didepan matanya sendiri sambil dibantu oleh dua rakannya yang lain membelasah dan mengutuk ayahnya. Malang yang menimpa dirinya berterusan apabila rayuan dan suaranya tidak diendahkan oleh pihak Gabenor kawasan Sidi Bouzid.

Kecewa dan hilang arah tujuan kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, mesej beliau yang terakhir di Facebook:

"Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya.Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan."

17 Disember 2010, dengan setin minyak petrol beliau nekad membakar dirinya di hadapan bangunan pentadbiran Sidi Bouzid dan dikejarkan ke Hospital. Beliau bertahan sehingga 4 Januari dan menghembuskan nafasnya di Hospital di Sidi Bouzid. Rakaman kejadian Bouazizi membakarr dirinya dan kisah bagaimana nasib yang menimpa dirinya menimbulkan kesedaran kepada puluhan ribu rakyat Tunisia. 

Ibunya berkata, "Dia (Bouazizi) mati kerana mempertahankan maruahnya yang tercalar, bukan kerana desakan hidup," Memang, di Tunisia mereka yang sudah tidak berdaya dan tidak mampu menanggung dan menyara keluarga hanya layak mati

Kerajaan Ben Ali cuba mengawal keadaan dengan menurunkan harga barang selain berjanji tidak akan mempertahankan jawatan yang telah dipegangnya selama 23 tahun, namun kebangkitan rakyat sudah tidak dapat dielakkan. Kemarahan rakyat ke atas kezaliman dan salah laku kerajaan, khususnya Ben Ali dan isterinya sudah tidak dapat dibendung. Berita kematian Bouazizi membuka mata puluhan ribu rakyat yang lain untuk bangkit menuntut pembelaan dan keadilan daripada kerajaan.

Begitulah yang terjadi di Tunisia dan kesannya merebak ke seluruh negara Timur Tengah yang rakyatnya berhadapan dengan krisis dan kepincangan urustadbir kerajaan yang korup, zalim dan menindas.



Saya pencinta ketenangan, kebenaran dan keamanan. Justeru saya juga tidak mahu perkara yang sama berlaku di Malaysia.


Kemarahan Tidak Dapat Diredakan

Di Mesir, sejurus selepas berita kebangkitan rakyat ini tersebar luas melalui internet dan telefon, kerajaan bertindak menutup dan menyekat segala akses komunikasi ke negara itu, sebarang bentuk alat komunikasi baik telefon, radio, internet, dan sebagainya ditutup dan disekat oleh rakyat kerana bimbang rakyatnya bangkit. Namun, dalam keadaan maklumat yang terhad itu sejuta malah lebih daripada itu, rakyat Mesir berhimpun di Tahrir menyatakan bantahan dan desakan kepada Hosni Mobarak untuk meletakkan jawatan. Pembubaran kerajaan Mesir dan pengumuman penstrukturan semula negara sedikitpun membantu, malah tetap dan tidak berganjak sedikitpun. Walaupun berhadapan dengan ancaman bunuh oleh Kerajaan Mesir yang memang sudah sedia terkenal menyembelih dan membunuh rakyatnya sesuka hati.


Kemarahan dan kebangkita rakyat ini sudah tidak dapat dielakkan dan hanya satu yang mereka inginkan, "PERUBAHAN YANG TOTAL!!!"


Peluang Untuk "Mengajar Amerika, Yahudi dan Sekutu".

Kebangkitan ini bukan sahaja dilihat sebagai ancaman besar kepada Kerajaan tempatan malah inilah peluang terbaik untuk masyarakat dunia menjatuhkan dan menghancurkan Amerika Syarikat yang selama ini mengawal tengkuk pemimpin-pemimpin negara-negara tersebut. Lihat sahaja Mesir, dan negara arab lainnya, begitu bergantung kepada Amerika Syarikat sehingga harga minyak, yang mereka sebagai pengeluar utama pun, dikawal oleh Amerika Syarikat. Mereka begitu takut kepada Amerika Syarikat sehingga menjalinkan hubungan ketenteraan kononnya untuk menghapuskan pengganas dan militan. Mesir sendiri menjalankan latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat di buminya sendiri.


