baru-baru ni, pergi ke Kuala Lumpur naik motor..
sedang asyik press throttle di sekitar highway cheras gombak,
tiba2 datang bunyi ngauman dari belakang..
sekumpulan mat rempit bersaing bertaruhkan nyawa, mungkin untuk sedikit kepuasan..
kepuasan melepaskan geram dan mungkin juga rindu dendam masing-masing...
dalam sekelip mata, BOOM!! salah seorang pemandu hilang kawalan lalu merempuh divider, mujur penunggang tersebut berada di belakang kumpulan tersebut maka yang lain terselamat,
meronta dan meraung kesakitan dalam beberapa saat sebelum tubuhnya kaku terbaring di atas jalan..
lalu pesaing-pesaing yang sempat melihat berhenti dan mengalihkan tubuh tersebut ke tepi...
keadaan menjadi sunyi, mungkin kekesalan tumbuh subur dlam hati kawan2 yang melihat..
tapi dah terhantuk tiada lagi guna kita terngadah...
timbul persoalan akan harga nyawa yang Tuhan kurniakan..
berbaloikah andai kita gadaikan nyawa dan usia kita yang panjang ini dan tamatkannya dengan begitu sahaja??
simpati kepada yang dah pergi,
namun yang masih tinggal perlu sedia untuk menghitung dan membuat perkiraan...
apakah rempit dapat membayar "pinjaman" kita terhadap Tuhan??
apakah kebanggaan dan kepuasan ini menjamin pembelaan sewaktu berpisahnya roh dengan jasad??
apakah natijahnya sekalipun kita menguasai tiap jalan dan tiap lorong di muka bumi ini, jika titian sirat juga yang gagal kita lepasi???
hidupnya kita dengan pemberian dariNya, maka hiduplah kita dengan semangat dan kecekalan sebagai ganjaran yang setimpal dengan peluang hidup yang ada pada kita......
Taybah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Antara Yang Menarik
-
DEFINISI Sirr dari segi bahasa bermaksud rahsia, sementara Hazar bermaksud kewaspadaan. Antara perkara yang wajib ada pada sesebuah geraka...
-
Mungkin ada yang pernah berkata, "Zaman sekarang susah nak cari orang yang jujur. Masing-masing akan berlumba mengejar dan menjaga kep...
-
Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palesti...
-
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang dilipat gandakan segala ganjaran amalan, di tutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga. DIjanjikan oleh ...
-
Ilham asal program ini ialah program MABIT - Malam Bina Iman Dan Taqwa, iaitu inspirasi daripada ibadah haji iaitu bermalam di Mina atau di...
No comments:
Post a Comment