Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Sunday, October 18, 2009

Saya nak tulis pasal Baitul Muslim - Tolong Jangan Ketawa!

Topik Baitul Muslim(BM) ini merupakan topik yang tergolong dalam senarai topik-topik sayur. Kenapa sayur? Mungkin kerana kebanyakan tumbuhan sayur-sayuran ialah tumbuhan yang tidak berkayu atau bahasa mudahnya "lembik". Sekalipun lembik, kebanyakan Pakar Jiwa mendapati, ianya adalah ubat mujarab untuk merawat penyakit sosial yang merebak dengan bahayanya di kalangan remaja.

Aneh, BM mempunyai sifat yang hampir serupa dengan sayur yang ada di pasaran. Oleh itu, kita sebenarnya sudah boleh mula membuat penilaian dan pemilihan jenis sayur yang macam manakah BM kita?

Seperti kebanyakan sayur, ianya akan hilang zat dan kelebihan sekiranya di masak secara berlebihan. Semakin lama dimasak, semakin berkurangan zatnya, malah rasanya juga tidak sesegar sayur yang dimasak dengan tempoh masa yang sedikit. Begitu juga BM, ianya tidak boleh terlalu lama dditangguhkan, juga tidak boleh terlalu panjang dan kerap untuk diperkatakan, malah kesan yang amat buruk akan diterima oleh orang yang suka menyebar-luaskan berita mengenainya.

Kita perlu bersikap matang mengenai hal ini. Matang ketika memikirkan halnya, juga matang ketika berbicara mengenainya. Ianya melibatkan kehidupan yang sangat panjang. BM bukanlah soal yang boleh dipermainkan, bukan untuk dijadikan bahan ketawa, apalagi untuk menjadi bahan ujikaji.

Justeru pemilihan sayur adalah sangat penting dalam kehidupan. Kagagalan kita berfikir secara matang mengenainya akan membawa kepada kerugian yang sangat-sangat akan dikesali. Ibarat terlajak perahu boleh diundur, terlajak BM buruk padahnya.

Maka, buatlah pilihan dengan baik. Berikut merupakan amalan rutin untuk memilih sayur masing-masing.

1. Kenali diri anda. Ketahui zat yang ada mahupun yang tiada pada diri anda.

2. Kenali sayur pilihan anda. Selidik zat dan perhatikan jika ada sebarang kerosakan pada sayur. pilihlah sayur yang segar.

3. Jangan simpan sayur terlalu lama kerana ianya akan mudah layu.

4. Masak juga tidak boleh terlalu lama kerana seperti yang telah saya tekankan, zatnya akan hilang.

5. Sebelum makan, baca bismillah.(kawin)

6. Ucapkan AlhamduliLlah. Bersyukur dan memanfaatkan dengan baik zat yang telah dimakan.(pasangan masing-masing)

Saya pilih ubi, sebab diam-diam ubi berisi... :-)

21 comments:

AHMAD AMMAR ISHAK said...

farid, enta ni cakap bab baitul muslim ker, bab sayoq ni... memang nk tergelak... huhu, enta muka ja nmpak sayoq tapi bleh tahan la sbb tu pilih ubi kayu, ana pilih keladi, tapi khasiat dia xleh bg taw lg... moga dipermudahkan...

Farid Albariti said...

keladi ye, ada sifat sepunya la kita ni... mudah tumbuh di merata-rata tempat... hahaha

rimbunanHati said...

oh..patutlah nama ammar sayoq_keladi.. farid nama awak sayoq_ubi ke?

miss BazLa' said...

Salam, hmm, sayur ada macam2 jenis.. sayur hijau dan sayur tak hijau.. ubi kayu sejenis sayur ke?

Farid Albariti said...

hoho.. Farid ni nama yg dh cukup baik... tp kalau perlukan nama tambahan, Mungkin Mister Potato kot lebih sesuai..:-)

miss Bazla', Ubi Kayu, nama botani (Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Biasa org buat ulam cecah sambal belacan... :-)

azizan anwar said...

ana rasa yang sayo' tu adalah farid alhamlud al-bariti,

Farid Albariti said...

azizan, malangnya statement nta tu telah diketahui dan dimaklumi ramai.. :P

Anonymous said...

setiap kali isu baitul muslim atau isu kahwin...biasanya entri tu mmg akn terima komen yg panjang dan hangat. pendekatan saudara Farid dgn sayoq...jdkan isu ni isu sayoq.hehe

.::AdNiSya3108::. said...

Good JOB....penerangan BM yang kreatif,terSURAT dan juga terSIRAT.

ibnuZul said...

unfortunately ubi is not sayur there is no chlorophyl inside. not good choice... i prefer kangkung...

szi said...

hehe..nak tgelak plak ble bc komen2 nie..
papepn tahniah..entry pon dah mnarik phatian org..

Anonymous said...

kalau dah dak biotek tumb bersuare....

Anonymous said...

kawin itu fitrah mnusia...aku nk kawin gak,tlg carikan...rugi kalau tak kawin tau......tambah umat nabi muhammad n train ank2 untuk jd pejuang cam ank kat palestien...TAKBIR!!!

pemantau blogger IPU said...

Manusia ni mmg suka benda yg tlarang... kan dh tulis kat tajuk tu jgn ketawa... tp, aku pun nak ketawa jugak.. hahahaha.. lagi skali.. hahahaha.. sekali lagi bleh?? hahahaha

SZI said...

stuju ngan en pemantau blogger IPU..
sape suh ltak pkataan 'jangan'...
dah tau mnusia ni anti ngan pkataan jgn nie..
so glak je laa...hehe

Farid Albariti said...

hmmm. kalau macam tu ana pilih sayur ubi kayu (di kg org panggil pucuk ubi).. sngt sedap di buat ulam..
untuk dptkan ulam yg sedap, kena petik pucuknya aje, kemudian rebus dan sgt sedap dicecah dgn sambal belacan... menulis sambil menelan air liur ni... huhu..

SZI said...

emm..tbe2 jd x paham...
ni cte sal BM ke mmg nak cte sal sayo'?
ke ad mksd tsirat 2???
hamba x paham.........

Farid Albariti said...

huhu..

sy pilih untuk menjadi ubi dalam soal BM ni.

gandingannya masih belum ditemui.. sebab? ada banyak lagi benda2 yg belum diteroka.. Misi menikmati zaman bujang..:-)

MOHD IDRIS said...

farid, ana rasa dah tiba masanya anta kena jumpa ana. ana nak lenyek buat bengkang (kata org kedah).

tapi..... mcm badan besar dari farid je ana ni... mmmm.....

Farid Albariti said...

idris, jgnla mcm ni... nta kecik pun ana takut jugak...

tp, kalau nta lenyek ana jdi bengkang, sedap dimakan tak?? kalau tak sedap nanti tak laku pulak.. huhu

Anonymous said...

ish..bincang pasal sayoq pjg lebar...tp papehal..perkongsian yg menarik ttg BM..ktne buleh dpt borang...???hehee =)

Antara Yang Menarik