Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Sunday, January 3, 2010

Penggunaan Kalimah Allah dan kegagalan Najib.

Assalamualaikum.

Renungkan ayat ini, "Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia' ", (An-Nas, 114:1)

Bahkan bagi mereka yang beragama Islam wajib menyebutkan ayat ini, "Segala Puji Bagi Allah, Tuhan seru sekalian Alam", sebanyak 17 kali sehari semalam. Maka perlu membulatkan keyakinan dalam hati bahawa Allah Ta'ala, Tuhan Yang Maha Esa, tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Dia, dan Dialah Tuhan sekalian umat manusia.

Oleh yang demikian, perkataan Allah Yang Maha Mulia, juga adalah milik semua. Bahkan semua manusia perlu sedar bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa.

Keputusan Mahkamah jika dilihat pada satu sudut, ianya akan mendatangkan komplikasi yang negatif terutamanya apabila ianya disalahgunakan. Namun, Najib sebagai orang No 1, dalam 1 Malaysia yang dipimpinnya ternyata gagal menangani isu ini secara berkesan apalagi untuk membawa konsep perpaduan dokongannya itu dalam menyelesaikan masalah ini dengan menggunakan kaedah yang terbaik.

Sebagai ketua kerajaan, Najib perlu sedar yang dia sebenarnya memiliki kemampuan yang jauh lebih besar daripada sekadar menggunakan kuasa politik dan jawatan yang ada padanya. Isu ini perlu ditangani secara ilmiah dan akademik. Saya yakin, sekiranya isu ini ditangani secara ilmiah melalui dialog atau penerangan yang berkesan, masyarakat bukan Islam akan menerima dengan hati yang terbuka mengenai pendirian dan kefahaman Islam yang tegas tetapi fleksibel ini.

Saya melahirkan rasa simpati saya kepada seluruh masyarakat bukan Islam di Malaysia kerana mereka tidak berpeluang untuk mengenali Islam secara lebih jelas dan menurut pandangan yang sebenar. Sekiranya Najib dan bala pemimpinnya gagal menangani isu ini dengan cara yang berkesan, 1 Malaysia dokongannya bukan sahaja akan berdepan dengan perpecahan, bahkan kebencian yang tidak sepatutnya berlaku masyarakat bukan Islam terhadap Islam dan umatnya.

Daripada bertempik dengan tidak tentu hala, lebih baik menumpukan tenaga untuk memberi kefahaman kepada masyarakat Bukan Islam mengenai Allah Yang Maha Esa, yang Menghidupkan dan Mematikan semua makhluk dan manusia. Lebih teruk daripada itu, bertempik dan mendabik dada mengatakan Allah Ta'ala Tuhan Orang Melayu. Saya berlepas diri dari kejahilan orang-orang Melayu yang jahil ini.

Semoga Allah Ta'ala memberikan bimbingan dan petunjukNya kepada saya dan kita semua.

"Sesungguhnya kata-kata yang paling benar adalah kata-kata Allah Yang Maha Mulia"

4 comments:

muslimah said...

stuju sgtt dgn a.farid!!
orang muslim tak boleh redha dengan situasi ini.
esp to yg ada kuasa untuk menyelamatkan keadaan ini.

majE said...

YAB cuba untuk mencari jawapan yang tidak akan melukakan sesiapa.

Tapi, malangnya..
Jawapan untuk soalan ini, hanya 2..benarkan..atau tidak.

Kedua-duanya jawapan akan melukakan.

Namun, yang hak tetap hak.


masa inilah seharusnya para mufti membantu' YAB kita ni.

Anonymous said...

YAB?? bagus.. Cuba mencari jawapan dengan belajar dengan YABTG.. itu lebih baik..

ainshams said...

lebih baik perkenalkan..Allah tuh sape..ape ajaran Allah..dll kpd dunia..dakwah kn wajib kpd setiap muslim..sama ada pemimpin atau yg dipimpin..
Walahu A'lam.

Antara Yang Menarik