Saya tidak ingat kali terakhir saya mengunjungi laman Facebook sebelum ianya dinyahaktifkan. Agak lama juga saya tidak mengikuti perkembangan teman-teman dalam laman tersebut. Sedikit perasaan rugi kerana tidak dapat mengikuti perkembangan, tetapi saya melihat lebih banyak kerugian dan kehilangan yang akan saya alami sekiranya terus berada di laman tersebut. Laman sosial yang begitu popular dan masih lagi hangat diperkatakan sebagai medium perhubungan dan informasi terbaru dan terbaik menggantikan blog. Saya agak konservatif apabila membincangkan bab facebook. Semestinya, saya sangat bersetuju dengan pandangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman terhadap Facebook. Sila baca koleksi artikel dan pandangan bernas beliau di sini
Selain perbuatan maksiat dan dosa yang kadang-kadang tidak disengajakan (boleh ke macam tu?), saya merasakan aktiviti-aktiviti dalam Facebook ini tidak lebih dari sekadar aktiviti sosial yang diselitkan dengan agama atau nilai. Mudahnya, aktiviti keagamaan dan nilai hanyalah tempelan dan selitan supaya aktiviti berFacebook ini kelihatan baik dan menutup keburukan-keburukan yang ada padanya.
Saya mengalaminya, dan sejujurnya saya sendiri merasakan bahawa saya telah kehilangan kawalan terhadap diri saya sendiri. Pertama, disebabkan oleh kawalan diri saya terhadap perkara-perkara yang saya terbitkan sendiri. Keduanya, disebabkan oleh perkara-perkara yang diterbitkan oleh orang lain mengenai diri saya.
TERBITAN SENDIRI
Terbitan sendiri merujuk kepada artikel, status, gambar, komen, respon, "kesukaan" dan macam-macam aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam laman Facebook ini. Hilang kawalan boleh berlaku akibat daripada "keinginan untuk bersosial" dan bercampur dengan rakan-rakan lain dalam Facebook. Kita kepingin untuk berkongsi pelbagai berita dan cerita mengenai diri kita dan orang lain kerana sememangnya laman Facebook ini direka untuk perkongsian seperti ini.
Hilang kawalan terhadap bahan terbitan sendiri pula ditunjukkan oleh pemilihan dan penapisan bahan yang sesuai dan juga kawalan bahan yang mampu menceritakan perihal sebenar kejadian yang berlaku.
Tidak dinafikan, ada yang berjaya mengawal. Hasilnya, karakter dan maruah seseorang itu tetap terpelihara. Bagi yang hilang kawalan, dia menampakkan bahagian dirinya yang tidak sepatutnya dilihat oleh orang lain. Dalam perspektif hukum, mungkin apabila perkara-perkara yang tidak sepatutnya ditonton dan dilihat oleh yang bukan muhrim. Manakala dalam perspektif kawalan terhadap pemikiran dan emosi, dia menunjukkan bahagian-bahagian yang boleh mendedahkan dirinya kepada bahaya.
TERBITAN ORANG LAIN
Bahagian pertama dalam perihal terbitan orang lain ini ialah, apabila suatu bahan yang tidak sesuai dikeluarkan mengenai dirinya diterbitkan oleh orang lain. Dia langsung tidak mampu mengawal perkara ini. Orang lain akan merasakan, tiada masalah untuk dia menerbitkan perkara tersebut, malah semakin ianya "menarik perhatian", semakin baik untuk diterbitkan.
Menerbitkan perkara-perkara yang popular untuk meraih publisiti dan menarik perhatian.
Bahagian kedua merujuk kepada kawalan dirinya dalam menginterpretasi bahan yang diterbitkan oleh orang lain. Sebagaimana orang lain boleh tersalah-anggap terhadap dirinya, begitu pula dirinya sendiri juga berpeluang untuk tersalah-anggap terhadap orang lain.
BAGAIMANA DENGAN PERBINCANGAN-PERBINCANGAN YANG SIHAT???
AlhamduliLlah, terdapat usaha-usaha yang baik dalam mengajak penghuni-penghuni laman Facebook ini untuk berbincang tentang masalah umat dan isu-isu semasa. Semestinya, bagi seorang Muslim dan Mu'min, perkara inilah yang menjadi keutamaan ketika dia berada di laman Facebook ini. Sosial adalah perkara kedua selepas "perbincangan Intelektual dan kritikal ini".
Berhubung untuk mengikuti perkembangan seharusnya tidak menjadi masalah, apalagi jika kita membincangkan tentang masalah-masalah yang baik untuk dibincangkan. Tapi, jangan sampai kita hilang kawalan terhadap status, maruah dan harga diri. Daie perlu bijak mencairkan diri dan menyesuaikan diri denagn keadaan supaya dapat mempengaruhi. Jika sebaliknya yang berlaku, maka jalan keluar ialah kembali ke pangkal jalan.
PANGKAL JALAN
Sebelum kita memulakan aktiviti berFacebook, tanyakan dulu diri kita "apakah tujuan komentar @ terbitan ini disiarkan?" Tepuk dada tanyalah iman, jangan tanya aiman, nanti dia bilang "Aiman tak kisah!"