Natijah Kegagalan Urus Tadbir Yang Baik oleh Kerajaan

Inilah(kebangkitan) yang akan berlaku di mana-mana apabila sesebuah kerajaan mahupun pemimpin sesebuah institusi sudah hilang kawalan dan kelayakan untuk memimpin dan menguruskan rakyat serta pimpinannya. Paling mudah, jika disebutkan di sini, berkaitan dengan urus tadbir yang baik (Good Governance), kerajaan atau mana-mana pemimpin perlu responsif kepada kehendak rakyat.

Responsif di sini, bermaksud kehendak dan pandangan rakyat didengari, seterusnya keputusan yang baik dilaksanakan dengan berkesan bagi mengawal dan membaik pulih keadaan. Bukan sahaja di dalam kepimpinan negara, hatta sekecil-kecil syarikat pun memerlukan kepada kaedah urus tadbir yang baik ini.

Misalnya syarikat sekecil sebuah keluarga yang dipimpin oleh suami. Tetap memerlukan kepada urustadbir yang baik. Iaitu responsif terhadap kehendak ahlinya, telus dalam membuat dan melaksanakan sesuatu keputusan, mendaulatkan undang-undang atau polisi keluarga yang bersifat sejagat dan sebagainya. Suami sebagai ketua bertanggungjawab memastikan undang-undang dan polisi keluarga ini dipatuhi dan undang-undang tertinggi mestilah undang-undang yang mampu mengawal dan menguruskan perkembangan dan kemajuan keluarga dengan baik.

Saya berikan dia peluang kerana terpaksa akur ada lagi yang memaksa diri menerima dia. 
Jika dilihat dari sudut kepimpinan negara, perkara yang sama juga perlu berlaku. Pemimpin kerajaan perlu menetapkan polisi-polisi tambahan dari semasa ke semasa bergantung kepada perubahan yang berlaku ke atas dunia lebih-lebih lagi keadaan semasa di dalam negara. Turun-naik harga minyak misalnya, memang akan memberikan kesan ke atas keadaan ekonomi dunia, apalagi kerajaan Malaysia yang mengamalkan sistem kapitalis. Negara amat bergantung kepada Dollar, sedangkan Dollar sudah lama rosak dan hanya bergantung kepada talian hayat negara-negara arab, itupun semakin nipis talinya dikikis.

Rakyat Berhak Didengari

Di dalam Hak Asasi Manusia, menyatakan manusia itu berhak didengari dan diberikan perhatian. Berhak didengari sama sekali tidak bermaksud kehendak mereka perlu dipatuhi. Kita sememangnya memerlukan had dan batasan supaya tiada yang melampau dan bertindak sesuka hati. Tetapi hak untuk didengari dan diberikan perhatian yang sewajarnya ini juga perlu diuruskan dengan baik oleh pemimpin.

Memberikan penjelasan dan penerangan yang telus, mematuhi lunas undang-undang yang didokong dan disokong bersama, selain melaksanakan keputusan dengan berkesan dapat memelihara negara supaya terurus dan ditadbir dengan baik. Tiada yang sepatutnya selamat dari dikenakan tindakan undang-undang, bahkan undang-undang mestilah daulat, dibaca dan ditakrifkan oleh mereka yang benar-benar layak, tidak bias, dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Apalagi di Malaysia, kita megamalkan doktrin pengasingan kuasa, antara tiga bidang kuasa yang utama iaitu, Legislatif, eksekutif dan kehakiman.

Saya berharap Kerajaan Malaysia faham mengenai konsep asas ini, kerana inilah yang setakat ini mampu mengekang perasaan kecewa dan tertekan yang dihadapi oleh rakyat. Sebilangan besar rakyat Malaysia, masih memberikan kepercayaan kepada pihak penguasa walaupun ada yang ditahan tanpa bicara. Masih memberikan kepercayaan kepada Pihak Mahkamah walaupun terbukti Mahkamah bersikap "double standard" dalam membicarakan kes-kes tertentu sebelum ini. Masih memberikan ruang dan kepercayaan kepada Sistem dan Amalan Demokrasi di Malaysia, sekalipun ruang untuk bersuara ditutup sepenuhnya oleh kerajaan apabila Media Arus Perdana dikawal sepenuhnya oleh mereka.


Harapan masih ada!

