Taybah

Taybah
Ilmu Itu Cahaya...

Thursday, May 17, 2012

PAS serius perjuangkan Islam, UMNO serius pergunakan Islam.

(dipetik dari blog YDP PAS KAWASAN PARIT, Ustaz Haji Muhammad Ismi)

Parit, 17 Mei - Rakyat perlu memberikan kepercayaan kepada calon yang bakal bertanding mewakili Parti Islam SeMalaysia dalam Pilihanraya UmumKe-13 nanti untuk memastikan Islam tidak dieksploitasi oleh golongan berkepentingan. Rentetan daripada kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mencadangkan agar penggunaan nama Islam oleh PAS dikaji semula oleh JAKIM, menunjukkan tahap kefahaman Islam oleh masyarakat semakin membimbangkan. 

Ustaz Ismi: Bertanding bukan matlamat peribadi,
tetapi amanah dan tanggungjawab ummah.
Saya menyokong penuh kesediaan Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan muzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk UMNO dalam isu kepentingan Islam. Ini adalah antara bukti bahawa PAS merupakan satu-satunya jalan keluar kepada kemelut yang melanda umat Islam di Malaysia. PAS sememangnya komited ingin menyelesaikan masalah kefahaman Umat Islam di Malaysia. Kesungguhan ini dapat dilihat melalui corak pentadbiran dan kaedah urus tadbir yang menjadi amalan PAS dalam negeri yang ditadbir oleh PAS bersama Pakatan Rakyat.

Islam sangat mementingkan kefahaman. Kefahaman dapat dipupuk melalui usaha perbincangan yang berkesan. Islam bukanlah alat politik yang boleh digunapakai sesuka hati ketika mahu, dan dibuang ke tepi saat dirasakan tidak lagi memerlukannya. Ajaran ISlam yang syumul mengajar kita agar bertindak berlandaskan ilmu dan kefahaman, malah meraikan perbezaan pendapat dan cara hidup orang-orang bukan Islam.

Islam menuntut agar umatnya mengamalkan Islam sepenuhnya. Menolak sebahagian daripada ajaran Islam bermakna menolak seluruhnya.Walaupun sepatah perkataan ditolak daripada ribuan di dalam Al-Quran tetap dihukum kafir(tidak sah Islamnya).

PAS mempunyai formula tersendiri bagaimana ingin menyelesaikan kekeliruan umat Islam di Malaysia mengenai ajaran Islam. Namun begitu, usaha yang dilakukan oleh PAS, juga pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain di Malaysia, terbantut kerana adanya pemimpin UMNO-BN yang seakan tidak mahu Islam difahami dengan baik, malah menyekat usaha tersebut. Lebih malang lagi, mereka menggunakan Islam dan isu-isu yang bersangkutan dengannya untuk menyesatkan dan mengelirukan umat Islam. Setiap calon PASdididik bahawa menjadi calon bukanlah kehendak dan kepentingan peribadi, sebaliknya kepentingan ummah dan jemaah adalah yang paling utama.

Khir Johari, menukarkan sistem tulisan jawi
kepada rumi semasa menjadi Menteri Pelajaran.
UMNO-BN tidak pernah komited dan sama sekali tidak pernah berhasrat ingin memartabatkan Islam. Sebab itu, mereka tidak mempunyai kefahaman yang jelas tentang bagaimanakah kefahaman Islam yang jelas ini mampu  menyelamatkan Malaysia. Mereka sama sekali menolak bahawa mengamalkan Islam itu selamat dan menyelamatkan. Buktinya, UMNO-BN adalah dalang sebenar di sebalik penghapusan tulisan jawi dari sistem pendidikan Negara, 1966 Dato' Seri Mohamad Khir Johari, menukarkan tulisan jawi kepada tulisan rumi dalam sistem pendidikan Negara. Padahal tulisan jawi adalah lebuhraya untuk masyarakat mendekatkan diri dengan Al-Quran. Alasan yang diberikan oleh UMNO, kononnnya mahu memupuk perpaduan. Hingga kini, apa yang dilakukan oleh UMNO hanyalah menyemarakkan api perkauman.

UMNO-BN juga menjadi dalang disebalik pengurangan kuasa Sultan. Sedangkan kita semua tahu bahawa Sultan dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal agama Islam dan keistimewaan orang Melayu di Malaysia. Mengurangkan peranan Sultan bermakna mengurangkan peranan agama Islam dan mengurangkan juga kedaulatan agama Islam yang selama ini di bawah payung kesultanan melayu di Malaysia.

Keratan akhbar menunjukkan UMNO langsung tidak menghormati institusi Raja di Malaysia.
UMNO-BN juga mendakwa bahawa Mat Indera merupakan pengkhianat Negara, padahal apa yang dilakukan oleh Mat Indera ialah memerangi penjajah. UMNO-BN meneruskan legasi penjajah dengan melabelkan Mat Indera sebagai pengkhianat. Pembela bangsa dan agama dipanggil pengkhianat, Polis yang berkhidmat untuk penjajah pula diagung-agungkan.

Di manakah suara UMNO-BN apabila dicabar oleh Chua Soi Lek yang mengugut keluar BN sekiranya BN mahu melaksanakan hudud di Malaysia? Di manakah suara UMNO-BN apabila Presidennya, Najib berkata Hudud tiada dalam perancangan Kerajaan UMNO-BN?

Inilah malangnya sekiranya urusan agama dipermainkan dan inilah yang sepatutnya dilihat sebagai menyalahgunakan Islam demi kepentingan politik. Maka jalan keluar kepada permasalahan ini ialah perbincangan dan muzakarah yang berkesan untuk memberikan kefahaman yang jelas mengenai Islam. Muzakarah dan perbincangan yang bebas daripada pengaruh dan kepentingan pihak-pihak tertentu dan bertujuan semata-mata untuk mendapatkan kebenaran. Untuk itu, calon PAS perlu dihantar kesemuanya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya umum akan datang. Ubah Sekarang, selamatkan Islam!

No comments:

Antara Yang Menarik