Taybah

Ilmu Itu Cahaya...
Wednesday, September 26, 2012
Lihat Kampusku Yang Malang....
Tuesday, September 25, 2012
Politik "Ugutan": UMNO terdesak kekalkan kuasa.
Wednesday, April 7, 2010
Bicara pelajar Tahun Akhir...
Maka KPI yang sewajarnya dijadikan ukuran bukanlah kuantiti mahupun kualiti sokongan yang diperolehi terhadap persatuan mahupun figure sesebuah gerakan, sebaliknya sejauh mana NILAI dan CARA HIDUP ISLAM itu mendominasi pemikiran dan tindakan masyarakat di dalam dan di luar kampus.
Tuesday, February 2, 2010
Adil dan Telus: Bacaan Dunia dan Akhirat.

Kedaulatan undang-undang ialah apabila undang-undang mengatasi semua individu dan tiada individu yang terlepas daripada undang-undang. Dalam konteks undang-undang, hak asasi manusia perlulah dipelihara terutamanya mereka yang lemah dan ditindas. Sekiranya undang-undang sedia ada tidak melindungi kaum yang lemah dan ditindas, undang-undang ini dianggap GAGAL.
Friday, January 29, 2010
PRK 2010, Kemenangan Mahasiswa ditangguhkan lagi...
Sunday, January 3, 2010
Lagu Varsiti Kita - UKM
Tuesday, November 3, 2009
Sarfa, Letak jawatan dan nafikan berita fitnah.
Sudah lebih sehari (24 jam) masa yang saya berikan kepada Timbalan Presiden PMUKM untuk memberikan respon terhadap cabaran debat terbuka berhubung artikel yang pernah disiarkan melalui laman blog peribadinya. Benar, tiada had masa untuk Sdra Sarfa memberikan jawapan terhadap cadangan saya tersebut.
Apa yang cuba saya pertahankan di sini adalah maruah Ulama' dan prinsip perjuangan yang jauh banding bezanya antara pemimpin UMNO dan Pemimpin PAS. Sekiranya Sarfa mempertikaikan kedudukan TGNA, maka secara tidak langsung kedudukan PAS bersama Pakatan Rakyat juga turut termasuk di dalam isu tersebut. Umum mengetahui, pilihan yang ada pada rakyat pada ketika ini adalah sama ada 1Malaysia atau Pakatan Rakyat.
Jika begitu pandangan Sarfa, maka tidak menjadi satu kejanggalan dan kesalahan sekiranya saya sebagai Mahasiswa UKM yang juga merupakan rakyat Malaysia yang bosan dengan pemerintahan UMNO untuk mempertikaikan pendirian dan pandangan T.Pres PMUKM itu.
Sejujurnya, saya kemukakan cabaran tersebut walaupun hakikatnya saya hanya mempunyai 1% kepercayaan terhadap kewibawaan T.Presiden PMUKM Aspirasi tersebut yang terkenal dengan dokongan slogan keramat Presiden UMNO, "sahabat 1 Malaysia". Namun begitu, sekiranya Sarfa berjaya menemukan keyakinan atau hujah baru yang lebih bernas, silalah aturkan perjumpaan tersebut.
Bagi saya, Sarfa telahpun mengalami kekalahan moral yang sangat teruk. Hal ini dapat dilihat dengan jelas apabila Sarfa sendiri telah mengalihkan artikel tersebut kerana takut dengan tekanan yang diberikan kepadanya. Dengan memadamkan artikel tersebut, telah menunjukkan betapa beliau merupakan seorang pemimpin yang gagal. Jika untuk mempertahankan idea dan pandangan pun sudah begitu keadaannya, bagaimana ingin bicara soal pembangunan Mahasiswa, pembangunan Universiti, apalagi untuk bercakap soal kepimpinan ulama' dan negara.
Sebaliknya, isu ini telah memberikan kemenangan moral dan pembelaan terhadap maruah Ulama' yang telah sekian lama konsisiten dengan pendirian untuk memperjuangkan corak pentadbiran yang adil dan Islamik.