Masih, sehingga saat ini, walaupun belum pasti apa yang akan berlaku esok, saya memberikan peluang dan ruang kepada kerajaan Malaysia untuk melaksanakan perubahan dengan segera. Mereka bukan sahaja akan digulingkan, bahkan akan dikerjakan dengan teruk oleh rakyat sedar yang semakin membuak-buak rasa marah akibat tekanan yang bertalu-talu yang dikenakan oleh kerajaan.

Semoga harapan terhadap pembelaan, keamanan, dan keadilan ini dapat kita saksikan dengan jalan yang baik. Kita selesaikan dengan cara aman, supaya kita menjaga keberkatan yang dilimpahkan oleh Tuhan ke bumi Malaysia yang bertuah ini.


Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Sunday, January 30, 2011

Keputusan PRK 13"Bantuan" Cikgu Mala ditolak oleh rakyat.

Hujan lebat mengiringi kekalahan Cikgu Mala secara rasminya kepada Tok Ai di Tenang selepas bekas ADO tersebut mengekalkan kerusi Barisan Nasional di DUN tersebut dengan jumlah majoriti 3707 berbanding 2492 majoriti yang diperolehi dalam PRU 2008.


Ternyata, kebangkitan rakyat di Tunisian dan Mesir sedikit pun tidak sedikit pun mampu menggugat ketenangan rakyat Tenang yang begitu tenang dan senang dengan Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Najib, UMNO - Barisan Nasional.

Berita ini adalah berita sedih buat seluruh rakyat sedar seperti saya. Saya yakin dan pasti, ikan di air juga menangis di atas berita yang malang ini. Namun, ianya sedikit pun tidak mematikan langkah dan semangat untuk terus bekerja. Sungguh, ada mesej yang jelas yang dihantar oleh Raja segala raja, TERUSKAN BEKERJA!!!

Saya gembira, kerana berita kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia menjadi pengubat hati saya yang sentiasa merindukan kebenaran dan keamanan.
Setelah didapati tiada gambar yang mendedahkan aurat, gambar ini saya siarkan di sini.. Semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah.. 

Wednesday, January 26, 2011

Malaysia lambat lagi!!!


Jika kita lihat, perubahan telah pun berlaku di dunia. Terbaru di Tunisia, rakyat bangkit menggulingkan kerajaan autokrasi yang selama ini menindas dan menzalimi rakyat. Perubahan yang besar terhadap kepimpinan Negara juga berlaku di Jepun, apabila Parti Demokratik Liberal, LDP dikalahkan oleh Parti Demokratik Jepun, JDP. Barrack Obama, memecah tradisi Negara Kuasa Besar Dunia itu apabila menjadi Presiden Kulit Hitam yang pertama, selain parti yang diwakilinya, Parti Demokrat menewaskan Parti Republikan yang selama ini memerintah Amerika. Perubahan juga berlaku di Britain apabila Parti Buruh, yang juga telah sekian lama memerintah, dikalahkan oleh Pakatan antara Parti Konservatif dan juga Parti Liberal Demokratik.


Kesemua perubahan di atas merupakan perubahan yang sangat besar dan sangat signifikan kepada corak pentadbiran di negara tersebut. Harapan untuk perubahan dihidupkan dan dinyalakan oleh rakyat yang sedar, seterusnya api perubahan itu menjalar di seluruh pelusuk tanah air sehingga gelombang perubahan itu sudah tidak dapat dielakkan lagi. Rakyat yang sudah jemu dan muak dengan pemimpin sedia ada, memilih untuk menukar selera mereka. 

Melalui sistem Demokrasi, rakyat telah bersuara sehingga mengubah pentadbiran negara di peringkat yang tertinggi. Sebaliknya, jika sistem pemerintahan kuku besi yang diamalkan, maka berlakulah sepertimana yang berlaku di Tunisia.

Tapi, saya rasa Malaysia masih lambat dan tersangat lembab. Walaupun gelombang dan gelora kemarahan rakyat sudah mula dirasai, namun BN-UMNO masih selesa dengan kebangangan dan kezaliman yang terus mereka lakukan ke atas rakyat Malaysia. Tanpa segan silu, mereka mengucar-kacirkan keadaan. Tidak cukup dengan suami pembunuh, isterinya pula rakus menyalahgunakan kuasa dan kedudukan. 

Ya, mesej mudah kali ini, Malaysia lambat lagi!!

