Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, January 7, 2009

Let's actively Take Part!!!- petikan dari sugmukm.blogspot.com

Sistem Demokrasi merujuk kepada penglibatan rakyat dalam membuat keputusan untuk dasar-dasar pemerintah. Termasuklah dalam urusan menentukan dan meilih siapakah pemimpin yang paling layak untuk memimpin, secara bebas tanpa sekatan, ugutan, dan paksaan.

Oleh kerana Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, maka dalam situasi Pilihanraya Kampus, PRK, seharusnya amalan demokrasi ini menjadi teras dalam menggubal dasar dan sistem yang digunakan. Walaupun kehadiran "tangan-tangan ghaib" amat mendukacitakan, namun ianya tetap tidak akan dapat menghalang kemaraan dan kebangkitan Mahasiswa.

Seperti mana kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum(PRU 12) yang lalu, mereka juga berhadapan dengan sistem yang korup dan menyeleweng, namun tekad dan azam untuk berubah tetap membawa 5 buah negeri ke tangan Pakatan Rakyat. Lihat sahaja bagaimana Media arus perdana digunakan untuk mempengaruhi minda rakyat, bahkan seluruh instrumen kerajaan dikerahkan untuk kempen Umno-BN. Namun, tsunami politik yang melanda membuktikan bahawa gelombang perubahan dan kesedaran itulah yang diperlukan sebenarnya.

Begitu juga di UKM, KPT dan HEP menggunakan seluruh instrumen untuk mengelirukan Mahasiswa. PPP digunakan untuk mengubah dan merangka sistem yang zalim, JAKSA diperalatkan untuk berkempen, 1st year didoktrin dan dikawal ketat bermula daripada minggu mesra pelajar MMP(dahulunya dikenali dengan Minggu Mesra Mahasiswa, 3M), 1st year tidak dibenarkan terlibat dengan program luar, kompetensi generik (muka surat 15) diwujudkan supaya Mahasiswa terikat dengan kolej kediaman, dan banyak lagi.

Apakah peluang GMUKM untuk membawakan perubahan? Mujurlah Persatuan Mahasiswa yag tidak berasaskan kolej masih mampu dikuasai oleh Mahasiswa, sedikit sebanyak perubahan dapat dicetuskan dan dicadangkan oleh Pemimpin Mahasiswa yang benar-benar tulen datangnya dari Mahasiswa.

Saya percaya, Mahasiswa merupakan golongan yang terpelajar dan mampu berfikir dan membezakan yang mana baik dan buruk. Gunakan kebijaksanaan kurniaan Tuhan itu untuk membuat keputusan yang rasional dan kritis. Saya tegaskan, sekalipun jika pemikiran rasional itu tidak menyebelahi GMUKM, teruskanlah. Kerana hanya dengan tindakan yang lahir dari pemikiran yang rasional akan menyelamatkan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Buat Perubahan! Ayuh sertai pilihanraya secara aktif, secara bebas, melalui aspirasi, apalagi untuk menyertai GMUKM sebagai Harapan Baru Mahasiswa.

Monday, January 5, 2009

HEP bersahabat dengan syaitan?

Adakah kalian semua setuju dengan pernyataan di atas? Barangkali ada yang setuju, iaitu mereka yang berfikir selangkah kehadapan. Namun pasti ada yang tidak setuju kerana mereka kecilkan potensi otak mereka untuk berfikir.

Baru-baru ini, seramai 167 orang Mahasiswa UKM telah menyertai sebuah bengkel yang diadakan di A’Famosa Resort, Melaka pada 1 hingga 4 Januari. Tujuan bengkel berkenaan diadakan adalah sangat murni dan mulia iaitu sebagai persediaan kepada mereka yang berminat untuk menjadi calon untuk Pilihanraya Kampus 2009 yang sudah tidak lama lagi kehadirannya.