Permohonan maafnya melalui artikel susulan "hanya sedikit komen" tidak sedikitpun mampu mengalihkan tumpuan terhadap isu sebenar dan Mahasiswa tetap tidak berganjak daripada pendirian, Sarfa perlu membuat penjelasan!. Sekiranya beliau benar-benar telah bertaubat dan insaf dengan perbuatannya, berikut cadangan saya.
1. Membuat kenyataan rasmi bahawa artikel yang beliau terbitkan itu adalah fitnah dan palsu, serta membuat permohonan maaf secara khusus terhadap peribadi yang telah difitnah tersebut.
2. Meletakkan jawatan sebagai T.Presiden PMUKM.
Sekiranya terasa diri tidak bersalah, sila aturkan perjumpaan kita buat perbincangan terbuka agar kekeliruan ini diperjelaskan.
Sekali lagi saya tekankan, saya bersedia pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
(Jangan kita bazirkan masa tunggu respon sarfa, lebih baik kita turun beramai2 ke Mahkamah Persekutuan, 5 November ini untuk Status Kerajaan Kudeta PERAK, Selamatkan Perlembagaan dan Hak Rakyat PERAK!!!)
Friday, May 22, 2009
Jangan Cabar Mahasiswa!!!
Seboleh mungkin, Mahasiswa perlu lebih bodoh daripada mereka, kerana hanya yang bodoh sahaja yang mudah diperbodohkan. Mahasiswa perlu diisi dengan program yang tidak sihat, kerana Mahasiswa yang "sakit" akan mendatangkan lebih banyak keuntungan.
Mac 2008, selain tsunami politik Malaysia, kegemparan berlaku di UKM apabila hampir kesemua kolej-kolej kediaman dan beberapa persatuan-persatuan Mahasiswa menganjurkan program berbentuk hiburan. ISIUKM, mempengerusikan 22 gabungan persatuan Mahasiswa telah menghantar memorandum bantahan penganjuran konsert-konsert tersebut. Turut sama dibantah, konsert anjuran Persaudaraan Kristian UKM secara terbuka di DECTAR.
Antara isi kandungan memorandum tersebut, sekalipun jika pihak kolej masih ingin menganjurkan konsert seharusnya dipastikan tiada perlanggaran adab, menjaga percampuran, dan mengawal bahan-bahan hiburan yang disajikan. Malang sekali, memorandum tersebut tidak diendahkan, malah ISIUKM dituduh sebagai perusuh dan pemecahbelah masyarakat.
Isu kebajikan misalnya, Mahasiswa/i diperbodohkan dengan isu "stay kolej" dengan merit aktiviti kolej sebagai maudhu'(tajuk) utama dakyah mereka. JAKSA sebagai daie (pendakyah), sementara Mahasiswa tahun 1 sebagai Mad'u(kelompok sasaran) utama mereka. Uslub(kaedah) yang mereka gunakan pula adalah pelbagai, ada yang diugut, ada yang dinasihat secara lembut, malah ada juga yang diberi amaran keras jika tidak menurut.

ISIUKM, dan beberapa persatuan Mahasiswa yang lain turut menjadi mangsa Agenda BODOH mereka. Terbaru, saya mendengar khabar dari meja Rosmah Ayu, ISIUKM tidak lagi dibenarkan untuk menganjurkan program. Karenah birokrasi yang melampau menunggu setiap exco ISIUKM yang akan menganjurkan program. Akibatnya, tiada lagi program bermutu untuk Mahasiswa. Kepada siapa lagi hendak diharapkan untuk membuat program yang menjana keintelektualan Mahasiswa? PMUKM jauh sekali. 12 MPP Mahasiswa yang telah diberikan mandat sebelum ini, bukan sahaja dianaktirikan, malah telah dianakpungutkan...
Ini amaran saya, JANGAN CABAR MAHASISWA, bertaubatlah sebelum terlewat...
"Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)." As-Saff, 61:8.