Kenaikan harga minyak dan harga barang, selain daripada korupsi dan pemerkosaan undang-undang dan perlembagaan, tidak sedikitpun membuka mata rakyat. Sekalipun jika mereka masih sayangkan UMNO, setidak-tidaknya mereka perlu dan wajar membuat teguran supaya penyelewengan ini ada batas dan sempadan. Tahap keselamatan yang semakin meruncing, keadaan sosial dan ekonomi yang kurang menentu, semuanya sepatutnya memberikan isyarat bahawa inilah masa yang sesuai untuk berubah.

UBAH SEKARANG, SELAMATKAN MALAYSIA! merupakan mesej yang sangat jelas dan mudah untuk dibaca. Saya sendiri tidak pasti bagaimana perlu saya menulis "ubah" supaya perubahan itu dapat difahami dengan baik. Saya juga tidak pasti, bagaimana perlu saya menulis "zalim" supaya kezaliman BN itu dapat dirasai. Sekalipun tidak mahu mengubah kerajaan kerana begitu sekali sayangkan BN, setidak-tidaknya kita perlu berikan sedikit "teguran" dan "pengajaran". Menegur pemimpin yang kita sayang, sepatutnya tidak menjadi masalah buat kita, kerana jika kita benar-benar kita sayangkan seseorang, kita tidak akan membiarkan dia hanyut tanpa arah dan pedoman. 

BERSIH, antara "teguran" terbesar yang pernah dibuat oleh rakyat..
Selagi ada peluang untuk menegur, maka tegurlah. Kerana saya, dan jutaan rakyat Malaysia yang lain sebenarnya tidak sedikitpun mempunyai rasa kasih atau sayang kepada Najib, apalagi bininya yang sangat "mencabar kesabaran" rakyat sedar seperti kami.

Tegurlah, kerana iklim politik di Malaysia menunjukkan masih lambat lagi untuk berubah. Hujan masih turun dengan lebatnya, menyebabkan lembab di kebanyakan tempat di Malaysia. Di Tenang juga begitu, semoga Cikgu Mala berjaya mengharungi "kelembapan" luar biasa di Tenang dengan jayanya.


Juga kepada pendokong dan penyokong perubahan, bersama-samalah kita menunggu dengan penuh setia dan sabar, semoga "kelembapan" ini berlalu dengan pantas, di samping berlindung dari terkena hujan yang "melembapkan".


Wednesday, January 19, 2011

KITA Sekular: Zaid Ibrahim

Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim berterus-terang mengenai sikap dan pendirian KITA yang baru sahaja dirasmikan pagi ini. Menurutnya, "perlembagaan persekutuan menetapkan Malaysia sebagai negara sekular, berbeza dengan negara seperti Iran yang dipimpin oleh ketua agama. Kita tak mahu negara seperti itu. Kita mahu wakil rakyat yang menentukan dasar, itu makna sekular," jelasnya ketika ditemui wartawan selepas majlis pelancaran parti KITA.

Tambahnya lagi, "Orang Melayu tak faham perkataan sekular, sebab itu jadi masalah. (Ada pihak) putar belit perkataan itu seolah-olah sekular itu menukar agama. Maka orang Melayu takut, orang Islam takut."

Zaid merupakan Ahli Majlis Tertinggi PKR merangkap Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, diumumkan sebagai Presiden Baru AKIM yang kemudiannya ditukar kepada KITA pada satu Mesyuarat Agung Luar Jangkan hujung tahun lalu. Beliau juga merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, terkenal dengan kelantangan beliau menyuarakan keadilan dan prinsip sejagat menerusi surat beliau kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung Akta Zalim ISA dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.

Terdahulu, Zaid menyatakan hasratnya untuk menawarkan KITA sebagai alternatif kepada rakyat yang berbilang bangsa dan menyokong penuh prinsip-prinsip demokrasi di Malaysia. Katanya, "Untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan dalam sebuah negara berbilang agama, kepercayaan agama tidak boleh menentukan dasar awam melampaui nilai-nilai kemanusian yang diterima umum."

KITA merupakan jenama baru bagi parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) dirasmikan di Sime Darby Convention Center, di ibu Negara, selain melancarkan logo rasmi dan mengumumkan barisan kepimpinan baru parti itu.