Pelbagai persoalan mengenai penganjuran bengkel berkenaan masih lagi belum terjawab oleh HEP. Mahasiswa dianiaya sekali lagi dengan aktiviti yang disifatkan Islam bersahabat dengan syaitan, Pembaziran.

Menurut salah seorang pegawai wanita yang ditemubual secara langsung oleh peserta bengkel calon berkenaan, beliau menyatakan bahawa lebih daripada RM70 000 (Tujuh puluh ribu ringgit Malaysia) telah dihabiskan untuk membuat bengkel berkenaan. Jumlah yang mengikut perkiraan saya dapat dibahagi kepada RM3 untuk setiap Mahasiswa di UKM. Jumlah yang tidak terjangkan dek akal ini sebenarnya adalah jauh lebih murah daripada kos sebenar yang digelapkan iaitu

Perhatikan(sumber langsung daripada pihak pengurusan resort berkenaan)

Makan pagi = RM 25.00 seorang

Makan Tengahari = RM 35.00 seorang

Makan Malam = RM 48.00 seorang

Minum pagi + minum malam + minum malam = tak diberitahu

Jumlah bayaran makanan seorang sahaja = RM 108.00 sehari

Maka untuk 4 hari = RM 432.00 x 167 pelajar(tidak termasuk urusetia yang terdiri daripada VIP)

= RM 72 144.00

Baik, kita tambah pula dengan kos penginapan(condo untuk enam orang) = RM 388.00/condo

Maka jumah kos penginapan = 28 condo x RM 388.00 = RM 10 864

Menjadikan kos keseluruhan sebanyak = RM 83 008.00

Sisihan yang anda lihat ini sebenarnya akan menjadi lebih apabila kita campurkan bersama kos-kos yang diperlukan untuk menanggung aktiviti sepanjang bengkel, kos pengangkutan, kos makanan urusetia (lebih daripada 20 orang), kos penginapan urusetia, kos penginapan vip(TNC dan Jemaah Dekan-dekan). Apakah agaknya angka yang bakal kita perolehi sekiranya jumlah sebenar kos untuk bengkel ini diketahui? Bukankah itu dinamakan pembaziran? Dan bukankah pembazir itu sahabat syaitan?

Maka saya bersetuju dengan jawapan nabil, Lu Pikirla sendiri!!


p/s:agak-agaknya, siapa yang beri sumbangan, dan duit siapa yang dibazirkan?

Sunday, January 4, 2009

PRK 15 Jan: GMUKM tekad hapuskan manipulasi HEP.





Bangi, 3 Januari, kem jentera pilihanraya Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia, GMUKM pada kali ini berhadapan tugas getir dalam menghadapi Pilihanraya Kampus yang disahkan akan berlangsung pada 15 Januari 2009.

Penantian Mahasiswa UKM untuk menyaksikan perubahan dalam Majlis Perwakilan Pelajar MPP PMUKM yang tertangguh tahun lalu akhirnya bakal terjawab apabila pihak HEP menyiarkan notis berkenaan dengan pengendalian PRK pada kali ini. Menurut notis yang disiarkan di beberapa tempat di fakulti-fakulti di UKM, tarikh penamaan jatuh pada 8 Januari manakala pengundian dilaksanakan seminggu kemudian, 15 Januari.

Dalam masa yang sama, seramai 159 orang Mahasiswa/I yang bakal menjadi calon dilaporkan mengikuti sebuah kursus yang dianjurkan oleh HEP di A’Famosa Resort, Melaka. Walaupun mendapat tentangan daripada Mahasiswa UKM, pihak HEP UKM tetap berdegil menganjurkan bengkel tersebut dan masih meletakkan kehadiran ke bengkel tersebut sebagai syarat wajib untuk menjadi calon.

