Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, March 11, 2009

Demonstrasi Selawat, Apa yang perlu dihairankan??

Isnin, 12 Rabi'ul Awal 1430, 9 Mac 2009, merupakan hari yang dipilih oleh seluruh umat Islam di Malaysia untuk menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Pelbagai isu yang timbul sempena sambutan kali ini. Isu-isu yang sudah kerapkali dimainkan antaranya, mempertikaikan perarakan besar-besaran atau dikenali dengan Demonstrasi Berselawat, mempertikaikan kenapa hanya disambut pada hari tersebut semata-mata, isu keuntungan projek menjalankan program sambutan dan macam-macam isu yang dikaitkan dengan politik, bid'ah dan sebagainya.


Ada juga satu isu yang cukup menarik timbul, iaitu Haram Menyambut Maulidur Rasul??. Kononnya dikaitkan dengan hari pemergian Baginda yang jatuh pada tarikh yang sama, iaitu 12 Rabi'ul Awal. Isu ini walaupun pada hakikatnya tersangat mudah untuk dijawab, namun akibat daripada manipulasi fakta dan sejarah, seseorang itu akan mudah sekali terpedaya dengan isu ini.



Pertikaian mengenai sambutan Maulid Nabi timbul disebabkan beberapa perkara yang utama, iaitu


  1. Umat Islam sudah tidak lagi menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai idola
  2. Ingatan terhadap sejarah hidup Nabi Muhammad SAW sudah semakin pudar.
  3. Hadith Nabi sudah tidak lagi dijadikan rujukan
  4. Al-Quran sudah jarang dibaca dan dihayati kandungannya.

4 jawapan ringkas di atas adalah jawapan tuntas kepada persoalan ini. Jika kita selalu mengenang dan mengingati RasuluLlah SAW, maka sudah pasti tidak akan timbul isu sulit mengenai sambutan ini. Masyarakat zaman sekarang sudah jauh tersasar daripada matlamat asal mengingati dan mengenali peribadi agung ini. Mereka mengangggap menyambut kelahiran Nabi Muhammad sebagai acara ritual yang hanya dilakukan untuk beroleh pahala-pahala tertentu, menerusi demonstrai berselawat yang diadakan setiap tahun.



Sedangkan, cara mudah mengingati Nabi Muhammad adalah dengan mengamalkan Islam, mencintai sunnahnya, dan menyambung risalah da'wahnya. Sementara dalam proses menyambut hari kebesaran ini, soalan mudah yang perlu kita jawab sebagai lambang kecintaan kita kepada RasuluLlah adalah:-



  1. Mengapa Anda mengadakan demonstrasi berselawat pada setiap 12 Rabi'ul Awal setiap tahun
  2. Apakah yang terlintas difikiran anda ketika anda berselawat ketika itu?
  3. Apakah kesan demonstrasi selawat tersebut pada amalan harian anda?
  4. Apakah agaknya tahap perhubungan anda dengan Insan Agung tersebut selepas anda menyelesaikan demonstrasi tersebut??


Maka, saya meringkaskan, sekiranya jawapan anda positif dan baik, maka jarak sependek mana sekalipun anda berdemonstrasi, maka kebaikanlah InsyaAllah. Tidak timbul isu menghayati pemergian atau kelahiran selagi mana anda melakukannya semata-mata kerana kasih dan sayang padanya. Kerana kasih kita kepada Nabi Muhammad, bererti kasih kita Kepada Allahu Ahad.

No comments:

Antara Yang Menarik