Tuesday, April 7, 2009
Belajar Mencabar
Istilah “Mahasiswa” sangat sinonim dengan pelajaran. Dengan kata lain, Mahasiswa sebenarnya adalah pelajar yang belajar daripada tenaga pengajar yang mengajarkan pelajaran yang khusus untuk golongan terpelajar. Silibus yang diajarkan kepada Mahasiswa di menara gading tidak diajarkan di sekolah, pusat latihan industry, mahupun di kedai-kedai kopi. Menerusi pemahaman seperti ini, keunikan dan keistimewaan Mahasiswa sebenarnya sudah terbukti sekalipun Mahasiswa tidak melibatkan diri mereka dengan aktiviti selain daripada aktiviti “kekuliahan”.
Prof Ungku Aziz pernah menyarankan agar Mahasiswa belajar sambil mencabar. Jika belajar, maka Mahasiswa akan terdedah kepada pengetahuan, namun jika Mencabar, Mahasiswa akan terdedah kepada kemahiran. Proses belajar, lebih melibatkan deria otak dan komunikasi verbal, sedangkan mencabar melibatkan komunikasi secara aktual dan praktikal.
Mahasiswa yang mencabar, akan menggunakan seluruh anggota dan pancainderanya untuk merasai sesuatu yang baru. Menyelami sendiri apakah sebenarnya perasaan ketika senang, sudah, gembira, sedih, ramai, sedikit, kaya, miskin dan sebagainya.
Untuk mencabar, pencairan diri dengan masyarakat dan keadaan persekitaran merupakan perkara yang paling awal perlu dilakukan. Ibarat, ketika hendak bermain bola, kita perlu terlebih dahulu mengenali pemain lawan dan kawan, dan lokasi gol yang ingin dijaringkan. Begitu juga undang-undang dan sempadan permainan. Persediaan seperti ini melatih Mahasiswa untuk sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan dan situasi yang diramal, apalagi situasi yang tidak diramal dan tidak terkawal.
Sejak akhir-akhir ini, budaya mencabar semakin kurang diterapkan kepada Mahasiswa. Mahasiswa lebih cenderung untuk belajar kerana hanya menadah dan menurut segala yang diperintah. Tiada keinginan untuk mencuba sesuatu yang baru. Tidak cenderung untuk bertindak dan berfikir di luar kotak. Penerapan system kompetensi generic, mewajibkan penglibatan Mahasiswa dalam aktiviti ko-k dan kolej, sebenarnya tidak boleh dikategorikan sebagai mencabar. Kerana aktiviti ini masih berada di dalam lingkungan “Saya suruh, anda buat, Saya tak suruh, tak perlu buat” atau “putih kata ketua, putih kata kita, hitam kata ketua, hitam kata kita”.
Proses mencabar memerlukan daya imaginasi dan kreativiti yang sangat tinggi. Keupayaan otak diperah secukupnya untuk melahirkan idea yang bernas. Perancangan disusun dengan teliti dan kemas, serta dilaksanakan dengan penuh kesungguhan dan dedikasi. Setiap tingkatan kerja dimulakan dan disudahkan oleh Mahasiswa sendiri. Adapun, bagi mereka yang belum atau sudah tidak lagi bergelar Mahasiswa berfungsi sebagai pensihat yang tidak memainkan peranan utama.
Ayuh, kita teruskan dan menggilap kembali budaya mencabar. Kehebatan akan terbukti apabila dicabar. Kesungguhan dan keberanian juga hanya akan terbukti apabila dicabar. Mencabar ruyung untuk mendapatkan sagunya, Mencabar pahit untuk mendapatkan manisnya, mencabar diri untuk membuktikan keunggulannya.
Friday, January 16, 2009
PRK 2009: Mahasiswa Memberi Isyarat ingin Perubahan!!!
Keputusan pilihanraya kampus pada kali ini masih berpihak kepada aspirasi atau yang diberi jolokan calon sistem. Sebanyak 34 kerusi dipertandingkan dengan 3 kerusi terlebih dahulu dimenangi oleh Mahasiswa tanpa bertanding, manakala satu lagi kerusi dinafikan oleh urusetia pemilihan. Secara keseluruhan, Mahasiswa menambah sokongan dan undian kepada 12 kerusi berbanding hanya 4 pada sesi lepas. Manakala Aspirasi memperoleh 21 kerusi.