Pihak HEP turut dilaporkan menaikkan kos bertanding bagi mana-mana calon yang akan bertanding dalam PRK 2009 nanti sebanyak 66% bagi wang deposit, dan 25% bagi setiap borang pencalonan. Peningkatan kos ini dolihat semata-mata ingin menyusahkan calon pilihan Mahasiswa kerana calon-calon Aspirasi mendapat tajaan daripada HEP dan KPT sendiri. Sumber daripada perwakilan pelajar di Universiti Utara Malaysia, UUM menyatakan bahawa setiap calon tajaan HEP dan KPT menerima wang saku sebanyak RM250 daripada UMNO, Barisan Nasional.

Namun begitu, kempen GMUKM tidak terjejas malah jurucakap GMUKM, saudara Hazman Abdullah menyatakan bahawa Mahasiswa UKM sudah lama menantikan perubahan yang ingin dibawa oleh GMUKM. Beliau melaporkan pihak HEP dan Aspirasi berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mengerahkan dan memaksa Mahasiswa tahun 1 untuk menjadi calon. Menurut salah seorang calon Aspirasi yang merupakan pelajar Fakulti Pengajian Islam/2, dia sebenarnya keberatan untuk menjadi calon. Namun dia terpaksa akur dengan arahan dan ugutan pihak HEP yang didakwanya juga didalangi konspirasi jahat dan sulit pihak KPT.

Friday, December 5, 2008

Super Hero...

Pernah tak? Mungkin bila kita terdengar ada orang menjerit meminta pertolongan, kita terasa macam nak jadi hero menyelamatkan orang itu.. (apalagi bagi lelaki kalau perempuan yang menjerit)

Pernah tak? Bila berita jenayah terpapar di kaca televisyen mengisahkan adik kecil dirogol dan dibunuh, terasa simpati dan ingin menjadi hero menghulurkan bantuan.

Pernah tak? Waktu rancangan BERSAMAMU di TV3 menyiarkan sekeluuarga yang hidup dalam kesusahan, beratapkan langit berlantaikan tanah, terasa ingin menjadi hero menyentap hanset menghantarkan sms untuk hulurkan tangan ringankan beban...

Pasti pernah, bila melihat orang lain dalam kesusahan, kesedihan, kemalangan, kecelakaan, kita terasa belas kasihan dan ingin menghulurkan tangan (menjadi hero)... Apalagi kalau yang ditimpa musibah itu, seseorang yang kita kenal, lebih-lebih lagi yang kita sayang dan kita ambil berat...

Saya yakin dan hampir pasti dengan kenyataan di atas sebab Tuhan kurniakan kita sifat kasih dan kasihkan hambaNya yang punya rasa kasih. Pengecualian diberikan kepada ikatan permusuhan sebab, ikatan ini atas dasar nafsu dan bukan bersifat kemanusiaan, justeru saya tak bincangkan mengenai binatang dan tidak perlu perbincangan mengenai binatang dipanjang-lebarkan.

Baik, siapa yang ingin menjadi superhero angkat tangan?

. . . .

mmm, sebelah pun memadai sebenarnya..

Ok, terima kasih, jatuhkan tangan..

Kalau nak jadi hero, saya ada cadangan panduan yang boleh diikuti...

Laksanakan Islam seluruh dan sesungguhnya...

Cuba dulu, baru tahu rasanya. Saya? Masih mencuba tapi semakin terasa kesannya.

Derita, sengsara dan terseksa di dunia ini tiada yang kekal sifatnya. Begitu juga nikmat, sihat, rahmat, berkat yang kita kecapi di dunia ini juga tiada yang kekal sifatnya. Saya cabar, jika ada yang pernah merasa "sedap" ketika makan selama lebih dari 24jam? Saya yakin, selepas kenyang sudah tiada lagi rasa "sedap", betulkan?

Atau, siapa yang pernah terasa sakit akibat luka sepanjang masa? Sudah pasti bila luka itu sembuh, sudah tiada rasa sakit, betulkan?

Inilah yang saya maksudkan dengan "Setiap suka dan duka, pahit dan manis di dunia ini tiada yang kekal sifatnya" Selepas setiap kali mendung pasti akan cerah.

