Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Wednesday, January 7, 2009

Let's actively Take Part!!!- petikan dari sugmukm.blogspot.com

Sistem Demokrasi merujuk kepada penglibatan rakyat dalam membuat keputusan untuk dasar-dasar pemerintah. Termasuklah dalam urusan menentukan dan meilih siapakah pemimpin yang paling layak untuk memimpin, secara bebas tanpa sekatan, ugutan, dan paksaan.

Oleh kerana Negara Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, maka dalam situasi Pilihanraya Kampus, PRK, seharusnya amalan demokrasi ini menjadi teras dalam menggubal dasar dan sistem yang digunakan. Walaupun kehadiran "tangan-tangan ghaib" amat mendukacitakan, namun ianya tetap tidak akan dapat menghalang kemaraan dan kebangkitan Mahasiswa.

Seperti mana kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum(PRU 12) yang lalu, mereka juga berhadapan dengan sistem yang korup dan menyeleweng, namun tekad dan azam untuk berubah tetap membawa 5 buah negeri ke tangan Pakatan Rakyat. Lihat sahaja bagaimana Media arus perdana digunakan untuk mempengaruhi minda rakyat, bahkan seluruh instrumen kerajaan dikerahkan untuk kempen Umno-BN. Namun, tsunami politik yang melanda membuktikan bahawa gelombang perubahan dan kesedaran itulah yang diperlukan sebenarnya.

Begitu juga di UKM, KPT dan HEP menggunakan seluruh instrumen untuk mengelirukan Mahasiswa. PPP digunakan untuk mengubah dan merangka sistem yang zalim, JAKSA diperalatkan untuk berkempen, 1st year didoktrin dan dikawal ketat bermula daripada minggu mesra pelajar MMP(dahulunya dikenali dengan Minggu Mesra Mahasiswa, 3M), 1st year tidak dibenarkan terlibat dengan program luar, kompetensi generik (muka surat 15) diwujudkan supaya Mahasiswa terikat dengan kolej kediaman, dan banyak lagi.

Apakah peluang GMUKM untuk membawakan perubahan? Mujurlah Persatuan Mahasiswa yag tidak berasaskan kolej masih mampu dikuasai oleh Mahasiswa, sedikit sebanyak perubahan dapat dicetuskan dan dicadangkan oleh Pemimpin Mahasiswa yang benar-benar tulen datangnya dari Mahasiswa.

Saya percaya, Mahasiswa merupakan golongan yang terpelajar dan mampu berfikir dan membezakan yang mana baik dan buruk. Gunakan kebijaksanaan kurniaan Tuhan itu untuk membuat keputusan yang rasional dan kritis. Saya tegaskan, sekalipun jika pemikiran rasional itu tidak menyebelahi GMUKM, teruskanlah. Kerana hanya dengan tindakan yang lahir dari pemikiran yang rasional akan menyelamatkan diri, keluarga, bangsa, agama dan negara.

Buat Perubahan! Ayuh sertai pilihanraya secara aktif, secara bebas, melalui aspirasi, apalagi untuk menyertai GMUKM sebagai Harapan Baru Mahasiswa.

No comments:

Antara Yang Menarik