Aspirasi kehilangan taringnya apabila ramai figura mereka yang tumpas, termasuk sdr Nazif, dan yang lebih menarik adalah monopoli kerusi umum tahun 3 berjaya dipecahkan oleh Mahasiswa. Peratusan jumlah undi popular juga meningkat mendadak, di mana hanya satu kerusi sahaja yang menurun dari segi peratusan jumlah undian.
Mesej perubahan yang dituntut oleh Mahasiswa tampak begitu jelas diterjemahkan dalam bentuk undian dalam pilihanraya pada kali ini. Kesatuan dan perubahan yang ingin dibawakan oleh GMUKM disambut baik oleh Mahasiswa.
Namun begitu, ingatan juga pesanan buat Mahasiswa/i tahun 1 sekalian, bebaskan diri anda daripada belenggu paksaan dan ugutan. Saya sebutkan begini kerana aspirasi memperolehi majoriti mudah hasil undi pelajar tahun 1 yang diugut dan dipaksa melalui 18 buah kerusi yang dipengaruhi secara langsung oleh pelajar tahun 1.
Ternyata 12 perjumpaan haram yang dibuat oleh kolej-kolej, serta manipulasi fakta dan cerita kepada pelajar tahun 1 berjaya memastikan dominasi Aspirasi dalam PMUKM kali ini. Sekalipun bakal menerima tentangan dan cabaran daripada 12 MPP Mahasiswa yang pastinya akan berjuang untuk Mahasiswa.
Harapan dan sandaran Mahasiswa ke atas 12 MPP ini amat tinggi. Pelbagai isu perlu diperjuangkan dan ditangani, di samping manifesto yang perlu dilaksanakan dalam tempoh setahun dari sekarang. Besar kemungkinan, pihak HEP dan KPT akan menggunakan kuasa mereka untuk memendekkan tempoh jawatan PMUKM. Namun begitu kita tetap mengharapkan, sekalipun karenah birokrasi menanti MPP Mahasiswa, perjuangan dan perubahan tetap akan menjadi agenda utama dalam PMUKM kali ini. Bersatu Berubah!!
Tuesday, January 13, 2009
Politik Perkauman Sempit.
Petikan daripada risalah ini dikeluarkan oleh Chinese Comunities Students Council, CCC, sebuah persatuan Mahasiswa Cina di UKM. Risalah ini pada asalnya diterbitkan dalam bahasa cina dan diterjemahkan oleh pimpinan GMUKM yg juga berbangsa Cina. Dalam risalah ini, CCC menyeru Mahasiswa Cina untuk bersatu dan menerapkan fahaman perkauman yang sempit. Saya menempelak sekeras-kerasnya risalah ini, kerana kita sepatutnya hidup saling tolong menolong kerana sememangnya kita semua sentiasa memerlukan antara satu sama lain tidak kira apa pun warna kulit, fahaman ideologi, mahupun agama. Walaupun kita diciptakan pelbagai, tetap hubungan yang baik antara manusia itu menjadi perkara penting untuk mencapai kesejahteraan. Malah, persaudaraan adalah perkara pertama yang diajarkan oleh NAbi Muhammad kepada umatnya.
RISALAH CCC YANG DIEDARKAN SEMASA PRK 2008/2009
'Mahasiswa Kaum Cina di UKM sudah makin kurang,
Jika kita tidak bersatu padu,
Suara kita akan menjadi makin lemah!
Ini apa yang anda nakkan?
Kami(CCC) perlu sokongan anda
Kerana bersatu teguh, bercerai roboh!
Undi anda adalah penentu bagi kita'
Adalah amat menyedihkan, mahasiswa yang sepatutnya berfikiran matang dan membuka masih menggunakan isu perkauman lagi. Saya mengaku, kaum, bangsa dan agama adalah amat penting kerana itu merupakan akar kita.