Justeru hero yang tulen, sebenar dan sejati adalah Nabi Muhammad S.A.W. kerana baginda tidak pernah memandang kepada sakit dan sihat yang sementara, tetapi sentiasa terbayang kepada Negeri Akhirat yang kekal abadi...

Tidak terlintas sedkitpun untuk berehat, sentiasa bersemangat untuk selamatkan dunia ini dari derita dan sengsara balasan neraka yang lebih ngeri dari mana-mana seksa dan derita yang kita tanggung di dunia. Apalah sangat berlapar 3 hari, dikutuk 3 minggu, dikeji 3 bulan, difitnah 3 tahun, dihalau selama-lamanya dari Universiti, jika dibanding dengan seksa api yang tidak akan tertahan, tiada tidur, tiada rehat dan kekal sifatnya.

Kepada semua muslim, mujahid, mukmin, khususnya Farid dan teman-teman dari gerakan Islam, kita perlu mengIslamkan diri kita kerana Islam inilah satu-satunya jalan keluar kepada semua derita, sengsara dan bahaya kegelapan dunia, kepada kegembiraan yang tiada batas dan hujungnya di akhirat.

Saya sebut begini sebab, saya risau saya mendabik dada mendakwa diri Muslim, hanya dengan menyertai persatuan Islam, atau hanya menyampaikan risalah Islam, atau menyertai Pilihanraya dengan nama dan label Islam. Bahkan saya, Farid, 22t 10b, perlu mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Di dalam car hidup Islam ini terdapatnya tuntutan aqidah, ibadah, dan akhlak. Tuntutan individu muslim, berkeluarga, bermasyarakat, bernegara dan ber "alam sejagat".

Semoga saya dapat menjadi Super Hero yang dapat belajar lebih dalam mengenai Islam, kemudian mengamalkan dan berkongsi amalan tersebut dengan saudara-saudara seagama, kemudian menyampaikan kepada mereka yang belum menemui indahnya agama ini.Ameen...


Wallahua A'alam...

Wednesday, December 3, 2008

Kenapa nak sangat??

pesanan buat diri, dan respon kepada pemecatan Zaid Ibrahim.

Kebulur sangatkah hendakkan kuasa sampai sanggup cetuskan permusuhan dan perpecahan??


Kenapa golongan pembangkang selalu cetuskan huru-hara dan perasaan tidak senang??


Kenapa tidak menjalani kehidupan seperti orang lain, kita tidak perlukan gerakan bawah tanah dan pembangkang di Malaysia.


Kata-kata di atas adalah zikir harian mereka yang terpedaya dengan tipu-daya kerosakan dan kejahatan. Layaklah mereka meragut rumput di padang, kerana setaraf dengan lembu yang mempunyai otak tapi tidak dijanakan pemikiran.

Sejujurnya, perkataan pembangkang yang digunakan amatlah tidak sesuai sekali. Tambahan pula untuk dipakaikan kepada PAS, IPU, MAMPU dan mana-mana golongan yang "bersungguh" menegakkan kebenaran Islam. Sebab, mereka bukan membangkang, bahkan mereka berada di pihak "kerajaan" yang paling agong. Mereka tidak gilakan kuasa, namun membetulkan kuasa dari kegilaan.

Mereka juga tidak kebulur dengan habuan, bahkan diri, harta dan nyawa mereka pertaruhkan. Walau dikecam, walau diherdik, walau dianiaya, mereka akan terus berdiri dan menyatakan "kembalilah kalian kepada cahaya dan keterangan, jangan selimut diri anda dengan jahil dan kegelapan!!"

Ditahan tidak berhenti, diugut tidak menyepi, dicabar pantang sembunyi diri.

Allah Ta'ala meyebut dan mengingatkan kita dengan firmanNya,
"Berpegang teguhlah kamu pada jalan Allah, dan jangan kamu berpecah belah.."Ali 'Imran.

