Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, May 21, 2008

bacalah..

naluri..
kajian demi kajian membuktikan bahawa manusia sememangnya dilahirkan dengan fitrah..

fitrah yang juga disebut sebagai naluri merupakan anugerah daripada Allah kepada manusia..

walaupun manusia boleh membuat pelbagai tafsiran mengenai bentuk perhubungan sesama manusia, namun kajian tersebut pasti akan mengaitkan diri manusia dengan fitrah/naluri yang sedia ada dalam diri manusia..

menurut pakar psikologi barat, manusia membuat pertimbangan dengan menggunakan akal berdasarkan pemerhatian, pengetahuan dan pengalaman yang mereka lalui.
akan tetapi pertimbangan yang manusia lakukan menggunakan akal tersebut hanyalah semata-mata proses analisis dan tafsiran. keputusan hasil daripada tafsiran itu akan dibuat oleh suatu unsur lain yang masih belum dapat dibuktikan secara saintifik. iaitulah bagi umat Islam meyakini bahawa proses membuat keputusan akan dilakukan oleh "qalbu" atau hati.
namun "hati" di sini belum dapat dipastikan adakah ianya seperti hati yang dapat dilihat secara fizikal, yang pastinya "hati" inilah yang bertindak mengawal proses membuat keputusan di dalam diri manusia.


Hati ini pula didorong oleh naluri dan juga fitrah yang ada dalam diri manusia. antara fitrah yang ada pada semua manusia ialah inginkan kebaikan, suka disayangi, ingin menyayangi, tak suka dimalukan, takut untuk berbuat jahat dan kezaliman, dan sebagainya.

disebabkan faktor hati inilah yang menyebabkan terhasilnya pelbagai tindakan dan pandangan yang berbeza sekalipun manusia-manusia itu datang dari latar belakang yang sama.

menurut pandangan Islam, penjagaan hati ini adalah yang paling penting kerana jika baik hati ini maka baiklah seluruhnya, dan jika buruk hati ini maka buruklah seluruhnya.

telah pun dibuktikan bahawa manusia yang pandai jika mempunyai hati yang buruk akan menghasilkan perbuatan yang buruk, sebaliknya jika seseorang yang mempunyai hati yang baik sekalipun dia tidak begitu pandai akan menghasilkan tindakan dan perbuatan yang baik.

bukti yang menyokong kejadian ini ada di hadapan kita.

maka sebagai umat Islam, menjadi teras dalam tindakan kita seharian agar senantiasa menjaga hati agar kepandaian yang dikurniakan Allah kepada kita tidak menyebabkan kita tersasar dan terhindar dari nikmat yang dikurniakan olehNya..

Wallahu a'alam...

No comments:

Antara Yang Menarik