Sekular, seperti kata Zaid, memberikan kuasa penuh kepada pemimpin untuk membuat dasar dan keputusan. Pemimpin pula ditentukan oleh rakyat melalui pilihanraya berdasarkan prinsip demokrasi. Agama Islam, hanya sebagai agama rasmi, sedang perlembagaan Persekutuan mengatasi segala bentuk kepercayaan.


Sungguh, nilai-nilai sejagatlah yang mampu menyatukan dan memimpin manusia seluruhnya. Namun, hakikatnya, tiada nilai yang lebih sejagat daripada nilai Islam. Islam merupakan cara hidup seluruh makhluk di bumi, kecuali sebilangan manusia yang ingkar. Alam ini berputar dan segala silih pergantian malam dan siang, pasang dan surut lautan, semuanya berlaku menurut aturcara yang ditetapkan oleh Allah Ta'ala, pemilik agama Islam.

Bagi saya, kehadiran Zaid dan KITA mampu merancakkan lagi suasana politik Negara. Kehadiran suara Ketiga, walaupun berhaluan kiri, sedikit sebanyak memberikan alternatif kepada rakyat untuk membuat penilaian dan pemilihan. Sikap beliau yang berterus-terang juga merupakan satu advantage dalam mencetuskan konflik kefahaman dan kematangan politik di kalangan rakyat dan pemimpin Negara. Kematangan politik ini, akhirnya akan membawa kepada penilaian yang lebih analitik dan kritikal, seterusnya membawa kepada pencerahan sikap dan amalan berpolitik yang sihat dan sebenar. Itupun jika UMNO-BN tidak terus merepek yang bukan-bukan.


Semoga saya, kita dan mereka diberikan hidayah dan petunjuk oleh Allah Ta'ala.

Like i care!!

Huru-hara yang berlaku di dalam Negara kita yang tercinta ini, sememangnya adalah berpunca daripada tangan-tangan kita sendiri. Saya tertarik dengan surat kiriman pembaca Utusan Malaysia, 18 Januari 2011, oleh Mustaqim Abdul Rahman, di bawah tajuk "Benarkah PAS perjuangkan Islam?".


"PAS menegaskan mereka memperjuangkan Islam. Ideologi mereka ini berjaya menarik ramai orang Islam untuk berasa diri telah menyahut seruan Allah untuk berjihad menegakkan Negara Islam, hudud, mencegah maksiat, arak, zina, judi, hiburan, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Itu asas kepada penyertaan ramai ahli Pas kerana mereka percaya Pas menegakkan kebenaran dan UMNO bertanggungjawab melakukan kemungkaran. Pas sahaja yang benar dan UMNO sahaja yang salah," katanya dalam surat yang disiarkan oleh ruangan Forum Utusan Malaysia.

Berbalik kepada kenyataan di atas, sememangnya segala bentuk kerosakan yang berlaku di dalam dan luar Negara pada ketika ini adalah berpunca daripada tangan-tangan semua manusia, termasuklah saya, ahli-ahli PAS, ahli-ahli UMNO, ahli-ahli Badan Bukan Kerajaan, bahkan mereka yang tidak menjadi ahli sebarang bentuk persatuan sekalipun. Kerana bumi ini telah diamanahkan oleh ALlah kepada sekalian manusia. Oleh itu, kita sama-sama memegang amanah dan tanggungjawab mentadbir dan menguruskan bumi ini.

Kenyataan Mustaqim dibuat sebagai desakan untuk pemimpin tertinggi Pas memberikan respon terhadap tuduhan Ummi Hafilda ke atas Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat yang lain. Azwan Ali sendiri pernah mengeluarkan kenyataan keras terhadap Ummi Hafilda, yang juga merupakan adiknya berikutan tindakan Ummi Hafilda ingin memfailkan saman, sambil merujuk tindakan tersebut sebagai "memalukan".

Belum pun rakyat diberikan peluang untuk menilai, saudara kandungnya sendiri sudah mengeluarkan kenyataan yang sedemikan rupa. Siapalah saya untuk menghakimi kenyataan tersebut, tetapi saya yakin, Azwan Ali punya alasan yang konkrit untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.

Mempersoalkan perjuangan Pas untuk menegakkan Islam, mungkin baik sebagai koreksi kepada saya sebagai ahli Pas, juga kepada Pemimpin-pemimpin Pas kesemuanya. Sebagai seorang Muslim, setiap kata-kata itu boleh diterima atau ditolak melainkan kata-kata Allah Ta'ala dan Rasul SAW. Maka, kata-kata sebegini, walaupun picisan, adalah boleh diterima kerana sama sekali tidak bertentangan dengan kata-kata Allah dan Rasul.

