Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, June 15, 2011

Unta Panggang Albariti...


Inilah rupa dapur bilik yang saya gunakan untuk membuat Unta Panggang Albariti.
Ramuan: 

Daging Unta SEGAR setengah kilo.(kat Mekah ni senang je nak dapat)
Minyak Zaiton
Garam secukup rasa
Kicap manis (di Malaysia sesuai digantikan dengan sos tiram)

Cara menyediakan:
Daging Unta dihiris halus. (mengikut bentuk dan citarasa masing-masing)
Diperap bersama kicap manis dan sedikit garam selama lebih 3 jam 
(saya perap seharian tapi letak dalam peti ais)

Selepas selesai perap,
Panggang pada suhu secukupnya(maaf dapur ni takde penunjuk suhu)
Sebaiknya jangan panas sangat, dan bagi daging yang segar, tak perlu lama. 5-7 minit pun dah cukup supaya tidak keras dan enak di makan. Terasa padang pasirnya... :-)

Ketika sedang memasak. 
Dihidang bersama sup unta(diambil dari dewan makan), dan air Jus Jambu Batu yang sejuk-beku...Kalau takde jus jambu batu pun takpe, hidanglah bersama susu.. :-) 



Ramai yang kata saya berbakat, pada mulanya saya tak percaya, tetapi selepas menikmati Unta Panggang Albariti ini, saya semakin percaya dan bersyukur atas kelebihan yang Allah Ta'ala kurniakan ini. Kalau berminat, boleh ikut pakej umrah bersama saya.. (~_^)

12 comments:

Afifah Jaafar said...

Hebat!! x pernah rasa daging unta..

teringat ust memasak di GSM..
lepas ni blh buat menu baru utk GSM :)

ammaryusop said...

aii..makan daging panggang nampak...hehe

aza said...

Insya Allah.. kalau ada rezeki, kita ikut lagi pakej ustaz..

Indah Islam said...

yum..yum..daging unta memang sedap..mcm tu boleh tempah la chef albariti masak..hehe

ata said...

hahahahahaha...rinduuuu!

Anonymous said...

sedapnyaaa, makanan sihat tu

Anonymous said...

bukan main lagi, bertuah siapa yang dapat ustad ni.. jangan lupa jemput... Salam k.Mai

Farid Albariti said...

Salam semua, insyaAllah, semoga kalian semua diberikan peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci..

Ammar: lepas ni bleh bawak jemaah pulak.. Bleh la buat sushi unta... :-)

Ata: rindoo juga sama kamoo.. (aiceh~)

Anonymous said...

asslmkm ustaz xtau lak ustaz reti masak daging unta ... klu tau ustaz reti masak boleh beli kat pasar pagi masa kat mecca haritu boleh minta ustaz masak sbbnya kita org ada planning nak beli daging unta lps balik dari ladang cuma bile dipikirkan sape la nak masak hehehe :) ... tp apakan daya kita rapat pun masa saya dah nak balik Malaysia dan pengalaman yg paling saya x kan lupa masa kena tahan masa nak check in kat airport :)
Razzaq - Group Mazwin :)

Farid Albariti said...

A.Razzaq: Maaf, sy tak sempat nak bagitau yg saya "boleh" masak.. Skit2 je bleh.. InsyaAllah, nanti kita berhubung lagi, ni email saya albariti1924@yahoo.com atau no fon sy di Msia 013-6727827..

Anonymous said...

huhuh xpe2 xde masalah la ustaz ... ustaz saya dah upload gambar kat FB ... klu ustaz ada FB boleh la amik gambar tu cuma gambar masa kita makan nasi beryani kat muzalifah saya x tangkap http://www.facebook.com/media/set/?set=a.232418896784953.75909.100000505343009#!/photo.php?fbid=232419640118212&set=a.232418896784953.75909.100000505343009&type=1&theater,http://www.facebook.com/media/set/?set=a.232418896784953.75909.100000505343009#!/photo.php?fbid=232420933451416&set=a.232418896784953.75909.100000505343009&type=1&theater
ni alamat email saya ..razzaq_13@yahoo.com (yahoo dgn FB) ... saya sbnrnye tinggal kat Shah Alam rumah family ... kampung kat Parit... nanti apa2 hal boleh la jumpa ustaz :)

Farid Albariti said...

ohhoho.. very nice.. :-)

InsyaAllah kita jumpa lagi.. Seronok dapat berkenalan dengan kome semua..:-)

Antara Yang Menarik