Secara zahirnya menyeru kita supaya percaya dan setia tanpa belah bagi kepada Islam, dan tidak berpecah belah. Soalnya di sini, kesatuan yang dianjurkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah adalah kesatuan di dalam Islam, iaitu dalam keadilan, kebaikan, dan kesejahteraan.

Tiada kesatuan dalam kejahatan!!

Justeru, kita tidak perlu menyahut seruan perpaduan yang mengajak kepada perkauman dan kejahilan. Apa makna kesatuan, jika ianya mendatangkan keburukan. Ini bukan kesatuan, tetapi subahat melakukan kemungkaran.

Dunia kini ibarat retak menanti belah, bila-bila sahaja seruan sangkakala akan menghacurkan setiap yang bernyawa. Mata kita menyaksikan jutaan dosa dan kesalahan umat manusia yang semakin menghiris dan mengikis keselamatan warganya. Kita berada di tengah-tengah kecelaruan umat, bahkan kita juga kerapkali hampir terjerumus ke dalamnya.

Keamanan yang didakwa oleh orang zalim itulah huru-hara. Mereka mengajak kepada perpaduan yang sebenarnya perpecahan, mereka mengajak kepada kedamaian yang sebenarnya kehancuran. Pemimpin diktator ini wajar kita gulingkan dengan apa cara sekalipun. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Zaid Ibrahim, dipecat semata-mata memenuhi undangan pembangkang.

Tidak keterlaluan sekiranya saya katakan, bahawa Pak Lah sebenarnya dah lama ingin pecat Zaid atas surat yang penuh dengan "kebencian" terhadap "kemuliaan" yang dibawa UMNO. Keadilan ISA yang dibenci oleh Zaid, terus menerus mereka perjuangkan tanpa ada sedikit belas sekalipun.

Jangan mudah mendabik dada, hanya kerana kita menjadi ahli PAS, IPU atau MAMPU. Pendaftaran keahlian ini, bukan benteng konkrit untuk kita selamatkan diri daripada kezaliman dan penganiayaan BN, UMNO, TSB dan ASpirasi. Bahkan ianya adalah selemah-lemah iman, seperti mana yang disebut oleh Nabi dalam hadithnya yang masyhur.

Namun, saya lebih suka jika kita tidak meletakkan kuasa dalam bentuk jawatan sebagai prasyarat untuk menegur dengan tangan. Tetapi kuasa dalam bentuk kehendak dan kemahuan. Jika kita betul-betul hendak dan mahu membetulkan keadaan, maka marilah kita mengubahnya dengan tangan. Jika kalian bacul dan penakut, silakan pendam kebencian itu dalam hati.

Maaf, kekasaran ini berniat, kerana Nabi juga menyebut bahawa kita perlu benci kepada kejahatan dan kemungkaran dengan bersungguh-sungguh, seperti kita benci dicampakkan ke dalam api neraka.

Benar sungguh bagai dikata, kerana jika kita tidak benci kezaliman ini dengan bersungguh-sungguh, pasti dan pasti api itu akan menjalar dan memakan diri kita dan mereka yang bersama-sama kita.

Kita punya tanggungjawab untuk kembalikan manusia kepada cahaya dan keselamatan, mengembalikan kebaikan menghapuskan kejahatan, pencerahan akal dan pemurnian amalan.

Biar syahid ataupun kemenangan...

p/s: saya mohon doa teman-teman agar hati ini tetap dan thabat menyatakan "inilah jalan hidupku, dan orang-orang yang menurutiku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata, dan aku menegaskan bahawa Maha Suci Allah, dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain" Ameen...

Tuesday, December 2, 2008

Farid, hati-hati jangan tergelincir...

"Pada hari itu, kami akan kuncikan mulut mereka, dan kami biarkan tangan
bercakap dan kaki mereka menjadi saksi akan apa yang telah mereka lakukan
(di
dunia)" Yasin, 65.


