Kadar pertumbuhan bilangan penganut agama Kristian dan orang Islam di Dunia.
“Dialah yang mengutus para RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya.” (Al-Quran, Surah As-Saff, 61:59)
Maha Benar firman Allah SWT dalam kitab suci Al-Quran yang menyatakan janjiNya terhadap kemenangan dan keizzahan Islam di atas muka bumi ini sekalipun pelbagai strategi dan aktiviti yang dilakukan oleh orang-orang kafir dan musuh-musuh Islam untuk menyesatkan umat manusia daripada cara hidup yang sebenarnya.
Kita sering mendengar pergerakan dakyah kristianisasi yang
Pertubuhan seperti Interfaith Commission (IFC), Sister in Islam (SIS), Jaringan Islam Liberal (JIL) yang ditubuhkan semata-mata untuk menyesatkan dan memesongkan akidah umat Islam tidak akan mampu melawan kuasa dan kebenaran dari Allah Ta’ala yang Maha Agung lagi Maha Bijaksana.
Begitu juga kecaman dan tuduhan yang dilemparkan oleh dunia barat dengan label-label seperti pengganas, konservatif, anti-establishment, agama penindas, dan pelbagai lagi nama-nama yang diberikan kepada Islam tidak mampu menahan dan menutup cahaya petunjuk yang Allah Ta’ala kurniakan kepada hambaNya. Umum mengetahui bahawa betapa teruknya tekanan yang dikenakan ke atas umat Islam bermula daripada peristiwa 11 September yang menyaksikan Islam dituduh menjadi punca kepada runtuhnya bangunan gergasi WTC. Tanda nama “pengganas” mula diperkenalkan kepada orang Islam dan masih lagi kekal sekalipun pelbagai laporan telah dikeluarkan menafikan dakwaan tersebut.
Osama Bin Laden masih tetap diburu atas kejadian “911” tersebut, ulama’ yang menyampaikan risalah tauhid turut menjadi mangsa konspirasi khianat Amerika-Barat. Kita masih tidak dapat melupakan bagimana ratusan ribu umat Islam di Afghanistan (2002), Iraq(2003) menjadi mangsa korban kezaliman Amerika dan sekutunya yang dengki kepada keindahan dan kesempurnaan ajaran Islam. Contoh yang paling dekat dengan kita di
Namun begitu, semakin kuat tekanan yang diberikan oleh musuh Islam terhadap Islam sedikitpun tidak mampu menggugat kepercayaan dan pegangan umat Islam terhadap cara hidup Islam yang begitu indah dan sempurna. Keyakinan umat Islam untuk terus berpandu kepada kitab Al-Quran dan As-Sunnah terus subur dan tidak goyah walau sedikit.
Kekecohan yang digembar-gemburkan mengenai lunturnya keyakinan umat terhadap Islam sebenarnya tidak leboh dari sekadar ibarat “telur sebiji, riuh sekampung”. Apalah sangat ingin dibanggakan dengan kejayaan mengkafirkan Azlina Jailani jika dibandingkan dengan mengIslamkan paderi-paderi dan pendita-pendita agama selain Islam? Apakah mereka (musuh Islam) ingin berbangga dengan ribuan umat Islam yang hanya Islam pada nama, berbanding penghijrahan para paderi dan pendeta yang merupakan sandaran orang bukan Islam terhadap agama masing-masing?
Kita dapat menyaksikan pertumbuhan dan perkembangan yang begitu menarik apabila telah ramai artis wanita yang mula mengenakan tudung, peningkatan kesedaran terhadap halal dan haram, bahkan pertambahan badan-badan yang membela Islam juga jauh lebih banyak daripada badan-badan Anti-Islam. Sokongan masyarakat bukan Islam terhadap politik Islam juga jauh lebih baik daripada sangkaan kita.
Turut dilampirkan statistic kadar pertambahan bilangan penganut agama kristian dan perbandingannya dengan pertambahan bilangan orang Islam di dunia.
Some estimates of numbers and growth rate of Christians:
Source | Year | Number or Percentage of world's population | Growth Rate/year |
Readers Digest 1 | 1985 | 1.0 billion | - |
Al-Islam 2 | 1994 to 1995 | - | 1.46% |
U.S. Center for World Mission 3 | From 1970 to 1996 | From 33.7% to 33.9% | 2.3% |
John Gary 4 | 2025 | 3 billion | - |
UK Christian Handbook 9 | From 2000 to 2010 | From 27.7% to 27.1% | - |
Barrett & Johnson 5 | From 2000 to 2025 | From 2.015 to 2.711 billion | - |
Todd Johnson 6 | From 2000 to 2025 | From 2.090 to 3.023 billion; 33.4% to 35.5% | - |
Todd Johnson 6 | 2200! | 4.40 billion | - |
World Christian Encyclopedia | 2000 | 2.0 billion; 37.9% | - |
Samuel Huntington | 2025 | 25% | - |
Some estimates of numbers and growth rate of Muslims:
Source | Year | Number or Percentage of World's Population | Growth Rate |
Readers Digest 1 | 1985 | 700 million | - |
Al-Islam 2 | 1994 to 1995 | - | 6.4% |
U.S. Center for World Mission 3 | From 1970 to 1996 | - | 2.9% |
John Gary 4 | 2025 | 2 billion | - |
Barrett & Johnson 5 | 2000 to 2025 | 1.22 to 1.89 billion | - |
Todd Johnson 6 | From 2000 to 2025 | From 1.16 to 1.72 billion; From 18.5% to 20.2% |
|
Todd Johnson 6 | 2200! | 2.62 billion; 22.6% |
|
Samuel Huntington | 2025 | 30% |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| | |
Sumber yang dipetik daripada laman web www.religioustolerance.org membuat kesimpulan bahawa
1. pertambahan jumlah penduduk dunia setiap tahun adalah sebanyak 2.6%, bilangan orang Kristian ialah 2.3%, sedangkan jumlah pertambahan orang Islam ialah yang tertinggi iaitu sebanyak 2.9%, 0.3% lebih tinggi daripada jumlah pertambahan penduduk dunia.
- Bilangan orang Islam akan mengatasi bilangan penduduk kristian menjelang tahun 2025 dan akan menjadi agama yang paling dominant.
Namun begitu, kelemahan kualiti umat Islam dilihat sebagai satu-satunya proklamasi yang dapat menyangkal kehebatan umat Islam ketika ini. Sekalipun memegang sebahagian besar hasil bumi dunia, umat Islam masih belum mampu menunjukkan potensi dan kekuatan yang ada pada umat Islam. Umat Islam masih belum mampu membela nasib saudara-saudara seagama, bahkan belum mampu membela nasib sendiri.
Walau bagaimanapun, kekuatan umat Islam pastinya sentiasa digeruni oleh musuh-musus Islam dan mereka pastinya sentiasa mencuba untuk menghancurkan Islah dan penganutnya. Betapa pun mereka
No comments:
Post a Comment