Cuma sedikit fakta yang perlu difahami dan diselidiki oleh Sdra Mustaqim juga semua rakyat Malaysia yang masih "jauh" dari jalan kebenaran, ialah UMNO-BN sebenarnya telah memerintah Negara Melayu Malaysia ini sejak 1957, bahkan mungkin lebih awal daripada itu ketika mereka memenangi Pilihanraya Persekutuan Tanah Melayu pada 1955. Sejak dari tempoh kemerdekaan, segala dasar, polisi dan urustadbir negara ini diuruskan sepenuhnya oleh UMNO-BN, pada awalnya dikenali sebagai Parti Perikatan.

Kita diajar dalam sejarah, juga kajian tempatan mengenai proses membuat dan melaksanakan sesuatu keputusan di Malaysia ini mestilah melalui Parlimen ataupun DUN bagi negeri-negeri.Maka logik akal membenarkan bahawa UMNO-BN telah menjadi pintu masuk kepada segala karut-marut yang berlaku di Malaysia ini, termasuk judi, zina, hiburan, rasuah dan lain-lain. Mereka telah memimpin Negara sekian lama, mustahil mereka tidak mempunyai formula untuk mengatasi masalah ini. Kenapa perlu menyalahkan PAS, setelah kalian memegang amanah untuk tempoh yang cukup lama?

Bagi saya, cukuplah dengan politik-politik yang mengarut ini. Kita kembali kepada misi utama kita untuk mentadbir dan menguruskan negara yang kita cintai ini sebaiknya. Sekiranya perlu, saya mencadangkan Sdra Mustaqim mengajak rakan-rakan untuk membuat lawatan ke Negeri Kelantan, juga negeri-negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat untuk melihat sendiri, bagaimana urustadbir yang berkesan.

BUKU JINGGA yang ingin dilaksanakan di peringkat Persekutuan sebenarnya, sudah lama dilaksanakan di peringkat Negeri. Saya tak peduli kalau UMNO-BN juga pengikut0pengikut mereka yang setia masih dengan kesombongan dan keangkuhan mereka. Saya berdoa agar saya, kita dan mereka diberikan petunjuk oleh Allah Ta'ala supaya segala pandangan dan fikiran kita, hanyalah keranaNya.

Tahun ini, tahun perubahan, kerana dan ke arahNya...



Monday, January 10, 2011

Khusrin??

Saya yakin, semua rakyat di Malaysia sudah sedia maklum bahawa mesej yang ingin disampaikan oleh UMNO-BN-APCO dalam isu perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiasuaha Kerajaan Negeri Selangor hanyalah mesej politik. Tiada lain, hanyalah politik dan kegilaan untuk mendapatkan kuasa. Sebagaimana peranan yang pernah dimainkan oleh Datuk Abdul Rahman Hashim untuk menggulingkan Kerajaan Islam Perak, maka begitu jugalah peranan yang akan dimainkan oleh Datuk Khusrin di Selangor. Kita semua jelas, bahkan pimpinan Negeri juga teramat jelas dan saya juga yakin malah percaya bahawa Kerajaan Negeri Selangor, bersama-sama seluruh rakyat Negeri Selangor sudah terlebih bersedia dengan segala kemungkinan tersebut.

Datuk Abdul Rahman Hashim, ketika menjadi SUK Negeri Perak, telah menjadi pintu masuk utama kepada campur tangan Kerajaan Persekutuan dalam urusan pentadbiran Negeri Perak di bawah pimpinan Dato' Seri Nizar Jamaluddin. Keengganan SUK dalam memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri telah menyebabkan pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri menjadi tidak menentu, sehingga akhirnya menimbulkan perbalahan antara pihak Kerajaan Negeri dengan pihak Istana. Sekali lagi, langkah yang sama cuba diaturkan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor, Najib Altantuya, dan dengan bantuan media, langkah pertama ini hampir berjaya dilaksanakan.

Jika dilihat sepintas lalu, kronologi rampasan kuasa di Perak, sememangnya mempunyai rentetan yang hampir sama di Selangor, juga negeri-negeri yang pernah dipimpin oleh parti selain UMNO yang kemudiannya dirampas oleh UMNO-BN-APCO.

