Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Saturday, July 4, 2009

Isu penahanan 2 Mahasiswa protes Anti Rosmah: Pimpinan Mahasiswa UM perlu lebih bersikap rasional dan professional

Susulan kegemparan protes "anti-Rosmah" yang berlaku di Universiti Malaya, saya berpendapat Pimpinan Mahasiswa UM perlu mengambil pendekatan yang lebih professional. Kedua-dua Mahasiswa yang terbabit dalam kes tersebut tidak perlu melumpuhkan keseluruhan gerakan Mahasiswa yang sepatutnya perlu terus digerakkan.

Bagi saya, kita serahkan 2 Mahasiswa itu untuk diadili oleh pihak berkuasa. Walaupun pihak berkuasa yang ada ibarat pagar, pagar makan padi, namun adatnya biarlah sesuatu perkara itu diselesaikan dengan "baik" terlebih dahulu sebelum menggunakan cara yang lain.

Saya sama sekali menyanggah cadangan untuk membuat bantahan secara besar-besaran terhadap isu ini. Bimbang dilihat sebagai sanggup melindungi penjenayah semata-mata untuk kepentingan politik.

Jika benar, kita berani. Sebaliknya pula kalau berasa di pihak yang salah. Contohi kesabaran 7 Mahasiswa dalam ISA 7 yang bertarung habis-habisan. Sepanjang perjuangan mereka terdapat terlalu banyak tragedi pahit dan manis. Akhirnya, walaupun hak mereka diperkosa, masih lagi mereka didendang oleh masyarakat kerana kebenaran mereka.

Dalam kes di UM, mereka masih belum dibuktikan bersalah, jadi kita bersama mereka untuk memperjuangkan. Sekiranya mereka bersalah, kita perlu bersedia untuk berlaku jujur dan menjadikan peristiwa ini sebagai iktibar. Kemenangan bukanlah apabila kita sentiasa berada pada tempat pertama, bahkan kemenangan itu diperolehi apabila ia menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya.

Isu ini pastinya menjanjikan suasana yang lebih menarik dalam senario Gerakan Mahasiswa. Ia akan menjadi lebih menarik kerana peluang inilah yang ditunggu-tunggu oleh "pendengki" kepada Gerakan Mahasiswa untuk cuba melenyapkan dan memadam api kemaraan Mahasiswa.

Jangan biarkan walau seinci musuh kita mendahului perancangan dan kemaraan perubahan yang ingin kita bawakan. Justeru, Mahasiswa perlu berfikir dengan kritis dan kreatif serta memandang jauh ke hadapan dalam menghadapi segala tipu daya musuh apalgi dalam suasana genting seperti ini.

Pimpinan UM perlu bertanggungjawab dan bersikap lebih profesional. Sekadar nasihat dan teguran ikhlas dari seorang sahabat.

3 comments:

anak kampung said...

saya sokong kamu...bagus...baru terbuka

Anonymous said...

Bgus buat demo slps hkim x btul. Jgn hlg suara mhsaiswa. Brp rmai yg turun pdg bila kes ISA 7 diputskn?Ckp ikut realiti..

Farid said...

Kepada anonymous,

saya tak cadangkan buat demo lepas keputusan, cuma berhati-hati dan berfikir panjang sebelum keputusan diperingkat Mahasiswa dibuat.

Kalau saudara mengikuti kes ISA 7, saya pasti saudara nampak apa yang saya maksudkan.

Antara Yang Menarik