Kali pertama aku "membacakan" ayat ini adalah ketika aku berusia 14 tahun, sewaktu mengaji di tingkatan 2, di Sekolah Menengah Sultan Muhammad Shah, Parit, Perak. Malang, sewaktu berumur 14 tahun sahajalah aku mula membaca Al-Quran dengan berjalan.



Sebelum aku berpindah ke Parit,Perak, untuk menyambung pendidikan sekolah menengah, aku membaca Al-Quran bukan setakat merangkak, mengengsot pun belum tentu. Terkadang bila terkenang, nak nangis ada, nak gelak pun ada.


Tanda " " pada "membacakan" adalah menandakan waktu itulah aku sedar akan kewujudan ayat itu. Ustaz Ismi, yang juga bapa saudaraku membacakan ayat tersebut dalam sebuah kuliah maghrib. Tak tergambar perasaan aku semasa ayat itu menyelubungi seluruh tubuh dan menjalar pantas dalam kotak pemikiran. Aku terbayang dosa-dosa dan kesalahan yang aku buat, konfirm dah tak boleh nak berdalih.



Antara ulasan yang masih lagi aku ingat, Allah Ta'ala menyebut perihal mulut manusia dikunci dan kaki tangan yang menjadi saksi disebabkan oleh sifat mulut manusia yang suka berputar dan membelit.



Mulut manusia langsung tak dapat dikawal, seringkali mencari alasan untuk melepaskan diri daripada kesilapan yang telah mereka lakukan. Sebagaimana kelakuan manusia yang sedang hidup pada ketika ini, juga manusia yang telah tiada dan akan datang, semuanya suka menggunakan mulut mereka yang petah untuk cuba melepaskan diri daripada kesalahan.



Lalu diperintahkan kepada kaki dan tangan kita untuk menjadi saksi yang akan menceritakan segala perbuatan yang telah kita lakukan. Nyatanya, Kaki dan tangan manusia adalah anggota yang akan sentiasa bersama dengan kita sewaktu kita melakukan kesalahan. Mereka akan menceritakan perkara yang benar-benar berlaku supaya kita tidak lagi mampu berdalih ketika berhadapan dengan pengadilan Allah.


Ingat!!! Tidak terlepas walau sedikitpun..

Apa jadi pada yang kudung kaki dan tangan? Allah yang lebih tahu...


Pokoknya, kita perlu sedar bahawa setiap perlakuan kita akan dibongkar dan diadili dengan seadilnya. Sebab itulah, jalan keluar kepada masalah dan ancaman di atas adalah Taqwa, nak tahu lebih lanjut kena baca, tak muat kalau nak tulis, di tambah dengan kedangkalan ilmu dan bicara. Antara bacaan yang menarik dan ringkas, "Taqwa: Takut tetapi Rindu" oleh TG Haji Abdul Hadi Awang. Maaf kalau ada yang tak berapa suka dengan Backgroun penulis, malangnya TG Abdullah Badawi hanya ada kitab-kitab sekular yang tidak pantas dijadikan teladan.

Bacalah....

BIngkai Kehidupan-Soutul Harakah

Bingkai Kehidupan, Soutul Harakah

Mengharungi Samudera Kehidupan,
Kita ibarat para pengembara,
Hidup ini adalah perjuangan,
Tiada masa untuk Berpangku tangan.

Setiap titis peluh dan darah,
tak akan sirna ditelan masa,
Segores luka di Jalan Allah,
Akan menjadi Saksi Pengorbanan.

Allahu Ghayatuna,
Ar-Rasul Qudwatuna,
Al-Quran Dusturuna,
Al-Jihad Sabiluna
Al-Mautu Fi SabiliLlah Asma' amanina

Allah adalah matlamat kami
RasuluLlah teladan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami,
Mati di Jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi....

Antara Yang Menarik