SUK sebenarnya memainkan peranan dalam mengepalai jentera pentadbiran Kerajaan Negeri, iaitu dalam melaksanakan segala dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh sesebuah kerajaan itu sendiri. Dalam konteks Negeri Selangor, maka SUK bertanggungjawab penuh dalam melaksanakan segala arahan, polisi dan dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Atau dengan kata lain, berkhidmat untuk Menteri Besar dan barisan Exco Negeri Selangor. Maka, yang paling penting untuk dititikberatkan ialah kerjasama baik yang perlu ada antara SUK dan Menteri Besar. Membawa maksud, individu yang paling utama perlu diberikan hak untuk melantik SUK ialah bosnya sendiri iaitu Menteri Besar. 

Saya tidak berniat ingin merendahkan atau memandang rendah keupayaan Datuk Khusrin untuk bertindak secara profesional ketika memegang jawatan sebagai SUK. Apalagi, di dalam Islam, mengajar kita untuk menghormati yang tua. Datuk Khusrin, seorang yang sudah tua, boleh jadi usianya juga tidak akan tahan begitu lama, maka dia berhak untuk dihormati seadanya. Faktor amanah dan profesionalisme Khusrin, walaupun boleh dipersoalkan, ianya tetap bergantung kepada keputusan MB. Saya sendiri, lebih suka melantik pembantu yang boleh membantu saya, jika saya rasa kurang berkenan, maka pada bila-bila masa saya boleh menukar atau menggantikan pembantu tersebut melalui kaedah-kaedah yang sepatutnya. Untuk hal ini, tidak perlu saya jelaskan pun, anak saudara yang berumur 5 tahun itu juga akan mengerti.

Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri telahpun menerima cadangan tiga nama yang sesuai untuk jawatan SUK tersebut. Jelas sekali, nama Khusrin atau yang hampir dengan nama Khusrin, tidak ada dalam senarai. Pemilihan dan pencalonan dibuat berdasarkan ciri-ciri dan syarat-syarat kelayakan yang relevan dengan perlantikan SUK. Misalnya pengalaman dan rekod kerja, prestasi dan kelayakan akademik, malah segala faktor akan dipertimbangkan, yang akhirnya, tapisan terakhir akan dibuat oleh Menteri Besar sendiri. Sudah pasti, MB akan memilih individu yang layak untuk memudahkan kerja beliau, dan individu yang selaras dengan misi dan visi Kerajaan Negeri pimpinan beliau, barulah kehendak dan aspirasi Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan dengan baik oleh jentera pentadbiran dan pengurusan Negeri Selangor.

Selanjutnya, faktor campur tangan Istana dalam isu perlantikan Khusrin. Jelas sekali, seperti di Perak, pihak Istana sama sekali tidak sepatutnya dilibatkan dalam isu ini. Malangnya, media UMNO-BN-APCO membantu konspirasi jahat Najib dan konco-konconya mengheret pihak Istana untuk sama-sama bertanggungjawab dalam isu ini. Malangnya, rakyat terus mempercayai media-media tali barut UMNO-BN-APCO dan pihak Istana sekali lagi terjebak dan seolah-olah dilihat bercanggah dengan Kerajaan Negeri. Pihak Istana hanya meluluskan, sedangkan, yang bersalah dalam isu ini ialah siapa yang sebenarnya mencadangkan nama Khusrin? Iaitu, Sidek Hassan atau jembalang yang mendalanginya.

Malangnya, politik UMNO yang sempit sedaya-upaya menjadikan Istana sebagai perisai, atas nama ketuanan Melayu dan kedaulatan Sultan. Kononnya, mereka bersama dengan keputusan Sultan, sedang yang "mendesak" tindakan Sultan adalah mereka sendiri. Baginda Sultan, sendiri menegaskan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa dalam menentukan SUK, kerana kuasa perlantikan itu telah "dirampas" oleh UMNO pada tahun 1993.

Rakyat yang terlepas daripada mendapatkan maklumat akan keliru dengan kenyataan yang diberikan oleh UMNO-BN-APCO, MB Selangor dan juga Sultan kerana bahan yang disajikan oleh media tali-barut UMNO-BN-APCO adalah penipuan 197%.

