Liberal bermaksud terbuka. Liberalisme pula ialah keterbukaan.
Ramai yang tidak bersetuju dengan pendekatan liberal dalam dakwah, walaupun ramai yang bersetuju bahawa kita memerlukan keterbukaan dalam berdakwah. Mungkin disebabkan serangan JIL telah memesongkan pemikiran kita dan menimbulkan kesukaran dalam interaksi sehingga membawa kepada sedikit ketegangan. Apalagi apabila ianya dikaitkan dengan kerja para Nabi dan Rasul 'Alaihim As-Solat Wa As-Salam, Dakwah.
Benar, bahawa profession utama para Nabi dan Rasul 'Alaihim As-Solat Wa As-Salam ialah berdakwah, bahkan dakwah merupakan tugasan sebagai menyatakan pengabdian TOTAL mereka kepada Allah. Dakwah menjadi simbol 'ubudiah dan kecintaan mereka kepada Allah dan juga kepada Islam.
Satu muhasabah yang penting untuk saya, apakah asas yang membawa kepada aktiviti dakwah yang selama ini kita uar-uarkan?
Para Nabi dan Rasul 'Alaihim As-Solat Wa As-Salam merupakan pendakwah sejati yang bekerja 24 Jam sehari. Sentiasa berfikir tentang cara untuk membawa kebaikan kepada umat. Meningkatkan tamadun duniawi dan ukhrawi.
Berbalik kepada konsep keterbukaan atau liberalisme dalam berdakwah. Oleh kerana keutamaan kita dalam berdakwah ini ialah konsep ketuhanan atau "rabbaniyyah", maka jalan untuk mencapai maksud utama dakwah ini perlulah kekal pada sifat dan syari'atnya, namun bersifat anjal dalam perlaksanaan.
"Kita tidak boleh terlalu ekstrimis dan ortodoks, dalam masa yang sama kita tidak boleh terlalu terbuka sehingga mengabaikan syari'at dan batas," pesan seorang sahabat yang meneruskan pelajarannya di peringkat Master di UKM dalam bidang dakwah.
Dakwah sangat memerlukan kepada kebijaksanaan dan kepelbagaian taktik dan mekanisme. Yang penting sihat dan tepat mengikut syariat. Berpolitik juga merupakan satu mekanisme dakwah - Prof Wan Abd Rahman Talib. Pelik bukan, politik sebagai alat dakwah. Nyata berbeza dengan pegangan menyamakan siasah dan politik. Siasah ialah pentadbiran, manakala politik bersifat seni dan kaedah dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
Yang terpenting, seruan kita ialah "Serulah ke Jalan Tuhanmu dengan hikmah". Ayuh perdalamkan ilmu dan pembacaan mengenai hikmah dan menjadikan dakwah sebagai tanda cinta dan kasih kita kepada Allah dan Rasul. Semoga cintaku bukan palsu...
Kita sedang meneruskan perang para Nabi dan Rasul 'Alaihim As-Solat Wa As-Salam menentang kejahilan dan kekufuran. Musuh Islam menggunakan senjata yang pelbagai dengan penuh "hikmah"(sesuai dengan kejahilan mereka). Liberalisme pula ialah senjata mereka yang paling ampuh. Kita pula sedaya upaya mempertahankan sikap "konservatif" yang kononnya untuk menyelamatkan umat. Allah Ta'ala lebih mengetahui mengenai kebenaran dan sejauh mana ke"relevan"an sikap konservatif ini.
Bertolak daripada sifat dakwah islamiyyah yang universal dan sejagat, maka saya rasa tiada salahnya untuk mempelbagaikan "haruman" yang mampu memikat dan mengikat seluruh manusia kembali ke jalan Allah dengan hikmah dan ketetapan yang diwariskan kepada kita. Tidak dapat tidak, kita sedang mewarisi "jalan" para Rasul dan Nabi 'Alaihim As-Solat Wa As-Salam. "Jalan" ini perlu kita selusuri dengan penuh perasaan kehambaan dan kecintaan kepada Allah dan Rasul.
Semoga tulisan ini tidak menjadi fitnah kepada diri saya dan para pendakwah sekalian yang sudah pasti akan terus melaksanakan kerja dakwah demi Allah dan Rasul.
8 comments:
teringat satu ayat yang selalu baca tapi tersangat jarang diamalkan,
"(sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya kami akan menurunkan kepadamu wahyu(Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya)" Surah Al-Muzammil, 73:5)
Para Nabi dan Rasul A.S. menjadikan ibadat sebagai persediaan dan batu asah kepada pedang yang mereka gunakan dalam berdakwah. Terasa kerdil dan jauh dr Jalan Sebenar.
bukan semua "liberal" itu ditolak. berkaitan perlaksanaan saya agak setuju dgn pandangan prof abu hassan,"liberal relatif" dalam pendekatan @ metodologi..... liberal yang tidak melanggar syara' x de masalah. tsabat (tetap) dalam prinsip, murunah (fleksibel) dalam pendekatan...
cayalah farid...
liberal relatif?? hmm, kena baca lagi ni.. :-)
Salam kembara.
Sukakan kenyataan nie~
'Berpolitik juga merupakan satu mekanisme dakwah - Prof Wan Abd Rahman Talib. Pelik bukan, politik sebagai alat dakwah."
pada saya, takde yg pelik pun dgn mempergunakan politik utk brdakwah. Itulah... secara tak sedar, kita sendiri yg cuba mengasingkn politik dpd agama. kebanyakan politik skrg, sekadar menggunakan jenama islam tapi, kurang penghayatan dari sudut spiritual.
saya pernah nyatakan pendapat saya - pasakkan sekukuhnya dlm diri yg "Kita Nak Bawa Islam".
jadinya setiap pengamalan kita, hatta dlm berpolitik sekalipun, kita akan berdakwah.
Dengan itu, Islam kan terjulang dgn sendiri berkat kurnia Illahi.
Syukron~
kita suka mempertahankan mekanisme yang kononnya bersifat prinsip,
Mengabaikan prinsip kerana tenggelam dalam salah sangka(falasi pemikiran)..
terlalu fleksibel dlm bergerak kerja mampu mempengaruhi diri kearah kemaksiatan secara halus@ tidak sengaja..mcm mn akhi?
setuju, model Dakwah para Nabi dan Rasul, serta metod pendekatan Imam Hassan Al-Banna perlu dikaji supaya kita tidak tersalah meletakkan hukum..
"dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat islam) umat pertengahan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu...." (2:143)
Post a Comment