Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Thursday, March 12, 2009

Nak atau Tak nak???

Anda mengalami kesempitan hidup? Putus cinta dan harapan? Tewas dalam perlawanan bola sepak? atau gagal dalam ujian memandu kali ke-3?

Ayuh kita perhatikan lirik lagu ini,

Jika kau fikirkan kau boleh,
Kau pasti boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,
Usahamu tidak menentu.
Nanti!!, anda perlu memuat turun perkataan "AKU BOLEH" terlebih dahulu sebelum ke perenggan seterusnya..


Nah, ramai orang yang keliru situasi dan keadaan yang sedang dia alami. Sama ada di pihak yang menang atau di pihak yang benar? Perlu diingat, bahawa di atas bumi dan di dunia ini, hukum alam menetapkan bahawa sekalipun anda di pihak yang benar, anda belum tentu lagi akan berada di pihak yang menang. Kerana nasib sesebuah kaum di dunia ditentukan oleh tindakan kaum itu sendiri(Al-Quran).

Namun, ada beberapa pepatah yang sangat berguna, "Man Jadda wajada". No pain no gain, Nak 1000 cara, taknak takpayah cara...

Justeru anda mesti ada perasaan mahukan segalanya dan sentiasa berfikiran bahawa anda mampu mendapat segalanya, jika segala yang anda ada anda berikan sedayanya....

No comments:

Antara Yang Menarik