2008/2009 PRK
Dalam UKM , ada 2 aliran utama…aliran 'biru' dan aliran 'hijau'
Pengenalan aliran biru
- memegang kuasa selama 5 tahun di UKM
- memegang prinsip perbincangan utk menyelesikan masalah antara 3 kaum, menyelesaikan masalah dng cara 'win-win'
- percaya bahawa perbincangan adalah cara utk selesaikan masalah pihak pentadbiran dan mahasiswa
- tidak setuju dgn mogok, membangkit emosi, menyerang peribadi utk menyelesaikan masalah dan mendapat sokongan
- tujuan –student welfare..oleh sebab aliran biru adalah terdiri dpd 3 kaum..maka blh berbincng dgn pihak pentadbiran UKM
kekawan aliran biru
kelab aspirasi
-berjuang utk kaum, spt UMNO
-dahulu sertai PRK dgn nma TSB
-guna polisi bkerjasama dgn kaum lain, percaya bhw hanya guna cara yg dipersetujui oleh 3 kaum, barulah boleh mencapai perpaduan Bangsa
CCC(Chinese Community Student Committee)
-kita adalah ccc
-satu-satunya persatuan yang mewakili suara mahasiswa cina
-mempertahankan hak kaum maha cina, hak dan kebajikan persatuan cina
-CCC juga satu-satunya persatuan yang boleh diterima oleh pihk pentadbiran, hanya penerimaan dan pengakuan pihak pentadbiran baru boleh memastikan suara maha cina boleh disampi kpd mereka
PAH(perwakilan agama hindu)
-satu-satunya persatuan
-pah menjaga kebajikan dan hak
-pah dan aspirasi mpnyai ideology yg sama, iitu perpaduan kaum, merapatkan hbgan masing2, mewujudkan bangsa
Pengenalan pakatan hijau
GMUKM/ IPU/MAMPU
-memperjuangkan pengajaran islam, seperti PAS
-mengimbas kembali sejarah, pakatan hijau hanya guna islam sbg ideology di kampus.Utk menmcapai mtlamat ini, berharap bkerjasama dgn CCC, tapi CCC menolak, kerana ideology islam bertentangan dgn tradisional dan kehidupan bg kaum cina, seterusnya akan menghadkan kebebasan maha cina di kampus
-pernah mengadakan mogok dan demonstrasi bg menhalang student menjalankan aktiviti , spt party
-mengumumkan bhw terdiri dpd 3 kaum, ttp tulang belakang masih ideology islam yg lama.tdk dpt memuaskan semua maha, terlupa hak dan kebajikan kaum lain. Kerana dlm islam…hanya muslim boleh mendominasikan non-muslim, tidak boleh ada keadaan berkongsi kuasa
Dlm era pentadbiran ideology islam, budak ukm dilabelkan sbg student yg agrresive. Oleh sebb itu, student ukm mengalami masalah tiada kerja selepas graduate.
SAYA LIHAT KAU CAKAP APA!
- GMUKM mengumumkan bhw terdiri dpd semua kaum dan semua agama. Tapi, GMUKM itu bergabung dgn MAMPU itu memang satu kenyataan yg tidak dpt dinafikan, dan MAMPU memperjuangkan islam. Ingin bertanya persatuan yg tipikal islam akan bergabung dgn siapa? Semestinya bukan pakatan biru…kerana pakatan biru selalu percaya prinsip bertoleransi dan perbincangan..oleh itu mereka masuk GM, dan 'tukar sup tak tukar ubat'(proverb cina) ditadbir oleh parti yg sama –MAMPU…sama org sama group – gantung kepala kambing jual daging anjing.