Ada juga yang memberikan pandangan, cukuplah dengan politicking, sebaliknya bekerjalah secara profesional. Untuk hal ini, tidak perlu dijelaskan pun, anak saya yang belum lahir pun akan mengerti. Bahkan Kerajaan Negeri Selangor serta seluruh jentera pentadbiran dan pengurusan akan terus menjalankan peranan dan tugasan masing-masing. Hari ini, mereka masih bekerja, tidak bercuti dan sibuk seperti biasa. Tetapi, dalam prinsip dan rukun demokrasi, menjadi tanggungjawab kerajaan dan setiap individu dalam negeri dan negara memastikan lunas undang-undang yang selama ini menjaga dan memelihara kedaulatan negara dipelihara dan didokong sepenuhnya.

Sekiranya undang-undang rimba yang digunakan, maka kita sudah tiada tempat lagi di Malaysia ini, kerana Singa dan harimau, serta segala binatang-binatang yang akan bermaharajalela tidak diciptakan oleh Allah dengan sifat peri kemanusiaan. Binatang-binatang tidak diajar untuk menghormati binatang-binatang yang lain, apalagi manusia. Maka, sebelum undang-undang rimba ini berkuatkuasa, maka dengan akal yang bijaksana yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala ini, lakukanlah perubahan segera dan bertindaklah seperti seorang manusia. Pesanan khas daripada saya, untuk Najib, isterinya yang tercinta, serta seluruh tali-barut dan konco-konconya yang hampir hilang taraf manusia.


 


Friday, January 7, 2011

Agama dalam bonet kereta.

Menarik KelantanTV, menyiarkan ceramah agama dengan kupasan-kupasan isu-isu semasa yang disampaikan oleh Pimpinan Kerajaan Negeri. Baru ni, dengar ceramah Yb Dato' Mohd Amar Nik Abdullah. Antara yang disebut, mempertikaikan rungutan yang dibuat oleh UMNO melalui medianya, terhadap perbuatan YB Pakatan Rakyat yang membuat SenamRobik di kawasan tempat letak kereta berhampiran sebuah masjid. 


Beliau mengulas, inilah jahiliyyah. Kerana agama diletakkan di dalam bonet kereta. Menggunakan agama hanya ketika perlu dan mahu. Bila tiada kepentingan, maka agama disimpan kembali ke dalam bonet kereta. Beliau sendiri mengakui, sekiranya beliau berada di  tempat kejadian, beliau sendiri akan membuat teguran. Tetapi, padan dengan status YB tersebut yang bukan beragama Islam, maka teguran tetap perlu diberikan.

Namun, yang peliknya ialah, kenapa media dan UMNO sendiri sehingga ke hari ini, tidak berani membuat teguran kepada sesetengah pemimpin UMNO yang tidak berakhlak. Bersalaman dengan yang bukan muhrim sehingga berlaga pipi. Usah cerita bab aurat, dari dahulu sehingga sekarang begitulah keadaan aurat mereka.Semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan mereka.

Begitu juga halnya dengan kenaikan harga minyak. Betul, harga minyak di pasaran dunia telah meningkat dan mencapai harga yang tertinggi. Namun, sebagai negara pengeluar minyak kita tidak sepatutnya terjejas kerana kita adalah pengeluar minyak dan minyak sentiasa cukup di negara kita. Aneh, kerana kita terlalu mengikut telunjuk barat khususnya Amerika. Tambahan pula, rakyat dibiarkan menanggung kesan akibat daripada kenaikan harga minyak, sedangkan kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mengurangkan "kemewahan" sesetengah pemimpin yang kerap membazirkan duit rakyat dan juga mengalihkan subsidi yang diberikan kepada syarikat-syarikat tertentu dan mengutamakan pemberian subsidi kepada rakyat.

Bila berlakunya kemerosotan ekonomi, kerajaan dilihat melebihkan syarikat dan agensi sedang rakyat dibiarkan menanggung kesannya. Rakyat diajar untuk berjimat, sedang isternya sendiri membazir tidak tahu hala. Inilah antara bentuk jahiliyyah yang perlu ditangani. 

Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan atas inisiatif penerangan yang cukup menarik dan berkesan. Memang, maklumat adalah kunci penting kepada perubahan, dan maklumat juga yang akan memastikan perubahan itu bertahan untuk tempoh yang lama.


Antara Yang Menarik