Hampir 2 bulan telah berlalu. Kekejaman Zionis di Ghaza kini masih belum berkesudahan. Hutang darah dan nyawa rejim zionis masih belum dibayar. Maruah dan hak umat Islam di Ghaza masih tercela dan belum terbela sepenuhnya.
Namun, benarlah bagai dikata, umat Islam pada hari ini ibarat buih di lautan. Ramai, tapi longlai, banyak, tapi berlemak, major, tapi kendur.
Tiada lafaz yang sesuai untuk menggambarkan kelemahan dan kekerdilan umat Islam di bumi pada ketika ini. Ramai yang sedar akan hakikat ini, tetapi tidak ramai yang mahu mengubah hakikat ini.
Beban perubahan ini sebenarnya bukan terletak pada pemimpin umat Islam semata-mata, malah saya, anda, dan semua yang beragama Islam perlu sedar akan realiti semasa yang sangat-sangat memerlukan anjakan dan perubahan.
Perubahan pertama yang sangat-sangat dituntut pada ketika ini ialah, Aqidah. Kita perlu kembali kepada Aqidah yang benar. Membenarkan, mengaku, dan manifestasi penghayatan bahawa "La Ilaha IllaLlah", Tiada Tuhan Yang Layak Disembah Melainkan Allah. Menghayati dengan sesungguhnya bahawa tiada suatu zat pun yang mampu menyamai Allah, apalagi untuk menyaingi kekuasaan Allah.
Segala senang, susah, kaya, miskin, kenyang, lapar, menang mahupun kalah semuanya dibawah tadbir Allah. Keadilan dan Kebijaksanaan Allah dalam menentukan segalanya perlu diimani tanpa ragu.
Keduanya, meneladani contoh agong yang terdapat pada peribadi mulia, Nabi Muhammad SAW. Memahami sirah dan sunnah baginda seterusnya menjadikan sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW sebagai manual gerak kerja dalam kehidupan seharian.
Ketiganya, berintima' dengan Jemaah Islam. Berintima' berbeza dengan berdaftar. Memberikan sepenuh komitmen terhadap gerak kerja dan sentiasa berfikir untuk memajukan jemaah untuk mendaulatkan Islam.
Kenapa saya memilih ketiga-tiga elemen ini? Betul, elemen-elemen ini sebenarnya adalah common sense untuk majoriti umat Islam kecuali yang ketiga, Intima'. Elemen pertama menyentuh mengenai hadaf, matlamat, visi, dan juga ghayah untuk gerak kerja kita sebagai manusia. Elemen kedua ialah manual gerak kerja, manakala elemen ketiga pula sebagai modus operandi dan mekanisme terbaik untuk mencapai Visi bertepatan dengan manual yang telah disediakan.
Akan tetapi, jalan untuk memimpin ketiga-tiga perubahan ini sebenarnya lebih jauh daripada apa yang disangka. Bukan mudah untuk memimpin perubahan lebih-lebih lagi perubahan dalam diri sendiri.
Maka saya ingin membawa teman-teman semua meneliti dan memahami perintah pertama yang Allah Ta'ala turunkan untuk umat Islam, (yang terbaik ialah dapatkan penjelasan dari tafsir-tafsir muktabar dan Ulama' yang Ahli)
"Bacalah, Bacalah Dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Yang menciptakan manusia dari segumpal darah, Bacalah Dan Tuhanmu Yang Maha Mulia, Yang mengajarkan manusia dengan pena, mengajarkan manusia apa yang tidak mereka ketahui" Al-'ALaq, 1-4.
Allah Ta'ala mewahyukan kepada Nabi Muhammad SAW, yang pada ketika itu beruzlah untuk mencari kekuatan, bahawa langkah pertama ke arah Perubahan ialah membaca dengan tujuan memahami, maka Bacalah dengan Nama Tuhan Kita Yang Menciptakan...
Perang antara Islam dan Jahiliyyah tidak akan tamat sehinggalah datangnya Hari Kiamat. Maka sehingga Hari Kiamat, Umat Islam perlu sentiasa mempersiapkan diri menghadapi perang dengan Jahiliyyah. Ayuh, kita bergerak beriringin dan bersama-sama kita memimpin perubahan umat untuk mencapai RedhaNya.

No comments:
Post a Comment