- GMUKM kata pilihan raya MPP tak transparen dan tidak mematuhi peraturan (AUKU 1971….), tapi tidak dpt menunjukan dng telitinya macam mana prk itu tak transperan, sehingga tidak mematuhi peraturan. Di sini tidak perlukan mereka mengeluarkan bukti, tapi membuat tuduhan yang berpatutan pun mereka tak mampu..lagipun, dlm peraturan yg sama, pihak pembangkang pun pernah menang PRK
- GMUKM selalu mengeluarkan isu isu 'BESAR', utk mengacau emosi..walaupun isu ni semua penting, tapi semuanya tak berguna…contohnya…mereka cakap nak meningkatkan ilmu pengetahuan maha, tetepi sgt blur, tdk mengeluarkan teori dan kaedah yg kukuh , hanya taw buat ni buat itu, langsung tak sedar bhw sendiri pun tak taw dn tak faham mcm mana nak tingkatkan ilmu, suruh org mcm mana percaya? Berkaitan 'mansuhkan AUKU' , maha blh menyuarakan ketidakpushati mereka, ttp kerja sebenar dilakukan oleh Ahli parlimen, ahli politik dan kerajaan…mereka nk berjuang.msalahnya cara perjuangan merek mcm mana? Hanya kutuk, mengadu, membangkng…tapi tak keluarkan solution, mcm mana nak mentadbir?
- dlm system demokrasi, suara gol yg lebih besar itu akan berpengaruh-itu kenyataan..oleh itu, GMUKM cakap mereka ''gol yang kecil'' selalu tidak dipedulikan, hanya sesuatu yg reality…mereka cakap mcm tu, seolah-olahnya tengah memainkan emosi dgn 'musuh lama' mereka, langsung tak seiras dgn manifesto dan ideology mereka
Wednesday, January 7, 2009
Let's actively Take Part!!!- petikan dari sugmukm.blogspot.com
Oleh kerana Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, maka dalam situasi Pilihanraya Kampus, PRK, seharusnya amalan demokrasi ini menjadi teras dalam menggubal dasar dan sistem yang digunakan. Walaupun kehadiran "tangan-tangan ghaib" amat mendukacitakan, namun ianya tetap tidak akan dapat menghalang kemaraan dan kebangkitan Mahasiswa.
Seperti mana kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum(PRU 12) yang lalu, mereka juga berhadapan dengan sistem yang korup dan menyeleweng, namun tekad dan azam untuk berubah tetap membawa 5 buah negeri ke tangan Pakatan Rakyat. Lihat sahaja bagaimana Media arus perdana digunakan untuk mempengaruhi minda rakyat, bahkan seluruh instrumen kerajaan dikerahkan untuk kempen Umno-BN. Namun, tsunami politik yang melanda membuktikan bahawa gelombang perubahan dan kesedaran itulah yang diperlukan sebenarnya.
Begitu juga di UKM, KPT dan HEP menggunakan seluruh instrumen untuk mengelirukan Mahasiswa. PPP digunakan untuk mengubah dan merangka sistem yang zalim, JAKSA diperalatkan untuk berkempen, 1st year didoktrin dan dikawal ketat bermula daripada minggu mesra pelajar MMP(dahulunya dikenali dengan Minggu Mesra Mahasiswa, 3M), 1st year tidak dibenarkan terlibat dengan program luar, kompetensi generik (muka surat 15) diwujudkan supaya Mahasiswa terikat dengan kolej kediaman, dan banyak lagi.
Apakah peluang GMUKM untuk membawakan perubahan? Mujurlah Persatuan Mahasiswa yag tidak berasaskan kolej masih mampu dikuasai oleh Mahasiswa, sedikit sebanyak perubahan dapat dicetuskan dan dicadangkan oleh Pemimpin Mahasiswa yang benar-benar tulen datangnya dari Mahasiswa.
Saya percaya, Mahasiswa merupakan golongan yang terpelajar dan mampu berfikir dan membezakan yang mana baik dan buruk. Gunakan kebijaksanaan kurniaan Tuhan itu untuk membuat keputusan yang rasional dan kritis. Saya tegaskan, sekalipun jika pemikiran rasional itu tidak menyebelahi GMUKM, teruskanlah. Kerana hanya dengan tindakan yang lahir dari pemikiran yang rasional akan menyelamatkan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.
Buat Perubahan! Ayuh sertai pilihanraya secara aktif, secara bebas, melalui aspirasi, apalagi untuk menyertai GMUKM sebagai Harapan Baru Mahasiswa.
