Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Friday, June 22, 2007

pakej hidup

"aku sedar yang aku ni bukan merak kayangan, cuma gagak di rimba,
bagai pungguk merindukan bulan.."
aku sedar aku ni siapa,
tapi salahkah aku menaruh hati pada seseorang??

opps, jangan salah sangka!!

ni bukan datang dari aku, tapi seorang sahabat yang baru putus cinta..

susah jugak jadi remaja yang semakin meningkat dewasa ni..
Kata dia..

tapi bagi aku, u pay ur "work"..

sendiri buat sendiri tanggung la brader..

masalah yang dihadapi oleh kawan aku ni mencetuskan minat untuk aku menyampaikan nukilan firasat aku terhadap benda ni..

manusia baik lelaki dan perempuan dicipta memerlukan antara satu sama lain,

baik meneruskan hidup,

juga dalam meneruskan generasi keturunan ke arah mengembang biakkan spesies homo saphien..

tapi Pencipta kita yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui telah menyediakan pakej hidup yang lengkap bagi kita,

hanya ada dua akibat iaitu berjaya dan sengsara..


Pakej A, pakej yang akan membawa bahagia, bahagia yang hakiki bagi aku dan bagi ramai manusia yang mengakuinya, ialah ketenangan jiwa dan kedamaian hati dan perasaan..

dijelaskan dalam Al-Quran, "ketahuilah dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenang,"

maka ingatan kepada Allah hanya akan kuat bila kita taat menuruti segala perintah dan larangannya.

Undang-undang pergaulan, kehakiman, ekonomi, rumahtangga, dan segala macam hal telah disediakan dan diatur dalam pakej A,

iaitu pakej ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.

oleh kerana pakej A adalah pakej lengkap 24 jam dan 365 hari setahun,

maka setiap saat dan waktu yang kita lalui tanpa menggunakan pakej yang telah disediakan ini, akan mendekatkan kita kepada pakej B:pakej sengsara.

pakej B, ialah pakej aturan manusia dengan pelbagai idealisme dan fahaman yang kononnya dapat membahagiakan manusia.

antaranya amalan riba', nasionalisme, sekularisme, modenisasi, frutisme, dsb.

bukti yang jelas apabila kerajaan malaysia cuba membawa konsep Islam Hadhari.

menjaja dan menjual nama islam kononnya ingin membawa kebaikan,

sebaliknya cuba kita perhatikan apa yang berlaku kat depan mata kita..

tak perlu kita bicara tentang korup, harga barang, krisis dalaman, cukup dengan kita tengok indeks jenayah, rompak, ragut, dadah, ragut, bunuh, rempit, lepak, bohsia, mak nyah, pelacur, gigolo, rokok, dan banyak lagi krisis.

masyarakat sudah semakin berani melakukan kesalahan bukan sahaja kepada makhluk malah kesalahan nyata kepada Pencipta dan KekasihNya.

penghinaan yang dilemparkan baik sengaja atau tidak terhadap agama ini, langsung tidak mendapat pembelaan.

ke mana perginya maruah dan harga diri kita?

sehingga sanggup melihat saudara seagama kita dirogol, diragut.

malah bayi yang komfom tak bersalah dibuang dan dibiarkan terseksa sedemikian rupa..

krisis yang setiap satu yang tertera di atas makin menjadi-jadi.

entah bila akan surut..


DAMAIKAH NEGARA 'ISLAM' MALAYSIA?

selamatkah kita dan keturunan kita?


isu dan masalah sosial yang semakin menular ini adalah bukti alibi yang konkrit betapa pakej B yang ada di depan mata kita hanya akan membawa padah dan malapetaka.



Pakej A punya segala jenis penyelesaian kepada semua masalah yang dihadapi oleh semua manusia, keengganan kita untuk melanggan pakej A hanya akan mengundang bala bukan sahaja kepada kita, juga mereka yang berada di samping kita..

No comments:

Antara Yang Menarik