Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Monday, November 2, 2009

Saya Mencabar Sarfarizmal Berdebat Secara Terbuka mengenai Isu Artikel YDP BPN.

Asalamu'alaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.

AlhamduliLlah, segala puji dan puja ditujukan dengan sebanyak-banyaknya ke hadrat Ilahi, di atas limpah kurnia yang diberikan kepada kita. Selawat dan salam buat junjungan besar yang tercinta, Nabi Muhammad, Rasul dan hambaNya. Juga ke atas para sahabat, ahli keluarga baginda, para Tabi'en, dan mereka yang terus menerus berada di atas jalan yang benar serta mendokongnya sehingga datangnya Hari Agama.

AlhamduliLlah, di atas kesempatan dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada hambaNya, kita sebagai manusia mampu mewujudkan suatu ruang komunikasi yang sangat bebas dan meluas ruang perbincangannya. Malah segala maklumat yang kita ingin juga yang tidak kita ingini juga berada di hujung jari. Saban hari, berjuta-juta maklumat baru akan dimuatkan dalam dunia cyber, maka terpulang kepada kita untuk mengambil manfaat atau menggunakan kesempatan yang ada.

Justeru, saya ingin mengemukakan cabaran secara terbuka kepada Timbalan Presiden PMUKM, Sdra Sarfarizmal Saad, untuk berdebat secara terbuka mengenai artikel yang tersiar di blog peribadinya http://sarfarizmalsaad.blogspot.com/(namun artikel tersebut telah dialihkan atas sebab-sebab yang tidak diketahui). Di dalam artikel tersebut, beliau telah memanjangkan artikel temannya Panglima Perang Cyber berhubung beberapa tuduhan peribadi terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Malangnya, artikel tersebut, menurut dakwaan beliau tiada kena-mengena dengan dirinya, dan beliau sekadar memaparkan artikel tersebut untuk dihebahkan melalui lamannya. Beliau juga memohon maaf di atas salah faham mengenai penulis asal artikel tersebut.

Namun begitu, persoalan mengenai identiti penulis bukanlah isu yang besar kerana artikel tersebut telah disiarkan dan ditanda sebagai artikel yang mesti dibaca dan direnungkan. Maka, saya berpendapat bahawa Sdra Sarfarizmal bersetuju bahawa artikel tersebut perlu dipanjangkan dan secara tidak langsung menyokong kandungan artikel tersebut.

Sebagai seorang pemimpin Mahasiswa, malah menyandang jawatan yang tinggi dalam PMUKM, Sdra Sarfarizmal perlu bersikap profesional dan sewajarnya mempunyai pandangan yang jelas dan berprinsip. Saya tidak menyalahkan beliau, kerana pandangan itu adalah milik individu, tiada siapa yang berhak menafikan hak tersebut.

Walaubagaimanapun, sebagai Timbalan Presiden PMUKM, beliau perlu bertanggungjawab kerana artikel tersebut telah benar-benar mengguris hati ramai pihak. Beliau perlu bertanggungjawab dan saya, Mohd Farid Bin Hamlud, mantan pimpinan GMUKM mencabar beliau untuk berdebat secara terbuka mengenai isu ini.

Saya bersedia untuk hadir di mana-mana majlis, di mana-mana tempat, pada bila-bila masa. Saya juga mengalukan sekiranya saudara ingin membawa bersama Panglima Perang Cyber untuk bersama dan saya juga akan membawa seorang rakan untuk berdebat secara ilmiah dan profesional.

Untuk keterangan, debat ini bukanlah bertujuan untuk menafikan hak-hak dan pandangan, jauh sekali untuk menjatuhkan mana-mana pihak mahupun indidvidu yang terlibat. Namun, saya percaya Debat atau Wacana seperti ini perlu dilakukan supaya tiada pihak yang boleh mengeluarkan kenyataan yang kontroversi sesuka hati tanpa usul periksa yang akhirnya akan membawa fitnah dan konflik yang berpanjangan.

Mahasiswa merupakan golongan yang bijak pandai dan sewajarnya mampu mengawal emosi dalam membuat sebarang keputusan.

Salam Mahasiswa.

2 comments:

~SZI~ said...

salam..
baru pg td, ana bace comment ustaz ajk saudara sarfa bdebat kat shoutbox dia.. balik exam, da kuar dalam blog plak..n_n..
scara pribadinya, ana amat bsetuju dgn saranan nie dmi m'buka minda mahasiswa, dan menjelaskan apa yg tidak jelas.. rasanya ramai yang stuju kalau debat ni dilaksanakan.. dan kami x sabar nak mnanti hari ini tiba..

Siti SArah Ahmad Rusli said...

pada sy En.Sarfa hanya inginkan nmanya kembali popular dkalangan student UKM..dr dulu lg mamat nii tak hbis2 buat spekulasi,dan sprti pemimpin UMNO lain,semuanya takkan berani berdebat secara terbuka,kalo dpt panggil, mybe mrk dh berubah..

Antara Yang Menarik