Monday, January 5, 2009
HEP bersahabat dengan syaitan?
Adakah kalian semua setuju dengan pernyataan di atas? Barangkali ada yang setuju, iaitu mereka yang berfikir selangkah kehadapan. Namun pasti ada yang tidak setuju kerana mereka kecilkan potensi otak mereka untuk berfikir.
Baru-baru ini, seramai 167 orang Mahasiswa UKM telah menyertai sebuah bengkel yang diadakan di A’Famosa Resort, Melaka pada 1 hingga 4 Januari. Tujuan bengkel berkenaan diadakan adalah sangat murni dan mulia iaitu sebagai persediaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi calon untuk Pilihanraya Kampus 2009 yang sudah tidak lama lagi kehadirannya.
Pelbagai persoalan mengenai penganjuran bengkel berkenaan masih lagi belum terjawab oleh HEP. Mahasiswa dianiaya sekali lagi dengan aktiviti yang disifatkan Islam bersahabat dengan syaitan, Pembaziran.
Menurut salah seorang pegawai wanita yang ditemubual secara langsung oleh peserta bengkel calon berkenaan, beliau menyatakan bahawa lebih daripada RM70 000 (Tujuh puluh ribu ringgit Malaysia) telah dihabiskan untuk membuat bengkel berkenaan. Jumlah yang mengikut perkiraan saya dapat dibahagi kepada RM3 untuk setiap Mahasiswa di UKM. Jumlah yang tidak terjangkan dek akal ini sebenarnya adalah jauh lebih murah daripada kos sebenar yang digelapkan iaitu
Perhatikan(sumber langsung daripada pihak pengurusan resort berkenaan)
Makan pagi = RM 25.00 seorang
Makan Tengahari = RM 35.00 seorang
Makan Malam = RM 48.00 seorang
Minum pagi + minum malam + minum malam = tak diberitahu
Jumlah bayaran makanan seorang sahaja = RM 108.00 sehari
Maka untuk 4 hari = RM 432.00 x 167 pelajar(tidak termasuk urusetia yang terdiri daripada VIP)
= RM 72 144.00
Baik, kita tambah pula dengan kos penginapan(condo untuk enam orang) = RM 388.00/condo
Maka jumah kos penginapan = 28 condo x RM 388.00 = RM 10 864
Menjadikan kos keseluruhan sebanyak = RM 83 008.00
Sisihan yang anda lihat ini sebenarnya akan menjadi lebih apabila kita campurkan bersama kos-kos yang diperlukan untuk menanggung aktiviti sepanjang bengkel, kos pengangkutan, kos makanan urusetia (lebih daripada 20 orang), kos penginapan urusetia, kos penginapan vip(TNC dan Jemaah Dekan-dekan). Apakah agaknya angka yang bakal kita perolehi sekiranya jumlah sebenar kos untuk bengkel ini diketahui? Bukankah itu dinamakan pembaziran? Dan bukankah pembazir itu sahabat syaitan?
Maka saya bersetuju dengan jawapan nabil, Lu Pikirla sendiri!!
p/s:agak-agaknya, siapa yang beri sumbangan, dan duit siapa yang dibazirkan?
Antara Yang Menarik
-
1. Kelas beroperasi setiap Isnin hingga Khamis bermula 7.00 hingga 9.00 malam. 2. Kelas akan bercuti pada hari-hari cuti umum d...
-
DEFINISI Sirr dari segi bahasa bermaksud rahsia, sementara Hazar bermaksud kewaspadaan. Antara perkara yang wajib ada pada sesebuah geraka...
-
Inilah rupa dapur bilik yang saya gunakan untuk membuat Unta Panggang Albariti. Ramuan: Daging Unta SEGAR setengah kilo.(kat Mekah ni ...
-
Liberal bermaksud terbuka. Liberalisme pula ialah keterbukaan. Ramai yang tidak bersetuju dengan pendekatan liberal dalam dakwah, walaupun r...
-
"PUTRAJAYA 10 Jun - Gagasan 1Malaysia akan dilancarkan secara besar-besaran oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dataran...