Daie ialah mereka yang bertindak atas nilai dan kefahaman. Nilai dan kefahaman itu tidak sekadar terhenti di dalam perbincangan, malah tujuan utama nilai itu dibincangkan ialah untuk dilaksanakan. "Kurangkan Slogan, banyakkan tindakan!!". Atau begini, "Susuli slogan dengan tindakan!"
Saya seronok melihat perbincangan-perbincangan yang sihat dalam Facebook, tidak kurang yang di dalam blog. Malangnya, perbicangan-perbincangan ini semata-mata maya dan tidak pernah berlaku di alam nyata. Berbincang sehingga ke langit, tetapi tidak pernah kembali ke bumi.
Ada yang berani meninggalkan komen yang hebat, tidak ubah seperti Harimau dia mengaum. Malangnya, ngauman itu di alam maya. Sekembalinya di bumi, jangankan mengaum, celik mata pun belum pasti.
Tinggallah bahan-bahan yang menarik itu ditatap dan dibaca atas dasar sosial dan populariti.
Berblog juga tidaklah sesuci mana. Masih berpeluang untuk melakukan dosa yang sama. Cuma ruang lingkup sosial di dalam blog tidak sebebas dan seluas di dalam Facebook.
Sekadar lontaran yang mohon untuk difikir-fikirkan. Mungkin bukan tindakan yang bijak untuk kita keluar daripada Facebook jika hanya tidak mampu mengawal diri atau orang lain. Tetapi adalah tindakan yang paling tidak berakal jika kita terus berada di situ sambil membiarkan diri kita hilang kawalan.
Kita berada dipenghujung zaman. Zaman di mana fitnah begitu berleluasa. Tambahan pula dengan adanya Facebook, fitnah berada di hujung jari. sama ada anda menjadi bahan fitnah, atau penyebar bahan fitnah. Na'uzubillah.
Jagalah maruah, pemikiran dan kehormatan.
JOM KEMBALI KE BUMI!!!
8 comments:
tapi sayangnya facebooker seperti saudara telah hilang.setidak-tidaknya dg kehadiran komen2 dari saudara dan mereka2 yang masih lagi mampu memberi komen mencergas minda di fb,maka tidaklah fb itu terus menjadi tempat sia2 secara total...
dan sayangnya, sebelum ini saya pernah mencuba... dan komen2 itu kekal dalam bentul sosial yang tidak memberikan apa2 makna... :-)
Walaubagaimanapun, selamat mencuba!!! :-)
Baru-baru ni, saya bertemu dengan seorang pelanggan yang juga seorang ibu. Agak "tertekan" menangani keinginan anaknya yang bukan2..
Anaknya merayu supaya dibelikan laptop. Bimbang anak dia bersosial yang bukan2, ini kata dia,
"sabar nak sabar! kat syurga nanti dapat!"
Teruskan bersabar dalam ketaatan... :-)
"Sabar,kita pasti dapat di syuga nanti!:)
Setuju dgn pendapat saudara.
Yahudi sedang mentertawakn Daie yang :
-pergaulnnya semakin bebas(ini agenda yahudi utk menyahkan generasi Al Quran")Na'uzubillah min zalik.
-Mana taknya, teguran peribadi anatar gender yg berlainan semkni menjadi,sdgkan status yg ditulis adalah permasalahn ummah.
-Dimana "ghaddul basor" yg diperintah oleh Allah?Muslimin melihat gambar2 muslimat. Muslimat meliaht gmbar muslimin. Hampir setiap hari menjadi sajian.
-Permasalah ummah/isu semasa: kl btl2 nk bnda ni, buktikan pd Allah, wjudkan kepercayaan pd mad'u.Jika kemudhratan lebih besar dr kemaslahatn, lebih baik kita tolak kemaslahatan itu.
Wallhu a'lam.
moga si ibu itu dapat terus mengekang si anaknya untuk meneti jannji di syurga kelak insya ALLAH.
Dah lama terfikir nak deactivate. Bila tanya pendapat sahabat2,mereka melarang.. Nak tanya, apa y mbuatkan ust sebulat hati nak deactvate?
" Ada yang berani meninggalkan komen yang hebat, tidak ubah seperti Harimau dia mengaum. Malangnya, ngauman itu di alam maya. Sekembalinya di bumi, jangankan mengaum, celik mata pun belum pasti. "
bagai bom atom jatuh dicampak ke hati..DUMM!!!!
Sebenarnya, kalau saya tidak aktifkan facebookk sekalipun, terbitan yang negatif yang bersangkutan dengan diri saya tetap tidak akan dapat dihalang..
oleh kerana saya tidak mampu menangani masalah dan fitnah yang ada dalam facebook. Maka saya mengambil keputusan utk tidak terlibat dan tidak mahu bersubahat...
Cadangan saya, lakukan perubahan dalam "kaedah" kita menguruskan facebook"..
Kita mampu kalau mahu... Tapi kemampuan datang bersamanya ujian pembuktian...
Post a Comment